Bila menyebut tentang solekan, pastinya menjadi sebahagian dari kegemaran wanita. Mana tidaknya, bermain dengan pelbagai rona warna pembayang mata, gincu bibir dan sebagainya untuk mencantikkan penampilan diri. Begitu juga buat peserta Fabulous MUA NONAxFCC, El Manda Suhairy yang berasal dari Cyberjaya, Selangor ini.
Manda yang sememangnya amat meminati seni ini bukan sahaja cenderung terhadap seni solekan semata-mata, malah minat terhadap seni lukisan juga menjadi satu kelebihan buat dirinya berkarya dalam menghasilkan solekan yang mempersona.
“Jangan tak tahu, Manda mula berminat dalam bidang solekan ni sejak berusia 14 tahun lagi. Bermula dari keinginan untuk bergaya dengan solekan untuk membina keyakinan diri sendiri, lama-kelamaan hasil sentuhan solekan Manda menjadi talk of the town di kalangan rakan-rakan sekuliah. Jadi, setiap kali mereka mahu menghadiri majlis makan malam atau apa sahaja majlis yang diadakan di kampus, Manda jadi jurusolek rasmi mereka,” ujar lulusan kulinari dari Universiti Teknologi MARA ini.
Bermula dari situ, Manda mula memasang cita-cita untuk mendalami bidang solekan apatah lagi setelah melihat hasil kerja beberapa nama besar dalam dunia solekan seperti Datin Saidatulnisa Aminuddin dan Epie Temerloh. Solekan mata dramatic hasil sentuhannya cukup wow!. Disebabkan itu, saya mulakan langkah dengan memasuki personal class make up dengannya. Beliau banyak berkongsi ilmu solekan yang saya aplikasi sehingga kini.
Ads
Bermula dari langkah pertama, Manda tidak lagi menoleh ke belakang. Bermula dengan job solekan artis, saya juga pernah menyolek isteri Menteri Besar Perak, Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi. Manakala selebriti yang sering mendapatkan sentuhan Manda termasuklah Hafiz Suip, Azharina Azhar, Jasmin Suraya, Sarah Suhairi dan ramai lagi.
Hampir 7 tahun dalam industri solekan, Manda juga tidak terkecuali dari saat pahit yang menguji kredibilitinya sebagai make up artist. Hasil sentuhannya pernah ditolak oleh jurufoto professional dek kerana hasil sentuhannya dianggap begitu perfect and beauty make up semata-mata.
Ads
“Pengalaman hasil kerja ditolak oleh jurufoto professional yang melabelkan hasil kerja saya sebagai too perfect and beauty make up menjadi tamparan hebat untuk saya keluar dari zon selesa. Kata-katanya yang mahu saya hasilkan karya yang lebih bersahaja tetapi versatil menjadikan saya nekad untuk menggali lebih banyak ilmu solekan. Saya mula mengambil kursus editorial make uptechnique dengan beberapa orang jurusolek tempatan dan luar negara. Alhamdulillah, ia menjadi wake up call untuk saya berubah dan meningkatkan kemahiran dan teknik solekan,” ujar Manda yang mengagumi hasil sentuhan Khir Khalid.
Wanita yang punya cita-cita besar dalam dunia solekan ini menganggap dunia solekan mempunyai skop yang luas untuk diterokai kerana ia merupakan satu cabang seni. Pernah memasuki beberapa pertandingan solekan antaranya termasuklah Top 10 MMA 2019, Top 15 NyxFace Award 2019, Manda mahu terus mendalami bidang yang amat dicintai ini.
“Sebagai peminat seni, ia merupakan satu benda yang subjektif. Seni dizahirkan dari jiwa ke wajah. Ianya umpama terapi untuk diri saya. Saya zahirkan solekan melalui jiwa dan hati. Ia sukar untuk digambarkan melalui kata-kata. Ianya sesuatu yang istimewa,” ujar Manda lagi.
Ads
Penyertaan Manda dalam Fabulous MUA adalah untuk mencabar kemampuan Manda. Manda ingin mengetengahkan bakat dalam dunia solekan. Manda akui kurang mahir berkomunikasi di khalayak serta darah gemuruh. Jadi platform Fabulous MUA beri pendedahan terbaik untuk Manda keluar dari zon selesa dan berani berhadapan dengan apa jua task yang diberi.
Selain mengetengahkan bakat dalam seni solekan, Manda ingin berkongsi ilmu kecantikan dengan semua wanita agar mereka yakin dengan diri sendiri kerana setiap wanita mempunyai kecantikan yang tersendiri. Manda harap ia menjadi inspirasi wanita diluar sana.
Saksikan Manda dan lapan lagi peserta yang bertanding dalam Fabulous MUA NONAXFCC bagi merebut gelaran juara program realiti digital pencarian make up artist pertama di Malaysia ini. Fabulous MUA NONAXFCC bakal bersiaran menerusi platform digital Majalah NONA. Antaranya di YouTube, Facebook dan laman web rasmi Majalah NONA bermula 1 November ini, jam 8 malam. Pertandingan ini dihoskan oleh Fiza Frizzy manakala Pengarah Urusan FCC, Ili Zawani Ismail dan Editor Pengurusan Majalah NONA, Kiffy Razak selaku juri tetap.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita kehilangan bekas personaliti dan pembaca berita TV3, Zalina Azman yang masih tidak diketahui di mana lokasinya benar-benar menggemparkan negara. Agaknya di mana bekas pembaca berita era 90-an itu berada? Menurut laporan telah dilaporkan hilang sejak November 2021.
Suatu ketika dahulu, Zalina Azman antara personaliti TV3 yang berkarisma. Tutur kata, persona dan auranya sepanjang tampil di hadapan lensa kamera menjadi inspirasi buat golongan wanita yang ingin menjadi sepertinya. Seangkatan dengan Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan Zakiah Anas, kehilangannya kini terus menjadi tanda tanya.
Selain reputasinya, sudah pastinya ramai yang ingin tahu lebih lanjut siapakah sebenarnya Zalina Azman ini? NONA kumpulkan 10 fakta tentang Zalina Azman yang tdak semua tahu.
1. Nama asalnya ia Zalina Shaara Azman dan berusia 58 tahun pada tahun ini. Mungkin ramai yang tidak tahu, Zalina merupakan warganegara Indonesia.
2. Zalina memiliki Sarjana Kewartawanan, Zalina mula bekerja di stesen televisyen TV3 sejak tahun 1990.
3. Pasti ramai yang merindui suara dan kepetahan bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman, 58 menyampaikan berita berbahasa Melayu dan Inggeris
4. Kewibawaan Zalina Shaharah Azman ketika menyampaikan berita dan mengacarakan program Money Matters sememangnya tidak dapat disangkal.
5. Zalina pernah diberi jolokan ‘hos wanita paling glamour’ dan pernah menemuramah personaliti antarabangsa seperti bekas Perdana Menteri Afrika Selatan, Nelson Mandela
6. Beliau turut berpeluang menemuramah bintang popular Hollywood, iaitu selebriti Beyonce Knowles dan Britney Spears.
7. Selepas bersara, Zalina menulis beberapa buah buku. Antara karyanya ialah Mystical Mangla dan V for Vintage.
8. Zalina pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki Bernama Mikhael Norman, 33 namun sehingga kini identity suaminya masih tidak diketahui.
9. Pernah menggalas amanan untuk mengacarakan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-15 dan 16 pada tahun 2000 dan 2001, digandingkan bersama Aidil Abdul Ghafar
10. Selepas perkhidmatan bersama TV3 ditamatkan, Zalina dikatakan memilih untuk menyepikan diri dan menjalani kehidupan lebih privasi.
NONA mendoakan agar Zalina Azman dapat ditemui selamat dan pulang semula ke pangkuan keluarganya.
Sumber: Sinar Plus & Gempak
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru berusia 28 tahun tapi Dr Fasiha Latiff dah berjaya meraih pelbagai pencapaian dalam hidup. Dia bukan hanya dikurniakan rupa paras cantik dan bijak tapi sangat komited mengejar impian. Mana tidaknya, dalam kesibukan kerjaya sebagai doktor… Dr Fasiha tetap mempunyai masa untuk menceburi bidang perniagaan. Memang patut dijadikan inspirasi!
Ketika dihubungi Nona baru-baru ini, Fasiha atau nama penuhnya Nurfasiha Abdul Latiff terbuka berkongsi sisi hidup. Enggan dianggap riak dengan kejayaan yang diraih hari ini, anak kepada pasangan Abdul Latiff Tahir dan Badriyah Hassan berkenaan mengharapkan agar perkongsian ini menjadi pembakar semangat kepada kaum wanita lain untuk terus berjaya.
Dr Fasiha Latiff
Ketika tamat graduasi di Dublin
Memiliki kelulusan dalam bidang perubatan dari Trinity College Dublin, Dr Fasiha bersyukur impian untuk menjadi doktor akhirnya dimakbulkan. “Buat masa sekarang, saya berkhidmat sebagai doktor pelatih di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur dan bertugas dia bahagian Ortopedik (pembedahan tulang).”
Selain minatnya dalam bidang perubatan, Dr Fasiha turut optimis bergelar usahawan berjaya suatu hari nanti. Setakat ini, dia mengusahakan perniagaan tudung Mulan Scarf dan merupakan pemilik jenama pakaian perubatan ‘scrubs’ Three O.
Ujar adik kepada pelakon Fathia Latiff ini, “Saya sudah lama mengusahakan perniagaan Mulanscarf yang menjual tudung, iaitu sejak dari zaman student lagi. Masa tu saya buat untuk mengisi masa lapang dan lama-kelamaan minat untuk berniaga mula terdetik. Untuk medical scrubs pula, saya baru mulakan sejak September tahun lepas.
Idea ini datang bila saya nak belikan hadiah hari jadi untuk tunang tapi tak dapat nak cari baju yang sesuai untuk dia. Jadi, saya pun buat baju scrubs untuk dia. Tak sangka, lepas tu ramai pula orang yang tanya. Dari situ, saya dan tunang mulakan bisnes scrubs ini bersama-sama.”
Antara koleksi Three ODr Fasiha & rakan setugasDi samping tunang tercinta
Ditanya mengapa memilih nama Three O dan Mulan, Dr Fasiha nyata ada jawapan tersendiri. “Three O atau 3/0 ialah antara saiz benang yang selalu digunakan dalam dewan pembedahan sebab itu saya gunakan nama tersebut sebagai simbolik dengan dunia perubatan. Manakala nama Mulan pula diambil kerana ia adalah karakter Disney kegemaran saya.
Tahun ini merupakan tahun kelima saya berniaga Mulanscarf. Sepanjang lima tahun ini juga kami sudah mempunyai hampir 20 koleksi tudung. Untuk Three O pula, baru ada dua koleksi dan kami memang merancang nak tambah lagi pilihan koleksi bagi kedua-dua perniagaan ini.”
Selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan pada Januari lepas, wanita cantik ini memaklumkan setakat ini mereka belum ada tarikh tetap untuk mengadakan majlis perkahwinan memandangkan situasi semasa Covid-19. Namun anak bongsu daripada lima beradik ini tidak menolak kemungkinan akan mendirikan rumah tangga sebelum akhir tahun ini.
Diaju pertanyaan adakah dia mungkin akan mengikut jejak langkah kakaknya bergelar anak seni suatu hari nanti? Sambil tertawa Dr Fasiha berkata, “Buat masa ini saya tak pernah terima lagi sebarang tawaran berlakon dan sebagainya. Saya pun tak pandai berlakon. Minat saya lebih cenderung kepada bidang perubatan dan bisnes.”
Tidak dinafikan, Dr Fasiha memiliki kulit wajah yang bersih dan cantik. Kalau tengok rupa paras ibu Dr Fasiha pun, jelas dia mewarisi kecantikan milik ibunda tersayang. Mengulas amalan rutin kecantikan yang diamalkan, tanpa berselindung dia mengakui tidak mengamalkan petua khusus. Sebaliknya hanya melakukan rutin penjagaan wajah yang normal.
“Saya tak amalkan apa-apa yang luar biasa. Cuma ‘facial cleanser’, toner dan krim pelembap. Tak lupa juga sunblock.”
Harapan Nona semoga segala impian Dr Fasiha untuk berjaya dalam bidang perubatan dan perniagaan dipermudahkan. Seterusnya kejayaan yang diraih wanita muda ini dapat dijadikan pembakar semangat dan inspirasi.
Kredit foto: Instagram Dr Fasiha
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makin berseri-seri! Pendedahan personaliti TV cantik manis, Daphne Iking mengenai penampilan terkininya nyata mendapat reaksi positif daripada peminat. Terbuka berkongsi kisah penghijrahan kepada umum, difahamkan Daphne sudah mula mengenakan kerudung kepala sejak Oktober tahun lalu. Alhamdulillah.
Mengulas detik awal memakai hijab, Daphne atau nama sebenarnya Dahlia Daphne Eleanor Mozes Iking memberitahu hingga ke hari ini dia berasa kekok untuk keluar rumah tanpa tudung walaupun masih belum sempurna memakai hijab.
“Seminggu selepas bertudung menggunakan ‘diving cap’ atau topi selam, saya pergi berenang dan berbikini. Ketika itu, saya rasa seperti berbogel.
Seganlah, sudah berumur nak pakai seperti Halle Berry. Jadi, saya memakai baju menyelam lalu perlahan-lahan beritahu suami yang saya mahu menjual semua baju seksi.
Proses ini yang membuatkan saya teruskan bertudung sehingga Ramadan kerana apabila buka tudung, jadi janggal. Sekarang ini, saya rasa seperti berbogel jika keluar rumah tanpa mengenakan tudung.”
Ujar Daphne, pada mulanya dia bertudung kerana mahu menutup rambut yang kian beruban. Namun, ibu kepada empat anak ini tidak menyangka dari detik itu dia perlahan-lahan merasai ‘kemanisan’ berhijab dan terbuka hati untuk mengekalkan penampilan berkenaan.
“Bapa saya meninggal dunia akibat kanser. Sejak itu, saya banyak terbabit dengan program kesedaran mengenai kanser. Jadi saya berniat untuk mendermakan rambut saya kepada organisasi kebajikan kanser.
Syarat untuk menderma rambut pula saya tidak boleh melakukan sebarang rawatan membabitkan bahan kimia selama enam bulan. Dalam tempoh itu, uban pula semakin jelas kelihatan dan apabila keluar rumah, seboleh-bolehnya saya cuba tutup.”
Apa-apa pun, figura ini bersyukur kerana suami tercinta, Azmi Abdul Rahman sangat menyokong penghijrahannya dan Daphne memohon doa daripada peminat agar dia dapat terus istiqamah menuju ke arah kebaikan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.