Adakalanya dalam sebuah hubungan percintaan sering diwarnai dengan air mata dimana wanitalah yang seringkali menitiskan air mata berbanding lelaki. Sebab wanita sering menangis kadangkala membuatkan si lelaki sebagai kekasihnya menjadi buntu dan rungsing.
Pastinya wanita mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka sering menangis dalam perhubungan. Berikut merupakan 5 alasan dan sebab mengapa wanita sering menangis!
1. MARAH
Apabila seorang wanita itu marah, ia lebih cenderung untuk mengeluarkan air mata sambil berkata-kata dalam nada yang agak tinggi. Hal ini membuatkan orang di sekelilingnya terutama kekasihnya mendapat tempias dari amarahnya.
Jika keadaan ini berlaku, kebiasaanya, seorang wanita ingin sekali didampingi oleh insan-insan kesayangannya termasuk ahli keluarga, rakan-rakan dan pasangannya. Cara ini dapat meredekan amarahnya kerana wanita merasakan kekuatan dari orang-orang yang faham akan situasinya.
Ads
2. TERINGATKAN SESUATU
Teringat kenangan silam juga adalah salah satu yang mendorong wanita itu menangis. Lagi-lagi perkara yang menhyedihkan yang pernah dilaluinya. Lazimnya, bagi kaum wanita, jika teringatkan kenangan manis, tentunya mereka akan tersenyum manis dan ingin kembali ke masa itu. Tetapi, jika teringatkan perkara-perkara yang menyedihkan, sikapnya juga boleh berubah tanpa diduga dan air mata pun mulai menitis membasahi pipi.
3. FAKTOR HORMON
Ads
Setiap kali masuk pra menstruasi atau PMS, wanita cukup cenderung kepada sikap yang sensitif seperti sering marah-marah, cepat berkecil hati dan cepat tersentuh dengan hal-hal yang berkaitan dengan perasaan.
Maka dari itu, wanita yang sedang mengalami saat pra menstruasi kadangkala tidak mampu mengawal emosinya dan boleh menyebabkan orang di sekelilingnya terutama sekali si kekasih hati kebingungan menghadapi sikap tersebut.
4. INGIN MEMANIPULASI KEADAAN
Ads
Rasa bersalah atau malu seringkali diungkapkan oleh wanita dengan menangis, hal ini dilakukan semata-mata untuk menarik rasa simpati dan usaha untuk menutupi kesalahan dari sang kekasih agar tidak marah atau kecewa dengan dirinya.
Hal ini tidak mencerminkan sikap matang dan kedewasaan didepan pasangan, namun sebahagian wanita yang menjalin hubungan dengan lelaki, menganggap cara ini cukup efektif untuk mendapatkan maaf atau sekadar untuk bermanja-manja dengan kekasihnya.
5. PERASAAN EMOSI
Banyak faktor yang menyebabkan wanita merasa emosi seperti stres, sakit hati atau masalah lainnya yang melibatkan perasaan. Saat perasaan emosi wanita sedang memuncak dan tidak menemukan tempat untuk mencurahkan isi hatinya, biasanya menangis menjadi solusi yang dipilih untuk melepaskan rasa sesak pada perasaannya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tak pernah menonton filem Istanbul Aku Datang yang pernah ditayangkan suatu ketika dulu sekitar 2012 diarahkan oleh Bernard Chauly dan dan dibintangi oleh Lisa Surihani, Tomok dan Beto Kusyairy. Filem romantik komedi ini ternyata punya kelompok peminatnya yang tersendiri malah cukup diminati ramai.
Dan baru-baru ini, pelakon filem tersebut Lisa Surihani dan Beto Kusyairy membuat kemunculan semula eksklusif menerusi sebuah iklan Pak Mat Western. Ternyata kemunculan kedua-dua pelakon hebat ini membuatkan ramai warga maya mengimbas semula babak-babak filem tersebut.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Lisa di laman Instagramnya, dia berkongsi video tersebut yang kini sudah mendapat jumlah tontonan lebih dari 1 juta. Menerusi kepsyennya, Lisa menulis mengatakan Dian, watak yang dibawa Beto kembali menganggu hidupnya selepas 11 tahun filem itu ditayangkan. “Dejavu kan? Setelah 11 tahun, dia datang balik menganggu hidup saya”.
Yang menariknya, ramai warga maya nyata teruja dengan iklan tersebut malah ada yang menganggap video tersebut merupakan sekuel atau bahagian kedua filem ikonik itu.
Dalam iklan terbabit, Lisa yang baru pindah rumah telah menjemput jiran untuk berbuka puasa dan terkejut jirannya itu adalah Beto. ‘Pertengkaran’ manja antara mereka berdua dalam iklan mengimbau watak mereka dalam filem Istanbul Aku Datang.
Turut kelihatan ramai rakan artis yang lain seperti Heliza Helmi, Daiyan Trisya, Ika Nabila dan ramai lagi memberikan maklum balas di samping menyatakan kerinduan terhadap filem epik tersebut.
Ternyata strategi pemasaran yang dilakukan jenama daging perap terkenal itu berjayakan!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama selebriti media sosial, Khairul Aming yang juga usahawan muda berjaya disebut di Dewan Rakyat sebagai contoh bagaimana media sosial mampu memberi pengaruh positif bagi meningkatkan lagi sektor ekonomi digital.
Khairul Aming, selebriti media sosial terkenal dan usahawan muda berjaya di Malaysia.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan sememangnya melihat sosial media memainkan peranan yang sangat penting bukan hanya sebagai media berekspresi tapi juga dalam konteks tersebut.
Menurutnya, kerajaan berhasrat bekerjasama dengan aplikasi media sosial seperti TikTok dan platform jualan dalam talian seperti Shopee bagi memperkasakan penglibatan golongan muda sebagai usahawan digital.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
“Ramai di kalangan anak muda sekarang melakukan perniagaan dalam talian contohnya usahawan muda, Khairul Aming yang telah merekodkan jumlah jualan sambal sebanyak RM21.5 juta dua tahun kebelakangan ini.
“Media sosial adalah peluang terbaik untuk memajukan perniagaan. Tapi media sosial kemungkinan boleh disalah guna.
“Sama seperti mana-mana aplikasi yang diwujudkan, baik buruknya bergantung kepada kita,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada (PH-Batu) yang mahu tahu adakah kerajaan ada hasrat untuk beri peluang kepada anak-anak luar bandar untuk menggunakan sosial bandar untuk karya kreatif.
Katanya, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mewujudkan pusat-pusat ekonomi digital yang mampu menjadi pemangkin golongan anak-anak luar bandar meneroka potensi digital.
“Terdapat 911 di seluruh negara yang Insya-ALLAH akan ditambah lagi. Jadi, saya lihat peluang untuk kita memahami media sosial ini, ada kebaikan untuk pembangunan ekonomi terutama ekonomi digital,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Calon pilihan raya yang aktif dan ‘popular’ di media sosial mempunyai peluang tinggi untuk menambat hati pengundi, terutamanya golongan muda yang pertama kali menjalankan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Penganalisis politik Prof Datuk Dr Nasrudin Mohammed berkata ia berikutan realiti pada zaman Internet ketika ini membuatkan platform media sosial mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pendirian politik pengundi.
“Lebih-lebih lagi apabila calon memainkan isu-isu yang dianggap sensasi dan menarik perhatian pengundi. Soal benar atau salah, tulen atau palsu kelihatannya tidak menjadi perkiraan utama kebanyakan pengguna media sosial,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Selain itu, beliau berkata pengundi muda secara umumnya mengutamakan calon yang dianggap serta dipercayai berupaya memberi faedah secara langsung kepada golongan itu.
Katanya pengundi muda mengutamakan isu yang dianggap ‘sensasi’ antaranya peluang pendidikan tinggi, peluang perniagaan yang disokong dengan bantuan modal dan insentif lain serta peluang pekerjaan yang menjanjikan insentif terbaik dan segera.
“Usia calon – lebih muda lebih dianggap ideal – memberi kelebihan kepada calon namun ia juga bergantung kepada beberapa sifat luaran calon muda seperti perawakan, latar belakang teknikal calon, lokaliti dan juga idealisme politik yang ditunjukkan,” katanya.
Ogos lepas, Dewan Rakyat diberitahu jumlah pengundi yang berdaftar setakat Mei 2022 adalah 21,113,234 orang, dengan 1,141,749 orang atau 5.4 peratus adalah pemilih berumur 18 hingga 20 tahun.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.