Abang Viva dan seluruh kesederhanaannya, menyentuh hati rakyat Malaysia. Pertolongan lelaki itu cukup menyedarkan kita bahawa pada saat bencana, nilai perhatian bererti masa, dan misi menyelamat nyawa lebih dari sebatas menerima arahan ketua.
Kini selepas kembali ke kampung halaman, hero banjir kesayangan Malaysia yang terkenal dengan panggilan Abang Viva, Azwan Omar sudi menerima panggilan Majalah Nona tentang aktiviti terbarunya.
Dalam perkembangan terbaru, Azwan kini mengakui sudah kurang sibuk berbanding waktu banjir melanda Selangor dan Pahang tempoh hari.
Hero banjir Malaysia
Potret keluarga Azwan Omar
“Alhamdulillah banjir di Melaka dah surut. Saya sekarang masih meneruskan misi bantuan sambil-sambil jumpa orang ramai yang berhajat untuk bertemu.” Azwan Omar
Suaranya yang mesra dan menyenangkan seperti memberi gambaran sifat happy go lucky yang dimiliki anak bongsu ini. Orangnya suka ketawa, sekaligus menjadikan perbualan kami lebih santai seperti kawan lama.
“Lepas ni saya akan teruskan lagi misi bantuan. Mungkin selagi badan sihat dan ada rezeki lebih. InsyaAllah.
Ads
Plan masa depan saya nak teruskan. Kalau boleh, saya nak ada sebuah team NGO sendiri, mungkin Kelab Abang Viva, untuk bagi bantuan waktu-waktu bencana alam begini.” Azwan Omar
Seorang yang merendah diri dan sentiasa bersederhana
Mendapat penghargaan APM
Tidak pernah menyangka viral sekelip mata, lelaki berusia 29 tahun itu cukup berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang menghargai usaha ikhlasnya.
Jasa Abang Viva turut diberi penghargaan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Hujung tahun lalu, dia diberikan sijil penghargaan Adiwira Prihatin Musibah.
Ads
“Hanya ayat yang ringkas. Tapi ikhlas dari hati saya. Terima kasih.
Jujurnya saya sendiri pun macam tak percaya. Macam-macam saya fikirkan, bangga ada, takut pun ada.
Ketika bagi bantuan, saya tak terfikir langsung soal keselamatan diri dan kenderaan yang dibawa. Hanya terbayang nasib mereka yang terperangkap dalam banjir, kesejukan, mungkin ada anak kecil atau warga tua yang ketakutan.
Saya cuma tawakal dan redah. Dalam hati ini cuma berserah pada Allah Taala untuk jagakan keselamatan saya. Bila dalam misi menyelamat tu, yang saya fikir cuma pertolongan ini ibarat membantu ahli keluarga saya sendiri.” Azwan Omar
Ads
Foto: Sinar Harian
JIWA
Prihatin dengan bencana banjir yang melanda Shah Alam, bayangkan dia yang bekerja sebagai operator mesin sanggup memohon cuti kecemasan semata-mata mahu membantu mereka yang terperangkap banjir.
Berbekalkan sebuah kereta Perodua Viva hitam dan bot yang diikat pada bumbung kereta, Azwan meredah segala halangan demi menghulurkan bantuan sedaya-upayanya.
Dia berkali-kali meminta mangsa yang terperangkap supaya berkongsi lokasi, supaya dia dapat datang menyelamatkan dengan bot yang dibawa.
Antara mangsa banjir yang diselamatkan adalah pasangan warga emas termasuk suami yang lumpuh dan seorang ibu dengan bayi yang baru dilahirkan.
Sungguh, keprihatinan lelaki itu melangkau batas pangkat dan gelaran. Jiwanya amat luar biasa!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan suami dan isteri pasti mengharapkan kehadiran zuriat sebagai penyeri hidup dan penyambung kasih sayang. Begitu juga dengan selebriti Siti Elizad Mohamad Sharifuddin. Wanita ini sentiasa positif bila berbicara tentang cahaya mata selepas lima tahun berkahwin dan masih belum dikurniakan zuriat.
Baru-baru ini, wanita yang lebih mesra disapa Elizad ini telah mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan zuriat. Menurut wanita yang berusia 36 tahun ini, perasaan teruja dan gementar ketika melalui proses tersebut dan berharap agar usahanya kali ini berbaloi.
Elizad mengambil keputusan untuk melakukan IVF kerana bimbang sista yang telah dibuangnya dahulu datang kembali. “Saya pernah buat pembedahan sista dua kali. Saya juga pernah menjalani pembedahan membuang ovari sebelah kiri dan sekarang ada sebelah saja.
Sebab itu tahun ini kalau boleh nak sangat mengandung dan berdoa Allah makbulkan doa saya. Sebab apa, keturunan keluarga saya semua kanser. Jadi, setiap kali sakit di bahagian pangkal rahim saya risau.
Memandangkan sista dalam badan saya jenis aktif, jadi sebelum doktor buang rahim yang sebelah ini saya berharap Allah bagi saya seorang cahaya mata.
Dapat seorang pun ia satu rahmat buat saya,” katanya dalam perkongsian menerusi program Curhat yang ditayangkan di saluran Astro Prima.
Sempena malam Nisfu Syaban, Elizad telah berkongsi amalan doa yang diamalkan olehnya bersama suami, Shamsul Baharin Rahman. “Rabbi habli milla dunka zurriatan tayyibatan innaka samiuldduaaa,”.
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sempurna: sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
Selain dari doa-doa lain untuk diberi kesihatan, kebahagiaan dan kita semua dijauhkan dari segala penyakit, kami suami isteri juga akan terus berdoa yang ‘SATU’ ini,” coret Elizad di laman Facebooknya.
Semoga doa Elizad dimakbulkan oleh Allah SWT dan memberinya peluang untuk bergelar seorang ibu.
Foto: Facebook Elizad Sharifuddin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini isu ‘childfree’ atau tidak memiliki anak menjadi perbualan hangat di media sosial gara-gara kenyataan kontroversi dari seorang pempengaruh terkenal Indonesia, Gita Savitri Devi.
Gita mendakwa wanita yang sudah berkahwin dan memilih untuk tidak memiliki anak akan menjadi awet muda secara semula jadi.
Menerusi Live Instagram bersama suaminya Paul Andre Partohap baru-baru ini, Gita mengeluarkan kenyataan itu ketika membalas komen salah seorang pengikut yang memuji wajahnya yang awet muda pada usia 30 tahun.
Kata pengikutnya itu, dia mahu menjadi awet muda seperti Gita.
“Saya yang berumur 24 tahun pun kalah dengan Kak Gita, padahal sudah usia 30 tahun. Awet muda sangat ni,” kata pengikutnya.
Balas Gita: –
“Tidak mempunyai anak adalah cara semula jadi untuk awet muda.
“Anda boleh tidur 8 jam sehari dan tidak akan tertekan mendengar jeritan anak.
“Saat wajah berkedut, kita ada duit untuk melakukan botoks,” ujar Gita seperti dipetik dari detikHealth.
Wanita yang berasal dari Palembang ini tetap dengan pendiriannya untuk tidak memiliki anak. Malah, dia menganggap anak itu sebagai satu beban.
“Iya, buat saya anak itu beban. Buat anda, bukan (tapi) anugerah. Buat saya beban sebab itu saya tidak mahu (ada anak). Dan itu tidak ada salahnya.”
Terdahulu, pada 2021 Gita dan suami membuat keputusan untuk tidak memiliki anak.
Perkara ini mencetuskan kontroversi seolah-olah menyindir wanita berkahwin yang bergelar ibu. Gita turut dianggap angkuh dengan anugerah yang diberikan Ilahi.
Pun begitu, ada juga netizen yang faham dan menyokong kenyataan Gita itu.
Untuk info, Gita sebenarnya sudah lama berada dalam dunia YouTube iaitu sejak 17 Disember 2009. Pada mulanya, Gita hanya berkongsi video dirinya membuat liputan lagu sekadar untuk suka-suka.
Februari 2016, Gita mula membuat video inspirasi yang tercetus daripada rasa bimbangnya ketika melihat video vlog YouTuber lain yang sering menggunakan bahasa menyinggung perasaan.
Gita juga aktif sebagai penyanyi dan penulis buku. Setakat ini, dia berjaya menghasilkan dua buah buku iaitu ‘Range of Stories’ (2017) dan ‘A Cup of Tea’ (2020).
Gita turut mengeluarkan ‘single’ bersama suaminya berjudul If (2017), Miss You (2019), dan Choose You (2021).
Apa pula pendapat anda?
Kredit Foto: Instagram Gita Savitri Devi
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usianya sudah pun mencecah 61 tahun namun seri kecantikan semula jadinya tetap tak berubah. Tetap awet muda biarpun berstatus seorang nenek.
Kredit Foto: Instagram @normalasamsudinofficial
Terkenal dengan gelaran ‘Wanita Melayu Terakhir’, bekas pengacara dan personaliti televisyen tersohor Puan Sri Normala Samsudin kini tenang menjalani kehidupan peribadi bersama keluarga tersayang.
Rindu Arwah Ibu
Hampir setahun kehilangan ibu tercinta, isteri kepada bekas ahli politik Tan Sri Azmi Khalid ini meluahkan rasa rindu yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Setiap kali pulang ke kampung halaman, ingatan terhadap sosok yang sering disantuninya sebelum ini pasti menerpa.
Tatkala melihat laman dan rumah arwah yang masih utuh menambahkan lagi rasa rindu Puan Sri Normala terhadap ibuya, Allahyarhamah Rajiah Buyong yang digelar Mak. Arwah menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun.
Puan Sri Normala bertuah kerana selain dikurniakan seorang ibu yang hebat, sejak kecil beliau turut dididik dengan kerja-kerja rumah termasuk memasak.
“Ketika kecil saya sudah merasa hidup susah. Hidup membantu keluarga, melihat bagaimana Mak yang bergelar ibu tunggal mencari wang demi keluarga.
“Saya melihat Mak seorang yang sangat kuat. Macam-macam usaha yang dilakukan Mak demi mencari sesuap nasi antaranya dengan menoreh getah, berkebun dan sebagainya.
“Semua kerja-kerja orang perempuan saya dah belajar sejak kecil. Dalam erti kata lain persediaan saya untuk menjadi seorang isteri seperti memasak dan melakukan kerja-kerja rumah sudah dididik oleh ibu sejak awal lagi.
“Saya kagum dengan Mak kerana semangatnya yang luar biasa telah menjadikan siapa saya sekarang ini.”
Ibu Menoreh Getah & Jual Kuih-Kuih Kampung
Menurut Puan Sri Normala, arwah ibunya pernah menorah getah dan menjual kuih-kuih kampung demi kelangsungan hidup mereka sekeuarga.
“Siang Mak menorah getah, malam pula sediakan bahan-bahan untuk buat kuih.
“Sebelum Subuh kuih dah siap untuk dihantar kepada penjual. Walaupun untung tak besar namun dapatlah juga beli baju sekolah dan pensil.
“Lagi pun niat saya bantu Mak buat kuih nak cari duit belanja sekolah. Lama-lama jadi seronok pula bila dapat upah bantu buat kuih.
“Hasilnya, kita menjadi anak-anak yang sentiasa ingat kesusahan orang tua yang membesarkan kita.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.