Menjadi isteri kepada bintang bola sepak ternama dunia mungkin sesuatu yang tidak diduga oleh wanita cantik ini. Namun, kalau sudah jodoh, tak akan ke mana. Tuah berpihak kepada bekas Ratu Cantik Turki yang bernama Anime Gulse ini apabila berjaya menambat hati bintang bola sepak terkenal Jerman dan Arsenal, Mesut Ozil.
Perkahwinan eksklusif pasangan sama cantik sama padan ini mendapat perhatian dunia dan mencipta sejarah apabila Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan turut menghadiri majlis gilang gemilang itu bersama isterinya. Kini pasangan ini hidup bahagia lebih-lebih lagi setelah menimang cahaya mata pertama pada bulan Februari lalu.
Sememangnya bergelar isteri kepada Mesut Ozil ibarat ‘rezeki’ yang tak disangka-sangka apabila hidup dilimpahi dengan kemewahan. Hidup bintang bola sepak ini cukup mewah dengan anggaran pendapatan RM1.89 juta seminggu. Dikhabarkan pemain bola sepak berusia 31 tahun ini juga mempunyai kediaman mewah bernilai RM54.2 juta di Utara London.
Selain itu, Mesut Ozil menggemari kereta mewah jenama Mercedez Benz dan mempunyai deretan kereta mewah jenama tersebut yang dianggarkan bernilai RM4.3 juta. Di sebalik kemewahan yang dimiliki oleh suaminya, Anime Gulse sudah tentu bangga apabila bintang bola sepak itu ‘ringan tulang’ berkongsi rezeki. Mungkin sikap pemurah Mesut Ozil ini membuatkan rezekinya melimpah-ruah.
Sekitar tahun lepas sahaja bintang bola sepak itu telah membiayai sebanyak 1,000 pembedahan untuk kanak-kanak di seluruh dunia. Tidak cukup dengan itu, dia juga berbesar hati memberi bantuan berbentuk bekalan makanan kepada 100,000 pelarian di 16 kem pelarian di Turki dan Syria.
Sifat pemurah Mesut Ozil ini nyata mencuri tumpuan peminat bola sepak antarabangsa sehinggakan ada yang melabelkan Mesut Ozil sebagai HERO kanak-kanak!
12.12 nanti dah tau ke nak beli apa