Bukan sekadar tahun baharu, tapi hijrah jiwa di ambang Muharram 1447H, inilah saat terindah untuk tetapkan azam dan memulakan diri yang baharu.
Benar, ada sesuatu yang sunyi, tenang namun menggetarkan tentang hadirnya 1 Muharram. Ia bukan sekadar angka baharu dalam kalendar Hijrah, tetapi satu bisikan lembut kepada jiwa-jiwa yang ingin kembali… kepada fitrah.
Untuk anda yang sentiasa mencari makna lebih mendalam dalam setiap hela nafas kehidupan, Awal Muharram adalah pelabuhan rohani. Di sinilah detik menyusun semula langkah, menenangkan gelora hati dan menghidupkan niat yang hampir padam.
Bagi seorang wanita yang setiap harinya adalah perjuangan antara rasa dan reda, inilah masanya untuk menyucikan hati, menata hidup dan membuka lembaran baru dengan keberkatan.
BULAN HIJRAH
Muharram adalah bulan yang dipilih Allah sebagai salah satu daripada empat bulan haram. Bukan haram dalam erti larangan semata-mata, tetapi bulan yang dimuliakan, dilimpahi ganjaran bagi setiap amal soleh yang dilakukan dengan ikhlas.
Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah, ayat 36:
“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram…”
Dalam ketenangan bulan ini, wanita diajak untuk memperlahankan langkah. Untuk melihat ke dalam, bukan ke luar. Untuk menginsafi bahawa hidup ini bukan perlumbaan, tetapi perjalanan kembali ke asal.
Menghapus dosa-dosa lalu – kerana jiwa wanita sering menyimpan rasa bersalah yang tidak terucap, ini adalah ruang keampunan yang tenang dan tulus.
Melatih keikhlasan dan kesabaran – saat berpuasa dalam diam, tanpa perhatian sesiapa, hanya antara anda dan Tuhan.
Memulakan tahun dengan tenang – kerana kehidupan yang indah bermula dengan hati yang bersih.
Meneladani para Nabi dan salafussoleh – wanita yang mencintai kebenaran akan menelusuri jejak langkah mereka dengan lembut namun yakin.
Bukan sekadar tahun baharu, tapi hijrah jiwa di ambang Muharram 1447H, inilah saat terindah untuk tetapkan azam dan memulakan diri yang baharu.
Puasa sunat pada awal Muharram bukan beban, ia bukan juga syarat, tetapi satu peluang untuk memulakan tahun dengan langkah yang lebih jernih. Walaupun hanya sunat, amalan ini adalah cahaya bagi yang benar-benar ingin berubah.
Mulakan tahun hijrah ini dengan menundukkan hati, menyusun niat dan mendekat pada yang Esa. Kerana seorang wanita yang beriman, tidak menunggu hari sempurna untuk berubah. Dia mencipta kesempurnaan itu, perlahan-lahan… dari dalam.
Semoga tahun baharu ini menjadi tahun di mana anda lebih mengenali diri, dan lebih dekat dengan Ilahi.
Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang tidak perlu diperkenalkan lagi. Mengharumkan nama negara dengan meraih kejayaan demi kejayaan di arena sukan basikal adalah suatu pengorbanan yang sukar dibalas.
Dalam persediaan memburu emas Olimpik sulung negara di Tokyo tak lama lagi, Juara Dunia Keirin 2017 ini terpaksa ‘meninggalkan’ sementara isteri tercinta dan anak-anak tersayang demi perjuangannya memburu pingat pertama untuk negara.
Besar sungguh pengorbanan ayah kepada dua anak puteri, Amna Mariam dan Amna Khadeeja dan suami kepada Athiah Ilyana Abdul Samat kepada negara.
Khabarnya, pemilik Ijazah Sarjana Pengurusan Sukan di Universiti Deakin, Melbourne, Australia ini bukan saja menjadi tumpuan media tempatan. Malah turut diberi penghormatan oleh wartawan antarabangsa apabila disenaraikan antara 10 atlet yang harus diberi perhatian menjelang Sukan Olimpik Tokyo kelak.
THE POCKET ROCKETMAN
Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu ini begitu terkenal seluruh dunia dengan gelaran The Pocket Rocketman.
Kemampuannya merakam kelajuan hampir mencecah 100 kilometer per jam (km/j) begitu luar biasa sehingga mendapat gelaran sebegitu. Kagum melihat kejayann anak ke-8 daripada 9 adik-beradik ini.
Azizul kini berada di tangga teratas dalam acara pecut individu berdasarkan ranking terkini yang dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) pada 9 Februari 2021. Ranking pertama itu diperolehi kerana Azizul telah berjaya mengumpul 1,600 mata.
Imbas kisah antara Azizul dengan basikal apabila arwah bapanya yang memberi basikal terpakai sebagai ganjaran selepas dia mendapat 7A 1B dalam PMR. Ketika itu, Azizul banyak terima tawaran melanjutkan pelajaran di SBP dan MRSM tetapi memilih Sekolah Sukan Bukit Jalil kerana minat yang mendalam bidang sukan.
Daripada basikal terpakai, Azizul bakal menggunakan basikal istimewa di sukan Olimpik nanti berdasarkan laporan Berita Harian Online. Basikal tersebut dihasilkan menerusi projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) berjumlah RM13 juta antara Institut Sukan Negara (ISN) dengan syarikat dari United Kingdom, TOTALSIM Ltd.
BURUAN PINGAT
Semoga Azizul mampu melakar sejarah besar berbanding di Rio 2016 selepas mengakhiri musim 2020 penuh bergaya dengan meraih pingat emas acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2020 di Brisbane, Disember lalu.
Dilahirkan pada 5 Januari 1988 atlet negara ini membuat penampilan pertama di sukan Olimpik pada 2008 di Beijing apabila menduduki tempat ke-10 selepas terkandas di separuh akhir dalam acara keirin.
Empat tahun kemudian di London Azizul berjaya mara ke final acara berkenaan tapi menduduki tempat keenam.
Di Rio 2016, Azizul sekali lagi mara ke saingan akhir dan kali ini berjaya membawa pulang gangsa selepas tumpas kepada Jason Kenny (Great Britain) yang meraih emas dan pemenang pingat perak dari Belanda, Matthijis Buchli.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan bintang kebanggaan tanahair Tan Sri Michelle Yeoh di Putrajaya, Khamis lepas. Tan Sri Michelle hadir ke Malaysia bersempena siri jelajah Fan Meet yang diadakan baru-baru ini di Pavilion Kuala Lumpur.
Menerusi pertemuan singkat di Pejabat Perdana Menteri, Anwar berasa cukup kagum dengan pencapaian Michelle yang memenangi trofi Oscar bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam filem Everything Everywhere All At Once.
Malah Anwar juga sempat melihat dan bergambar dengan lebih dekat trofi kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh itu.
Anwar menulis di FB nya, “Hari ini terima kunjungan tokoh budayawan dan seniwati Tan Sri Michelle Yeoh yang baru-baru ini merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di acara Anugerah Akademi Ke-95 (Oscars 2023).
Beliau menghimbau kisah suka dan duka perjalanan hidupnya terutamanya untuk mencapai tingkat kejayaan beliau hari ini, dan beliau turut menitip pesan bahawa kejayaan gemilang anugerah Oscar itu cukup bermakna bagi dirinya, keluarga dan juga rakyat Malaysia seluruhnya. Pencapaiannya itu berjaya mengangkat nama negara di persada antarabangsa.”
Pada masa yang sama Anwar mengucapkan serta mendoakan agar Tan Sri Michelle Yeoh terus maju jaya dan beroleh lebih banyak kejayaan di masa hadapan.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Saban tahun, ada saja pencapaian baharu yang dilakar selebriti cantik Janna Nick. Merangkul satu lagi anugerah di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23 baru-baru ini, pelantun lagu Gatal tersebut sememangnya sedang berada di puncak kerjaya.
Biarpun namanya tidak lagi asing dalam arena muzik dan lakonan, wanita berusia 27 tahun ini kekal merendah diri dan mesra dengan sesiapa saja. Tidak hairanlah, Janna antara selebriti yang mempunyai peminat yang ramai dan setia. Peribadinya cukup menyenangkan.
Dalam temu bual bersama Nona ketika menjadi penghias muka depan tidak lama dulu, pemilik nama Nurul Jannah Muner ini mendedahkan dia sanggup buat apa saja atau berhabis wang demi keluarga tercinta.
JAN 09 2020 NONA AMY COVER JANNA NICK
“Saya benar-benar menyayangi keluarga saya. Siapa saya tanpa mereka. Saya memang tidak pernah rasa terbeban bila melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak dalam keluarga.
Sebenarnya bila kita sebagai anak bertindak menyara keluarga ia merupakan keberkatan dalam hidup. Rezeki kita semakin berlipat kali ganda bila berkongsi rezeki dengan keluarga.
Bagi saya, lagi banyak membantu, rezeki saya semakin murah dan lebih berkat. Secara tidak langsung menjadi ‘ketua keluarga’ kepada keluarga kecil saya ini mengajar untuk lebih tanggungjawab untuk masa depan.
Mungkin kalau saya ada keluarga sendiri nanti saya sudah bersedia dari segi fizikal dan mental,” tutur anak kedua daripada empat orang adik-beradik ini.
Memulakan karier dalam bidang seni seawal usia 16 tahun, Janna Nick kini semakin bijak merencana masa depannya. “Saya mula merencana kewangan bila menyasarkan untuk beli rumah dulu.
Saya bersyukur berjaya capai impian untuk beli rumah pertama pada usia 21 tahun. Sejak itu saya berazam untuk mengumpul aset. Saya pula bukan jenis orang yang suka berbelanja tanpa sebab dan tidak memilih jenama.
Sebelum ini saya hanya mencari duit dan sekarang ini saya mementingkan kualiti. Memang tujuan asal saya menceburi bidang seni untuk menambah pendapatan.
Saya mula masuk dalam industri ketika umur saya 16 tahun dan ini bermakna sejak dari sekolah saya dah mula bekerja. Masuk dalam dunia seni mungkin mudah tetapi yang sukarnya adalah untuk kekal dalam industri.
Bagi saya untuk kekal lama dalam industri kena minat. Dalam setiap kerja apa pun kena minat, kan? Saya sedar lagi lama berada dalam industri sebenarnya lagi mencabar.
Bukan bermakna lagi lama berada dalam industri perjalanan seni semakin mudah tapi lebih mencabar sebab macam mana nak letakkan diri kita atau kekalkan diri kita dalam top list,” ujar gadis berdarah kacukan Cina, Pakistan dan Siam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Yang Amat Mulia (YAM) Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas kejayaan cemerlang memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian Kelas Pertama) dalam bidang ...