
Tahun 2023 merupakan titik tolak yang mengubah kehidupanya apabila kisah kecurangan rumahtangga bersama penyanyi tanah seberang, Virgoun hangat diperkatakan di media sosial hingga mendapat liputan meluas hingga ke Malaysia.
Berikutan itu, pada Mei lalu, Virgoun memfailkan cerai terhadap isterinya, Inara Rusli selepas pendedahan tentang kecuranganya diuar-uarkan secara terbuka. Inara berjaya membongkar kecurangan Virgoun yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan Tenri Anisa.
Berikutan kes tular berhubung rumah tangganya, nama Inara Rusli kini semakin popular hingga menjadi sorotan warganet dan lensa media. Siapa sebenarnya Inara Rusli ini?
Punyai 2.1 Juta Pengikut Di Instagram Sejak Kisah ‘Kecurangan’ Virgoun Tular!

Memiliki sebanyak 2.1 juta pengikut di Instagram, pemilik nama penuh Ina Idola Rusli lahir pada 19 Februari 1993. Sama seperti suaminya, Inara suatu ketika dahulu memulakan kariernya dalam bidang hiburang sebagai seorang penyanyi, dan menganggotai sebuah kumpulan Bexxa pada tahun 2013.
Bukan sekadar penyanyi, Inara Rusli juga merupakan seorang pelakon di bawah pengurusan SD dan memulakan kariernya membintangi telenovela “Mak Ijah Pengen ke Mekah” terbitan salah sebuah stesen televisyen di sana.
Setelah dua tahun menikah dengan Virgoun, Inara Rusli membuat keputusan untuk berhijrah. Inara khabarnya ingin mendalami ilmu agama dan berhijrah ke arah kebaikan.
Sebelum Berhijrah Inara Bekas Model Seksi

Jika dulu Inara yang merupakan bekas model yang cukup seksi, kini Inara anggun berhijab dan lebih sopan. Namun dahulu Inara pernah membuat keputusan untuk berniqab, namun kini tidak lagi demi kelangsungan kariernya.
Merupakan anak bongsu dari tiga orang adik beradik, Inara sebenarnya lahir dari keluarga berbangsa Cina dari keturunan suku Han di kawasan pegunungan Guangdong, Fujian dan Guangxi di Tiongkok.
Malah, Inara juga berasal dari keluarga yang berpecah belah (broken family). Orang tuanya bercerai ketika usianya masih sangat muda, sehinggakan Inara terpaksa berhadapan dengan kesulitan tersebut, sekaligus menjadikan Inara seorang ibu yang cukup mementingkan institusi kekeluargaan dan kebajikan anak-anaknya.
Walaupun berhadapan dengan dugaan perkahwinannya, Inara dilihat kekal optimis, positif dan ceria menjalani kehidupannya. NONA mendoakan semoga Inara terus kuat menghadapi cabaran ini demi anak-anak.
Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya’ir Virgoun, dan Terang Sharique Virgoun.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Sumber Foto: Instagram Inara Rusli
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!




Puteri Emira atau mesra disapa sebagai Emira merupakan pemilik jenama modest fashion terkenal, Losravelda. Wajar dijadikan inspirasi khususnya buat golongan muda, Emira berjaya meletakkan Losravelda sebaris dengan jenama-jenama terkenal di Malaysia.
JIWA BERNIAGA
Lebih-lebih lagi hasil titik peluh sendiri tanpa bergantung kepada keluarga atau bekerja di bawah orang lain. Detik jatuh bangun kami jadikan sebagai pembakar semangat untuk terus lakukan yang terbaik dalam perniagaan.
Saya juga menjadikan bapa mertua, Nasir Khan sebagai mentor. Beliau memang seorang business minded. Setiap kali rasa tertekan atau down dalam perniagaan saya akan dapatkan nasihat daripada beliau.”
“Saya terlibat dalam industri fesyen. Kesannya memang sangat dirasai terutama dari segi permintaan. Ketika itu orang lebih mengutamakan keperluan asas. Satu ujian yang sangat berat namun saya percaya ada hikmah di sebalik ujian ini. Sebagai usahawan, masa itu emas. Setiap masa sangat berharga. Justeru, saya didik pelanggan untuk create demand.
Perlu mencuba cabang-cabang perniagaan lain bagi menjana aliran pendapatan berganda. Wang yang datang dari pelbagai sumber memberi manfaat kepada usahawan kecil seperti saya agar aliran wang tidak terhenti.
Dalam bisnes juga perlu ada sokongan kuat sebab kita akan selalu kena ‘pukul’. Yang memukulnya ramai tapi kita kena bangun sendiri. Kena sentiasa kuat dan jangan mudah putus asa.”











