Tahun ini merupakan tahun kedua balu anggota bomba yang terlibat dalam Tragedi 6 anggota bomba lemas ketika operasi menyelamat remaja di lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, sambut Ramadan tanpa suami.
Ketika ditanya tentang perbezaan berpuasa tahun lau dengan tahun ini, jawab Shahmiza Salleh, “Entah ya…tahun ni dalam hati masih rasa kosong tapi emosi dan fizikal rasa kuat sikit la boleh lawan.
Saya beruntung sangat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan saya ‘terperangkap’ di kampung. Dalam tempoh ini saya mempunyai banyak masa bersama keluarga. Saya juga dah ‘dapat’ balik mood masak setelah sekian lama hilang sejak tragedi yang menimpa suami,” tutur wanita ini.
Benar orang kata ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian. Wanita yang mesra disapa Miza ini turut mengakuinya. “Ada juga hikmahnya PKP ini yang orang lain tak nampak dalam kehidupan saya.
Ads
Sejujurnya saya penat sangat sebelum PKP dilaksanakan. Ini kerana saya sambung pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Jika ada kelas saya terpaksa hantar anak-anak dijaga oleh mak di kampung.
Jadi berulang alik dari Sungai Buloh ke Port Dickson sudah menjadi rutin saya. Selalu cakap kat diri sendiri, penatnya memandu. Dulu memandu hanya ke tempat kerja. Kalau balik kampung atau berjalan ke mana-mana ada orang bawakan.
Ads
Sekarang merata pergi ke mana bawa kereta sendiri. Ha, sekarang terus Allah SWT bagi PKP dan duduk rumah. Kereta pun tak bergerak dah sebulan lebih,” tutur wanita yang bertugas sebagai Pengajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini.
Walaupun nampak kuat namun jelas kelihatan rindu masih bertamu di hati wanita ini. Aktiviti yang paling dirindui ketika bulan puasa sudah pasti ketika berbuka puasa bersama-sama dan makan sahur bersama-sama.
Ads
“Arwah suami lebih gemar berbuka dan bersahur di rumah berbanding di luar. Namun, berpuasa tahun sebelumnya memang kami lebih kerap berbuka puasa di rumah. Kalau nak bandingkan berbuka di luar boleh dikira dengan jari. Pergi bazar Ramadan pun tak, kecuali nak beli air lemon asam boi yang menjadi kegemarannya.
Arwah memang suka makan pedas-pedas seperti sambal namun sejak kehilangannya sampai sekarang saya belum lagi ada keupayaan untuk masak sambal. Makanan kegemaran suami secara tak langsung jadi kegemaran anak-anak juga.
Ada juga anak bertanya sudah lama ibunya tak masak makanan kegemaran mereka, saya jawab pada mereka “Ibu belum beli barang lagi,”. Saya belum ada kekuatan nak masak makanan kegemaran arwah,” tutur isteri kepada salah seorang anggota bomba yang terkorban, Adnan Othman.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tersohor dengan lagu ‘Tiada Lagi’ era 90-an, penyanyi cantik dari seberang Mayangsari atau nama sebenarnya Agustina Mayangsari kini genap usianya 50 tahun pada Ogos lalu.
Mayangsari yang masih jelita di usia 50 tahun.
Masih anggun dan paling menarik perhatian ramai ialah gaya hidup mewahnya yang pasti mengundang ‘cemburu’ di kalangan wanita. Namun tak hairanlah kerana Mayangsari antara artis wanita yang bekerja keras sehingga berjaya meletakkan dirinya ke tahap seperti sekarang. Bahkan, Mayangsari dilihat masih aktif dalam karier seninya.
Mayangsari merupakan isteri kepada usahawan terkenal iaitu Bambang Trihatmodjo yang pernah dinobatkan sebagai orang terkaya di Indonesia. Ini juga salah satu faktor kepada gaya hidupnya yang mewah dan glamor!
Jelas terlihat kehidupannya cukup ‘sempurna’ dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Dan pastinya, barangan berjenama sering menjadi pilihan Mayangsari sebagai pelengkap gaya. Biarpun umur sudah mencecah 50 tahun, masih terserlah auranya sebagai selebriti ternama.
Bukan sekadar memiliki kemewahan, Mayangsari turut menginap di kediaman mewah bersama suami tercinta serta anak perempuan, Khirani Trihatmodjo.
Kediaman mewahnya turut menampilkan gaya elegan serta klasik.
Selain itu, Mayangsari turut mempunyai circle tersendiri iaitu ‘geng socialite’ yang tak kurang hebatnya dari segi kekayaan dan kemewahan masing-masing.
Antara ‘geng socialite’ yang sering bersama Mayangsari.
Kredit Foto: Instagram @mayangsari_official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kejelitaan aktres ini jelas terpancar lebih-lebih lagi saat bercerita tentang keluarganya. Isteri kepada pemain bola sepak Zaquan Adha ini kelihatan makin ceria bercerita tentang kehadiran puteri sulungnya, Laura Zuleykha yang dinanti selama ini. Wajah manis anak ketiganya ini persis Ayu yang sentiasa tersenyum telah menyerikan kehidupan bersama suami di samping dua orang abangnya, Muhammad Aisy Qaiser dan Muhammad Aisy Aryann. Namun, Ayu sedikit terkilan kerana tidak mampu menyusukan puterinya secara eksklusif.
“Memang saya tidak dapat menyusukan Laura secara eksklusif lagi lantaran saya terlantar sakit tempoh hari akibat apendiks. Mula-mula saya sendiri tak tahu ada apendiks kerana selama ini saya tak pernah sakit perut yang luar biasa. Tiba-tiba saya sakit perut sehingga nak bernafas pun tidak mampu. Ingatkan saya mengandung lagi kerana rasa loya dan nak muntah. Kemudian saya muntah sehingga keluar air hijau.
Suami ajak pergi klinik dan apabila sampai klinik doktor hanya bagi ubat angin sahaja. Tapi saya tetap rasa tak selesa. Lepas suami balik daripada training, dia ajak pergi ke hospital dan akhirnya saya terus ditahan. Rupa-rupanya apendiks saya sudah pecah tanpa disedari. Lepas pembedahan apendiks biasanya dalam dua hari sudah elok. Tapi saya masih rasa sakit. Bila doktor buat pemeriksaan nyata saya demam. So bila demam ada something wrong. Apabila buat ujian darah dan x-ray semula terdapat infeksi di paru-paru.
Ketika itu saya bagaikan di ambang maut. Terasa betapa kerdilnya kita di sisi Allah SWT. Bila-bila masa Allah SWT boleh ambil apa yang ada pada kita dan kita tak mampu nak berbuat apa-apa. Melalui ujian sebegini baharu kita sedar apa yang kita ada semua pinjaman semata-mata. Rasa syukur sangat selepas kembali sihat,” terang Ayu tentang pengalamannya selama 11 hari ditahan di wad hospital.
Ternyata tahun ini Ayu begitu teruja menyambut Syawal kerana beraya di rumah baru. “Saya begitu teruja beraya tahun ini kerana beraya di rumah baru di Seremban. Biasanya tahun-tahun sebelum ini saya sibuk menyediakan kelengkapan raya seperi baju raya dan kuih raya sahaja. Namun, tahun ini tugas saya sedikit berbeza apabila perlu menyiapkan dekorasi kediaman yang baharu diduduki.
Saya gemarkan gaya dekorasi moden glam atau klasik yang gelap dan cosy. Alhamdulillah saya mempunyai cita rasa yang sama dengan Zaquan. Biasanya jika ada masa terluang kami berdua akan keluar bersama-sama untuk membeli barang kelengkapan rumah. Zaquan ini jenis orang yang suka duduk di rumah oleh itu saya perlu pastikan dekorasi rumah umpama kawasan rehat yang sedap untuk dihinggapi,” terang Ayu tentang perbezaan lebaran tahun ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cantik Irina Roelcke! Tak sekadar dikurniakan wajah cantik yang sedap mata memandang, adik perempuan Maya Karin bernama Irina Melati Roelcke ini juga seorang wanita bijak. Aktres jelita tersebut juga mempunyai seorang adik lelaki dikenali sebagai Armin Roelcke.
Menelurusi latar belakang Irina, wanita profesional berusia 39 tahun ini merupakan Senior Legal Counsel di Singapura. Dia juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang kelas pertama dari University of London.
Jarak usia hanya empat tahun dengan bintang filem Pontianak Harum Sundal Malam berkenaan membuatkan Irina cukup akrab dengan kakak tersayang.
Ketika berusia 27 tahun, Irina pernah terlibat dalam sesi fotografi bersama Maya dan ketika itu dia dipiih sebagai wajah kempen salah satu produk L’Oreal Paris pada tahun 2011.
Pernah aktif sebagai model, Irina dalam sebuah wawancara di Internet pada tahun lalu mendedahkan bapanya berasal dari Jerman. Sementara ibu tersayang pula merupakan rakyat Malaysia.
Bagaimana pun, dia dibesarkan di Indonesia dan kembali ke Malaysia ketika berusia 12 tahun. Irina kemudian melanjutkan pengajian di England dan menggengam ijazah dalam bidang undang-undang.
Bersandarkan keputusan cemerlangnya, dia diterima berkhidmat di salah sebuah firma guaman terkenal di London. Malah, pernah bertugas di syarikat gas dan minyak dan terlibat dengan dunia korporat bidang fesyen, Zalora.
Mengakui seorang yang gemarkan cabaran, Irina menggalakkan golongan wanita agar tidak takut mencuba perkara baru dan menimba sebanyak mungkin pengalaman tidak kira dalam kehidupan mahupun karier.
Seperti Maya Karin, Irina turut aktif dengan gaya hidup sihat. Selain menggemari sukan lasak, adik-beradik ini cukup prihatin dengan alam sekitar memandangkan sejak kecil mereka sudah didedahkan dengan kepentingan menjaga kehijauan alam daripada bapa, Gottfried Roelcke.
Terinspirasi dengan kehidupan Maya Karin dan Irina. Tidak hanya mementingkan pelajaran dan menggunakan bakat yang ada untuk kebaikan, keprihatinan mereka terhadap alam semula jadi wajar menjadi ikutan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!