Siapa yang tidak kenal dengan wanita yang dilahirkan sebagai anak sulung perempuan Donald Trump ini. Ivanka Trump merupakan seorang usahawan wanita sebelum dilantik oleh bapanya menjadi penasihat kepada presiden di Rumah Putih.
Sewaktu membantu bapanya berkempen untuk piliharaya Amerika Syarikat baru-baru ini Ivanka telah mencuri tumpuan dengan penampilan yang stailo. Memiliki ketinggian 180cm sudah pasti apa sahaja yang disarung oleh wanita berambut perang ini cantik dan bergaya sementelah meminati bidang fesyen.
Baharu sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-11 bersama suaminya, Jared Kushner, serta kelihatan bahagia di samping 3 orang anak mereka. Walau bagaimanapun, kini Ivanka telah ‘kehilangan kerja’ di Rumah Putih ekoran bapanya kalah dalam piliharaya di tangan Joe Biden baru-baru ini.
Sewaktu bapanya menjadi Presiden di Amerika Syarikat, Ivanka telah berkhidmat dalam pentadbiran Amerika Syarikat dengan menjadi penasihat kepada bapanya serta bertanggungjawab kepada pendidikan dan memperkasakan ekonomi wanita dan keluarga sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan melalui latihan kemahiran dan keusahawanan.
Ke mana Ivanka bakal mengalihkan fokusnya selepas tidak berkhidmat dalam pentadbiran negara telah menjadi talk of the town. Namun, dengan jumlah kekayaan yang dianggarkan sebanyak USD800 million miliknya itu mungkin tidak menjadi masalah buatnya. Atau mungkin Ivanka akan pulang ke syarikat hartanah milik bapanya, The Trump Organization.
Ivanka juga aktif menulis buku dan hasil tulisannya pernah menjadi New York Time Bestseller. Antara hasil tulisannya adalah, The Trump Card, Women Who Work, Women Who Work: Rewriting the Rules for Success dan The Trump Card: Playing to Win in Work and Life.
Cantik-cantik blazer yang Ivanka Trump ni pakai kan, boleh juga cari inspirasi kat sini
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biarpun berstatus VIP dan ada kerjaya hebat namun Dato’ Wahadaniah Abdul Wahab atau mesra disapa Dato’ Dania ini seorang wanita yang kaya dengan sifat rendah diri. Tetap mesra menyambut pelawaan Nona, ibu seorang cahaya mata ini bukan hanya cemerlang dalam karier. Malah jelitawan ini juga pernah dinobat sebagai Ratu Cantik Mrs Fabulous Malaysia 2019.
Kredibiliti Dato’ Dania jelas terbukti apabila dia pernah menyandang tugas Naib Presiden Limkokwing University of Creative Technology. Namun kini dia merupakan Vice President Goverment Relations di universiti berkenaan. Bukan calang-calang jawatan!
Memiliki visi besar untuk memartabatkan kaum wanita ke peringkat lebih tinggi, Dato’ Dania menjadikan diri sendiri sebagai pencetus semangat kepada golongan wanita lain untuk menggapai kejayaan. Dalam kesibukan kerjaya, Dato’ Dania memanfaatkan masanya untuk menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD).
Apa yang pasti, penulis cukup kagum dengan kesungguhan Dato’ Dania dalam menimba ilmu. Mana tidaknya, dalam usia 45 tahun dia masih komited melanjutkan pelajaran. Menceritakan perjalanan PhD terkini ujarnya, “Ya, sepatutnya saya dah doctorate pada tahun 2006 waktu saya jadi pensyarah separuh masa di universiti UK. Saya diberikan tawaran itu kerana obtained distinction for my master.
Oleh kerana ibu mertua saya menghidap kanser, jadi saya perlu balik ke Malaysia dan berhenti belajar. Sekarang, baru saya dapat sambung belajar selepas mendiang Tan Sri Lim Kok Wing meninggal dunia.
Buat masa ini juga saya bekerja sepenuh masa di Limkokwing University dan belajar sepenuh masa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Business and Management. Ikut perancangan mahu sambung belajar di UK tapi sebab pandemik, niat tersebut terpaksa dilupakan,” ujarnya yang melanjutkan pengajian selama empat tahun dan berhasrat untuk tamat pengajian pada tahun hadapan.
Ditanya apa yang mendorongnya untuk meneruskan pengajian di usia 40an memandangkan sudah pun mempunyai kerjaya yang bagus, ini jawapan Dato’ Dania. “Ini adalah impian saya. Selepas degree MMU batch saya ialah pioneer first MMU dibuka saya terus ke UK Master dan PhD.
Saya nak membantu komuniti negara dan ummah. Saya juga mahu menceburi bidang politik setelah lengkap berilmu dengan rendah diri. Saya teringin sangat nak menaikkan taraf anak-anak Melayu dan wanita di negara ini.
Mereka already doing well but will do more. Saya percaya through education, kita memberi peluang kepada anak bangsa dan ummah kita. Saya merasakan wanita mesti diberi peluang untuk berada di parlimen dengan latar belakang pendidikan yang bagus. InshaAllah.”
Mahu lebih berjaya dan memberi inspirasi serta mengangkat martabat wanita di mata dunia, Dato’ Dania nekad mengasah potensi diri dengan menyertai Mrs Fabulous Malaysia 2019, sebuah pertandingan ratu cantik yang mengasah bakat golongan wanita berkahwin termasuk ibu tunggal dalam bidang sosial dan ekonomi.
Ujar pemenang Mrs Fabulous Malaysia 2019 ini, “Peranan wanita hari ini bukan sahaja menjadi suri rumah, mereka juga mampu memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan ekonomi dan keusahawanan.
Penglibatan saya dalam Mrs Fabulous Malaysia 2019 memberi peluang untuk membuktikan dan melakar kehidupan serta cita-cita pada masa depan. Memenangi pertandingan ini juga membantu meningkatkan kemahiran teknikal dan taktikal saya dengan lebih baik.
Ia berjaya menjadikan saya lebih berkeyakinan dan berhati waja dalam memastikan segala kemahiran yang saya dapat dimanfaatkan dengan baik.
Kejayaan ini tidak akan diperoleh tanpa sokongan dan komitmen anak tunggal saya, Adi Muhammad Irfan, keluarga, teman istimewa, rakan kerja, mentor dan pasukan Teamworks yang banyak memberi latihan pembangunan diri kepada setiap wanita.
Terutamanya melibatkan sektor keusahawanan, bakat dan pengucapan awam. Fokus pertandingan ini juga tidak tertumpu kepada kecantikan semata-mata tapi lebih menekankan keupayaan wanita itu sendiri.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan mendirikan rumahtangga dengan Mohamed Raqeem Brian Abdullah yang berasal dari Sarawak dan berketurunan Cina-India. Mereka bernikah pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan sepasang cahayamata, Althea dan Aaqib.
Sempena genapnya usia perkahwinan mereka yang ke-13 tahun baru-baru ini, dalam satu video pendek di akaun Instagramnya, Nana berkongsi ungkapan ringkas buat suami tersayang sebagai tanda menghargai pengorbanannya selama ini.
“Selamat ulang tahun ke-13 @raqeembrian Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan tanpa jemu, kasih sayang tanpa syarat, perhatian dan menjadikan hidup ku lebih bermakna. Terima kasih kerana menjadi ayah terbaik untuk anak-anak.
Terima kasih kerana menerima ku seadanya. Isteri yang tidak begitu sempurna, seorang yang sangat sibuk dan sentiasa mahu melakukan banyak perkara. Terima kasih kerana sentiasa ada untuk ku. Terima kasih atas segalanya sayang… I love yuh!”
Menjengah ke akaun Instagram suaminya pula, Raqeem Brian, hanya ucapan ringkas ditujukan buat Nana namun ianya sangat bermakna. Menurutnya, selama 13 tahun mereka bersama penuh dengan memori-memori indah.
“Selamat ulang tahun buat kita @nanamahazan 13 tahun yang indah bersama penuh dengan kenangan indah dan manis setiap tahun. Kamu adalah kamu & ia cukup sempurna buat ku”
Sejak ‘penghijrahannya’ pada Ogos 2021, Nana mula menjadi perhatian ramai. Malah pengacara, penyanyi dan bekas pelajar Akademi Fantasia musmi ke-6 ini makin cantik dan berseri-seri sejak bergelar usahawan. Nana dilihat makin rancak mengusahakan perniagaannya yang makin berkembang.
Terbukti, sejak bertudung rezeki Nana kian mencurah-curah terutama perniagaan miliknya Selauk Nana dan Nana Mahazan Beauty. Semoga Nana terus istiqamah, perniagaan terus maju dan kekal bahagia bersama keluarga tersayang.
Kredit Foto: IG Nana Mahazan & Raqeem Brian
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penghidap autisme dari Filipina, Karla Majam diumumkan sebagai Miss UniWorld 2023 dalam Pertandingan Miss UniWorld yang diadakan baru-baru ini di sebuah hotel di ibu kota.
Gadis berusia 17 tahun itu yang berasal dari Santa Rosa, Laguna itu juga turut mencipta rekod sebagai wanita pertama dari Filipina yang memenangi gelaran Miss Uniworld. Karla disarungkan dengan mahkota bergemerlapan Ratu Kilimanjaro selepas panel juri sebulat suara menobatkannya dengan gelaran tersebut.
Pertandingan ini menyaksikan 25 peserta mewakili negara masing-masing berentap bagi merangkul gelaran Miss UniWorld. Dalam pusingan akhir Top 5, Majam berdepan saingan sengit daripada empat rakan pencabarnya dari Turkiye, Jerman, Latvia dan Georgia.
Bagaimanapun ketika sesi soal jawab yang menguji topik isu semasa dan komunikasi peserta, Majam yang juga penghidap autisme ternyata menonjol, memperlihatkan kebijaksanaannya menjawab soalan dengan begitu tenang sekaligus memberi kesan di hati penonton, terutama sekali juri.
Misi pertandingan Miss UniWorld diadakan bagi meningkatkan keunggulan pertandingan ratu dunia itu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Walau pun memiliki sedikit ketidakupayaan berbanding peserta-peserta lain, kejelitaan, keanggunan, kepintaran dan ketabahannya sepanjang menyertai pertandingan ini ternyata menambat hati juri sekaligus memutuskan Majam paling layak dipakaikan mahkota Ratu Kilimanjaro. Pada malam itu, Majam menerima hadiah serta wang tunai bernilai RM460,000.
“Saya amat berbesar hati menyandang gelaran Miss UniWorld 2023 dan memakai mahkota Ratu Kilimanjaro. Kemenangan ini bukan setakat pencapaian peribadi tetapi lebih besar maknanya. Ia juga menjadi satu janji untuk mengangkat martabat Miss UniWorld dan menawarkan khidmat dalam usaha membawa perubahan positif,” jelasnya menerusi sumber Mstar.
Tahun lalu, Niousha Roohbaksh dari Iran diumumkan sebagai pemenang. “Walaupun didiagnosis secara klinikal menghidap autisme, perjalanan hebat Karla menepis halangan sekaligus membuktikan impian boleh menjadi kenyataan tak kira apa jua dugaan yang mendatang,” kata organisasi Miss Uniworld Filipina dalam satu kenyataan yang disiarkan di Instagram.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.