Jika sudah menjadi seorang selebriti, tiap gerak-geri, penampilan dan kisah peribadi pasti menjadi bualan. Ditambah pula dengan perkembangan media sosial yang begitu meluas kini. Gaya atau fesyen yang digayakan oleh selebriti pasti mendapat komen atau likes tertinggi.

IKLAN
Hilang Seri Bila Berpakaian Cantik Tapi Wajah Kusam, Rahsia Wajah Berseri Hannah Delisha
Foto: Instagram @hannahdelisha

Hannah Delisha yang sering tampil cantik dan up-to-date mempunyai falsafah tersendiri dalam bidang fesyen ini. “Fesyen pada pandangan saya mempunyai dua maksud yang berbeza.

Hilang Seri Bila Berpakaian Cantik Tapi Wajah Kusam, Rahsia Wajah Berseri Hannah Delisha
Foto: Instagram @hannahdelisha

Pertama, datang dari dalam diri sendiri, yang kedua, terzahir dari alter ego yang akan sering bertukar mengikut peredaran fesyen terkini,” tutur Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch.

Hilang Seri Bila Berpakaian Cantik Tapi Wajah Kusam, Rahsia Wajah Berseri Hannah Delisha
Foto: Instagram @hannahdelisha

Namun jauh dari sudut hati gadis kacukan Inggeris-Melayu ini, lebih selesa memilih kesederhanaan. “Apabila berbicara tentang fesyen harian, saya lebih gemar gaya yang simple.

Hilang Seri Bila Berpakaian Cantik Tapi Wajah Kusam, Rahsia Wajah Berseri Hannah Delisha
Foto: Instagram @hannahdelisha

Bagi saya, asalkan selesa untuk bergerak dan melakukan aktiviti harian, sudah cukup memadai. Jika menerima undangan ke majlis-majlis rasmi, baru saya akan dress up dan menggayakan fesyen haute couture,” bicara Hannah lembut.

IKLAN
Hilang Seri Bila Berpakaian Cantik Tapi Wajah Kusam, Rahsia Wajah Berseri Hannah Delisha
Foto: Instagram @hannahdelisha
Hilang Seri Bila Berpakaian Cantik Tapi Wajah Kusam, Rahsia Wajah Berseri Hannah Delisha
Foto: Instagram @hannahdelisha

Memiliki cita rasa tinggi dalam pemilihan fesyen Hannah juga mempunyai jenama fesyen kegemarannya. “Hannah sendiri mempunyai beberapa jenama kegemaran, antaranya termasuklah Valentino Garavani, Jimmy Choo, Coco Chanel, Domenico Dolce & Stefano Gabana, Rei Kawakubo, Salvatore Ferragamo dan banyak lagi,” katanya.

IKLAN
Hilang Seri Bila Berpakaian Cantik Tapi Wajah Kusam, Rahsia Wajah Berseri Hannah Delisha
Foto: Instagram @hannahdelisha
Hilang Seri Bila Berpakaian Cantik Tapi Wajah Kusam, Rahsia Wajah Berseri Hannah Delisha
Foto: Instagram @hannahdelisha

Namun, menurut Hannah memakai baju jenama terkenal tidak akan bermakna jika kecantikan luaran dan dalaman tidak dijaga dengan sempurna. “Secara peribadi, saya utamakan rehat dan tidur yang cukup untuk kelihatan cantik.

Hilang Seri Bila Berpakaian Cantik Tapi Wajah Kusam, Rahsia Wajah Berseri Hannah Delisha
Foto: Instagram @hannahdelisha
Hilang Seri Bila Berpakaian Cantik Tapi Wajah Kusam, Rahsia Wajah Berseri Hannah Delisha
Foto: Instagram @hannahdelisha

Tidak cukup jika kita menggayakan busana haute couture tetapi wajah nampak letih dan tidak bermaya sekali gus hilang seri tatkala menggayakan busana elegan seperti itu,” kongsi pelakon yang popular dengan drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer ini.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI