Jika dulu busana sopan dan menutup aurat agak terhad dalam industri fesyen tanah air. Namun kini impian setiap gadis khususnya para hijabi untuk bergaya akhirnya menjadi realiti apabila seleksi himpunan fesyen berkenaan kian berkembang di pasaran. Menyedari ‘selera’ dan permintaan tinggi terhadap fesyen tersebut beberapa tahun kebelakangan ini, acara berprestij Fashionably Modest Asia (FMA) 2025 bakal berlangsung November ini di Pavilion Arena, Pavilion Damansara Heights.
Buat julung kali, FMA 2025 akan ‘menggegarkan’ industry fesyen dari 18 hingga 20 November ini sebagai satu acara yang didedikasikan untuk meraikan kepelbagaian, keyakinan dan kekuatan lembut fesyen modest di seluruh negara Asia Tenggara atau ASEAN.
Berlandaskan kepercayaan bahawa gaya sebenar terletak pada keselesaan, keyakinan dan ekspresi budaya, Fashionably Modest Asia 2025 menggalakkan wanita daripada pelbagai latar belakang untuk menghayati busana modest yang moden dan memikat.
Menariknya, FMA 2025 tahun ini menjalin kolaborasi bersama jenama kecantikan popular Wardah yang menjadi rakan rasmi solekan. Pentas fesyen ini akan diurus penuh teliti oleh stylist terkenal, Min Luna.
Ads
Dia akan bekerjasama dengan barisan pereka tempatan seperti TACT, Ezzati Amira, Hasz Hisham, Shaz Nash, Afiq M, Bev C, SVG, Huntilanak, Behati dan ramai lagi yang menggabungkan keunikan budaya dan sentuhan moden.
Tidak terkecuali, barisan pereka berbakat Malaysia yang mencipta nama di persada fesyen global. Antarabya Shals KL, Fuzana Mokhtaza, Sharifah Kirana, Maglifestyle, Khatreena, Variante, N.Khan dan ramai lagi. Lebih istimewa, pereka ikonik Radzuan Radziwill yang membawa sentuhan couture di pentas FMA 2025.
Ads
Pereka Terlibat Fashionably Modest Asia
FMA 2025 turut memberi tumpuan besar kepada kerjasama serantau ASEAN dengan rekaan tersendiri termasuk Na Forrer dari Brunei, Chris Nick dari Filipina, Khaar dari Vietnam dan Benang Jarum dari Indonesia.
Menurut Penasihat Gaya Fashionably Modest Asia 2025, Andrew Tan, “Fashionably Modest Asia 2025 adalah tentang meraikan fesyen yang memperkasakan wanita dengan keyakinan yang tenang, di samping memupuk pertukaran budaya dan kerjasama serantau. Inspirasi dapat dirasai apabila pereka dari seluruh ASEAN berkongsi cerita dan kreativiti mereka melalui fesyen modest yang dekat di hati audiens pelbagai latar.”
Turut hadir pada majlis pelancaran Fashionably Modest Asia (FMA) 2025 ialah Zaireen Ibrahim iaitu Pengarah (Malaysia) ParagonCorp MY dan Duta Wardah Colorfit, Mira Filzah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Naelofar melangkah setapak lagi ke hadapan apabila jenama yang cukup sinonim dengan fesyen muslimah popular di Malaysia ini menghasilkan rekaan sulung busana eksklusifnya di Madinat Arena, Dubai awal November lalu.
Ia adalah sempena penganjuran edisi kedua Swarovski’s Sparkling Couture: Infinity Exhibition yang turut menghimpunkan lebih 40 busana mewah melibatkan 50 orang pereka fesyen dari 17 buah negara di serata dunia.
Antara label antarabangsa yang tersenarai dalam pameran berprestij ini termasuk Zumorrod, Al Qattan dan Rizwan.
Bertemakan lima konsep rekaan merangkumi perkahwinan, etnik, persalinan gaun petang dan modest wear di samping garapan perhiasan serta aksesori yang bertahtakan butiran kristal Swarovski, rekaan unik Salacia menterjemahkan inspirasi busana Naelofar yang berasaskan rona-rona lautan.
Dengan penyertaan Naelofar dalam pameran bertaraf antarabangsa berkenaan pastinya membuka peluang lebih besar buat pengusaha industri muslimah ini menembusi pasaran dunia. Sekali gus melakar lebih banyak kejayaan dalam arena fesyen global.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama dua tokoh seni ini tidak perlu diperkenalkan. Semenjak berkecimpung dalam industri, Kolonel Bersekutu (PA) Dato’ Sri Eizlan Yusof dan Dr Ahmad Idham sentiasa merevolusikan program hiburan tempatan agar terus relevan dengan cita rasa peminat.
Terbaharu, dua nama hebat ini telah dilantik di bawah pejabat Menteri bagi membantu Kementerian Luar Negeri mempromosikan seni dan budaya Malaysia ke luar negara.
Dalam kenyataan rasmi Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah, Dato’ Seri Eizlan Yusof dilantik sebagai Perunding Kreatif, sementara Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Setiausaha Kebudayaan berkuatkuasa 1 November 2021.
Sesi pelantikan rasmi di Wisma Putra
“Saya yakin bahawa Dr. Ahmad Idham dan Dato’ Sri Eizlan akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan dedikasi dan jayanya.” Dato’ Saifuddin
Bukan calang-calang amanah, pelantikan mereka juga sebenarnya selaras dengan objektif membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia yang bertujuan untuk mewujudkan kaedah baharu bagi mempamerkan identiti dan nilai kebangsaan negara, di samping menggalakkan promosi dan pertukaran budaya.
Bagi mempromosikan Diplomasi Budaya, Jawatankuasa Seni & Budaya (ARCA) akan ditubuh di bawah Pejabat Menteri untuk mengukuhkan usaha dalam meletakkan seni Malaysia sebagai saluran berkesan dalam mempromosikan warisan sejarah dan budaya negara.
“Terima kasih Dato’ Saifuddin atas amanah dan kepercayaan yang diberikan.” Dato’ Sri Eizlan Yusof
Dato’ Sri Eizlan merupakan seorang yang tidak asing dalam industri ini dan pernah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti serta memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa.
“Terima kasih Dato’ Saifuddin di atas pelantikan saya sebagai Setiausaha Kebudayaan kepada Menteri Luar Negeri Malaysia.” Dr Ahmad Idham
Dr. Ahmad Idham merupakan mantan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan mempunyai pengalaman luas dalam industri kreatif Malaysia selama lebih 25 tahun, termasuk memenangi anugerah antarabangsa di Pesta Filem Chunsa Korea pada tahun 2018.
Semoga dengan pelantikan baru ini bakal memberi nafas baru kepada sektor seni dan budaya Malaysia. Selamat menjalankan tugas!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kate Middleton mencuri perhatian dunia dengan membuat penampilan sulungnya sebagai Puteri Wales di samping menyarung tiara rasminya! Kate dilihat memakai tiara pertamanya selepas 3 tahun untuk sebuah acara makan malam di Istana Buckingham. Jamuan itu diadakan sebagai sebahagian daripada rangka lawatan negara pertama pemerintahan Raja Charles III, yang mengalu-alukan kehadiran Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, ke U.K.
Pada makan malam yang penuh elegan itu, Puteri Kate memakai gaun putih yang direka oleh pereka Jenny Packham beserta tiara kegemarannya iaitu tiara Queen Mary’s Lover’s Knot.
Dengan gabungan mutiara dan berlian yang disusun indah, tiara itu juga merupakan tiara kegemaran mendiang ibu mertuanya, Puteri Diana. Menurut Court Jeweller, tiara yang menakjubkan itu berusia lebih daripada satu abad dan pada asalnya ditauliahkan daripada tukang emas Garrard oleh Ratu Mary sama ada pada tahun 1913 atau 1914. Ia adalah replika tiara yang dimiliki oleh nenek Mary, Puteri Augusta dari Hesse, Duchess.
Kate juga dilihat memakai anting-anting yang sebelum ini dimiliki Puteri Diana dan gelang dari kotak barang kemas Ratu Elizabeth.
Pada 10 September yang lepas, Catherine Middleton akhirnya bergelar seorang puteri dan mewarisi gelaran Lady Diana iaitu Puteri Wales (Princess of Wales) dan gelaran ini digunakan untuk isteri pewaris takhta British. Pemegang terakhir gelaran tersebut ialah mendiang Diana yang pada tahun 1997. Status Princess of Wales yang menjadi milik Kate ini adalah kali kedua diguna pakai selepas kemangkatan mendiang Puteri Diana pada 1997.
Kredit foto: Getty Images
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.