Bercuti adalah aktiviti yang amat digemari oleh semua orang. Tetapi kerap kali hendak bercuti, perkara yang paling merungsingkan ialah menyediakan pakaian yang hendak dibawa. Pada masa yang sama, anda pastinya ingin memastikan penampilan anda sentiasa sempurna. Tip fesyen kali ini berkongsikan tip untuk memilih pakaian tepat ketika bercuti.

IKLAN

HOLIDAY MOOD ON, Warna Pakaian Yang Cerah Penting Untuk Membangkitkan Perasaan Gembira Ketika Bercuti!

1. TETAPKAN DESTINASI PILIHAN

Pastikan lokasi destinasi pilihan yang telah dipilih. Contohnya, samada hendak ke pantai, ke hutan, kota atau sebagainya bagi memudahkan anda membuat persiapan dan memastikan keperluan dan pakaian dibawa sesuai dengan tempat yang hendak dituju.

2. JENIS PAKAIAN

Pakaian yang mudah di suai padan dan ringan serta cepat kering boleh mengurangkan beban berat beg atau tidak memerlukan anda mengheret beg yang besar. Tetapi jika hendak bercuti ke negara musim sejuk, jangan sekali-kali mengabaikan baju sejuk kerana walaupun agak tebal dan berat, ia tetap keperluan utama.

HOLIDAY MOOD ON, Warna Pakaian Yang Cerah Penting Untuk Membangkitkan Perasaan Gembira Ketika Bercuti!

IKLAN

3. AKSESORI PENTING

Antara aksesori penting untuk wanita ketika bercuti dan perlu dibawa ialah topi, cermin mata hitam dan sandal. Jangan sesekali membawa aksesori yang berlebihan, bimbang akan menyebabkan kehilangan saat anda bercuti terutama perhiasan kemas.

IKLAN

4. WARNA PAKAIAN

Warna cerah dan motif ceria antara rona pakaian yang sesuai untuk bercuti kerana ia membangkitkan mood dan meluahkan perasaan gembira yang pastinya anda ingin kecapi ketika itu.

5. JANGAN MEMBAZIR

Jangan membazirkan wang untuk membeli baju baru sebagai persediaan sebelum pergi bercuti kerana anda mungkin dan membeli belah banyak pakaian baharu ketika pergi bercuti.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI