Bila sebut soal penjagaan kesihatan, ramai juga yang culas. Apatah lagi bila diajak untuk bersenam sebagai langkah untuk menjaga kesihatan. Ramai yang mengelak kerana ‘sayangkan’ lemak di badan dan sikap malas yang menyelubungi diri. Kalau boleh, janganlah sampai tubuh mula sakit dan penyakit mula menyerang, baru teringat perkhidmatan gymnasium di rumah.
Cuaca juga memainkan peranan penting untuk menggerakkan tubuh agar rajin bersenam. Tentunya cuaca redup menjadi pilihan tetapi siapalah kita sebagai manusia untuk menentukan musim monsoon dunia. Namun, jangan letakkan itu sebagai alasan! Ada beberapa cara boleh anda gunakan untuk teruskan rutin senaman walaupun pada hari hujan.
Panaskan badan
Jangan tinggalkan langkah pertama ini. Persiapkan diri dengan memanaskan badan terlebih dahulu sebelum memulakan apa juga senaman. Tidak ada hubungkait di antara senaman dan aktiviti pemanasan badan jadi mulalah dari sekarang!
Memanaskan badan sebelum bersenam boleh mengelakkan diri dari kecederaan. Amalkan selama 15 minit dan barulah anda mulakan rutin senaman yang berat. Anda boleh juga berjalan sekeliling rumah terlebih dahulu sebelum mula melangkah keluar.
Baju tebal
Baju daripada material kapas serap-peluh boleh merendahkan suhu badan dan meningkatkan risiko hipotermia. Simptom hipotermia termasuk keletihan, mengantuk dan hilang kesedaran.
Sarungkan baju dan celana berlapis yang diperbuat daripada sintetik untuk mengelakkan perkara ini terjadi. Ingat, ketebalan pakaian anda sangat penting kerana pengeluaran peluh seringkali berlaku apabila pakaian yang disarungkan itu tebal.
Ads
Krim tabir suria
Memang benar awan melindungi kebanyakkan cahaya suria tetapi ia tidak melitupi radiasi UV. Menurut Skin Cancer Foundation, awan hanya meliputi 20 peratus radiasi UV secara total. Pendedahan berpanjangan pada cahaya UV menjadi faktor kepada penyakit kanser kulit.
Sapukan pelembap kulit, balm bibir dan krim tabir suria dengan SPF 15 hingga SPF 30 walaupun pada cuaca redup dalam musim hujan.
Kekal hidrasi
Cuaca sejuk ketika musim hujan sering membuatkan kurang dahaga tetapi perspirasi masih berlaku apabila kita bersenam. Untuk menggantikan cecair yang hlang, minum air putih secukupnya dengan 15 hingga 20 minit dalam selang waktu.
Ads
Anda juga boleh menilai tahap hidrasi tubuh dengan melihat kepada warna air kencing. Semakin gelap warna air kencing menandakan tubuh anda memerlukan air.
Topi dan sarung tangan
Perasan atau tidak, kepala, tangan dan kaki terdedah untuk berasa sejuk dengan cepat. Apabila anda menggayakan topi dan sarung tangan, setidak-tidaknya boleh mengurangkan rasa sejuk dan mengelakkan anda menggigil dengan tiba-tiba.
Cool down
Selepas senaman, jangan lupa rutin menyejukkan badan. Tak semestinya pada cuaca sejuk anda boleh skip rutin ini. Hanya 10 minit sahaja diperlukan untuk memastikan aliran darah dari otot ke jantung.
Ads
Aktiviti cooling down mengurangkan suhu keletihan otot dan membiarkan ia kembali pulih seperti biasa dengan cepat dan mengelakkan kesakitan. Ia juga mengurangkan gejala otot kejang.
TIP SENAMAN MUDAH!
BENT-OVER ROW
Genggam botol air di kedua-dua belah tangan. Berdiri tegak dan mula membengkok lutut dan menolak dada ke hadapan secara perlahan. Luruskan tangan pada paras dada seperti sedang mengayuh basikal. Ulang 12 hingga 16 kali.
PUMPING
Buat dengan lutut, berbanding luruskan kaki. Buat menegak menghadap dinding. Sesuai untuk meningkatkan kekuatan tangan, juga menguatkan bahagian sekitar dada.
CRUNCHES ATAU TEKAN TUBI
Untuk kekuatan abdomen atau perut. Tidak perlu risau jika kepala tidak dapat dinaikkan habis asalkan dapat bangun dan anda dapat rasa tekanan pada bahagian perut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebenarnya nak cantik tak susah pun, pokok pangkal nya rajin kan? Kalau rajin yang tak cantik pun boleh jadi cantik. Kalau susah sangat nak cari bahan untuk cantik, guna bahan dalam dapur jer pun. Apa benda nya, oh….kunyit. Betul ke kunyit boleh bantu pelbagai masalah?
Kunyit merupakan tumbuhan yang telah digunakan sejak dahulu untuk menjaga kecantikan kulit menggantikan saffron yang terlalu mahal harganya. Kunyit kaya dengan Vitamin C dan mengandungi bahan antiseptik terbaik untuk mencegah radang kulit akibat jerawat dan luka. Selain itu, kunyit juga berfungsi untuk memulihkan kerosakan kulit akibat terdedah terlalu lama di bawah sinar cahaya matahari.
Khasiat kunyit yang terbaik apabila mampu mencerahkan kembali kulit yang telah lama kusam. Justeru, manfaat yang pelbagai terdapat di dalam kunyit ini telah membuatkan saintis kecantikan Barat mula meneroka kepelbagaian fungsi kunyit yang terbaik untuk merawat kecantikan.
Membasmi Jerawat
Kunyit boleh menyingkirkan jerawat kerana mengandungi sejenis bahan yang dipanggil curcumin. Curcumin ini adalah bahan yang memberi warna kuning kepada kunyit dan memiliki sifar antiseptik dan antibakteria. Kedua-dua sifat ini dapat membantu membasmi kuman dan bakteria yang menjadi punca timbulnya jerawat pada kulit. Sumber curcumin ini juga dapat mencegah pertumbuhan jerawat yang baru di atas permukaan kulit wajah.
Elak Kulit Berminyak
Kulit berminyak membuat debu dan kotoran terperangkap lebih banyak sehingga bakteria penyebab jerawat. Anda boleh menghindar masalah kulit berminyak dengan rajin membersihkan kulit. Membersihkan kulit wajah dengan air sahaja tidak memadai malah lebih efektif jika menambahkan kunyit. Kunyit dapat mengawal lebihan pengeluaran minyak dan sebum pori-pori kulit wajah. Kunyit mengandungi minyak volatile yang berfungsi sebagai antiradang yang berupaya mencegah tumbuhnya jerawat yang tidak diingini.
Menghapuskan kedut
Kandungan antioksidan yang terdapat dalam kunyit dapat memelihara kecantikan kulit wajah. Kandungan nutrisi dalam kunyit juga bermanfaat untuk membantu mengelakkan kulit cepat matang, memperlambat proses penuaan kulit dan menghapuskan kedut dan melembutkan kulit. Hanya dengan cara membuat masker wajah dengan mencampurkan kunyit yang sudah diparut dengan parutan timun. Gunakan dua minggu sekali untuk hasil yang maksimum.
Mengatasi pigmentasi
Kunyit kaya dengan antioksida yang penting untuk mengembalikan keadaan kulit agar kembali normal. Malah kesan antiradang dan antiseptik dalam kunyit boleh membantu mengatasi masalah pigmentasi pada kulit serta menyejukkan kulit yang terbakar kerana sering terdedah kepada sinar matahari yang berbahaya.
Menghaluskan kulit tumit
Sebagai wanita yang prihatin dengan kecantikan, masalah kulit bawah tumit merekah memang sangat mengganggu. Namun, tiada siapa menyangka bahawa kulit mampu untuk melembutkan kulit yang telah berkerak itu. caranya, campurkan kunyit serbuk dengan minyak kelapa dan sapu di bahagian tumit kaki yang merekah tadi. Picit dengan lembut bahagian kulit tersebut agar adunan tadi meresap di bahagian kulit kasar. Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air yang bersih.
Menyingkirkan sel kulit mati
Akibat terlalu banyak sel-sel kulit mati di permukaan kulit wajah menyebabkan kulit menjadi kusam dan tidak bermaya. Sel-sel kulit mati ini perlu disingkirkan agar membenarkan sel kulit baharu tumbuh. Kunyit sangat bermanfaat untuk melakukan proses eksfoliasi kerana kandungan dan tekstur kunyit boleh mengelupaskan sel kulit mati secara lembut dan natural tanpa menyebabkan iritasi. Skrub yang berasaskan kunyit adalah solusi terbaik untuk menyelesaikan masalah sel kulit mati yang bertompok ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada aura tersendiri! Berehat seketika daripada aktiviti seni dan mengacara selepas melahirkan anak kedua, kemunculan sulung Jihan Muse di pentas anugerah muzik berprestij malam tadi nyata mengubat kerinduan peminat.
Masih ‘berbisa’ seperti sebelum ini, penampilan Jihan dalam busana indah merah jambu rekaan Rizman Ruzaini kelihatan cukup cantik mempersona.
Malah solekan magis daripada makeup artist popular, Bee Ramza juga berjaya menaikkan seri wajah isteri Ungku Hariz ini. Sampai ada yang berpandangan wajah Jihan semalam persis Mira Filzah!
Kredit Instagram @ramzamodeKredit Instagram @rizmanruzainiKredit Instagram @rizmanruzaini
Sarat dengan sense of humor dan gaya penyampaian tersendiri, pengacaraan Jihan bersama rakan gandingan Sherry Alhadad berjaya memeriahkan suasana.
Meniti usia 40 tahun, Jihan yang mula mencipta nama dalam program lawak kian meningkat popular sebagai pengacara dan pelakon. Bakat pengacaraannya mula terserlah selepas dia diberi kepercayaan mengendalikan program hiburan terkenal, Gegar Vaganza selama lapan musim berturut-turut.
Kredit Instagram @tv3malaysiaKredit Instagram @tv3malaysiaKredit Instagram @tv3malaysiaKredit Instagram @tv3malaysia
Dia yang sebelum ini sinonim bergandingan bersama pengacara popular, Nabil Ahmad selamat menimang cahaya mata kedua pada 6 September 2022 di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.
Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Ungku Hariz Faizal pada 20 Mac 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Ungku Harsalan Haq kini berusia lima tahun dan Ungku Altamis Barr.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masa terasa begitu pantas berlalu. Ketika menatap foto Aidilfitri Dato’ Sri Rossa baru-baru ini, tak sangka anak tunggalnya semakin segak dan tinggi lampai. Berusia 16 tahun, Rizky Langit Ramadhan membesar sebagai sosok remaja yang tampan dan terlihat sangat menyayangi ibunya.
Meninjau usikan di ruangan komen, ramai yang memuji penampilan Rossa yang tidak dimamah usia dan boleh dikatakan sebaya seperti anaknya. Masakan tidak, pada usia 44 tahun, pasangan ibu-anak ini kelihatan persis kakak dan adik.
Sekadar info, Rizky Langit Ramadhan merupakan anak tunggal hasil perkongsian hidup Rossa bersama bekas suami yang juga anggota kumpulan Padi, Yoyo. Mereka berkahwin pada 18 Mac 2004 namun berakhir dengan perpisahan pada tahun 2009.
25 TAHUN BERTAHAN
Merupakan seorang ibu tunggal, populariti Rossa terus meningkat naik walaupun di tengah kebanjiran pendatang seni yang ramai. Bahkan lagu-lagu Rossa sampai sekarang masih menjadi siulan peminatnya di Asia Tenggara.
Mesra dipanggil Teteh Ocha, wanita bersuara menawan dari Jawa Barat ini rupa-rupanya sudah 25 tahun melakar nama dalam industri muzik Indonesia. Lagu-lagu Rossa masih segar berputar di fikiran, antaranya lagu Aku Bukan Untukmu, Pudar dan Atas Nama Cinta.
Hal yang paling disyukuri selama 25 tahun sebagai penyanyi adalah keupayaannya menginspirasikan ramai orang.
Tak sangka mampu bertahan sejauh ini, Rossa atau nama penuhnya Sri Rossa Roslaina Handiyani bakal menganjurkan ‘Rossa: 25 Shining Years Concert’ tak lama lagi.
Konsert di Jakarta ini merupakan apresiasi beliau terhadap peminat yang tak jemu-jemu memberikan sokongan sejak awal penglibatannya sebagai penyanyi.
“Sejujurnya saya tak sangka mampu bertahan selama ini.” Rossa
Bahkan beliau juga tak pernah menghitung sudah berapa tahun berkecimpung dalam dunia nyanyian.
“Saya rasa angka 25 tahun adalah angka yang baik untuk kerjaya saya. Jadi saya fikir kerana angkanya bagus, jadi kenapa tidak diraikan dengan konsert.
Saya juga sangat bersyukur kerana ramai yang menyayangi saya, malah banyak yang setia dengan lagu-lagu nyanyian saya.” Rossa
GAYA HIDUP
Pada usia 40-an, Rossa kelihatan menjalani kehidupan yang bahagia dan sentiasa positif. Selain mengamalkan pemakanan sihat, beliau juga kerap membuat latihan pilates untuk mengekalkan bentuk badan serta stamina di atas pentas.
Patutlah Rossa maintain cantik dan muda remaja!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!