Sejak mempunyai zuriat sendiri, hati ibu mana yang tidak tersentuh apabila mengenangkan terdapat keluarga kurang berkemampuan tidak dapat menyediakan susu dan lampin untuk bayi mereka akibat desakan hidup apatah lagi apabila negara berada dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak Covid19 ini.
Inilah situasi yang dihadapi oleh Anzalna Nasir yang melahirkan rasa simpati terhadap golongan yang kurang berkemampuan ini dengan mengambil inisiatif menghulurkan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan susu dan lampin pakai buang. Nur Anzalna Md Nasir berkata, dia menerima banyak mesej peribadi (DM) di Instagram yang meminta sumbangan dan bantuan.
“Sebenarnya, sejak saya buat kerja amal dengan membantu keluarga yang ada bayi, sejak itu ramai datang kepada saya minta tolong dari segi kewangan dan keperluan bayi. Tersentuh hati bila membaca DM yang beri bayi minum air kanji sebagai pengganti susu dan sebagainya. Jadi, terdetik nak buat pada masa sekarang ini sebab saya sendiri sudah mempunyai anak. Jadi sangat memahami situasi keluarga terdesak yang tidak dapat membeli susu anak dan lampin pakai buang kerana hendak mengutamakan keperluan lain walaupun pada hakikatnya susu dan lampin pakai buang juga satu keperluan sekiranya mempunyai anak kecil.
Ads
“Dalam keadaan sekarang, saya berasakan apa yang boleh tolong adalah beri sumbangan untuk mereka beli lampin pakai buang dan susu. Caranya ialah saya akan buat pindahan wang. Semalam, saya sudah dapat beberapa keluarga untuk diberikan sumbangan dan mereka beli. Saya berharap mereka memanfaatkan sumbangan tersebut untuk keperluan anak. Jika mereka berbohong dan gunakan wang untuk perkara lain, itu antara dia dengan Allah. Tapi niat saya hanyalah untuk membantu mereka yang memerlukan,” ujar Anzalna yang terbaca berbagai kisah yang dikirmkan melalui DM Instagram miliknya.
Bagaimanapun, Anzalna berkata dia perlu berlaku adil dengan memberikan kepada keluarga yang benar-benar memerlukan. Bukan bermaksud bersifat selektif, tetapi Anzalna terpaksa menapis keadaan keluarga yang benar-benar meemrlukan bantuan.
Ads
”Saya menerima banyak DM sampai tak boleh tengok satu-satu. Saya tahu, sekarang ini terlalu ramai dalam kesempitan. Saya harap sumbangan kecil ini dapat meringankan beban bagi keluarga yang memerlukan. Tidak dinafikan, dalam rezeki kita, sebenarnya ada portion untuk orang lain.”
Ads
Walaupun pihak kerajaan sudah membantu, tapi ini bantuan kecil saya juga. Saya bukan kaya-raya nak tolong banyak. Saya tolong setakat yang termampu. Lagipun susu dan lampin pakai buang penting bagi mereka yang ada anak kecil,” katanya.
Ditanya mengenai aktiviti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, Anzalna semakin rajin ke dapur dan mencuba pelbagai menu untuk dinikmati oleh suami tersayang.
“Sebagai isteri sudah tentu saya akan memasak untuk suami. Dalam keadaan sekarang ni, takkan nak order sahaja makanan setiap hari. Jadi,saya masak untuk suami. Inipun barang dapur sudah hampir habis. Nak kena stok up barang basah ni,” ujar Anzalna yang bersiap dengan sanitizer, face mask dan sapu tangan sekiranya hendak keluar ke pasaraya berhampiran kediamannya.
“Sekarang ni dah tak perlu melaram sangat untuk ke pasaraya sebab semua orang akan pakai face mask. Cukup buat kening sahajalah,” ujar Anzalna seraya mengakhiri perbualan dengan gelak trademark nya!
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah – The Home of Siti Khadijah.
Laman Khadijah menjadi saksi pembukaan Galeri Pelawat pertama milik Siti Khadijah yang menawarkan pengalaman berharga buat para pelawat tentang sejarah perjalanan 15 tahun Siti Khadijah dari segi pembuatan, tradisi dan inovasi.
Pengunjung berpeluang mencipta pengalaman berharga apabila dapat menjahit sendiri di galeri ini.
Galeri eksklusif ini bukan hanya mempamerkan legasi jenama Siti Khadijah bahkan turut menawarkan telekung dan barangan edisi terhad yang hanya ada di Galeri Pelawat.
Acara utama pada majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Enda Group Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Siti Khadijah Holding Sdn Bhd), Encik Mohammad Munzir Aminuddin.
Para jemputan juga berpeluang melawat sekitar Laman Khadijah sambil menimba pengalaman secara langsung dalam jahitan sejadah muka seterusnya menyaksikan pertunjukan fesyen yang mempamerkan koleksi Siti Khadijah, Hegira dan Anbot.
FESTIVAL SITI KHADIJAH
Sempena sambutan ulang tahun ke-15 ini, Siti Khadijah turut mengumumkan ‘Festival Siti Khadijah’ yang bakal diadakan pada 22-25 November 2024.
Pelawat juga berpeluang untuk membeli telekung serendah RM100 bagi edisi terpilih serta tawaran eksklusif ketika festival berlangsung.
Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, pelancaran festival turut dilakukan di semua butik Siti Khadijah seluruh negara bermula pada 22 November sehingga 5 Januari 2025.
Para pelanggan berpeluang menikmati diskaun hebat bagi barangan terpilih serta memenangi hadiah premium produk dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM400.
Sejajar dengan visinya, Siti Khadijah berusaha untuk menjadi jenama antarabangsa pilihan yang mengutamakan keselesaan, praktikaliti dan kesederhanaan dalam mengketengahkan produk gaya hidup.
Siti Khadijah merupakan jenama tempatan terkemuka yang telah mempelopori pasaran khusus pembuatan telekung di Malaysia dengan lebih daripada 56 butik tempatan, satu di Indonesia dan satu lagi di Singapura.
Penyanyi bersuara emas, Azharina tampil memohon maaf kepada seluruh peminatnya andai kenyataan yang telah dilontarkan olehnya dalam sebuah video bersama Majalah Nona mengundang kemarahan.
Tiada niatnya untuk mencetus kemarahan orang ramai. Tutur Azharina, “Asalamualaikum, maaf ya jika saya menganggu. Ini rasanya ada konteks yang saya sampaikan di salah ertikan dan telah menyebabkan kemarahan ramai orang.
Saya mohon maaf, posting ini saya merujuk kepada diri saya sendiri. Yang buruk datangnya dari saya dan hanya yang terbaik datangnya dari Allah SWT.
Semenjak semalam saya menerima mesej dengan kata-kata kesat malah ada yang mengugut saya berkenaan posting ini. Harapnya ada jalan untuk saya memperbaiki dan saya mohon semua yang membaca ini memaafkan saya jika fahaman yang saya sampaikan salah. Bukan niat saya sebegitu, terima kasih.
Dalam perkembangan lain, Azharina atau mesra disapa Nina mengambil keputusan untuk berhijab pada usia 34 tahun. Bercerita tentang kisah penghijrahnya, “Sebenarnya saya hanya mengenakan selendang sebagai permulaan. Pada suatu hari, selepas habis solat Zuhur, saya post satu gambar di Instagram dalam keadaan bertudung.
Waktu itu baru ‘cuba-cuba’ menggayakan tudung dengan lengkap. Sebaik sahaja gambar itu dipostkan di IG, keluar pula artikel dengan tajuk “Alhamdulillah, Azharina sudah berhijab,”. Jujurnya saya terkelu dan cemas juga.
Mungkin itulah petunjuk yang Allah berikan jadi saya teruskan sahaja dengan penampilan baru ini. Ramai netizen yang mendoakan agar saya terus istiqamah dan itulah yang saya cuba lakukan sehingga kini. Saya benar-benar berharap ini perubahan yang akan saya bawa sampai bila-bila,” katanya.
Bercerita tentang karier seninya pula, “Alhamdulillah, Queen of Soul adalah konsert solo saya yang ke-4 dan terbesar pernah dilakukan. Peminat yang datang dari Brunei dan United Kingdom juga turut sama dan saya rasa sungguh berbesar hati dengan kesanggupan peminat yang datang menyaksikan konsert ini.
Konsert ini juga adalah sebagai titik petanda tahun ke-20 saya di persada seni. Dari umur saya 18 tahun lagi saya sudah menyimpan banyak checklist. Inilah salah satu darinya,” kata Azharina.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makin ‘panas’ dan mencabar Pencarian Nona Superwoman. Memasuki episod 3, kemampuan peserta terus diuji dengan pelbagai kejutan. Semua ini demi memberi persediaan kepada 12 finalis dalam menghadapi cabaran dalam dunia keusahawanan.
Dalam tayangan episod 3 malam tadi, penonton bukan hanya dikejutkan dengan penampilan hos baharu, Nadia Annuar dan juri jemputan, Datuk Rosyam Nor. Malah peserta turut berdepan sesi penyingkiran yang pertama.
Lebih mengejutkan, finalis yang berada di kedudukan tercorot iaitu Syamimi Khalil dalam episod 2 sebelum ini mengambil keputusan untuk menarik diri. Ini sekaligus menyaksikan tinggal 11 finalis yang berentap merangkul gelaran juara bagi program sulung Pencarian Nona Superwoman.
Episod 3 Digital MarketingKetua Pegawai Eksekutif USANITA Sdn Bhd, Datin Adzliana Dato’ Sri Dr Hasan
Berlangsung di Four Seasons Hotel Kuala Lumpur, ruang legar di hotel bertaraf dunia ini menjadi saksi keupayaan 11 wanita bersaing merebut tempat dalam program realiti berkenaan. Seiring trend pemasaran masa kini yang menjurus ke arah pendigitalan, cabaran episod 3 adalah mengenai digital marketing.
Sebelum diberi tugasan daripada juri tetap, Datin Adzliana Dato’ Sri Dr Hasan yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif USANITA Sdn Bhd dan pengacara terkenal, Awal Ashaari, peserta terlebih dahulu mengikuti kelas digital marketing bersama mentor perniagaan muda, Andika Putera.
Mereka kemudian diminta membuat pembentangan Digital Campaign dan Media Platform untuk menyelesaikan situasi peniaga golongan B40 yang mengalami masalah ketika tempoh pandemik Covid-19.
Hasil daripada pembentangan tersebut, Emma Bee dan Sarah Ismail berada di kedudukan dua terbawah. Namun rezeki tidak berpihak kepada Emma Bee yang meraih markah terendah seterusnya disingkirkan daripada Pencarian Nona Superwoman.
Emma Bee tersingkir di Episod 3 Pencarian Nona Superwoman
Program ini adalah yang julung kali diadakan khusus buat usahawan B40 dan M40 yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Matlamat program ini bertujuan menyuntik inspirasi dan memberi peluang baharu kepada para peserta agar bangkit memajukan empayar perniagaan memandangkan setiap daripada peserta ini memiliki latar belakang bisnes yang berbeza.
Terus setia mengikuti perjuangan peserta Pencarian Nona Superwoman dalam usaha mereka menjadi ahli perniagaan yang berwibawa dan penuh karisma.
Pencarian Nona Superwoman bersiaran setiap hari Rabu jam 9.00 malam di Astro Prima yang dibawakan secara eksklusif oleh Majalah Nona dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd serta diperkasakan sepenuhnya oleh USANITA.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alhamdulillah, tahniah buat Afifah Nasir dan Syed Hariz atas kelahiran cahaya mata sulung mereka baru-baru ini. Sejak hari pertama disahkan hamil, pasangan ini cukup teruja menjadi ibu bapa dan amat menanti-nantikan kelahiran permata hati kesayangan ...