Selepas 24 tahun penantian, akhirnya Pengerusi Pakatan Harapan, (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 secara rasmi hari ini. Biarpun beberapa isu tercetus selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diumumkan, akhirnya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui kenyataan media selepas Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara hari ini, berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

IKLAN

“I Love You, Papa”- Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10, NURUL IZZAH Luah Rasa Syukur

Berita gembira ini meleraikan penantian rakyat Malaysia yang berdebar menantikan calon yang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru. Antara individu yang turut meluahkan rasa syukur dan gembira dengan pelantikan itu sudah semestinya puteri kepada Datuk Seri Anwar, Nurul Izzah yang memuat naik luahan perasaannya menerusi laman Instagram.

“I Love You, Papa”- Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10, NURUL IZZAH Luah Rasa Syukur

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Nurul Izzah meluahkan rasa sayang kepada ayahnya dan sentiasa berasa bangga dengan perjuangan Datuk Seri Anwar yang tidak lenyap sejak dari dulu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Izzah Anwar (@n_izzah)

I love you, Papa. Am always proud of you-even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience

Nurul Izzah juga turut berharap agar selepas ayahnya mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri ke-10, usaha-usaha untuk menyatu padukan teman-teman senegara, membaik pulih ekonomi Malaysia serta membina sebuah ummah yang berteraskan keadilan dapat dilaksanakan dengan baik.

IKLAN

“I Love You, Papa”- Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10, NURUL IZZAH Luah Rasa Syukur

selepas upacara angkat sumpah-usaha menyatu padukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu”

“I Love You, Papa”- Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10, NURUL IZZAH Luah Rasa Syukur

IKLAN

Perkongsian yang mendapat lebih 100 ribu tanda suka itu juga turut disulami dengan harapan Nurul Izzah yang berharap agar generasi pada masa hadapan tidak hanya memandang kepada harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.

Team NONA mengucapkan jutaan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim diatas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Semoga Malaysia terus maju dan aman makmur.

 Sumber gambar: Instagram Datuk Seri Anwar Ibrahim & Nurul Izzah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI