Siapa tidak kenal dengan figura jelita yang pernah dikatakan kembar seiras kepada pelakon tanah seberang Nia Ramadhani, pemilik nama penuh Nur Amira Izzati Rosli ataupun Amyra Rosli mula berkecimpung dalam industri seni tanahair sejak 2011 sebagai pelakon wanita Malaysia.
Setelah namanya melonjak naik apabila menjadi teraju utama dalam drama bersiri keagamaan berjudul Nur, Amyra kini mulai membereikan fokus dan melebarkan sayapnya dalam bidang pengacaraan pula.
Detik Penghijrahan Amyra Rosli, Dah Lima Tahun Berlalu!
Memetik laporan Media Hiburan, Amyra mula mengorak langkah berubah kearah lebih baik sekitar 2011, diam tak diam sudah lima tahun Amyra istiqamah mengenakan tudung dan menggayakan busana patuh syariah.
Sehubungan itu, dalam temu bual bersama Zayyan, ibu kepada dua cahaya mata dan juga suri hati kepada Amar Baharin itu ada menceritakan semula detik-detik penghijrahan yang dilakukan.
Menurut Amyra, kali pertama terdetik mahu berhijab sepenuhnya, dia berbuat demikian tanpa berbincang dengan suami, Amar Baharin dan ibunya, sebaliknya perubahan itu berlaku secara tiba-tiba.
“Ketika saya pulang dari Mekah, ada seorang kawan lelaki datang ke rumah untuk menziarahi kami sekeluarga.
“Apabila saya sudah bermingu-minggu menutup aurat ketika berada di Mekah, apabila tetamu datang rumah, rasa macam tak selesa. Saya rasa mungkin dah sampai masa.
Ads
“Ketika itu saya tidak berbincang dengan suami atau ibu saya, ia datang secara tiba-tiba untuk saya berbuat demikian (menutup aurat),” kongsi pelakon drama Nur 2 itu.
Tiga Figura Ini, Inspirasi Amyra Kekal Istiqamah
Menjadikan Neelofa, Mizz Nina dan Vivy Yusof sebagai insiprasi selebriti wanita hijab yang berjaya, Amyra akui bahawa ada kalanya terfikir mengenai soal rezekinya dalam industri hiburan.
“Saya dah beberapa tahun dalam industri hiburan ini dengan free hair dan berlakon macam biasa. Bagi saya ia seolah-olah rutin yang sama setiap hari.
“Apabila mengenakan tudung ini, kadang-kadang ada juga bisikan jahat yang mempersoalkan ada job ke lepas ni? ada ke tempat aku dalam industri ini lagi? Tapi saya memandang ke araf positif dan menjadikan Neelofa, Mizz Nina, Vivy Yusof sebagai inspirasi.
Ads
“Mereka yang menjadikan saya kuat apabila saya berasa down,” ujar Amyra.
Apa Lagi Yang Allah Tak Beri?
Tambahnya lagi, pesanan seorang ustaz menjadikan pelakon itu lebih kuat untuk berhijrah.
“Ustaz saya pernah sampaikan pada saya, jika kita kejar dunia, kita hanya akan dapat dunia semata-mata, tetapi kalau kita kejar dua-dua (dunia dan akhirat), kita akan dapat dua-duanya sekali.
Ads
“Rezeki kahwin sudah ada, anak dan karier. Apa lagi yang Allah tak bagi aku. Mungkin saya rasa sudah tiba masanya ikut perintah Alla pula.
“Apabila sudah berhijrah ini, pemikiran lebih matang dan tahu perancangan yang mahu dilakukan dalam hidup,” jujur Amyra.
Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada November 2016. Hasil perkongsian hidup selama lapan tahun itu, perkahwinan mereka diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Noor Hayati Kamarzaman atau lebih mesra disapa Yatie ini, akui ibunya, Bonda Rozita seorang yang tegas dalam mendidik anak-anak. “Saya dahulu dididik oleh seorang ibu yang garang dan tidak pernah menyalahkan ibu kerana ketika itu beliau masih muda dan sedang bertatih membina empayar perniagaannya.
Memang kami dididik dengan penuh kekerasan namun, benar kata orang, setiap anak yang lahir sesuai dengan kehidupan kedua ibu bapa mereka. Kata ibu, jika dia tidak garang mendidik kami dahulu sudah pasti kami tidak menjadi seperti sekarang ini.
Saya masih ingat lagi ketika baru tamat persekolahan, saya memang takut untuk memandu kereta. Tetapi, ibu memaksa saya untuk mengambil lesen kereta kerana katanya seorang wanita perlu tahu memandu kereta untuk kehidupan masa akan datang. Dalam ketakutan akhirnya saya berjaya mengatasi fobia dan lulus ujian memandu ketika itu.
Perkahwinan saya juga ditetapkan ibu dan saya akui apa yang diaturkan oleh orang tua itu sentiasa mendapat restu dan bahagia. Saya sedikit pun tidak membantah dan percaya dengan pilihan orang tua.
Semua orang ketika remaja pasti pernah ‘bengang’ dengan ibu bapa mereka, tetapi kenapa kita tetap balik ke rumah dan kenapa bila bersama ibu kita merasa tenang? Jawapannya adalah kerana ibu adalah segala-galanya dalam hidup seorang anak,” tutur Yatie yang begitu sinonim dengan Sendayu Tinggi ini.
Apabila sudah memiliki anak sendiri Yatie tidak menerapkan cara didikan sebagaimana yang telah dilakukan oleh ibunya. “Saya akui sebagai ibu moden corak mendidik anak berbeza dengan dahulu. Walaupun begitu, corak pendidikan yang saya terapkan terhadap anak-anak jauh berbeza dengan ibu sendiri.
Saya lebih selesa memilih pendekatan lebih diplomasi dalam mendidik mereka dan tidak pernah naik tangan apatah mencubit ke tubuh mereka. Memang saya lembut dalam mendidik anak-anak tetapi itu tidak bermakna saya berlembut dalam semua perkara.
Ada juga perkara yang kita perlu bertegas dengan mereka. Saya tidak menolak kemajuan teknologi yang terdedah dengan permainan gajet. Namun saya telah menetapkan ada masa-masa yang tertentu untuk anak-anak bermain dengan gajet atau melayari Internet.
Syukur kerana kedua-dua anak perempuan saya patuh segala arahan kami suami isteri. Kalau boleh saya mahu anak-anak menganggap kami sebagai kawan yang boleh berkongsi tentang apa sahaja. Ibu bapa yang terlalu garang kadang-kadang boleh menghasilkan anak-anak hipokrit namun, bukan semua begitu.
Saya tidak mahu anak-anak saya nanti melebihkan kawan-kawan berbanding dengan ibu bapa sendiri dan takut pengaruh kawan-kawan melebihi segalanya,” ujar Yatie yang menganggap anak-anak adalah anugerah yang tidak terhingga kerana hanya selepas lima tahun berkahwin baharu dikurniakan anak.
Wanita yang berusia 36 tahun ini lebih selesa hidup secara sederhana dan tidak mahu anak rasa lahir dalam periuk emas serta sentiasa menitik-beratkan pendidikan tentang ilmu dunia dan akhirat. “Apa-apa sahaja nanti pasti akan berbalik kepada agama. Asas agama yang kukuh akan memimpin kehidupan seorang itu ke arah yang lebih baik dan sempurna.
Pendidikan agama perlu seimbang dengan pendidikan dunia dan saya tidak pernah memaksa anak-anak kerana memang tidak seronok apabila dipaksa-paksa. Sebagai contoh saya tidak memaksa anak-anak untuk sembahyang dan memakai tudung tetapi ia datang dari dirinya sendiri,” ungkap ibu kepada Noor Uzma Raisah Mohamad Zaidi dan Noor Aleya Baheerah Mohamad Zaidi ini.
Foto: Facebook Yatie Sendayu Tinggi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kredibiliti dan suara wanita Islam sekali lagi diiktiraf di mata dunia! Kali ini, Ilhan Omar iaitu ibu kepada tiga orang anak yang dahulunya merupakan seorang pelarian kini dilantik menjadi anggota kongres Amerika Syarikat yang mewakili parti demokrat. Sekaligus, muncul sebagai parti pembangkang kepada kerajaan republikan yang diketuai Presiden Donald Trump.
Ilhan mencipta sejarah dalam persidangan kongres ke-116 pada November tahun lalu apabila dia menjadi wanita pertama Islam menyandang jawatan sebagai anggota kongres selepas menerima undi tertinggi menentang calon republikan dalam pemilihan daerah Minnesota pada Ogos tahun lepas. Turut melakar kejayaan sama ialah Rashida Tlaib yang juga wanita Islam pertama mendapat tempat dalam kongres negara kuasa besar tersebut.
Bersama suami & anak-anak
Yang pasti, kisah kejayaan Ilhan tidak datang bergolek kerana realitinya… lebih dua dekad lalu dia dan keluarganya ditempatkan di kem pelarian di Kenya sebelum dibawa masuk sebagai pelarian di Amerika Syarikat. Waktu itu, Ilhan baru berusia 14 tahun dan berketurunan Somalia.
Menurut bapa Ilhan, “23 tahun lalu kami sekeluarga tiba di lapangan terbang Washington sebagai pelarian di negara ini selepas berjaya meninggalkan sebuah kem pelarian di Kenya. Kami percaya dan berpegang kepada keterbukaan Amerika bahawa prosperity for all and hope for a better tomorrow.
Bagaikan dalam mimpi, kini selepas 23 tahun saya kembali di lapangan terbang yang sama… bersama anak perempuan saya, Ilhan sebelum dia mengangkat sumpah sebagai wanita Islam Somali-American pertama dalam Kongres Amerika Syarikat. Pasti anda dapat membayangkan betapa bangganya saya atas kejayaan Ilhan.
Ia merupakan satu penghormatan buat kami kerana akhirnya Ilhan menjadi salah seorang ‘suara’ demokrasi. Walaupun datuk Ilhan tidak dapat menyaksikan momen bermakna ini tapi kami membawa semangatnya dan Ilhan akan mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran milik datuk beliau.”
Ilhan yang dilahirkan pada 4 Oktober 1981 kini meniti usia 38 tahun hidup bahagia bersama suami tercinta, Ahmed Hirsi yang merupakan seorang aktivis. Hidup Ilhan juga diberkati dengan tiga orang cahaya mata iaitu Isra Hirsi, Adnan dan Ilwad.
Baru-baru ini Ilhan mendapat liputan meluas media Amerika dan sekutunya selepas wanita berani ini dengan lantang menyuarakan pandangannya tentang insiden September 11 dan ditentang hebat Presiden Donald Trump. Akibat ‘tidak sebulu’ dengan pemimpin tersebut, Ilhan menerima pelbagai ugutan bunuh daripada penyokong Trump.
Selain mengangkat suara dan membela nasib golongan yang ditindas, Ilhan turut menyatakan pendirian tegasnya yang tidak menyokong Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Kredit: Instagram Ilhan Omar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kisah rumahtangga penyanyi dan pelakon Aliff Aziz bersama isterinya, Bella Astillah yang dilanda badai kali kedua, sekali lagi mengemparkan industri. Ramai yang bersimpati dengan Bella dan tidak kurang juga yang menyanjung tinggi kesabaran wanita genit ini.
Kesempatan bertemu dengan ibu kepada Mohamad Ayden Adrean ini telah menyerlahkan lagi kekuatan hati seorang wanita yang bergelar isteri. Langsung tiada riak sedih mahupun kecewa yang tergambar di wajahnya. Ekspresi wajah yang terpamer hanyalah kasih sayang yang tidak berbelah bagi terhadap anak sulungnya itu.
Bercerita tentang liku kehiduapn yang ditempuh oleh wanita yang baharu berusia 25 tahun ini, nyata vibrasi positif melingkunginya. “Apa juga yang terjadi dalam hidup ini saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Saya mahu move forward, maju ke depan demi anak dan juga keluarga tercinta.
It’s not about myself anymore tetapi fokus kehidupan ini untuk orang-orang yang saya sayang terutama Ayden. Ayden merupakan sumber kekuatan saya untuk terus melangkah menempuh cabaran yang mendatang.
Sebagai kakak sulung kepada lima orang adik-beradik saya juga mempunyai tanggung jawab terhadap mereka. Jadi saya tiada masa untuk selfish, bermuram-durja kerana masalah sendiri. Itu menunjukkan bad example kepada adik-adik saya and I need to show very good example to them.
Bagi saya sebagai seorang wanita atau pun isteri, sokongan keluarga sangat penting. Jika sudah berkahwin jangan sekali-kali membuang keluarga kerana mereka sentiasa akan berada di samping kita saat susah dan senang,” tutur Bella.
Bella terus positif mengatur perjalanan hidupnya demi kelangsungan hidup. “Sekarang Bella plan nak keluarkan single. Sebenarnya dah lama plan tetapi sebab Ayden sedang membesar dan saya sibuk menguruskan keluarga sepenuh masa ditambah pula denga tugas menguruskan jadual seni Aliff membuatkan hasrat saya yang satu ini terpaksa disimpan sahaja.
After so long saya mahu merealiasasikan hasrat untuk membuat single. Lagipun Ayden sudah besar dan lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana. Lagu ini merupakan ciptaan Mark Adam berkonsepkan lagu balada. Insyaallah dalam masa yang terdekat saya akan masuk studio untuk merakamkan lagu,” ucap Bella sambil mengelus lembut rambut anaknya yang sedang tidur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!