Sejak kebelakangan ini, industri hiburan tanah air kecoh apabila beberapa pasangan artis yang mengambil keputusan untuk bercerai dan mengakhiri bahtera perkahwinan mereka meski jika dilihat pada mata kasar seperti bahagia dan tidak mempunyai sebarang pergolakkan.
Antara artis yang nekad untuk melabuhkan tirai bahtera rumah tangga mereka adalah Alif Aziz, Bella Astillah, Nora Danish, Irma Hasmie, Erynne Erynna, Emma Maembong dan yang terbaharu pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura yang menggamatkan dunia seni semalam (7 Oktober 2024)
Sehubungan itu, NONA terpanggil untuk mendapatkan sudut pandang rakan artis, bekas pengacara, model hijab yang juga usahawanita tudung berjaya, Ameera Zaini yang mengutarakan pendapatnya tentang isu penceraian antara artis yang boleh diibaratkan bak ‘Cendawan tumbuh selepas hujan’ ini.
Tak Berani Nak Komen Lebih Pasal Isu Penceraian Rakan Artis – Ameera Zaini
Ketika ditemui team NONA, pada majlis pelancaran butik Ameera Zaini terbaharu yang mengetengahkan konsep ‘Butik Cafe’ di Aeon Mall, Shah Alam di bawah jenama Ameera Zaini. Ini respon yang diberikan Ameera ketika mengulas berkaitan isu penceraian dan musibah perkahwinan yang melanda rakan artis.
Ads
Menurut Ameera, dia bukanlah orang yang layak untuk memberi pandangan berhubung isu ini, memandangkan bahtera perkahwinan yang dilayarinya kini masih hijau, apabila meniti tahun kesembilan bersama suami tercinta, Hasnoor Rozaini.
“Okay bercakap pasal masalah rumah tangga ni. Meera rasa setiap orang setiap pasangan setiap individu diuji dengan ujian yang berbeza-beza. Jadi Meera tak berani nak komen lebih pasal tu,” Katanya.
Ameera Zaini Dedah Kunci ‘Kebahagiaan’ Dalam Perkahwinan
Ads
Bagaimanapun, ketika ditanya bagaimanakah dia mengemudi bahtera rumahtangga yang dimiliki agar kekal bertahan hingga ke hari ini, Meera mendedahkan hanya satu tips yang diamalkan dirinya bersama suami.
“Tapi apa yang Meera boleh katakan menurut sudut pandang Mira, apa yang membuatkan my marriage life still bertahan sampai sekarang.
“Walaupun Mira baru je berkahwin selama sembilan tahun, nak kata Meera dah lama berumah tangga pun tidak. Tapi nak kata terlalu baru pun tidak. Tapi apa yang Mira buat sepanjang melayari bahtera perkahwinan adalah sentiasa komunikasi.
Ads
“Communication is the key. Kalau you happy you communicate, kalau you tak happy you communicate as well. Kalau you rasa selesa you communicate, dan jika tak selesa you communicate.
“Komunikasi ni memang penting dalam perkahwinan, sentiasa berkomunikasi kalau ada apa-apa jangan pendam. Sebab ini memang tak bagus untuk kesihatan rumah tangga kita sebenarnya,” ujarnya.
Untuk rekod, Ameera Zaini menamatkan zaman bujang pada 20 September 2015. Hasil perkongsian hidup selama sembilan tahun itu, rumah tangga pasangan ini diserikan lagi dengan kehadiran dua orang putera, Mateen dan Daniel.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Diam tak diam, perkahwinan Hazama dan isteri tercinta iaitu Genervie Kam sudah pun mencecah usia tujuh tahun. Kian bahagia melayari alam perkahwinan, pasangan romantis ini merupakan antara selebriti tanah air yang ‘humble’ dan cukup bersederhana.
Meskipun kedua-dua mereka mempunyai nama besar dalam industri muzik dan bakat yang dimiliki tiada tolok bandingan namun Hazama mahupun Genervie enggan mendongak ke langit.
Sebaliknya penyanyi dan pemuzik hebat berkenaan selesa berada di kelas tersendiri.
Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi bukan hanya terkenal kerana kemampuan vokal yang memukau. Bahkan dia juga berbakat dalam dunia lakonan.
Sementara Genervie pula merupakan pemuzik tanah air yang berpengalaman luas dan main mengendalikan alat muzik seperti piano, violin, dan bergelar pengarah muzik serta konduktor orkestra.
Jika sebelum ini kelibat Datuk Ramli MS menjadi mastermind bagi sesebuah konsert atau program hiburan berskala besar, Genervie pula mewakili kaum wanita dalam bidang sama.
Malah kemunculannya di program final Gegar Vaganza dan Anugerah Juara Lagu menarik tumpuan peminat seni. Hebat suri hati Hazama ini!
Usai bertindak sebagai Pengarah Muzik AJL ke-38 pada Mac lalu, Genervie turut diberi kepercayaan mengemudi Music Travel Love Asia Tour 2024 Concert pada hujung April lepas.
“I would like to take this opportunity to thank Kawai Malaysia for their support in sponsoring this beautiful digital upright piano for our feature on Music Travel Love Asia Tour 2024 Concert alongside the awesome singer Marsha Milan and the talented Nisa the Dina.”
Genervie Kam sah bergelar isteri Hazama pada 15 Januari 2017.
Tujuh tahun hidup bersama, pasangan ini bagaimana pun belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Namun kedua-duanya reda menerima takdir berkenaan.
Sebelum ini Hazama pernah mendedahkan hasrat dia dan isteri untuk menjalani rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF). Bagaimana pun terpaksa menangguhkan sementara niat itu atas kekangan kerja.
Semoga perkahwinan Hazama dan Genervie Kam kekal bahagia sampai syurga. Juga, impian mereka dimakbulkan Allah SWT.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Luar biasa penangan Marie Kondo! Siapa sangka, dari sekadar hobi mengemas rumah untuk dapat duit sampingan kini menjadikan Marie terkenal di seluruh dunia dan mengaut keuntungan berlipat kali ganda menerusi bisnesnya KonMari.co.
Marie Kondo atau lebih dikenali sebagai Konmari merupakan perunding pengurusan, penulis dan personaliti TV. Bukan sahaja berkemahiran melipat baju malah dia mempunyai method untuk mengemas rumah, rak atau kabinet yang berselerak.
Ibu tiga cahaya mata ini juga merupakan pengasas KonMari.co dan penulis buku dan kisahnya pernah disiarkan di Netflix.
Kredit Instagram @mariekondoKredit Instagram @mariekondoKredit Instagram @mariekondo
Setakat ini Marie sudah pun menerbitkan empat buah buku mengenai prinsip susun atur dan pengurusan yang diperkenalkan menerusi Konmari.co.
Karya terbaharu Marie, ‘Kurashi at Home’ telah dilancarkan pada 15 November lalu. Kurashi membawa maksud cara hidup yang mengetengahkan cara mudah untuk tenang dan gembira terhadap rutin harian.
Marie mula bergelar pakar mengemas profesional di Jepun ketika berusia 19 tahun selepas dia secara tidak sengaja menawarkan servis mengemas rumah rakannya untuk mendapatkan wang tambahan.
Dia kemudian merasakan khidmat tersebut boleh dijadikan sebagai bisnes dan kerjaya terbaik buatnya. Bertitik tolak dari situ, Marie melancarkan buku The Life-Changing Magic of Tidying Up yang asalnya ditulis dalam Bahasa Jepun kemudian diterjemah ke Bahasa Inggeris sebelum memasuki pasaran buku di Amerika Syarikat pada tahun 2014.
Kredit Instagram @mariekondoKredit Instagram @mariekondoKredit Instagram @mariekondoKredit Instagram @mariekondo
Mengejutkan apabila buku tersebut laris dijual. Bagaimana pun waktu itu Marie belum begitu fasih berbahasa Inggeris dan ia mengehadkan jelajah promosi bukunya.
Mujur wartawan bebas dan penulis buku, Penelope Green yang membuat ulasan mengenai buku tersebut memberi komen positif sekaligus menjadikan ia buku terlaris di New York Times.
Memetik laporan portal Observer buku tersebut telah diterjemah kepada 44 bahasa termasuk Korea, Cina, Indonesia, Sweden dan Sepanyol serta mencatat 8 juta naskhah berjaya dijual di seluruh dunia.
Marie kini berusia 38 tahun dan berkahwin dengan Takumi Kawahara pada tahun 2012. Wanita yang mencintai kekemasan ini juga disenaraikan 100 Most Influential People 2015.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Miss Universe merupakan pertanding ratu cantik paling berprestij dan ini menjadikan pemenangnya seorang selebriti yang popular secara serta merta. Dalam pertandingan tahun ini dari 92 wanita yang bertanding dari seluruh dunia hanya 16 orang yang terpilih sebagai peserta separuh akhir. Antara yang mengejutkan semua adalah peserta dari Sri lanka iaitu Christina Peiris yang menjadi peserta pertama dari Sri Lanka yang berjaya menembus ke peringkat separuh akhir dalam sejarah pertandingan ratu cantik negara tersebut.
Berikut adalah keputusan dari separuh akhir sehingga peringkat akhir.
Setelah melaui fasa peringkat pakaian renang dan juga gaun petang, setiap peserta dalam kelompok lima terbaik telah diberikan soalan yang berbeza-beza.
Soalan peringkat pertama yang diajukan kepada Miss Universe yang terbaru ini berbunyi, “49 peratus tenaga kerja di dunia adalah wanita. Bagi anda apakah masalah yang dihadapai oleh wanita-wanita ini di tempat kerja mereka? Mengapa?” Jawab Demi-Leigh pantas, “Di sesetengah tempat kerja hari ini, wanita dibayar hanya 75 peratus dari apa yang diperolehi kaum lelaki. Saya tidak percaya ini adalah betul dan wanita perlu mendapat ganjaran yang sama untuk kerja yang sama lelaki lakukan.”
Di peringkat tiga terbaik atau top 3 pula setiap finalis mendapat soalan yang sama iaitu apakah kualiti terbaik yang ada di dalam diri anda dan bagaimana anda akan gunakan kualiti tersebut jika anda bergelar Miss Universe. Demi-Leigh menjawab, ” Bergelar Miss Universe anda perlu bersikap yakin terhadap siapa diri anda sebagai seorang individual. Miss Universe juga merupakan seseorang yang pernah dan berjaya melalui pelbagai halangan dan menerusi itu dia mampu menolong wanita lain untuk mengatasi kebimbangan dan ketakutan mereka. She is the woman that nothing is ever too much to ask for, dan saya percaya saya dalah wanita tersebut.”
Setiap tahun anugerah kostum nasional terbaik akan diberikan kepada negara yang hadir dengan kostum terbaik sebagai representasi kepada kebudayaan dan juga kekayaan alam negara mereka. Pemenang pada tahun ini adalah Momoko Abe, Miss Universe Japan. Dia menampilkan kostum yang bertukar rupa dari busana ninja kepada kimono menawan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terletak di Setia Alam, mahligai mewah Dianah Hanani, founder Dians Signature bukan sekadar tempat berteduh tetapi sebuah mahligai impian yang memancarkan ketenangan.