Isteri kepada pelakon Ben Affleck dan penyanyi dan pelakon terkenal dunia, Jennifer Lopez sememangnya beruntung. Selain dianugerahkan bakat dan kekayaan, dari dahulu lagi Jennifer Lopez atau lebih mesra dipanggil Jlo menawan dunia dengan kecantikan semulajadinya.
Lihatlah saja pada kemunculan terbaru Jlo bersama Ben pada Anugerah Grammy 2023 baru-baru ini, nyata ramai yang tak keruan melihat kecantikan Jlo yang tetap nampak awet muda pada usia 53 tahun.
Jadi apa agak rahsianya? Yang pasti, ramai berspekulasi yang Jlo menggunakan jalan singkat mendapatkan seri wajah idaman dengan menyuntik botoks dan pembedahan plastik namun ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh tuan punya badan.
Ini turut disokong oleh Dr Andrea Suarez atau lebih dikenali sebagai Dr Dray yang mendedahkan rahsia awet muda penyanyi lagu Lets Get Loud, menepis segala dakwaan nakal berhubung kejelitaan Jlo menerusi perkongsian di akaun Youtube nya. Yang pasti, Dr Andrea menjelaskan Jlo berupaya mendapat wajah muda remaja selepas mengambil langkah berjaga-jaga sejak muda.
Dr Andrea Suarez
Ads
Rupanya Jlo sangat ‘particular’ dan menjaga disiplin mencegah kulit wajahnya dari terkena sinaran UV. Jelas Dr Day,
“Banyak faktor menyumbang kepada pembentukan kedutan pada kulit kita. Salah satu faktor penyumbang ini adalah pendedahan kepada sinaran UV dari matahari. Dan JLo sendiri telah mengambil langkah berjaga-jaga sejak muda. JLo cukup berhati-hati mencegahnya sejak umur 22 tahun, dia benar-benar komited menggunakan pelindung matahari ketika di luar rumah,” jelasnya.
Selain itu, Dr Dray mengakui diet yang teratur dan sihat bagus untuk kesihatan kulit termasuk lemak yang sihat, mendapatkan protein, vitamin dan mineral yang mencukupi, dan vitamin C bagi membina kolagen.
Ads
Selain itu JLo juga terkenal dengan rutin senaman yang konsisten, ketat dan tarian tanpa henti. Bila badan aktif, kulit akan kelihatan lebih segar, bertenaga dan sihat. Ia juga dapat melancarkan peredaran dan mengurangkan keradangan dalam badan.
Dr Dray turut menambah bahawa terdapat satu lagi faktor yang memainkan peranan besar dalam penampilan kulit, yang kita tidak mempunyai sebarang kawalan terhadapnya, dan itu adalah genetik.
Ads
“Tidak dinafikan genetik memainkan peranan dalam berapa cepat kulit dan jumlah badan akan menua. Malah persekitaran kita yang menyumbang kepada penuaan kulit. Kita mempunyai enzim berbeza dalam kulit yang membantu memerangi radikal bebas. Sesetengah genetik menjadikan enzim mereka lebih baik daripada orang lain.”
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, sudah tentu banyak dihabiskan di hadapan skrin televisyen, komputer dan gajet bukan? Tidak kira sama ada dewasa atau kanak-kanak, situasi yang sama dihadapi apatah lagi kebanyakan bekerja dari rumah serta kanak-kanak menyiapkan tugasan sekolah dari rumah.
Bekerja dari rumah sebenarnya membuatkan anda lebih kerap menghadap skrin berbanding ketika di pejabat.
Namun, berapa ramai yang prihatin tentang soal penjagaan mata selepas seharian menghadap skrin? Inilah realiti apabila bekerja dari rumah dengan kekerapan menghadap skrin dengan lebih banyak berbanding keadaan biasa.
Mata merupakan pancaindera istimewa ciptaan illahi
Mata merupakan organ yang mempunyai keistimewaan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Melalui mata, seseorang individu dapat melihat keindahan dunia ciptaan Allah dan sudah sewajarnya deria istimewa ini memerlukan perhatian yang sebaiknya.
Mata sememangnya antara organ kompleks yang cukup besar maknanya kepada setiap manusia. Sejak berzaman, kita mendengar orang menyebut kata indah iaitu ‘dari mata turun ke hati’. Walaupun mata cukup penting, namun ramai yang terlupa beberapa perkara sensitif berkait mata apatah lagi semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini, mata terlalu terdedah di skrin komputer, kaca televisyen dan gajet.
Pakar Oftalmologi (MATA) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),Dr Maimunah Abdul Muna’aim
NONA mendapatkan pandangan dari Pakar Oftalmologi (MATA) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),Dr Maimunah Abdul Muna’aim mengenai tip penjagaan mata yang sering kali diabaikan oleh golongan dewasa apatah lagi kanak-kanak .Dr Maimunah berkongsi tip berguna ini untuk dijadikan panduan.
KEBAIKAN TEKNIK SENAMAN MATA
Senaman mata dapat membantu menguatkan lagi otot-otot mata secara langsungnya akan membantu meningkatkan daya fokus dan penglihatan
TEKNIK 1-KERDIPAN MATA
Latihan kerdipan mata – untuk mengurangkan keletihan mata
Apa yang anda perlu lakukan?
menutup mata rapat selama 3-4 saat.
Seterusnya buka mata anda selama 3-4 saat semula.
Ulang latihan ini selama 7-8 kali setiap kali anda mengalami keletihan mata ketika menggunakan komputer.
TEKNIK 2- TEKNIK ANGKA LAPAN
Bayangkan terdapat nombor lapan gergasi pada jarak 3m di hadapan kita
Secara perlahan-lahan, cuba anda ikuti lakaran bayangan angka lapan tersebut
Lakukan latihan ini pada satu arah untuk beberapa mini (3-5minit) sebelum menukar kepada arah yang bertentangan untuk beberapa minit (3-5minit) juga.
TEKNIK 3- ‘PALMING’
‘Palming’- teknik menekup mata :Pastikan anda duduk dengan selesa di hadapan meja dengan siku di atas meja
Letakkan tengah tapak tangan anda menutupi mata sepenuhnya,
Pastikan mata anda dapat berkedip tanpa gangguan dan halangan di bawah telapak tangan serta tidak menekan mata dengan kuat.
Biarkan dalam keadaan begini untuk beberapa minit (3-5 minit).
Teknik 4: Penumpuan dekat dan jauh
Pegang objek pada jarak 10cm
Pandang objek selama 2-3 saat
Alihkan pandangan pada objek 6m di hadapan
Ulang latihan ini sekurang-kurangnya 10 kali
TEKNIK 5- ZOOMING
Regangkan tangan sejauh yang boleh dengan tangan digenggam dan ibu jari
Tumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibu jari
Bawa ibu jari anda secara perlahan-lahan menghampiri mata
Perlahan-lahan gerakkan tangan anda menjauhi mata anda sejauh yang mungkin dan tangan meregang ke sisi.
Semoga ilmu yang dikongsikan oleh Pakar Oftamologi ini memberikan manfaat bersama. Ayuh mula memberi perhatian terhadap penjagaan pancaindera yang istimewa ini!
Foto: Pixabay
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terserlah wajah bahagia Datuk Sheila Majid di samping suami tercinta! Walau usia perkahwinan sudah pun mencecah 21 tahun namun pasangan selebriti popular ini tetap romantis seperti pasangan kekasih hangat bercinta.
Datuk Sheila Majid yang terkenal dengan julukan Ratu Jazz negara sah bergelar isteri kepada pemuzik, Dato’ Acis atau nama sebenarnya Hashridz Murshim Hassim pada 3 Jun 2003.
Sepanjang mendirikan rumah tangga, jarang dengar kisah ‘kurang manis’ mengenai perkahwinan mereka berdua. Sebaliknya, wajah bahagia Datuk Sheila Majid sering terpancar setiap kali ada kelibat suami di sisi.
Sementara itu, Dato’ Acis turut tidak ketinggalan menitipkan ucapan romantis terhadap isteri tersayang sempena ulang tahun perkahwinan mereka baru-baru ini.
“Happy 21st anniversary Miss Majid. We’ve come a long way huh? May Allah continue to bless this union for all eternity with much abundance, good health, understanding and above all, love.”
Kuch Kuch Hota Hai antara filem blockbuster Bollywood yang cukup dekat di hati para penonton Malaysia. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, sampai sekarang pun masih ramai yang mengingati plot cerita dan skrip filem tersebut.
Diterbitkan sekitar tahun 1998, filem yang menampilkan pelakon berbakat India seperti Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee ini… antara lain yang turut berjaya melonjakkan nama barisan pelakon lain. Salah seorang daripadanya ialah pelakon cilik yang melakonkan watak sebagai Anjali iaitu akan kepada Shah Rukh Khan atau nama sebenarnya Sana Saeed!
21 tahun telah berlalu… pasti ramai peminat filem lagenda ini tertanya-tanya wajah terkini pelakon cilik tersebut. Daripada figura kanak-kanak comel yang begitu menghiburkan, kini ‘Anjali’ berubah menjadi wanita matang dan seksi. Dilahirkan pada 22 September 1988, Sana tidak hanya aktif dalam dunia lakonan bahkan turut terlibat dalam bidang pengacaraan dan peragaan.
Difahamkan Sana mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan perdagangan dan menetap di Mumbai, India. Kerjaya seni Sana bermula ketika dia baru berusia 8 tahun dalam filem Kuch Kuch Hota Hai sebelum dia kemudian membintangi filem komedi romantik School of the Year yang memainkan watak dewasa pada tahun 2012. Selain filem Kuch Kuch Hota Hai, Sana turut pernah berlakon dalam filem Badal dan Har Dil Jo Pyar Karega.
Pada tahun 2013, wanita yang bakal berusia 32 tahun ini mengacarakan MTV Splitsvilla Sexy Sana show. Dari awal pembabitan Sana dalam dunia lakonan, dia tidak pernah mendapat restu daripada bapa tersayang. Namun, ibunya sentiasa di sisi dan menyokong kerjaya seni Sana.
Memetik kenyataan Sana dalam Times of India, “Ibu saya adalah orang pertama yang membawa saya ke dunia lakonan dan dia juga sentiasa ada bersama saya. Bapa pula tidak pernah menyokong keputusan saya untuk menjadi seorang pelakon.”
Bersandarkan bakat dan kecantikan yang dimiliki, Sana turut pernah menerima tawaran dan menandatangani kontrak sebagai model peragaan dengan Benchmark Models.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selebriti terkenal Indonesia, Dewi Sandra sudah berkahwin hampir 14 tahun dengan Agus Rahman namun masih belum dikurniakan zuriat.Dewi Sandra pernah menerima pertanyaan tentang zuriat...