Dia sememangnya lambang inspirasi wanita masa kini. Bukan hanya dikurniakan raut wajah cantik, bijak dan terkenal, Datin Vivy Sofinas Yusof atau mesra disapa Vivy ini juga cukup bertuah kerana berjaya dalam bidang keusahawanan dan diberkati dengan suami penyayang dan empat cahaya mata. Tidak hairanlah nama Vivy sering meniti di bibir generasi muda.
Kuatnya pengaruh dan aura Vivy sampai apa saja produk terbaharunya di pasaran mesti laris macam ‘pisang goreng panas’! Dari hijab premium, penjagaan kesihatan, aksesori wanita, kosmetik dan pakaian semuanya mendapat tempat di hati pelanggan.
Bermula dengan dunia blog, Vivy meneruskan minat berniaga dengan mengusahakan platform beli-belah dalam talian FashionValet pada tahun 2010. Dari situ, empayar Vivy semakin berkembang maju dan dia juga merupakan pengasas The dUCk Group dan LILIT.
Terbaharu, isteri Dato’ Fadza Anuar ini berkongsi satu lagi kejayaan apabila dUCk akhirnya mempunyai trak sendiri. Dedah Vivy, “One day, I want to have dUCk trucks roaming around the city!” I said to Fadza years ago, telling him one of my dreams.
Ta-daaaaa!Looking back, so many things have come to life BECAUSE it came from me dreaming.If you don’t dream it, you don’t see it and it doesn’t happen.”
Ads
Tanpa berselindung, ibu empat anak ini mengakui dia suka ‘berangan’ memiliki segala yang diidam-idamkan. Tidak mahu hanya mimpi kosong, Vivy berusaha keras meraih impian tersebut.
“Dream. It always starts with a dream.Many of us dream, but it stops there.Dream it, and then tell someone about it because only then it leaves your own thoughts. And now because you’ve told someone, you have to work for it. Cause if not, malu la.
I’ve told Fadza I dream of having a nice office, and I go into the specifics of what it looks like. Few years later, it came true. I’ve told him I dream of a standalone warehouse. Few years later, it came true. I’ve told him I dream of living in that particular apartment that I fell in love with. Few years later, it came true.
Ads
I’ve told him that I dream of opening a store in KLCC even though local brands never got a place in big malls. Few years later, it came true. I’ve told him that I dream of collaborating with big global brands one day. Few years later, it came true.
So parents, when our kids tell us their wildest dreams, listen and encourage. Because when we say “Jangan merepek la”, we could have just crushed something great that they could’ve done.
Dream. It always starts with a dream.But be patient. None of my dreams happened overnight. Many took years but I never stopped dreaming. I have many more dreams and I know that in a few years, it will come true if I work at it.”
Jenama dUCk mula bertapak di pasaran sejak 2014 dan hampir lapan tahun menghasilkan produk yang menepati cita rasa pelanggan khususnya wanita, dUCk berjaya membuka tujuh butik di Malaysia iaitu di Pavilion KL, Suria KLCC, One Utama, Setia City Mall, IOI City Mall, KL East Mall dan Bangsar Village serta sebuah lagi di Singapura.
Pembukaan butik dUCk di Bangsar Village tahun lalu menjadi bualan masyarakat kerana selain mempunyai dua tingkat, butik di sini juga lengkap dengan salun untuk wanita serta kafe dengan aneka pilihan kopi terbaik serta hidangan menyelerakan.
Dari hijab premium, dUCk kini mempunyai rangkaian kategori produk termasuklah kosmetik, telekung, beg tangan, alat tulis, ready to wear, lilin aromaterapi, tuala, dan pakaian sukan.
Di samping itu, Vivy juga mampu tersenyum bangga apabila bisnes fesyen wanita LILIT sudah pun mempunyai lima cawangan iaitu di KL East Mall, IOI Putrajaya, Bangsar Village II, Setia City Mall dan Haji Lane, Singapura.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kata orang, kawan sekeliling kita melambangkan siapa diri kita. Jadi, pilihlah kawan yang betul-betul boleh membawa kesan positif. Beberapa tips ini boleh menjadi panduan untuk anda memilih teman.
Berwawasan tinggi
Jika anda sedang menyimpan impian u tuk lebih maju dalam hidup, tak kiralah dari segi kerjaya, perniagaan atau kehidupan, pilihlah teman yang boleh membantu anda ‘mendaki’ tangga yang ingin dituju. Anda perlukan orang yang positif dan sentiasa berfikiran terbuka.
Anda juga perlu menerima kehadiran teman baru ini dengan hati terbuka. Mungkin anda sudah biasa bersama teman yang ‘sama’ dan inilah masanya untuk anda keluar dari zon selesa.
Mempunyai nilai sama
Kata orang, jika pasangan berlainan pemikiran, dia pelengkap hidup kita. Tetapi berbeza pula jika hendak memilih kawan. Lebih baik pilih teman yang mempunyai nilai dan kepercayaan sama kerana anda boleh mendapatkan penghormatan dari segi pandangan. Malah, mereka juga lebih lantang menyuarakan pendapat.
Matlamat sama
Mungkin kita boleh gelarkan mereka ‘purpose partners’. Bila kita mempunyai teman dengan misi serupa, anda boleh bekerjasama dengan lebih baik dan mendorong di antara satu sama lain dengan lebih kuat untuk mencapai matlamat.
Teman ‘seimbang’
Kita semua ada kekuatan dan kelemahan. Itu normal kan? Memilih kawan dengan betul, anda sebenarnya berkongsi bakat, skil dan keupayaan mereka untuk menyuntik kekuatan kepada diri anda juga. Begitu juga sebaliknya.
Teman memberi motivasi dan mendorong
Tentu kita tak mahu memilih teman yang asyik murung dan berfikiran negatif setiap masa. Lebih kuat semangat seseorang, lebih tinggi harapan untuk anda juga mengecapi impian dan berfikiran lebih terbuka dan positif. Jangan kekang hidup anda dengan memilih kawan yang tak membantu kehidupan!
Teman rai kejayaan
Bukan saja anda perlukan teman yang menyokong perjalanan anda, tetapi teman yang turut meraikan kejayaan anda. Teman yang baik akan meraikan setiap pencapaian dan kejayaan yang dikecapi.
Malah, Ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin turut berkongsi di dalam sebuah video di laman Instagram.
“Delete kawan-kawan yang melalaikan kita. Di dalam hadis Nabi sebut, seorang akan terpengaruh dengan akhlak kawan-kawannya. Delete atau left group yang send benda-benda tak baik pada kita. Biar kawan tak ramai tapi berkualiti,”katanya.
Disahkan menghidap kanser tulang sejak setahun lalu tetap tidak mematahkan semangat anak kelahiran Machang, Kelantan ini untuk menyudahkan pengajiannya.
Memetik perkongsian di Sinar Bestari, mahasiswa Universti Utara Malaysia (UUM) yang berusia 27 tahun ini berjaya menggenggam ijazah jurusan Sarjana Muda Pengurusan Awam pada Majlis Konvokesyen ke-35 yang berlangsung baru-baru ini.
Siti Aida Farhan Mahamood disahkan menghidap kanser tulang pada tahun lalu ketika dia sedang menjalani latihan industri di Pejabat Setiausaha Negeri Kedah.
Anak bongsu daripada lima beradik ini kemudiannya dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan menjalani rawatan kimoterapi serta pembedahan pada kaki kanan.
Bagaimanapun, keadaan kesihatannya bertambah teruk setelah sel-sel kanser tersebut telah merebak sehingga ke kepala, paru-paru, bahagian tulang punggung, paha kiri dan tisu paha kanan.
Pun begitu, ia tidak memutuskan semangatnya untuk menggenggam segulung ijazah.
Tambah mengharukan, kesungguhannya itu mendapat pujian daripada Naib Canselor UUM, Profesor Dr Mohd Foad Sakdan ketika beliau menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.
Jelas Mohd Foad, apa yang mengagumkan, kesukaran yang menghimpit pelajar Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) itu tidak menghalangnya memberi komitmen dalam menyelesaikan tugasan dan menduduki ujian akademik dengan baik.
“Hari ini kami dengan penuh penghormatan menghargai Siti Aida kerana dia seorang pelajar yang luar biasa dan telah mengatasi rintangan kesihatan berat sepanjang tempoh pengajian.
“Cerita perjuangannya telah membuktikan semangat dan tekad yang kuat dapat mengatasi segala rintangan yang dihadapi dalam hidup.
“Siti Aida telah menunjukkan kekuatan yang tidak tergoyahkan dan ini adalah contoh yang patut dicontohi oleh kita semua,” katanya pada Rabu.
Beliau turut menegaskan universiti menyokong pencapaian dan impian pelajar berkenaan.
Pada majlis tersebut, Mohd Foad mengambil peluang bertemu, bergambar dan mengiringi Siti Aida sehingga ke kereta selepas tamat majlis konvokesyen tersebut.
Gadis itu kini telah selesai menjalani rawatan radioterapi kepala di HPP dan bakal disambung dengan kimoterapi selepas ini.
Sumber Sinar Bestari
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pertama kali bersua muka dengan wajah jelita persis kakak kesayangannya Rozita Che Wan ini telah membuat mata tidak berhenti memandang. Lebih-lebih lagi apabila mengetahui beliau mempunyai lima orang anak yang masih kecil. Memiliki tubuh langsing bak anak dara membuatkan Datin Rohaiza Che Wan atau mesra di sapa Datin Jaja ini pasti menjadi idola setiap wanita.
Memiliki anugerah bertubuh tinggi membuatkan penampilan Datin Jaja pasti mencuri tumpuan di setiap majlis yang dihadirinya. Sudah lah berwajah cantik sikap ramah-tamahnya menambat hati sesiapa sahaja yang mendampinginya malah tidak lokek berkongsi rahsia kecantikannya.
“Sebenarnya saya tidak mempunyai rahsia kecantikan yang khusus. Namun, apa yang boleh saya kongsi adalah amalan ketika berpantang selepas melahirkan anak. Saya jenis seorang yang kuat berpantang selepas melahirkan anak. Lebih-lebih lagi apabila jarak umur anak-anak saya sangat rapat. Oleh itu penjagaan amalan berpantang sangat penting.
Saya mahu kelihatan cantik dan bertenaga seperti mak. Saya patuh semua pantang larang yang mak ajar ketika berpantang. Pemakanan sangat penting ketika berpantang, saya cuma amalkan makan nasi panas dan halba serta ulam. Di samping itu saya juga banyak makan pegaga untuk memperbanyakkan aliran susu sebab saya menyusukan anak secara eksklusif selama dua tahun. Mungkin menyusukan anak ini merupakan ‘perancang keluarga’ saya sementelah saya tidak mengamalkan apa-apa jenis perancang keluarga.
Jika ada yang bertanya bagaimana saya menguruskan masa dengan mempunyai anak-anak yang masih kecil, bagi saya tiada sebarang cabaran. Ini kerana apabila umur mereka rapat rutin harian saya tidak berubah. Sejak melahirkan anak pertama sehingga anak kelima saya sudah terbiasa untuk bangun malam menyusukan anak atau menukar lampin mereka. Bagi saya cabaran datang apabila kita sudah lama tidak mempunyai anak kecil dan sudah terbiasa tidak bangun malam untuk menyusukan anak tetapi tiba-tiba mempunyai anak baru lahir. Ketika itu rutin harian sudah lari dan pasti menimbulkan masalah.
Jika diizinkan Allah SWT saya mahu mendapat seorang anak lagi dan kalau boleh kali ini saya mahu anak lelaki untuk menjadi kawan kepada Fareez,” tutur ibu kepada Nur Fa’iqah Faiza Muhammad Faizal, 9 tahun, Nur Fa’izah Faiza Muhammad Faizal, 7 tahun, Muhammad Fareez Faiza Muhammad Faizal, 5 tahun, Nur Fareeqah Faiza Muhammad Faizal, 4 tahun dan Nur Fareeda Faiza Muhammad Faizal 2 tahun, ini.
*Kredit gambar: Instagram @jcw_81
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.