Menginjak usia 50 tahun, namun pesona diva kesayangan Indonesia, Krisdayanti masih kelihatan cantik dan anggun persis wanita muda. Siapa yang melihat pasti terpikat dengan kejelitaan isteri Raul Lemos ini.
Ads
Memiliki raut wajah sempurna, figura ini mempunyai nama besar dalam industri seni negara jiran dan turut terkenal di Malaysia. Tidak sekadar dikurniakan kelunakan suara dan rupa paras jelita, dia juga melakar kejayaan tersendiri apabila turut bergelar ahli politik di Indonesia.
Dua Orang Cucu Kris Dayanti Warisi Kecantikkan Aurelie Hermansyah!
Genap 48 tahun pada Mac lalu, penyanyi bersuara lunak yang mula melakar kerjaya bergelar anak seni sejak 30 tahun dahulu ini rupanya sudah memiliki dua orang cucu perempuan yang sangat comel mewarisi kecantikkan ibunya, Aurel Hermansyah.
Anak perempuan sulung Krisdayanti, Aurelie telah berkahwin dengan Atta Halilintar dan hasil perkongsian hidup mereka diserikan dengan kehadiran dua orang cahaya mata yang turut menceriakan hari-hari Kris Dayanti yang digelar Gemini (nenek).
Walau Kris Dayanti sibuk membela nasib masyarakat dan memartabatkan kaum wanita di sana namun minat Krisdayanti terhadap nyanyian masih menebal. Lebih istimewa, apabila dua anak perempuan mengikut jejak langkahnya sebagai penyanyi.
Rahsia Awet Muda Kris Dayanti
Walau sibuk dengan tugas harian, Kris tetap aktif mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan mempelajari seni mempertahankan diri Wushu. Serta melaksanakan derma darah setiap tiga kali dalam seminggu.
Ibu Aurel Hermansyah ini turut berkongsi tip awet muda, rupanya bukan kerana DNA Salmon. Bagaimanapun, penderma darah yang juga peneraju awet muda ialah empat anaknya. Bekas isteri Anang Hermansyah ini, sering menderma darah tiga kali seminggu.
Ads
“Satu hal yang menjadi resepi tampak muda, salah satunya adalah derma darah,” kata Krisdayanti di dalam temuramah portal di Indonesia.
“Tubuh kita, melalui saraf tunjang, sentiasa mengeluarkan darah baru,” kata Krisdayanti. Menurutnya, derma darah merupakan satu bentuk bantuan kemanusiaan yang memberi impak kepada ramai orang.
“Kita tidak perlu mengeluarkan bantuan material, tetapi ia boleh membantu seseorang untuk terus hidup,” katanya.
Kebaikan Derma Darah
Ads
Membantu pesakit yang memerlukan, juga dapat menjaga kesihatan si penderma
Menderma darah mengurangkan risiko sakit jantung bahkan turut membantu dalam menyeimbangkan zat besi di dalam badan penderma.
Menderma darah juga mengurangkan risiko terhadap penyakit kanser.
Penderma darah dapat mengurangkan kalori di dalam badan.
Menderma darah dapat menggantikan sel-sel darah yang baru lalu mengekalkan kecergasan dan menjadi perderma lebih produktif dalam melakukan kerja.
Paling utama, menderma darah dapat menyatukan ummah.
Inilah sebab paling utama untuk menderma darah bahawasanya ia mengingatkan kita bahawa sesungguhnya kita semua adalah sama.
Untuk rekod, Krisdayanti dilantik sebagai Duta Donor Darah Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia pada 24 November 2021. Malah, sebelumnya pada April 2021, beliau turut menerima pengiktirafan dari HighEnd Magazine Indonesia yang memilih figura ini sebagai salah seorang daripada 21 penerima Indonesia Beautiful Woman Award 2020/2021.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari majalah NONA & HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Terpesona melihat keindahan negara yang di lawat oleh Sheila Rusly melalui foto yang dikongsikan olehnya di laman media sosial. Amsterdam, Netherland dan Istanbul, Turki adalah dua lokasi yang dikunjungi oleh Sheila Rusly bersama suami tercinta.
Kunjungan pasangan suami isteri ini ke Amsterdam telah mencuri tumpuan kerana Sheila Rusly tidak kekok masak sendiri di rumah penginapan yang diinapnya dan seperti yang telah dikongsikan olehnya, “Dah nama pun tekak melayu. Sambal wajib korang! Less is more,” kongsi pemilik JS Picture Sdn. Bhd. ini.
Jom kita tengok apa resipi sambal yang telah dikongsikan oleh Sheila Rusly di Amsterdam.
Tengok pula hidangan nasi yang telah siap sedia untuk dimakan. Bukan sahaja di Amsterdam, di Malaysia pun kecur air liur tengok pinggan macam ni. Mahu bertambah-tambah nasi nanti.
Kalau sedang bercuti di luar negara tu, makan megi sudah semestinya menjadi kewajipan.Tambah-tambah pula ketika musim raya, diamsukkan rendang sebagai penyedap rasa. Memang terliur sungguh. Nasib baik Sheila Rusly kongsi resipinya, boleh lah kita cuba kan.
Lucu juga sebenarnya bila tahu rahsia di sebalik keyakinan diri Uyaina Arshad. Walaupun kedengaran pelik, namun Nona percaya mesti ramai wanita di luar sana selesa menjadikan cermin sebagai ‘teman berbicara’ setiap pagi sebelum memulakan hari anda. Tak kiralah sama ada ketika mahu menghadiri temuduga, waktu sedih atau sebagainya… bercakap depan cermin boleh dianggap kebiasaan bagi kebanyakan orang. Mungkin dengan cara itu hati rasa lebih tenang. Sebab itu ramai yang pernah buat!
Memulakan karier dalam bidang komunikasi selepas menjuarai sebuah pertandingan pengacaraan, bakat Uyaina Arshad hari ini dilihat semakin menyerlah. Dengan kepetahan dan sandaran ilmu pengetahuan yang luas, gadis cantik lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang ini semakin dikagumi ramai.
Mana tidaknya, dari dunia pengacaraan… Uyaina pantas melebar sayap dalam dunia lakonan dan perniagaan menerusi produk stevia iaitu Orivia. Kalau sekadar bergantung kepada rupa paras cantik dan ilmu semata-mata, pasti Uyaina tidak mampu menempa banyak kejayaan dalam bidang yang diceburi. Iyalah, apa gunanya semua itu kalau tiada keyakinan diri.
“Beauty comes in all shapes and sizes. The moment you celebrate your flaws, that’s when you are most beautiful!
Pagi-pagi masa bersiap nak pergi kerja tu, pandang cermin sambil sebut ni, “Aku cantik! Aku cantik! Aku cantik!”
Believe me, you’ll feel more confident with yourself! Cantik luar, cantik dalam, dan pemikiran pun cantik. Baru la betul-betul cantik!”
Bahkan sejak menjadi Juara Puteri Muslimah Asia 2018, kerjaya Uyaina semakin menyerlah dan namanya laris di persada seni Indonesia. Dia juga diberi kepercayaan untuk mengacarakan program popular, Academy Asia di samping pengacara hebat di sana.
Di Malaysia pula, bakat lakonan Uyaina kian mendapat tempat di hati penonton sejak dia membintangi drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan bersama pelakon wanita handalan, Mira Filzah. Dan yang pasti, kemunculan Uyaina mendapat pujian ramai.
Seronok tengok bisnes yang diusahakan Muabellaz! Apa saja produk yang dijual pasti laris di pasaran. Siapa sangka Muabellaz atau mesra disapa Bellaz yang selama ini sinonim dengan dunia kecantikan dan kosmetik mampu meraih pulangan lumayan dalam bisnes makanan pula. Luar biasa penangan usahawan Kedah ini.
Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini menerusi media sosial miliknya melahirkan rasa syukur dengan sambutan penjualan kuih karipap dan aneka hidangan pencuci mulut yang diterima daripada peminat ketika menyertai Penang Starvendors Foodstival Auto-City Juru baru-baru ini.
Sepanjang dua hari penganjuran acara tersebut sejak 10 hingga 12 November, peminat sanggup beratur panjang setiap hari demi untuk merasai air tangan ibu empat anak tersebut. Selain mendapatkan produk kecantikan Bellaz Beauty.
Dalam festival jualan makanan tersebut, Bellaz menjual kuih karipap air tangannya dan suami iaitu Karipap Cinta, Wara Dadih Lemak, Premium Cheesekut Eica dan banyak lagi.
Kagum dengan semangat suami isteri ini yang rajin berniaga dan membuat kuih sendiri!
Daripada perkongsian video pengasas Bellaz Beauty ini, kelihatan suami tercinta iaitu Anuar Ahmad yang sedang asyik membuat karipap. Kemas saja pembuatan karipap mereka.
“Bellaz nak habaq siapa yang dah beli Karipap Cinta Bellaz. Jangan makan waktu panas takut melecup mulut eh tunggu dia betul-betul sejuk lepas tu hampa tokak pergh nikmat crunchy dia tu memang padu dan nak goreng api jangan kuat tau.
Karipap ni sedap dimakan dihidangkan dengan air kopi O atau teh panas. Resipi ibu mentua Bellaz. Alhamdulilah permintaan terlalu tinggi.”
Terbaharu, Bellaz dan suami akan mengeluarkan satu lagi produk kuih air tangan mereka iaitu Cucur Badak.
“Coq Badak sayang Mat Nuart ni. Kulit di luar rangup dalam lembut. Inti berasa manis manis secukup rasa. Menu terbaru ye. Lepas ni walaupun limit tetap dapat dua bekas insyaAllah.
Karipap Cinta dengan Coq Badak sayang. Macam biasa inti bini buat, kulit rangup lembut Mat Nuart buat.”
Moga apa saja bisnes yang diusahakan Bellaz berkembang maju dan menjadi inspirasi kepada golongan wanita.
Untuk menjadi seorang yang sempurna pastinya bukan proses yang mudah. Malah, mungkin juga mustahil. Siapa yang sempurna di muka bumi ini kan?Namun, trend hari...