Tidak hairanlah anak kepada diva pop terkenal, Aurel kelihatan semakin langsing dan penampilannya sering mendapat pujian ramai.
Diet
Sering menjadi bualan di media sosial, anak kesayangan kepada diva pop tersohor Indonesia, Kris Dayanti ini mengamalkan diet dengan menukar jenis makanan yang diambil.
Hasilnya, Aurel berjaya menurunkan berat badan lebih 15 kilogram.
Ads
Penampilan terkini penyanyi berusia 27 tahun ini dapat dilihat pada setiap hantaranya di Instagram peribadi.
Kebersihan bawah lengan sudah dipelihara dan deodoran juga sudah disapu tetapi, kenapa bawah lengan masih berbau? Peluh berlebihan di bawah ketiak mungkin menjadi punca bau yang tidak menyenangkan itu. Ternyata deodoran tidak sepenuhnya menghalang peluh, bau dan gatal agar terus melanda.
Kerap juga terjadi masalah sekitar kulit bawah lengan menjadi gelap. Memakai deodoran dikatakan menjadi punca kulit gelap ini. Sebenarnya secara fizik, kulit di kawasan bawah lengan memiliki pigmen yang berbeza daripada kulit sekitarnya.
Ini merupakan punca sebenar timbul warna gelap itu dan ditambah pula dengan ketidakseimbangan hormon juga merupakan salah satu sebab kulit menjadi hitam di bawah lengan.
3 Kesalahan Umum Menggunakan Deodoran
(a) Menggunakan produk yang salah
Ramai yang masih keliru dengan deodoran dan anti-perspirasi. Kedua-duanya memiliki fungsi yang berbeza. Bila ingin menghilangkan bau, deodoran adalah pilihan yang tepat. Deodoran berfungsi umpama pewangi untuk bawah lengan.
Manakala untuk mendapatkan kesan kelembapan sepanjang masa dan menghapuskan bau serta menyekat peluh berlebihan, boleh menggunakan anti-perspirasi. Anti-perspirasi ini mempunyai rumusan istimewa seperti aluminium klorida yang membantu menghalang pengeluaran peluh setiap hari.
(b) Mengandungi pewangi
Pewangi dan alkohol pada deodoran atau anti-perspirasi yang berlebihan dapat meningkatkan iritasi pada kulit sehingga terjadi hiperpigmentasi. Ini yang menjadi punca kulit bawah lengan menjadi gelap.
Jika anda gemar menanggalkan rambut di bawah lengan dengan mencabutnya juga menjadi punca iritasi kulit dan menjadikan kulit permukaan bawah lengan menjadi nipis. Bila mencukur bawah lengan pula berhati-hati jangan sampai menggores kulit bawah lengan. Ini hanya akan membuat kulit menjadi kering dan berpeluh.
(c) Rawat dengan lemon
Jika sudah ternampak tanda awal iritasi kulit di bawah lengan, anda boleh rawat menggunakan bahan-bahan semula jadi. Ambil jus lemon dan campurkan bersama buah timun yang sudah diparut. Gaul sempurna dan campurkan parutan kunyit pula di dalamnya.
Sapu adunan ini di bawah lengan dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air suam agar bawah lengan kekal bersih, harum dan tetap kering.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hanya kerana anda sudah serasi menggunakan produk perawatan kulit yang sama selama bertahun-tahun, tidak bermakna anda serasi menggunakannya. Terdapat beberapa kes tertentu yang perlu diteliti tentang set penjagaan kulit anda supaya segera menggantikannya dengan produk lain.
Adalah penting untuk anda sedar bahawa produk yang sedang digunakan sebenarnya menjejaskan kesihatan kulit tanpa sedar.
Faktor ini menjadi penting jika anda ingin melancong ke luar negara terutamanya yang mempunyai empat musim. Bukan hanya menitikberatkan soal pakaian malah kosmetik juga perlu diambil kira. Ini kerana kulit berpotensi menjadi lebih kering pada musim dingin. Oleh itu, pastikan anda memakai produk pembersih wajah yang tepat.
Jika kulit menjadi kemerah-merahan dan tumbuh jerawat, besar kemungkinan anda mengalami alergi berpunca daripada rangkaian kosmetik yang dipakai. Ada di antaranya yang menghasilkan alahan tidak terlalu ketara dan hanya muncul di satu bahagian kulit wajah saja. Jika tanda-tanda ini muncul, segera ganti produk kosmetik.
Meski pun anda tidak mahu mengakui hakikat ini namun akan tiba masanya anda memerlukan produk anti penuaan apabila tanda-tanda berkenaan sudah mula kelihatan di wajah. Jika usia sudah menghampiri 30an, lupakan kosmetik yang anda guna sejak zaman remaja dan mulalah beralih serta mencari produk yang tepat untuk kulit anda.
Kulit yang cerah bermaya merupakan tanda perawatan kulit yang dilakukan amat berkesan. Tetapi jika wajah anda tidak secerah sebelumnya, mungkin anda memang perlu menggunakan produk lain. Kulit akan ‘memberitahu’ produk yang dipakai efektif atau tidak. Gantilah produk yang mempercepat pergantian sel, meningkatkan tahap oksigen dan membantu kulit lebih cerah yang dalam masa sama tidak membahayakan kulit.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika Ilhan Omar berjaya mencipta sejarah selaku Anggota Kongres Wanita Pertama Amerika Syarikat yang beragama Islam, Halima Aden pula mengangkat martabat wanita Muslim di peringkat antarabangsa dalam bidang fesyen dan peragaan. Kalau sebelum ini masyarakat dunia agak skeptikal menerima wanita berhijab… kini penampilan dua ikon hebat ini semakin diterima baik dan menjadi inspirasi ramai wanita.
Dilahirkan pada 19 September 1997, Halima Aden merupakan aktivis dan model terkemuka kelahiran Amerika-Somalia yang sedang meniti puncak kerjaya hari ini. Meskipun baru ‘terjun’ ke dunia peragaan dan fesyen, wanita cantik ini sudah pun meraih pelbagai pencapaian membanggakan. Secara tidak langsung, penglibatan Halima dalam bidang glamor ini membuka mata penduduk dunia mengenai kemampuan wanita Islam.
Di kota fesyen terkenal seperti New York, London dan Milan… Halima dikenali peminat fesyen kerana penampilannya yang unik ketika menggayakan hijab, headwrap dan turban. Lebih-lebih lagi tatkala berjalan di pentas peragaan. Sering menghiasi muka depan majalah fesyen popular, pertunjukan fesyen berprestij dan kempen jenama mewah, Halima juga tidak terlepas menjadi buruan agensi model antarabangsa.
Kini, dia merupakan salah seorang ahli IMG Models yang membariskan model terkenal seperti Bella Hadid, Gigi Hadid, Gisele Bunchen, Miranda Kerr, Hailey Bieber, Karlie Kloss dan Kate Moss. Nama-nama hebat tu!
Mengimbas kembali perjalanan karier Halima, auranya mula bersinar sejak dia menyertai pertandingan ratu cantik Miss Minnesota pada tahun 2016. Waktu itu, Halima merupakan satu-satunya peserta yang mengenakan hijab dan layak ke peringkat semi final. Kongsi Halima, dia sudah mula mengenakan kerudung kepala sejak kecil dan meminta tudung sendiri daripada ibunya ketika baru berumur lapan tahun.
Lebih membanggakan, Halima ialah wanita hijab pertama yang menghiasi muka depan majalah British Vogue sekaligus membuktikan kepada dunia bahawa wanita berhijab sepertinya masih punya tempat dalam peragaan fesyen mewah! Tiga tahun kemudian, Halima sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila menjadi wanita Muslim pertama memperagakan burkini untuk Sports Illustrated Swimsuit.
Gadis yang memiliki ketinggian 5 kaki 5 inci ini juga tanpa berselindung menjelaskan dia dikelilingi dengan wanita berhijab sejak dari kecil lagi dan jatuh cinta dengan penampilan seumpama itu hingga membuatkan dia tertarik untuk turut sama mengenakan tudung. Halima juga menegaskan, memakai hijab adalah pilihannya sendiri dan bukan dibuat atas desakan sesiapa.
Sedar setiap gerak-geri dan penampilannya menjadi ilham kepada wanita hijab lain, Halima tidak lokek berkongsi tutorial pemakaian hijab. Sambil mengakui dia adalah orang yang ringkas dan tidak gemar menggunakan pin semasa memakai tudung, Halima dilihat sering memuatnaik video tutorial hijab mudah yang menjadi pilihannya terutama turban.
Sumber: Stars Insider
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.