Seperti yang kita tahu, Presiden Parti Ikatan Demokratik Rakyat Malaysia (Muda) yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sangat rapat dengan ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz. Di sebalik ketegasannya sebagai seorang pemimpin, tetap terserlah ciri-ciri ‘anak ibu’ dalam diri Penerima Nona Men’s Inspiring Award ini.
Ads
Tidak hairanlah pemimpin berusia 28 tahun ini seorang yang berjiwa rakyat kerana acuan didikan ibu bapanya yang sangat baik. Memperjuangkan suara anak muda serta golongan terpinggir dan tidak berkemampuan menjadi perjuangan utama bekas Menteri Belia dan Sukan ini.
Sering berkongsi kisah dan aktiviti bersama keluarga, membuktikan Syed Saddiq sentiasa mengutamakan ibu bapa dalam segala hal kerana mereka inilah yang telah banyak berkorban dalam perjuangan politiknya.
“Ibu saya seorang pesara guru, ayah pula buat banyak kerja. Tetapi ibu turut menjadi sumber kekuatan keluarga kami. Saya masih ingat semasa negara dilanda kegawatan ekonomi, ayah tiada kerja. Tetapi ibu tidak pernah mengeluh.
Ibu berusaha mencari jalan untuk memulihkan semula keluarga ke posisi yang lebih baik. Ibu seorang yang tidak mudah mengalah, tidak mudah untuk kibarkan bendera putih walau apa pun rintangan.
Saya masih ingat, walaupun salah seorang daripada abang saya yang dikira sangat ‘nakal’ dan keputusan peperiksaannya sedikit bermasalah, ibu tidak akan pernah mengaku kalah dan berkata, “You can still succeed, jangan give up sekarang.
Kami bukanlah datang dari keluarga yang berkemampuan atau dikenali ramai. Salah satu pengorbanan ibu yang masih segar dalam ingatan saya ialah pernah satu ketika, ibu ambil bas dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur untuk adakan temu janji dengan salah seorang pegawai Mara.
Ketika itu kami tidak ada wang yang cukup untuk bantu salah seorang abang saya untuk masuk ke institusi pengajian tinggi. Cara ibu dapat buat temu janji tersebut bukanlah melalui kenalan sebaliknya mendapatkan bantuan seorang lagi abang saya untuk dapatkan nonbor telefon Mara dalam internet.
Ads
Bila dah dapat, ibu call berkali-kali tapi tak dapat-dapat. Bukan main susah lagi tapi ibu call sampai dapat. Menyangkakan ibu tinggal di Kuala Lumpur, pegawai meminta ibu datang ke pejabat Mara keesokan paginya.
Tanpa berlengah, ibu terus booked tiket bas untuk pergi ke Kuala Lumpur pada awal pagi. Sampai di sana, bila pegawai itu dengar cerita ibu yang datang dari Johor awal pagi dan naik bas berseorangan, terus beliau perkenalkan ibu kepada pegawai yang sepatutnya. Alhamduluillah akhirnya dapatlah bantuan untuk abang saya.
Selepas itu keputusan peperiksaan abang teramat baik sampailah dapat biasiswa-biasiswa yang bagus. Tetapi itu bermula kerana cinta dan kasih seorang ibu yang tak pernah kenal erti penat lelah. Saya belajar itu daripada ibu.
Ads
Kalau nak diceritakan satu persatu pengorbanan ibu memang agak panjang tetapi saya tidak akan lupa apabila saya melalui pelbagai jenis rintangan dan cabaran, ibu sentiasa berada di sisi. Beliaulah superwoman. Kalau cakap budaya berkhidmat itu memang sudah tersemat di hatinya kerana beliau dah mengajar lebih 30 tahun sampailah saat bersara.
Kalau ada anak-anak muridnya yang datang dari keluarga susah, ibu akan usahakan untuk ajar tuisyen secara percuma kepada mereka pada setiap minggu. Kesimpulannya, ibu akan sentiasa mencari jalan untuk berkhidmat.”
NONA turut kagum dengan semangat kental ibu kepada empat anak ini kerana tabah mengharungi ujian sebagai seorang pejuang kanser payudara. Semoga beliau terus kuat mendepani hari-hari mendatang. Kecekalannya berjuang menentang kanser payudara pastinya memberi inspirasi kepada seluruh wanita.
Kredit Foto: Instagram Syed Saddiq
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Success has no age limit. Inilah gambaran pertama di mata rakyat Malaysia saat menatap potret pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Michelle Yeoh semalam, dua tokoh kebanggaan Malaysia!
Selain berkunjung dan membawa trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi (Oscar) ke-95, pertemuan itu turut membuktikan bahawa impian mampu tertunai tak kira seberapa pun usia kita.
KEBANGGAAN NEGARA
Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik Perdana Menteri ke-10 pada umur 75 sementara Tan Sri Michelle Yeoh genggam trofi Oscar pada umur 60.
Tiada istilah tua, semak ringkasan kejayaan dua tokoh ini yang mencipta sejarah baru Malaysia…
Sosok pemimpin ini cukup kontroversi. Pernah dipalit dengan pelbagai tuduhan sebagai salah satu cara untuk menghalang kemaraan beliau dalam pentas politik di Malaysia sejak September 1998.
Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada 22 November 2022. Bapa anak enam dan 12 cucu itu memegang jawatan tertinggi negara pada usia 75 tahun.
Aktres Hollywood kelahiran Ipoh, Tan Sri Michelle Yeoh mencatat sejarah luar biasa apabila menjadi anak Malaysia pertama merangkul trofi berprestij dunia, Academy Awards ke-95.
Michelle menang trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan sebagai Evelyn Wong dalam filem fenomena, Everything Everywhere All at Once pada usia 60 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kelibat selebriti cantik, Datin Hajah Fouziah Gous sejak di awal kemunculannya dalam industri seni sehingga kini langsung tak berubah. Malah semakin berseri-seri sejak mengambil keputusan berhijab sebaik sahaja pulang dari mengerjakan ibadah haji.
Foto: Koleksi Majalah NonaFoto: Instagram @fouziahgous
Walaupun Datin Fouziah sudah memiliki dua orang cahaya mata, Muhammad Zeeshan Md Zhafran dan Zaheen Yusof Md Zhafran namun penampilannya kekal menawan. Nona bersyukur apabila pelakon filem Otai dan Sifu & Tongga ini tidak lokek berkongsi rahsia kecantikannya.
“Sebenarnya tiada rahsia yang istimewa cuma cara saya mungkin sama macam orang lain juga. Dari segi pemakanan, saya tak diet teruk-teruk sampai tak makan itu dan tak makan ini. I always enjoy my food.
Cuma saya kurangkan makanan manis. Saya bersyukur kerana saya sendiri memang tak suka minum manis. Saya juga tak minum air sejuk tapi kadang-kadang minum juga cuma tak selalu. Saya tak kerap makan benda yang bergoreng dan berminyak. Mungkin amalan pemakanan saya ini sedikit sebanyak membantu,” ujar wanita yang berusia 37 tahun ini.
Selain menjaga pemakanan, Datin Fouziah juga mengamalkan gaya hidup sihat. “Selain menjaga pemakanan saya juga seorang yang sangat aktif. Saya seorang yang tak tahu duduk diam. Jadi, kadang-kadang kalau tidur dua atau tiga jam pun saya boleh bangun pagi macam biasa.
Saya boleh pergi hiking, boleh pergi gym dan saya jenis yang tiap-tiap hari kena masuk pejabat. Saya banyak berjalan walaupun bersama dengan anak. Macam mana penat sekalipun saya alhmadulillah so far tak ada masalah,” ujar isteri kepada Datuk Zhafran Md Yusof ini.
Foto: Instagram @fouziahgous
Tak cukup dengan itu, misi mengorek rahsia kecergasan Datin Fouziah diteruskan lagi. “Satu lagi rahsia saya adalah dengan Muay Thai. Sukan Muay Thai ini memang berbeza dengan sukan lain. Kalau nak cakap pasal sukan boleh dikatakan semua jenis sukan saya pernah lakukan.
Kalau nak tahu, saya dulu salah seorang pemain hoki mewakili Kuala Lumpur. Zaman sekolah saya terlalu aktif. Kini setiap minggu memang saya akan hiking (aktiviti sebelum PKP),” terang pemilik gym yang diberi nama Fighters Den Muay ini.
Bila ditanya tentang idea membuka gym ini, jawab Datin Fouziah, “Idea membuka gym ini datangnya bila saya cakap my passion is more to natural product. Tambahan pula saya seorang yang sukakan fitness. Jadi, selepas saya merasakan perniagaan sarang burung semakin stabil baru saya membuka gym ini,” jelas Datin Fouziah yang berkongsi bersama rakan niaga untuk membuka gym ini.
Semoga Datin Fouziah Gous terus menyuntik inspirasi kepada semua wanita untuk kekal cantik, aktif, kaya dan berjaya sepertinya.
Setelah lama berusaha, akhirnya kehadiran anak angkat jadi pelengkap rumah tangga Datin Alyah, kini bahagia jadi ibu susuan Izzara.
Geramnya! Comel betul anak kesayangan pasangan Pengarah Muzik terkemuka, Datuk Ramli MS dan Datin Alyah bernama Nur Izzara ni. Si comel yang bakal mencecah usia setahun tidak lama lagi, mula menjadi penyeri rumah tangga Datin Alyah sejak Jun tahun lalu.
Tidak berselindung sejak awal lagi, penyanyi popular ini cukup terbuka berkongsi perjalanan meniti usaha menimang cahaya mata sendiri, termasuk melakukan rawatan IVF dengan pengikutnya.
Walaubagaimanapun, usaha tersebut belum menampakkan hasil. Akhirnya setelah lama berusaha, akhirnya kehadiran anak angkat jadi pelengkap rumah tangga Datin Alyah, kini bahagia jadi ibu susuan Izzara.
Comel betul Izzara, pipi dan mata bulat! Terpancar seri keibuan pada wajah Datin Alyah, nampak Tokram pun bukan main lagi manjakan anak…
Ujar Datin Alyah atau nama sebenarnya Nor Hasliah Abu Hassan, 44, si comel itu bukan diambil dari rumah kebajikan atau mana-mana rumah anak yatim. Sebaliknya merupakan anak saudaranya sendiri dan beliau kini sudah bergelar ibu susuan kepada Izzara.
“Kami tidak ambil Zara dari mana-mana rumah kebajikan atau rumah anak yatim. Zara dengan saya bukan orang lain, dia adalah anak saudara saya sendiri.
Seperkara lagi, saya sudah susukan Zara. Jadi antara Zara dan Tok Ram (nama panggilan untuk Datuk Ramli MS) mempunyai hak seperti bapa dan anak kandung.
Harapnya perkongsian ini dapat memberi jawapan kepada pertanyaan ramai berkenaan hal ibu susuan juga,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Pelakon yang popular menerusi filem Tentang Bulan, Fatin Nur Afifah Shamsudin atau lebih mesra disapa dengan panggilan Fatin Afeefa mendedahkan bahawa dia pernah menghadapi...