
Lawanya anak gadis Datuk Afdlin Shauki! Berusia 22 tahun, Mia Sara Shauki yang merupakan anak sulung kepada pelakon komedi dan penerbit popular ini rupa-rupanya mengikut jejak langkah ayahanda tersayang dalam dunia seni.
Selain berbakat besar dalam bidang lakonan, Mia Sara juga ada bakat menyanyi. Memang jelas terbukti darah seni dan bakat Datuk Afdlin ‘mengalir’ dalam diri gadis cantik ini. Bak kata pepatah, ‘Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.’



Menurut pengarah filem Papadom dan personaliti televisyen yang sudah berkecimpung dalam industri seni tanah air selama bertahun-tahun ini mengakui dia agak keberatan jika ada di antara anak-anaknya memilih kerjaya seni seperti beliau.
Ujar Datuk Afdlin, “Saya dah lalui pelbagai suka duka dalam bidang ini dan pengalaman tersebut membuatkan saya sedikit skeptikal untuk membenarkan anak-anak terlibat dalam industri seni.
Namun apa yang saya lihat sekarang, anak-anak saya dah mula menunjukkan minat dalam bidang seni. Salah seorangnya meminati muzik, seorang lagi sudah mula berlakon sementara anak yang bongsu pula sangat tertarik dengan muzik K-Pop.”

Buat pertama kalinya, Datuk Afdlin dan Mia Sara bergandingan dalam sitkom Disney Wizards of Warna Talk yang bersiaran di saluran Disney kira-kira dua tahun lalu. Mia Sara merupakan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Seni Persembahan di Taylor’s College.
Bergelar anak sulung daripada tiga beradik, Mia Sara mempunyai adik perempuan iaitu Anais dan Ileana Matin. Melihat minat mendalam Mia terhadap dunia seni tidak mustahil suatu hari nanti dia mampu menjadi pelakon berjaya dan versatil seperti Datuk Afdlin Shauki.

Apatah lagi, dengan usia masih muda dan statusnya sebagai anak selebriti… ia menjadi ‘bonus’ buat Mia Sara untuk mempelajari selok-belok dunia seni daripada bapa tersayang.
Kredit foto: Instagram Mia Sara & Afdlin Shauki
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Karnival Paling Bergegar, Teruja Tengok Usahawan Wanita Malaysia Berniaga Bawah Satu Bumbung & Healing Sama-Sama!

Luar biasa, hebatnya penangan karnival paling bergegar tahun ni, teruja tengok usahawan wanita Malaysia berniaga bawah satu bumbung dan healing sama-sama!
Seperti masih segar di ingatan kemeriahan Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 yang dianjurkan oleh Majalah Nona dan Mingguan Wanita dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) serta MyMall Malaysia.
Bayangkan karnival tiga hari yang berlangsung dari 8 hingga 10 November 2024 di IOI Grand Exhibition & Convention Centre, Putrajaya itu dikunjungi hampir 10,000 pengunjung dengan 100 buah booth jualan para usahawan wanita tempatan! Memang meriah sangat-sangat. Selain dapat shopping, timba ilmu bisnes, berhibur dan healing sesama wanita, para tetamu yang hadir ke siri talkshow keusahawanan juga dapat banyak goodies.
Jutaan penghargaan buat para penaja rasmi iaitu Watsons Malaysia, Mustika Ratu, Buttonscarves, Bawal Exclusive, Telekung Haliza Maysuri, Sunway Resort Hotel, Madduna Honey, Central Sugars Refinery, Jasmine Food, 1 Minute Miracle, Temyracle, Siti Khadijah Apparels dan Minaz yang sentiasa menyokong Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024!
SOKONGAN
Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 secara rasminya telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP), YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim pada 8 November 2024.
Acara ini turut disaksikan oleh YAM Tengku Syarif Temenggong Perlis, Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Raja Syed Putra Jamalullail serta YM Che Puan Temenggong Perlis, Datin Seri Diraja Farinawati Datuk Mohd Din; isteri Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud serta isteri Dato’ Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad menambahkan lagi kemeriahan dan sokongan terhadap agenda besar ini.




Dalam ucapan CEO Nu Ideaktiv, Syamil Fahim menekankan kepentingan karnival ini sebagai pemangkin untuk wanita tempatan menceburkan diri dalam dunia keusahawanan dan menambah nilai kepada ekonomi negara.
“Karnival ini adalah bukti komitmen berterusan kerajaan untuk memperkasa wanita, menyediakan mereka dengan peluang dan platform untuk mengembangkan potensi perniagaan. Kita percaya, melalui usaha kolektif seperti ini, wanita Malaysia mampu menjadi tonggak ekonomi yang lebih kukuh dan seimbang.”
Para tetamu kehormat kemudian dibawa melawat reruai usahawan, memberikan sokongan moral kepada lebih 100 usahawan yang menyertai karnival ini.
PADAT PENGISIAN
Pelbagai program menarik telah disusun untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat pengalaman yang berbeza dan berharga, termasuk:
- Bengkel dan Forum Keusahawanan: Pada setiap hari karnival, sesi perkongsian ilmu yang intensif akan berlangsung, seperti Talkshow ‘Berbisnes Di Dunia, Untung Sampai Ke Syurga’ yang mengetengahkan usahawan-usahawan hebat seperti Pengasas Perfume Paradise, Nur Afiqah Amran dan Pengasas Arrayyan Hijrah, Datin Hafizah Saad. Talkshow ini memberi peluang kepada wanita untuk mendengar kisah-kisah inspirasi serta strategi praktikal dalam perniagaan.
- Pertandingan Menarik: Tidak ketinggalan Pertandingan Mekap Duo-Sis So Cantik dan Segmen Game ‘Who Wants to Be Superwoman’, yang direka untuk memupuk semangat bersaing secara sihat di samping membina keyakinan diri dalam kalangan peserta. Ratu Jenga, lipat baju tower, dan permainan tradisional turut menguji kemahiran para peserta di karnival ini.
- Sesi Santai Bersama Selebriti Usahawan: Pengunjung juga berpeluang berjumpa dengan selebriti terkenal yang berjaya dalam bidang perniagaan seperti Mek Dinda, Cikgu Samm, Christy Ng, Fatin Amirah Zaabar dan ramai lagi. Sesi-sesi ini bukan sekadar perkongsian pengalaman tetapi juga suntikan motivasi bagi para pengunjung yang ingin menceburi bidang keusahawanan.
- Aktiviti Riadah dan Persembahan Seni: Tidak lengkap karnival tanpa elemen hiburan. Karnival akan dimeriahkan dengan persembahan memukau daripada barisan artis terkemuka tanah air menerusi dua mini showcase yang akan berlangsung Sabtu dan Ahad, menampilkan nama-nama seperti Wany Hasrita, Bella Astillah, Wani Kayrie, Sharul Kamal, Farisha Iris dan Ahmad Syafiq Persembahan ini dijangka menjadi kemuncak malam karnival yang dinantikan.






















Di samping aktiviti-aktiviti menarik, para usahawan juga dapat meneroka peluang kerjasama dan jaringan menerusi reruai MyMall dan sesi taklimat keusahawanan. MyMall—platform e-dagang yang diterajui oleh KUSKOP menawarkan akses kepada usahawan PMKS untuk menyertai ekosistem keusahawanan digital yang lebih luas.
Ini adalah peluang bagi mereka yang ingin memahami cara mengembangkan perniagaan melalui platform digital dan strategi pemasaran terkini.
Dengan jumlah 100 usahawan turut serta dalam karnival ini, pengunjung bukan sahaja dapat membeli produk-produk tempatan berkualiti tinggi, tetapi juga memahami cerita di sebalik setiap perniagaan yang dibangunkan dengan penuh usaha dan dedikasi.
Dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, IOI Grand Exhibition & Convention Centre akan menjadi pusat pertemuan komuniti usahawan dan mereka yang ingin menyokong perkembangan ekonomi tempatan.
Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 ini dibawakan secara eksklusif oleh Mingguan Wanita dan Nona serta diperkasakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta myMALL Malaysia.
















Artikel berkaitan: https://www.nona.my/30-tahun-jadi-anak-seni-datuk-nora-ariffin-bakal-adakan-konsert-solo-buat-julung-kali/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Angah Last Ok… Bagi Adik Lepas Dulu,” Mak ‘Berat’ Lepaskan MIRA FILZAH Kahwin!

Nampaknya, tak dapatlah tengok majlis perkahwinan Mira Filzah dalam masa terdekat. Dan jejaka-jejaka yang tengah simpan hasrat hendak memperisterikan selebriti popular ini… disaran menangguhkan dulu impian tersebut sebab ibu Mira, Faizatul Akmar Hisan belum sedia beri green light dekat anak keduanya ini. Minta bersabar ya, bak kata orang lama ‘kalau dah jodoh tak ke mana’!
Dalam tiga orang adik-beradik, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badieozaman ialah anak yang paling rapat dengan ibu dan ayah tersayang. Membahasakan ibunya dengan panggilan ‘Mak’, Mira satu-satunya anak yang enggan memasuki sekolah asrama seperti kakak dan adiknya.
“Boleh kata Mira paling rapat berbanding tiga adik-beradik lain. Macam kakak dan adik Mira, selepas darjah 6 mereka dah masuk boarding school. Mira ni jenis tak nak masuk boarding school… nak duduk dekat rumah je. So Mira the only one yang paling lama dan bersama dengan mak dan abah di rumah.



Hampir setiap masa ada dekat rumah dan hampir setiap masa jugalah muka ni yang mereka hadap. Kalau mereka nak bebel ke marah ke, muka inilah juga sebab adik-beradik lain tak ada dan jauh.”
Ditanya sejauh mana hubungan Mira bersama ibu tersayang, aktres yang makin dikenali ramai ini mengakui dia cukup akrab dengan keluarga. Terutamanya mak! “Mira dan mak very direct. Kalau rasa nak tanya apa pun Mira akan tanya sebab Mak very open… very transparent. Tak ada benda yang Mira tak tahu dan tak ada benda yang mak tak tahu pasal Mira. Even mak pun ada bercerita tentang dirinya waktu muda-muda.”
Tambahnya lagi, meskipun pada awal pembabitan Mira dalam industri seni kurang disenangi keluarga namun melihat minat dan kesungguhan duta Ariani ini untuk melakar kejayaan membanggakan, mereka akhirnya merestui perjalanan Mira Filzah. “Pada awalnya memang agak ini tak boleh… itu tak boleh.

Tapi as time goes by, dia mula memahami. Iyalah, benda-benda biasa yang kita tak boleh nak elak bila dah bergelar anak seni. Tapi satu je dia pesan dan ingat sampai sekarang iaitu jangan sampai lalai ataupun lupa diri.”
Tatkala menyentuh soal kahwin, jelitawan berusia 26 tahun ini tersenyum dan membuka bicara. “Ada satu cerita. Adik Mira, mak bagi lepas kahwin dulu (sebelum Mira). Dia cakap, ‘Angah last lah… bagi Aina (adik) lepas dulu. Angah last ok, angah kerja dulu.’ Itu pesanan dia. Kadang-kadang Mira rasa macam, “Hmmm… tak nak lepas lagi lah tu.”
Mana tidaknya, Mira kan anak paling rapat. Mungkin ibunya masih rasa ‘berat’ hendak melepaskan anak untuk berkahwin. InshaAllah, bila sudah tiba masa nanti pasti ibu Mira sendiri yang mahu urusan perkahwinan Mira disegerakan. Bila ditanya sanggupkah dia menjaga ibu selepas mendirikan rumah tangga kelak, Mira lantas mengangguk kepala tanda dia sanggup buat apa saja demi insan yang melahirkan.

“Walaupun syurga di bawah tapak kaki suami lepas kahwin, tapi ibu tetap kita kena jaga… kena sayang. Ibu kita sendiri, itu masih tanggungjawab kita. Kita sebagai anak perempuan lagilah kita patut rasa lebih dekat dengan ibu.”
Kagum dengan kasih sayang Mira terhadap keluarga lebih-lebih lagi ibu tersayang. Walau kerjaya seni kini berada di puncak dan berjaya, dia tetap berpegang teguh dengan nasihat kedua orang tuanya dan kekal merendah diri. Semoga kejayaan Mira menjadi penyuntik semangat kepada wanita di luar sana dan terus mempamer imej yang baik kepada masyarakat.
Kredit foto: Instagram Mira Filzah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
PUTERI EUGENIE Bakal Timang Cahaya Mata Ke 2 Musim Panas Ini. SARAH FURGESON Bakal Dapat Cucu Lagi!

Puteri Eugenie dan suami tersayang, Jack Brooksbank bakal menimang cahaya mata kedua pada musim panas akan datang apabila puteri tersebut mengumumkan berita kehamilannya menerusi laman Instagram miliknya dua hari yang lalu.

Berita kehamilan pewaris takhta urutan ke 11 keluarga diraja Britain itu turut diumumkan oleh Istana Buckingham.

Puteri Eugenie dan Jack Brooksbank berkahwin pada 12 Oktober 2018. Perkahwinan diraja itu diadakan di Gereja St George yang terletak di Istana Windsor, gereja yang sama menyaksikan Putera Harry dan Meghan Markle serta Putera William dan Kate Middleton mengikat tali percintaan mereka.

Sekadar info, majlis resepsi pasangan ini pada tahun 2018 bertemakan perkahwinan diraja secara tradisional di mana Puteri Eugenie menggayakan gaun pengantin hasil sentuhan pereka Britain, Peter Pilotto dan Christopher De Vos.

Puteri Eugenie merupakan anak perempuan kepada Putera Andrew (anak ketiga Ratu Elizabeth) dengan bekas isterinya, Sarah Ferguson. Brooksbank pula merupakan seorang pembekal wain terkenal di London. Hasil perkongsian hidup sebagai suami isteri, pasangan ini dikurniakan cahayamata pertama mereka, August Philip Hawke Brooksbank pada Februari 2021.

Meskipun dirinya merupakan keturunan diraja, anak-anak Puteri Eugenie tidak memiliki sebarang gelaran memandangkan suaminya merupakan orang kebanyakan. Gelaran boleh dikurniakan kepada anak pasangan ini sekiranya Raja Charles memutuskan memberikan gelaran kepada Jack Brooksbank. Malah anak-anak Putera Harry, Archie Harrison Mountbatten-Windsor dan Lilibet ‘Lili’ Diana Mountbatten-Windsor juga tidak mempunyai gelaran memandangkan Putera Harry menolak gelaran tersebut.
Menyorot gaya hidup Puteri Eugenie, dia tidak bekerja sepenuh masa di istana seperti Putera William dan Harry. Puteri Eugenie tidak memiliki tugas khusus kerajaan. Dia dikhabarkan pernah bekerja di galeri seni Hauser & Wirth London selama tiga tahun dan menjawat jawatan sebagai Pengarah di galeri berkenaan.


Sebelumnya, Eugenie pernah bekerja di New York. Puteri Eugenie merupakan lulusan dari Newcastle dengan dua gelaran sarjana, Sastera Inggeris dan Sejarah Seni. Selain itu, puteri diraja ini juga aktif sebagai penaung pelbagai pertubuhan di Britain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


