Puteri Catharina-Amalia Beatrix Carmen Victoria, kini 21 tahun, diputerakan pada 7 Disember 2003 dan merupakan pewaris takhta kerajaan Belanda.
Puteri Catharina-Amalia adalah anak sulung kepada Raja Willem-Alexander dan Permaisuri Máxima. Beliau mempunyai dua adik perempuan iaitu Puteri Alexia dan Puteri Ariane. Gelaran sebagai pewaris takhta rasmi disandang oleh Catharina-Amalia selepas ayahandanya dimasyhurkan sebagai Raja pada 30 April 2013.
Beliau kini menuntut di Universiti Amsterdam dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains bidang Politik, Psikologi, Undang-Undang dan Ekonomi.
Puteri Catharina-Amalia juga sudah menjalani tugas kerajaan sejak usia 18 serta hadir dalam pelbagai urusan rasmi yang kebiasaannya dilakukan oleh pewaris takhta.
Puteri Elisabeth merupakan pewaris takhta diraja Belgium. Anakanda kepada Raja Philippe dan Permaisuri Mathilde ini menerima gelaran Duchess of Brabant selepas nendanya, Raja Albert II turun takhta pada 21 Julai 2013.
Ads
Sekiranya Puteri ini menaiki takhta seperti yang dijangka, beliau bakal mencatat sejarah sebagai ratu pemerintah pertama dalam sejarah Belgium. Ini adalah berkat penggubalan dasar pada 1991 yang menghapuskan diskriminasi gender dalam pewarisan takhta.
Berusia 23 tahun, beliau mempunyai kelebihan bertutur dalam beberapa bahasa iaitu Dutch, Perancis, Jerman dan Inggeris, selain mahir berbahasa Mandarin.
Kini Puteri Elisabeth menuntut di Universiti Harvard sejak September 2024, selepas lulus cemerlang dalam pengajiannya di Universiti Oxford.
Puteri Leonor de Todos los Santos de Borbón y Ortiz diputerikan pada 31 Oktober 2005 adalah bakal pewaris takhta Sepanyol. Beliau merupakan puteri sulung kepada Raja Felipe VI dan Permaisuri Letizia.
Berusia 19 tahun, Puteri Leonor kini sedang menjalani latihan ketenteraan selama tiga tahun di Akademi Ketenteraan Am di Zaragoza, Akademi Tentera Laut di Marín dan Akademi Udara Am di Murcia sebagai persediaan mengikut jejak langkah ayahandanya.
Pada September 2021, Puteri Leonor memulakan pengajian dalam program International Baccalaureate selama dua tahun di UWC Atlantic College, Llantwit Major, Wales. Beliau menamatkan pendidikan menengahnya pada Mei 2023 serta pernah menyertai kem musim panas di Amerika Syarikat.
Puteri jelita dan tinggi lampai ini fasih berbahasa Sepanyol, Catalan dan Inggeris – bahasa Inggerisnya dipelajari daripada pengasuh warga British dan juga nenekandanya, Ratu Sofía. Di samping itu, beliau turut mempelajari bahasa Perancis, Galicia, Basque, Arab dan Mandarin.
Muda dan pintar, ini aura 4 Puteri Raja Gen Z yang bakal menduduki takhta Ratu kerajaan Eropah.
Puteri Ingrid Alexandra dari Norway diputerikan pada 21 Januari 2004 merupakan anak sulung kepada Putera Mahkota Haakon dan anak kedua Puteri Mahkota Mette-Marit, serta cucunda kepada Raja Harald V.
Beliau kini berada di kedudukan kedua dalam senarai pewarisan takhta Norway, selepas ayahandanya.
Puteri Ingrid Alexandra merupakan generasi kelima dalam keluarga diraja Norway yang memerintah dari Dinasti Glücksburg.
Pada Mei 2025, pihak Istana Diraja Norway mengumumkan bahawa Puteri Ingrid Alexandra telah mendaftar untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Sydney, Australia, yang akan bermula pada Ogos 2025.
Puteri Ingrid Alexandra akan bermastautin di kampus universiti di Camperdown, New South Wales, yang terletak berdekatan dengan pusat bandar Sydney. Sepanjang tempoh pengajian ini, beliau akan mengurangkan penyertaan dalam acara rasmi diraja bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran.
Wah, bukan calang-calang hadiah! Untung Dini Schatzmann dikurniakan seorang isteri yang bukan hanya popular dan kaya. Tetapi juga penyayang dan sentiasa berusaha membahagiakan pasangan. Terbaharu, kejutan istimewa Janna Nick terhadap Dini menjadi bualan dan viral di media sosial.
Apa tidaknya, hadiah yang diberikan pelantun lagu Gatal tersebut mencecah lebih RM900 ribu!
Dini Schatzmann Terima Kereta Idaman Cecah Harga Lebih RM900 Ribu!
Rancangan Janna nyata menjadi apabila pelakon lelaki kacak berkenaan tidak dapat ‘menghidu’ pemberian isteri kesayangan. Sangka Dini, Janna mengajaknya untuk keluar dating tapi rupa-rupanya dihadiahkan pula kereta idaman.
Tampil mengenakan persalinan sedondon warna hitam, Dini sama sekali tidak menyangka menerima pemberian mewah itu memandangkan Janna pernah menyatakan rasa kurang setuju apabila Dini mahu membeli kenderaan yang diidam-idamkan selama ini.
Memuat naik momen istimewa itu, ujar Janna, “Dini just got a new car.”
Sementara itu, selebriti berusia 31 tahun berkenaan meluahkan rasa terkejut dan syukur.
“Alhamdulillah. Finally, dibuka hati dia untuk allow me to get my dream car!
But all jokes aside I’m forever grateful for you. Always making me happy and always making me proud. I love you so much.”
Suami Janna Nick, Dini Schatzmann Luah Rasa Syukur!
Sejurus kisah ini viral, rata-rata warga maya cuba selidik harga kereta jenama Land Rover Defender berkenaan. Apa yang mengejutkan ialah kereta jenama dari England itu mencecah harga hampir RM1 juta di pasaran Malaysia bergantung kepada spesifikasi tertentu.
Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner sah bergelar isteri Muhamad Dini Azan Schatzmann pada 10 Jun 2023.
Perkongsian penyanyi Mizz Nina di laman Instagram miliknya sebentar tadi mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Essam Muhammad dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat baru-baru ini.
Mizz Nina meluahkan rasa syukur dengan pernikahan kali kedua itu dan menganggap ia merupakan takdir terindah ditentukan oleh Allah SWT untuk dirinya.
“Bismillahirahmanirahim..Alhamdulillah, segala puji bagi Allah sebaik-baik perancangan dan telah menentukan takdir terindah. Syukur dengan perkahwinan yang mendapat restu kedua orang tua.
“InsyaAllah, kami akan saling melengkapi satu sama lain dan meneruskan hidup kami untuk berdakwah. Kami berkongsi aspirasi dan matlamat serta teruja dalam menempuh fasa baru kehidupan bersama,” katanya.
Mizz Nina atau pemilik nama Shazrina Azman, 43, tujuan ikatan ini terjalin berlandaskan iman kerana Allah SWT.
“Dunia ini hanya sementara, manakala hari akan datang belum pasti lagi. Kami sepakat perkahwinan ialah sebuah ikatan dalam membina persefahaman dan kasih sayang serta ketenangan.
“Paling penting, kami dapat bersama-sama menuju ke syurga,” katanya.
Mizz Nina juga berharap ikatan yang dibina akan memberikan manfaat kepada semua pihak dan dirinya dalam bersama-sama menjadi insan yang lebih baik.
Penyanyi yang juga aktivis keagamaan turut berkongsi bakal mengadakan satu majlis resepsi perkahwinan tertutup di ibukota dalam masa terdekat. Jejaka berasal dari Morocco ini merupakan warganegara Amerika Syarikat dan menetap di Seattle.
Terdahulu, Mizz Nina pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh sebelum menfailkan penceraian pada 14 Jun 2022.
Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun mengambil anak angkat bernama Musa pada April 2022. Vokalis Hujan, Noh Salleh bakal mengakhiri status duda apabila mengikat pertunangan dengan seorang peguam tidak lama lagi. Difahamkan Noh dan tunangnya, Fatin Athira Mustapa memilih tarikh pernikahan pada 23 September ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sempena menyambut kemerdekaan negara ke 65, satu lagi lokasi peranginan bandar bertaraf lima bintang membuka pintunya secara rasmi untuk para tetamu. M Resort Hotel Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur menjanjikan percutian dalam bandar bersama keluarga di hujung minggu yang menyeronokkan.
Destinasi percutian terbaharu ini beroperasi dan dimiliki 100 peratus oleh jenama tempatan dengan tenaga kerja kira-kira 250 orang kakitangan yang berpengalaman dalam industri hospitaliti.
Menyahut inspirasi huruf pertama dalam perkataan Malaysia iaitu ‘M’ sebagai nama hotel, ia bukan sahaja mempunyai lokasi yang strategik, malah dikelilingi sumber alam semula jadi yang menghijau, sesuai untuk merehatkan tubuh dan minda.
M Resort Hotel menawarkan 385 bilik tetamu yang terdiri daripada bilik Standard, Superior, Deluxe dan Suite Eksekutif, setiap ruangan dihasilkan dengan susun atur dan mempunyai fungsi tersendiri.
Ia turut menyediakan kemudahan persidangan dan mesyuarat dengan saiz 5,000 meter persegi yang dilengkapi dengan teknologi canggih.
Selain itu, M Resort Hotel turut menawarkan kemudahan seperti spa dikenali sebagai M Spa, restoran dan pusat kecergasan yang beroperasi sepanjang hari, bar serta ruang rehat. Bagi anda yang bercuti bersama keluarga, pasti keseronokan di kolam renang dengan gelongsor air dan Kids’ Club menjadi pilihan untuk menghiburkan hati dengan keriangan yang tiada tandingannya!
Hanya kira-kira 60 kilometer (km) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 16 km dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Skypark), M Resort Hotel memberikan akses mudah untuk para tetamu untuk meneroka keindahan Kuala Lumpur sebagai salah sebuah lokasi percutain dalam bandar yang menawarkan pelbagai keseronokan yang tidak kurang hebatnya.
Tambahan pula, hotel gaya hidup yang diinspirasikan oleh budaya tempatan ini juga menawarkan pemandangan unik dari kawasan hijau yang terkenal di ibu negara iaitu Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA).
Sesuai buat golongan elit bandar dan pengembara perniagaan, M Resort Hotel bakal memberikan penginapan 1,001 kenangan dengan pelbagai hidangan yang menakjubkan bukan sahaja untuk golongan elit bandar, malah amat sesuai untuk pengembara perniagaan yang inginkan penginapan yang merangkumi dua konsep iaitu work and fun.
Esok M Resort Hotel bakal dibuka kepada umum. Namun tempahan sudah dibuka melalui dalam talian. Nikmati perkhidmatan intuitif yang diperibadikan buat pelanggan. Layari laman web M Resort Hotel untuk maklumat lanjut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datin Sri Muhaini Zainal Abidin menyambut ulang tahun kelahiran ke-64 dalam suasana bahagia dikelilingi anak dan cucu. Isteri kepada Dato’ Sri Ismail Sabri ini kekal tenang, lembut dan penuh kasih dalam menyokong keluarga di balik tabir.