Rezeki Nabila Razali diundang masuk istana jumpa Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid. Lima bulan mendirikan rumah tangga dan pertama kali sambut Aidilfitri sebagai isteri, pelantun lagu Pematah Hati ini akur beraya di kampung suami tercinta di Kelantan.
Sejak berkahwin, populariti Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali kian melonjak naik. Apatah lagi peminat mengagumi personaliti pasangan suami isteri tersebut yang romantis.
Lebih istimewa, lagu raya terbaharu dendangan Nabila iaitu Raya Mana semakin meniti di bibir pendengar dan viral di media sosial bersempena lebaran tahun ini.
Tampil berbusana sedondon navy blue di samping suami, isteri Nir Iruwan ini menitipkan ucapan Hari Raya buat peminat tersayang.
“Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H kepada seluruh umat Islam di mana sahaja anda berada. Semoga kehadiran Syawal ini membawa keberkatan kepada kita semua.”
Pertama kali rai Hari Raya di negeri Che Siti Wan Kembang, Nabila bagaimana pun teruja dapat bertemu keluarga mentua, sanak saudara dan peminat di sana. Selain dapat menikmati pelbagai juadah tradisi masyarakat di Kelantan ketika musim perayaan.
Ads
Namun paling mencuri tumpuan apabila Nik Iruwan dan Nabila Razali jumpa DYMM Tengku Anis dan diundang masuk ke Istana Kota Lama. Turut kelihatan ialah Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra.
Momen cukup bermakna dan bukan calang-calang orang diberi peluang sedemikian.
Kita sudah beralih daripada fasa pendemik COVID-19 kepada fasa endemik. Namun begitu, kita masih belum menang dan perlu menjaga diri sendiri dan juga keluarga agar terhindar daripada virus yang berbahaya itu.
Salah satu usaha untuk melindungi diri daripada jangkitan virus ini dengan menguatkan imun tubuh. Imun atau sistem kekebalan tubuh adalah jaringan kompleks yang terdiri daripada sel, protein, organ dan zat lainnya yang bertugas untuk melindungi tubuh daripada berbagai penyakit, yang disebabkan oleh virus, bakteria, dan parasit.
Meningkatkan imun tubuh boleh dilakukan dengan pengambilan nutrisi penting seperti zinc dan vitamin C. Memang tiada bukti saintifik yang mengatakan dua sumber ini dapat mencegah atau merawat COVID-19 tapi boleh dijadikan salah satu ikhtiar untuk mencegah daripada dijangkiti.
Minum lemon panas
Lemon sebenarnya dianggap sebagai superfood dan mengandungi banyak manfaat kesihatan dan juga penggunaan topikal. Bagi mendapatkan manfaat yang optimun lemon perlu diambil dengan menggunakan air panas. Suhu air yang plaing sesuai untuk merendam lemon adalah 60-70 darjah Celsius.
Bawang putih
Bawang putih merupakan salah satu sumber makanan zinc yang terbaik. Kandungan zinc pada bawang putih kira-kira 1.16 mg zink sertiap 50gm. Khasiat yang terkandung dalam bawang putih ini juga mampu membantu melancarkan sistem peredaran darah dalam tubuh. Selain itu kandungan poli sulfida yang terdapat dalam bawang putih membantu melebarkan dan membuka saluran darah supaya tidak mendapat tekanan yang terlalu besar.
Habbatus Sauda
Habbatus sauda atau nama saintifiknya Nigella sativa atau black cumin. Ia merupakan makanan sunnah yang diibaratkan superfood dalam supleman. Habbatus sauda termasuk dalam kelompok makanan yang mampu meningkatkan imun tubuh. Salah satu kandungannya yang sangat berkhasiat adalah thymoquinone.
Teh hijau
Kandungan antioksidan yang tinggi dalam teh hijau dapat membantu tubuh untuk mengeluarkan racun. Polifenol yang ada dalam teh hijau juga mempunyai fungsi dapat membunuh virus dengan baik. Teh hijau juga merupakan pilihan terbaik membantu mengurangkan berat badan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alahai, tengok gambar zaman kanak-kanaknya sahaja sudah jelas terserlah kecantikan asli milik Marian Rivera Gracia Dantes! Dikurniakan hidung yang mancung, sepasang mata cantik, bibir mungil dan kening cantik terukir sejak kecil, pesona aktres popular Filipina ini nyata memukau.
Raut wajah sempurna dan susuk tubuh langsing Marian mampu membuatkan peminat memandangnya berkali-kali. Tidak hairanlah ibu muda berusia 35 tahun tersebut dinobatkan sebagai selebriti wanita paling seksi di Filipina lebih daripada tiga kali.
Nama Marian mula bersinar di negara kelahirannya selepas kejayaan drama Marimar diikuti Dyesebel, Amaya dan Temptation of Wife. Selain berbakat dalam lakonan, selebriti berdarah keturunan Sepanyol ini juga rupa-rupanya memiliki bakat menyanyi. Sebelum ini Marian sudah menghasilkan dua album iaitu Marian Rivera Dance Hits dan Retro Crazy.
Lahir pada 12 Ogos 1984 di Madrid, Sepanyol… anak kepada Francisco Javier Gracia Alonso dan Amalia Revera ini mempunyai pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari De La Salle University Dasmarinas. Bapanya, Francisco ialah warganegara Sepanyol manakala ibunya pula Amalia ialah rakyat Filipina.
Disebabkan perkahwinan campur tersebut, Marian mampu bertutur dalam tiga bahasa iaitu Sepanyol, Inggeris dan Tagalog. Beberapa tahun mencipta nama dalam industri seni Filipina, jelitawan ini akhirnya memutuskan untuk berkahwin dengan aktor kacak Filipina, Dingdong Dantes pada 30 Disember 2014. Berdasarkan populariti mereka berdua dan kejayaan masing-masing, perkahwinan mereka turut mendapat julukan The Royal Wedding di Filipina pada tahun berkenaan.
Hampir setahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan romantis ini dikurniakan anak perempuan comel iaitu Maria Letizia pada 23 November 2015. Empat tahun kemudian, rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki yang dinamakan Jose Sixto G. Dantes IV pada tanggal 16 April 2019.
Meskipun sudah bergelar ibu dua anak, Marian masih kekal menawan dan ramping. Anak perempuan sulungnya, Maria Letizia kini berusia lima tahun sementara anak kedua iaitu Jose Sixto G. Dantes IV dilahirkan pada 16 April 2019.
Sejak kelahiran Sixto, Marian dilihat selesa dengan penampilan lebih segar dan memilih potongan rambut pendek. Ternyata, ramai yang memuji imej baru tersebut. Pendek kata, apa sahaja fesyen yang digayakan selebriti kesayangan Filipina ini pasti disambut baik peminat setianya.
Berbekalkan bakat, wajah yang cantik dan personaliti menarik dimiliki Marian, aktres yang memiliki ketinggian 158 cm ini turut menjadi buruan syarikat pengiklanan yang mahu melantiknya sebagai duta atau penghias kempen pelbagai jenama mewah. Difahamkan sehingga tahun lepas, nilai kekayaan Marian dianggarkan mencecah USD 6 juta!
Selain aktif dengan aktiviti seni, Marian juga sebenarnya pengasas perniagaan bunga-bungaan segar Flora Vida by Marian. Ujarnya, bukan mudah untuk membahagikan masa di antara kerjaya dan keluarga namun kerana tanggungjawab terhadap peminat dan anak anak serta suami dia tetap akan memastikan semuanya berjalan lancar.
“Pada mulanya memang agak sukar menguruskan keluarga dan kerjaya dalam satu-satu masa. Tapi apabila anda sudah dapat membezakan masa satu yang menjadi keutamaan, ia akan menjadi mudah.
Di samping menjaga keluarga, dalam masa sama saya juga akan memantau perniagaan yang diusahakan kerana kedua-duanya adalah penting bagi saya. Walau ada ketikanya susah, tapi saya mampu uruskan keluarga dan perniagaan dengan baik.”
Bagi merancakkan lagi perniagaan tersebut, pada 10 Jun lepas Marian telah melancarkan edisi terbaharu Flora Vida by Marian yang berkonsepkan dried bloom collection. Menariknya, dalam masa hanya 5 hari selepas ia dilancarkan, koleksi ini habis dijual! Sememangnya aura Marian cukup berbisa. Apa sahaja yang dijual mahupun dipromosikan pasti laris di pasaran. Patutlah ramai pengusaha dan syarikat berskala besar berebut-rebut menjadikan jelitawan Filipina ini sebagai duta.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penampilan baru Ratu Pop Madonna lewat beberapa bulan ini mengejutkan peminat. Bayangkan pada usia emas, beliau masih kelihatan remaja malah digelar jelmaan Kim Kardashian kerana kecantikannya.
Jika wanita lain seusia Madonna sudah ‘berdamai’ dengan kedutan, berbeza pula halnya dengan superstar yang bakal mencecah usia 64 tahun itu.
Meraikan ulang tahun ke-40 beliau dalam kerjaya muzik, Madonna dikhabarkan kembali membuat ‘comeback’ ke dalam industri. Kini beliau sibuk dengan penggambaran biopic serta merakamkan lagu dengan Katy Perry.
Pastinya kemunculan semula ini menjadi asbab ‘perubahan’ wajah baru Madonna, atau Madge.
Bagi peminat empunya nama Madonna Louise Ciccone dan ibu kepada 6 anak itu, ia bukanlah sesuatu yang asing kerana rupanya memang selalu berubah mengikut peredaran masa!
Meskipun berdepan pelbagai cemuhan haters di media sosial, Madonna mengambil langkah tidak peduli dengan kata-kata orang yang kurang senang dengan rupa parasnya sekarang.
Biarpun sering dikatakan membuat fillers, pembedahan plastik dan menggunakan teknik suntingan Photoshop yang keterlaluan, beliau jarang membalas balik sebaliknya membuktikan diri dengan pelbagai kejayaan luar biasa.
Semangat Madonna seharusnya menjadi contoh kepada wanita moden. Berani dan menjadi diri sendiri!
Rahsia muda Madonna sebenarnya terletak pada sifat positif beliau dan penataan gaya yang mengikut peredaran zaman. Jom intai perubahan lain pada wanita ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.