Dream Forest Langkawi, sebuah pusat tarikan pelancongan baharu di Langkawi menawarkan pengalaman menakjubkan dengan keajaiban teknologi pelbagai deria, unjuran peta, pencahayaan canggih dan skop bunyi yang memukau kepada pengunjung.
Membuka pintu kepada pengunjung pada 1 Mei 2023, tarikan ini didatangkan dengan pengubahsuaian denai jalan santai 1.2 kilometer dalam hutan prasejarah berusia ratusan juta tahun.
Baru-baru ini, Editor NONA, Norzalina Mohd Alias dan Wartawan NONA, Rosmah Idayu Abu Samah berpeluang merasai sendiri pengembaraan interaktif di Dream Forest Langkawi atas undangan Puan Sri Tiara Jacquelina melalui Enfiniti Interactive Xperiences. Lebih istimewa, kami telah diterbangkan khas oleh MYAirline ke Langkawi, Kedah dan menginap di DASH Resort Hotel, Langkawi.
Diilhamkan serta dibangunkan oleh penggiat seni kreatif tersohor, Puan Sri Tiara Jacquelina, Presiden dan Ketua Pencipta Impian Kumpulan Enfiniti, Dream Forest Langkawi terdiri daripada bakat terbaik dalam dunia kreatif, teknikal dan pembinaan untuk menghidupkan konsep unik. Lebih membanggakan, kebanyakan individu yang terlibat merupakan bakat anak tempatan!
Ads
Pengembaraan bermula sebaik sahaja matahari terbenam dan persekitaran hutan dihidupkan dengan kisah Lagenda seperti Tasik Dayang Bunting, Merong Mahawangsa dan Gergasi Langkawi, pasti menambat hati semua tanpa mengira lapisan umur.
“Dream Forest Langkawi merupakan salah satu projek Group Enfiniti yang diberhentikan disebabkan wabak covid-19. Mula dibangunkan pada tahun 2019, projek ini pada asalnya dirangka menggunakan format berbeza dengan pengasingan beberapa kisah yang diceritakan melalui pelbagai medium teknologi di astaka yang berlainan. Projek ini dijalankan sebagai sebahagian rancangan untuk membangunkan semula Kampung Buku (Perkampungan Buku) Langkawi.”
“Tambahan, persekitaran perkampungan yang mempersonakan turut membuahkan rancangan bagi pihak kami untuk melakukan persembahan malam di teater luar,” ujar Puan Sri Tiara.
Ads
Dream Forest Langkawimendapat sokongan daripada pihak berkuasa negeri dan agensi kerajaan seperti Tourism Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan TERAJU (Unit Pemandu Agenda Bumiputera).
Keajaiban Dream Forest Langkawi melangkaui pengembaraan yang menakjubkan dan dibina khusus untuk meningkatkan industri pelancongan tempatan. Sesuai bagi semua peringkat umur, tarikan ini juga membantu meningkatkan ekonomi tempatan melalui pekerjaan, memperkayakan masyarakat tempatan melalui latihan dan pemindahan teknologi, serta mewujudkan peluang perniagaan.
Ads
Dream Forest Langkawi juga bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan pelancongan termasuk Tourism Malaysia, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan persatuan pelancongan seperti Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Persatuan Pelancongan Masuk Malaysia (MITA), syarikat penerbangan, ejen pelancongan (OTA) dan saluran pengedaran lain di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Dream Forest terletak di kaki Gunung Raya. Pada siang hari, pengunjung boleh bersiar sambil menikmati alam semulajadi dan bertemu haiwan unik seperti lemur terbang sunda, monyet daun kehitaman, kodok Sumatera serta beberapa spesis burung enggang yang menjadikan hutan Lubuk Semilang sebagai rumah mereka.
Gabungan memikat semangat kreatif, inovasi teknologi dan warisan semula jadi, Dream Forest adalah pengalaman pertama seumpamanya di Malaysia. Sediakan diri anda untuk perjalanan yang benar-benar ajaib.KAmi sudah merasai pengalaman tersebut, anda pula, bagaimana?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umum mengetahui kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada hari ini 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Perintah tersebut dilakukan selepas jumlah jangkitan di Malaysia terus meningkat dengan 117 kes baharu menjadikan jumlah positif Covid-19 mencecah 790 sehingga pukul 12 tengah hari tadi.
Merujuk kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia, daripada jumlah kes tersebut 60 dilaporkan telah sembuh. Dengan dua kematian dicatatkan semalam menjadikan kadar kematian di negara ini ialah sebanyak 0.3 peratus. Pada hari ini juga jumlah kematian di seluruh dunia ialah sebanyak 7,904 kes dengan Itali mencatatkan kadar kematian 7.94 peratus.
Kes kematian akibat wabak Covid-19 di Sepanyol dan Amerika Syarikat pula dilaporkan naik mendadak. Sepanyol mencatatkan 491 kematian berbanding 288 kes pada sebelumnya. Manakala Amerika Syarikat pula sebanyak 108 kematian berbanding 62 kes sebelum itu. Ini menjadikan jumlah kes jangkitan di seluruh dunia mencecah 197,575 kes.
Sehubungan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menggesa rakyat agar tidak mengambil sikap mudah dan sambil lewa terhadap Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan terhadap rakyat Malaysia.
Pada hari ini juga KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Seri Paduka Baginda Tuanku Berdua diberi sembah taklimat berkenaan operasi pemantauan, pengumpulan dan perkongsian maklumat berkenaan wabak COVID-19.
Turut hadir ialah Menteri Kesihatan Dato’ Seri Dr. Adham Baba, Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
Foto: Instagram Istana Negara
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Revalina S. Temat mula mencipta nama dalam industri seni negara apabila lakonannya dalam sinetron popular Indonesia, Bawang Merah Bawang Putih meraih sambutan luar biasa. Bukan hanya tertarik dengan jalan cerita drama berkenaan bahkan wajah cantik penuh kelembutan yang dimiliki aktres ini menyumbang kepada popularitinya.
Meniti usia 40 tahun, Revalina atau nama penuhnya Revalina Sayuthi Temat merupakan seorang isteri dan ibu dua cahaya mata lelaki.
Masih aktif membintangi dunia lakonan dan seni di Indonesia, dia juga memanfaatkan masa terluang dengan menceburi bidang perniagaan.
Difahamkan Revalina menguruskan syarikat S Temat Management dan pemilik label pakaian Tifle’s by Revalina S Temat.
Dalam kesibukan mengurus keluarga dan karier, hujung Ogos lalu personaliti ini diuji apabila ibu tersayang iaitu Rachmaniar Temat yang berusia 67 tahun menghidap Alzheimer.
Khabar itu didedahkan salah seorang adik-beradik Revalina, Feby Temat di media sosial.
Ujarnya, “Since 1984, mama keep me and my siblings safe. Mama tidak pernah menakutkan next episode kehidupan akan seperti apa. Padahal mama just ordinary housewife.
Kalau aku suka overthinking, mama cuma bilang. Pasti boleh nak, ‘Mama saja boleh, kamu juga pasti boleh. Kamu sama ya seperti mama anaknya banyak 4 juga.”
Sambil memuat naik foto-foto lama di samping ibu tersayang, Feby menambah, “Our strength as siblings is bigger than our mom Alzheimer. InsyaAllah, we’ll give mama the love and care she deserves.
Gantian ya mama sekarang usia 67 tahun kita yang will try to keep you safe and happy. Bersama-sama Rangga Temat, Revalina Temat dan Regina Temat.”
Revalina mendirikan rumah tangga dengan Rendy Aditwa Gunawan pada 15 Mac 2015 dan tampil lebih sopan serta berhijab selepas pulang mengerjakan umrah pada tahun 2017.
Dengan gaya muslimah yang elegan, ibu kepada Rihga Sadiwasakti Rabbani ini juga tetap kelihatan cantik meskipun hanya bergaya sederhana. Revalina melahirkan anak keduanya, Rajendra Satya Razzani secara pembedahan pada Januari 2019.
Biarpun sudah beranak dua tapi jelitawan ini bijak menjaga penampilan diri. Revalina pernah membintangi beberapa drama popular Indonesia antaranya Assalamualaikum Beijing, Perempuan Berkalung Sorban dan Hijrah Cinta.
Semoga Revalina Temat dapat mengharungi ujian hidup dengan kuat dan tabah di samping keluarga tersayang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Peminat makanan Thai yang gemar mengunjungi restoran Boat Noodle pasti takkan lupa minuman signatures di sini iaitu Chill Chill. Bayangkan kombinasi rasa manis dan sejuk disedut dalam cuaca panas menyengat hingga melonjak adrenalin serta menghilangkan haus di tekak.
Demi menyampaikan rasa kasih terhadap semua wanita, Chill Chill telah berkolaborasi dengan Breast Cancer Welfare Association (BCWA) untuk memberi kesedaran kepada semua wanita tentang kepentingan penjagaan payudara dan melawan kanser payudara.
Dalam rangka promosi ini, banyak kesedaran tentang kesihatan payudara diadakan seperti memberi penerangan berkenaan pentingnya melakukan pemeriksaan sendiri payudara dan langkah-langkah pencegahan awal kanser payudara.
Sebuah klinik bergerak berwarna Pink yang berlokasi di Sunway Pyramid dan Nu Sentral akan beroperasi demi menyampaikan hasrat murni ini. Unit Reaching Nationwide with Information (Murni) daripada BCWA akan melakukan pemeriksaan klinikal payudara. Klinik bergerak ini bakal beroperasi pada 8hb Oktober 2017 di Sunway Pyramid dan 22hb Oktober 2017 di Nu Sentral bermula jam 11 pagi hingga 11 malam.
Bagi menyempurnakan lagi sokongan, sepanjang bulan Oktober ini, setiap RM1 daripada jualan minuman Nom Yen atau lebih dikenali sebagai Sirap Bandung akan didermakan kepada BCWA. Mainkan peranan anda untuk menjayakan kempen ini dengan membeli Nom Yen di semua outlet Chill Chill.
Bagi meraih wang kutipan hingga RM10,000, Chill Chill mengambil inisiatif untuk menyumbang RM0.50 kepada BCWA bagi setiap hashtag #pinktobermy di media sosial.
Menurut Pengasas Utara 5 F&B Sdn. Bhd, “Usaha yang telah dirancang ini sebagai memenuhi tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Kanser payudara boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia.
Ini hanya peranan kecil kami dalam menentang kanser payudara yang menjadi pembunuh utama wanita ini. Semoga usaha sama dengan BCWA dapat memberi sinar harapan kepada setiap wanita di luar sana,” terangnya. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saban hari nama Engku Aleesya makin menjadi bualan. Bukan kerana statusnya sebagai anak kepada selebriti terkenal, Erra Fazira tetapi keupayaan gadis bijak yang juga puteri kesayangan Engku Emran ini dalam bidang akademik dan sahsiah diri.