Cantik ratu hati Ummi Nazeera yang juga usahawan berjaya, Dato’ Sri Maziah Musa. 19 Julai lalu merupakan ulang tahun kelahiran Dato’ Sri Maziah. Meniti usia 60 tahun, penampilan wanita kental yang juga ibu aktres berbakat besar iaitu Ummi Nazeera ini cukup mempersona.
Tak dinafikan setiap kali kelibatnya hadir ke majlis rasmi mahupun menemani anakanda tersayang, figura ini pasti meraih tumpuan khalayak.
Apatah lagi dengan raut wajah awet mudanya dan cita rasa fesyen yang sentiasa up-to-date membuatkan Dato’ Sri Maziah kelihatan muda daripada usia.
Ummi Nazeera menerusi media sosial ketika meraikan hari lahir ibu tersayang di media sosial berkongsi momen istimewa tersebut.
Dalam foto yang dikongsikan kelihatan Dato’ Sri Maziah Musa anggun berkebaya peplum hijau dan berselendang putih. Selain Ummi, abangnya iaitu Nazreem turut meraikan hari lahir ibu mereka.
Ucap isteri Dr Izzar itu, “Jadilah seperti ikan di lautan, walau tinggal di laut yang masin namun isinya tetap tak masin.
Ads
My mama keeps saying this to me since I was young. Happy birthday my queen Maziah Musa.”
Sebelum ini, Ummi mendedahkan rasa syukur atas pengorbanan ibu tersayang yang membesarkan mereka dua beradik sebagai ibu tunggal. Sepanjang membesarkan anak-anak, tidak pernah langsung ibunya mengeluh dan penat menjaga mereka.
Sementara itu, Dato’ Sri Maziah turut menzahirkan rasa syukur menyambut ulang tahun kelahiran baru-baru ini.
Ads
“19 July. Alhamdulillah syukur di atas segala nikmatMu Ya Rabb.”
Memiliki raut wajah lembut, Dato’ Sri Maziah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pointray (M) Sdn Bhd.
Sebelum ini, anak perempuannya yang juga aktres popular drama Risik Pada Hati mendedahkan ibunya mempunyai perniagaan dalam bidang perkilangan, perabot dan fabrik.
Menjengah Instagram milik Dato’ Sri Maziah, kredibilitinya sebagai ahli perniagaan mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak.
Ads
Antaranya merangkul Woman Entrepreneur Excellence, Top 10 Most Enterprising Company dari SME & Entrepreneurship Business Award 2017.
Dato’ Sri Maziah turut pernah menerima Anugerah Usahawan Wanita Kebangsaan 2014 dan Usahawan Cemerlang Negeri Terengganu 2016.
23 Julai lalu, Ummi Nazeera turut meraikan ulang tahun perkahwinan ketujuh dia dan suami tercinta, Dr Izzar Anwari Abdul Khani. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kuasa magis bedak asas dalam teknik solekan memainkan peranan yang sangat penting sehingga mendapat jolokan kunci kepada solekan sempurna. Tetapi, sehingga kini masih ramai wanita yang keliru dan tidak tahu memilih bedak asas dengan tepat.
Bedak asas tidak seperti pengalit mata, jika tersalah langkah boleh diperbetulkan. Bila tersalah aplikasi bedak asas tidak ada cara untuk menyembunyikannya. Jadi tidak mustahil ramai wanita memilih menggunakan krim BB sebagai jalan keluar.
Sebelum piluh bedak cara tengok dulu warna kulit kita. Kalau kulit FAIR bermakna ke arah kulit yang sangat putih seperti porselin. LIGHT pula apabila kulit wajah berbeza sikit jer dengan kulit fair. Manakala MEDIUM pula tidak cerah dan tidak pula gelap. Sedangkan DEEP TONE pula termasuk dalam kategori kulit sawo matang dan seterusnya.
Kita selalu baca pilih bedak asas atau foundation ikut undertone warm atau cool. Macam mana nak tahu kita jenis warm atau cool tu? Caranya adalah dengan memperhatikan warna nadi di pergelangan tangan.
Jika warna nadi berwarna biru atau keunguan, anda tergolong dalam kategori undertone yang COOL. Jika warna nadi berwarna kehijauan, Anda memiliki undertone yang WARM. Jika kurang yakin apakah warna nadi Anda, bermakna anda mempunyai undertone yang netral.
Ramai wanita yang tidak menggunakan berus ketika menyapu bedak asas di wajah. Tetapi, kebanyakan jurusolek menggunakan berus untuk menyapu bedak asas agar solekan sempurna dan rapi. Berus pula bukan boleh menggunakan sebarang berus malah perlu menggunakan berus yang direka khusus untuk menyapu bedak asas.
Teknik yang betul menyapu bedak asas menggunakan berus adalah dengan gerakan membulat. Teknik ini bukan sahaja menjimatkan penggunaan bedak asas malah menjadikan sapuan menyeluruh. Jangan lupa bersihkan wajah dengan sempurna daripada sebarang solekan sebelum tidur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dah lama tak dengar cerita tentang kakak kepada usahawan dan pengacara terkenal, Neelofa ini terutama di media sosial.
Noor Nabila Mohd Noor atau dikenali sebagai Nabila merupakan Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd.
Kredit Foto: IInstagram Noor Nabila.
Seperti yang kita tahu, adik beradik perempuan Nabila semuanya mewarisi kecantikan ibu mereka.
Kelebihan buat mereka kerana dilahirkan dalam keluarga berketurunan Pakistan-Arab.
Maka tak lengkap perbualan kami kalau penulis tidak kongsikan tentang rahsia atau petua sihat cantik Nabila buat pembaca.
Kredit Foto: IInstagram Noor Nabila.
Ini yang diamalkan Nabila termasuklah petua yang diamalkan Mama kesayangannya, Datin Noor Kartini atau Datin Tini.
Berusia 50an, Datin Tini yang merupakan ibu 9 anak masih nampak awet muda sampai sekarang. Patutlah anak-anak perempuannya cantik manis semuanya!
Kredit Foto: IInstagram Noor Nabila.
“Salah satu petua yang selalu diamalkan oleh Mama ialah suka makan madu. Kalau rutin kecantikan pula, Mama paling pantang kalau kami tak cuci muka bersih-bersih.
“Bagi Mama kulit kena jaga betul-betul terutamanya muka. Bersih luar dan dalam. Itulah antara petua yang dikongsi oleh Mama dengan kami adik beradik.”
Kredit Foto: IInstagram Noor Nabila.
Untuk info, Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada tahun 2017 namun bercerai pada Julai 2020.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.
Kredit Foto: IInstagram Noor Nabila.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hujung-hujung minggu ni apa kata sesekali anda cuba buat sendiri resepi minuman sihat ni. Bukan saja mudah didapati, murah dan selamat ia juga bagus untuk kesihatan luaran dan dalaman. Serai tu sendiri kita dah tahu memang banyak kebaikannya untuk kesihatan.
Sesekali jadikanlah teh serai sebagai rutin minuman kesihatan anda setiap hari. Sebelum tu, jom semak apa kebaikan teh serai yang membantu:
MENGURANGKAN GEJALA HAID
Setiap kali haid pasti akan mengalami sindrom seperti senggugut dan kembung perut. Amalkan minum teh serai setiap hari bagi menenangkan perut dan bertindak sebagai antiradang.
MENJAGA SISTEM PENCERNAAN
Kajian oleh National Institutes of Health membuktikan serai efektif sebagai ubat semula jadi untuk mengatasi sakit perut dan masalah pencernaan.
RAWAT JANGKITAN MULUT & GIGI
Serai bersifat antimikroba. Serai mampu melawan bakteria Streptococcus mutans salah satu penyebab utama gigi rosak. Dengan kandungan antimikroba di dalamnya teh serai membantu mengatasi jangkitan mulut dan gigi berlubang.
MELAWAN RADIKEL BEBAS
Berdasarkan informasi diterbitkan oleh Journal of Adriculture and Food Chemistry, serai mengandungi antioksidan yang mampu melawan radikel bebas dalam badan. Radikel bebas salah satu punca penyakit seperti kanser.
RESEPI TEH SERAI
Amalkan sekali sehari sahaja.
Bahan-bahan:
2 batang serai
1 batang kulit kayu manis
Madu
Air panas
1 uncang teh100 ml perahan jus lemon/limau purut
Cara Membuat:
Potong akar serai dan buang semua daun/kulit di bahagian luarnya. Ketuk serai lalu masukkan ke dalam cawan bersama kulit kayu manis. Tuang air panas diikuti uncang teh. Keluarkan uncang apabila air berubah warna. Tambahkan madu dan perahan lemon, kacau rata. Minum ketika panas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan semangat Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid dalam menimba ilmu. Mana tidaknya, pada usia 60an dia nekad menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah atau PhD.