Beruntung Ummi Nazeera dikurniakan keluarga mentua yang baik dan memahami kerjaya seninya sebagai pelakon. Berkat restu daripada suami dan keluarga, sudah tentu Ummi memberikan yang terbaik dalam karier lakonan sebagai menghargai sokongan insan-insan tersayang.

IKLAN

Mengenali perwatakan Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, ibu kepada dua cahaya mata berusia 33 tahun ini seorang wanita berdisiplin dan sangat komited dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

Sepanjang bergelar anak seni, jarang dengar cerita kurang manis mengenai Ummi Nazeera kerana kebanyakan masanya dimanfaatkan bersama keluarga tersayang.

Jaga Batas Bila Berlakon, Ummi Nazeera Syukur Ibu Mentua Baik & Faham Kerjaya!
Kredit Instagram @umminazeera

Hampir enam tahun melayari alam perkahwinan bersama suami, Dr Izzar Anwari, aktres ini mengakui sebagai public figure dia perlu menjaga nama baik keluarga.

Ditanya hubungannya dengan ibu mentua, bintang Bisik Pada Langit ini bersyukur kerana keluarga mentua menerima diri dia seadanya.

“Hubungan dengan ibu mertua, baik semuanya. Tak ada masalah. Mak mertua pun sangat understanding dengan kerja saya dan percayakan kerja saya.

So far tak adalah dia tegur apa-apa sebab masa saya kahwin dengan suami pun memang saya dah letak limit saya. Suami pun mengahwini saya dengan siapa saya seadanya,” ujarnya sambil tersenyum.

Jaga Batas Bila Berlakon, Ummi Nazeera Syukur Ibu Mentua Baik & Faham Kerjaya!
Kredit Instagram @umminazeera
Jaga Batas Bila Berlakon, Ummi Nazeera Syukur Ibu Mentua Baik & Faham Kerjaya!
Kredit Instagram @umminazeera
Jaga Batas Bila Berlakon, Ummi Nazeera Syukur Ibu Mentua Baik & Faham Kerjaya!
Kredit Instagram @umminazeera
Jaga Batas Bila Berlakon, Ummi Nazeera Syukur Ibu Mentua Baik & Faham Kerjaya!
Kredit Instagram @umminazeera

Ummi mendirikan rumah tangga dengan Dr Izzar Anwari pada 23 Julai 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Ayra Aneesah berusia empat tahun dan Aysha Arsylia yang bakal berusia dua tahun.

Mengulas pelantikannya sebagai duta bagi beberapa jenama popular, Ummi berkata dia sangat menghargai usaha pengasas produk tempatan membawa perniagaan mereka ke pentas dunia. Sekaligus tumpang bangga dengan kejayaan mereka.

IKLAN

“Sekarang ni Ummi tengah kolaborasi dengan TudungRuffle dan satu lagi tudung sarung by Chefiza. Setakat ini, Ummi banyak belajar daripada mereka terutama sekali sebab mereka usahawan SME produk tempatan.

Saya bangga jadi part of TudungRuffle dan by Chefiza sebab sampai ke tahap sekarang dan jadikan saya duta mereka.

Jaga Batas Bila Berlakon, Ummi Nazeera Syukur Ibu Mentua Baik & Faham Kerjaya!
Kredit Instagram @umminazeera
Jaga Batas Bila Berlakon, Ummi Nazeera Syukur Ibu Mentua Baik & Faham Kerjaya!
Kredit Instagram @umminazeera

Sebagai duta kena pastikan bawa jenama mereka dengan baik dan bawa diri serta jangan buat benda-benda yang boleh merosakkan nama brand tersebut.

IKLAN

Saya memang utamakan jenama tempatan, bukan sebab duit, kita juga nak tolong ‘push’ jenama tempatan ke peringkat lebih tinggi.

Saya sangat bangga dengan brand tempatan sebab itu kalau ada KL Fashion Week, saya akan pastikan pergi yang mana boleh pergi dan support local brand.

Lagipun nak bagi example yang baik kepada golongan muda, iyalah saya pun bukan muda lagi dah 33 tahun. Dalam masa sama tak memburukkan nama saya sebagai selebriti.”

Baca https://www.nona.my/anak-ini-selalu-buat-kita-ketawa-senyum-ummi-nazeera-utamakan-keluarga-enggan-anak-terabai/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI