Sememangnya sebuah perkahwinan bukan sahaja melibatkan hubungan suami dan isteri semata-mata. Malah wajib menggabungkan kedua-dua buah keluarga agar rumahtangga kekal harmoni. Jutawan kosmetik, Datin Seri (DS) Nur Shahida Mohd Rashid ini merupakan salah satu contoh menantu pilihan atau menantu kesayangan.

IKLAN
Imbau Momen ‘Terbang’ 13 Jam Bersama Bapa Mentua, DS Shahida Miliki Ciri Menantu Terbaik
Foto: Instagram @shahidadherbs
Imbau Momen ‘Terbang’ 13 Jam Bersama Bapa Mentua, DS Shahida Miliki Ciri Menantu Terbaik
Foto: Instagram @shahidadherbs

Sebelum ini DS Shahida pernah berkongsi bahawa perkahwinannya bersama Dato’ Seri Aliff Syukri adalah pilihan keluarga. Pasangan suami-isteri ini berjaya membuktikan bahawa perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga tidak salah malah dengan restu ibu bapa akan menjadi lebih bahagia.

Imbau Momen ‘Terbang’ 13 Jam Bersama Bapa Mentua, DS Shahida Miliki Ciri Menantu Terbaik
Foto: Instagram @shahidadherbs
Imbau Momen ‘Terbang’ 13 Jam Bersama Bapa Mentua, DS Shahida Miliki Ciri Menantu Terbaik
Foto: Instagram @shahidadherbs

Baru-baru ini DS Shahida berkongsi pengalaman terbang buat pertama kalinya dengan arwah bapa mentuanya di laman media sosialnya, “Foto ini merupakan kenangan bersama ayah mertua saya.

Imbau Momen ‘Terbang’ 13 Jam Bersama Bapa Mentua, DS Shahida Miliki Ciri Menantu Terbaik
Foto: Instagram @shahidadherbs
Imbau Momen ‘Terbang’ 13 Jam Bersama Bapa Mentua, DS Shahida Miliki Ciri Menantu Terbaik
Foto: Instagram @shahidadherbs

Masa ini first time kita orang travel jauh-jauh2. Pergi London, Paris dan Venice, teruja sangat tau. Masa kami pergi ni MH17 baru je terhempas. Masa tu memang takut sangat sebab tak pernah naik flight lama-lama. 13 jam naik flight tak senang duduk saya.

Imbau Momen ‘Terbang’ 13 Jam Bersama Bapa Mentua, DS Shahida Miliki Ciri Menantu Terbaik
Foto: Instagram @shahidadherbs
Imbau Momen ‘Terbang’ 13 Jam Bersama Bapa Mentua, DS Shahida Miliki Ciri Menantu Terbaik
Foto: Instagram @shahidadherbs

Alhamdulillah kami selamat pergi dan balik. Kenangan kami satu keluarga, anak-anak pun kecil lagi. Sebenarnya bila ada masa kita kena hargai orang yang kita sayang. Ini kerana bila mereka dah tak ada, ada hanya kenangan yang boleh kita kenang. Momen itu takkan berulang lagi, hanya sekali seumur hidup,” coret DS Shahida.

IKLAN
Imbau Momen ‘Terbang’ 13 Jam Bersama Bapa Mentua, DS Shahida Miliki Ciri Menantu Terbaik
Foto: Instagram @shahidadherbs

DS Shahida juga telah mengangkat ibu mentuanya sebagai idola dalam perniagaan, “Ibu mertua merupakan idola dalam perniagaan. Teringat saya masa mula-mula bekerja dengan Sendayu Tinggi.

Imbau Momen ‘Terbang’ 13 Jam Bersama Bapa Mentua, DS Shahida Miliki Ciri Menantu Terbaik
Foto: Instagram @shahidadherbs

Dulu saya memang jarang jumpa beliau. Suatu hari tu, masa saya bekerja di bahagian khidmat pelanggan, Bonda Rozita buat panggilan telefon dan menyamar sebagai pengguna. Kebetulan masa tu saya yang angkat telefon.

IKLAN
Imbau Momen ‘Terbang’ 13 Jam Bersama Bapa Mentua, DS Shahida Miliki Ciri Menantu Terbaik
Foto: Instagram @shahidadherbs

Banyak yang ditanya tentang produk yang terdapat dalam syarikat dan kebetulan saya tengah pegang katalog. Bolehlah saya jawab setiap pertanyaan beliau dengan yakin. Selepas tu barulah beliau perkenalkan dirinya sebagai Puan Rozita.

Imbau Momen ‘Terbang’ 13 Jam Bersama Bapa Mentua, DS Shahida Miliki Ciri Menantu Terbaik
Foto: Instagram @shahidadherbs

Bayangkan ketika perniagaan tengah berkembang pesat, beliau masih turun padang ambil tahu tentang operasi syarikatnya. Saya nampak dengan usia beliau, kalau tak silap saya 55 tahun masa tu, dia tak berhenti-henti buat kerja. Kadang-kadang saya rasa, saya pun tak sekuat dia,” cerita DS Shahida.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI