
Berlian Hearts On Fire merupakan berlian yang memiliki potongan paling sempurna di dunia. Penulis yang menerima jemputan menyertai bengkel berlian ini yang dianjurkan oleh Habib telah diberikan tunjuk ajar dalam mengenal lebih dekat dengan berlian ini. Sejak dari tahun 2000 Habib telah menjalankan perkongsian ekslusif dengan jenama berlian terkenal ini dan ia hanya dipasarkan secara eksklusif di Malaysia menerusi Habib.
Dalam bengkel yang anjurkan, perkongsian mengenai gaya pemakaian berlian masa kini adalah berteraskan bagaimana untuk menggayakan berlian dengan teknik ‘layering’ yang mana rekaan seperti rantai atau gelang boleh dipakai secara berlapis-lapis bagi memberikan satu statement fesyen yang sempurna.
Sebagai contoh, pemakaian dua atau tiga rantai dalam masa yang sama sudah kelihatan cukup untuk membentuk gaya yang baik, namun tiada salahnya jika anda mahu menggayakan lima atau enam rantai sekaligus. Bila sudah menggayakan rantai sebanyak ini, stail pakaian anda boleh dilaraskan kepada tema rock chic dengan mengenakan jeans bersama kemeja dan jaket.

Menarik juga tentang rekaan koleksi berlian Hearts On Fire ini, ada sesetengah rekaan boleh diubah suai mengikut kesesuaian. Misalnya seperti kerongsang ini yang boleh diceraikan menjadi loket yang lebih kecil.
3 Jenis BEG TANGAN Ni Confirm Buat Tetamu Terpukau Bila Hadiri Majlis Kahwin!

Wanita dan beg tangan memang tak dapat dipisahkan. Ke mana saja pergi, item inilah yang menjadi peneman setia sepanjang masa. Sekalipun ada koleksi beg yang menjadi kegemaran.. tetapi sebagai wanita masa kini yang mementingkan penampilan, anda disaran agar tidak memakai beg tangan yang sama setiap hari.
Di samping menjaga kualiti beg tangan daripada cepat lusuh dan rosak, penggayaan beg yang berbeza setiap minggu misalnya pasti menimbulkan mood dan aura luar biasa kepada si pemakai. Terutamanya apabila menghadiri majlis keraian seperti resepsi perkahwinan. Imej kena jaga wahai wanita!
Salah satu perkara yang perlu diambil kira jika mahu kelihatan cantik from head to toe ketika menghadiri majlis perkahwinan adalah pemilihan beg tangan yang sesuai. Ini triknya!
- Crossbody
Crossbody atau lebih dikenali beg silang mempunyai tali beg lebih panjang dan dipakai sama ada secara bersilang mahupun diletak di sisi bahu. Meskipun kebiasaannya bersaiz kecil tapi ia juga hadir dalam saiz besar. Antara sebab kenapa crossbody menjadi pilihan ketika menghadiri majlis kahwin adalah kerana ia senang dibawa dan tangan anda bebas daripada perlu memegang tali beg tangan.
- Clutch
Clutch merupakan salah satu pilihan beg tangan kegemaran ramai wanita tatkala pergi ke jemputan kahwin. Selain saiznya yang kecil dan tidak perlu membawa banyak barang, clutch juga dilihat sangat padan digayakan bersama persalinan tradisi yang anggun dan glamor.
- Tote bag
Lazimnya beg tangan jenis tote ini hadir dalam bentuk segi empat dan lebar. Beg tote diperbuat daripada bermacam-macam material. Ada yang diperbuat daripada fabrik, kulit, kanvas dan juga nylon.
Berminat untuk memiliki salah satu atau ketiga-tiga jenis beg tangan versatil tersebut, bolehlah beli di LovebiteMY. Kini ada promo sempena Hari Wanita. Jangan lupa gunakan kod promo 38WOMENDAY hanya sehingga 8 Mac 2019. Klik sini untuk lihat:
Pemilihan Pakaian Penting Sebagai Cermin Keperibadian. Gaya Bersahaja PM Jadi Perhatian








Suka Shopping Kasut? NONA Senaraikan Tip Pilih Kasut Yang Wajib Anda Ketahui!

Mengikut laporan dikeluarkan jenama kasut terkenal dari Hong Kong, antara 75 hingga 80 peratus dewasa mengalami masalah berkaitan kaki. Tetapi kebanyakan mereka tidak mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar untuk mengatasinya.
Laporan sama menyebut, kasut dipakai seseorang mempunyai kesan cukup besar kerana ia berfungsi menampung lutut di sepanjang pergerakan seseorang. Oleh itu sedikit kesan buruk ke atas kaki boleh memberi kesan besar kepada lutut. Ia mengakibatkan bahagian sendi itu berasa sakit dan tidak selesa.
Dari gaya stilleto yang seksi kepada pilihan but yang ranggi, bentuk dan juga stail sepatu saling berkait untuk melengkapkan gaya keseluruhan anda.
Ini adalah antara 10 rekaan sepatu yang popular untuk anda ambil tahu.
POINTY-TOES
Sepatu ini hadir dengan rekaan muncung hadapan yang tajam sama ada dalam bentuk sepatu tumit tinggi atau sepatu leper.
PUMPS
Jenis sepatu ini pula antara sepatu yang selalu dibeli wanita. Ia menutup keseluruhan jari kaki dan hadir dengan tumit yang runcing tetapi tidak tajam.
SLINGBACKS
Ia merupakan rekaan sepatu bertali belakang yang menjadikan pemakaian lebih selesa tidak kira bertumit tinggi atau rendah.
LOAFERS
Rekaan sepatu ini diinspirasikan dari rekaan sepatu lelaki. Ia merupakan sepatu yang menutup keseluruhan kaki dan hadir dengan rekaan lidah tinggi pada permukaan kasut.
WEDGES
Sepatu kegemaran ramai wanita ini sentiasa menjadi pilihan kerana ia stabil dan selesa. Rekaannya hadir dengan tapak tiga segi penuh.
PLATFORMS
Sepatu tumit tinggi ini degelat platforms kerana memiliki tapak tebal tambahan pada bahagian hadapan bagi memberikan ketinggian kepada si pemakai.
D’ORSAYS
Ini adalah rekaan sepatu yang dipotong pada bahagia temi menjadikan anatominya terbahagi kepada bahagian hadapan yang menutup jari kaki dan bahagian belakang yang menutup tumit.
ESPADRILLES
Rekaan sepatu ini hadir dalam rekaan leper dan juga wedges serta tapaknya dihasilkan menggunakan tali jut.
PEEP-TOES
Rekaan sepatu ini mempunyai bukaan hadapan yang menampakkan jari kaki. Ia hadir dalam rekaan tumit tinggi dan juga leper. Kebiasaannya ia dipakai untuk memberikan keselesaan agar kaki tidak berpeluh.
ANKLE BOOTS
Ini antara rekaan sepatu but yang popular. Ia boleh dihasilkan bertumit tinggi dan juga renda. Sepatu ini menutup kaki sehingga ke paras atas buku lali.
Tip membeli kasut:
1. Elak membeli kasut pada waktu pagi.
2. Pastikan anda makan terlebih dahulu sebelum membeli.
3. Sebaik-baiknya membeli pada waktu petang kerana saiz kaki berada dalam keadaan yang sepatutnya (kembang) dengan baik.
4. Jika dibeli pada waktu pagi, kaki akan berasa sakit menjelang tengah hari hingga ke petang. Maka, bermulalah pembaziran yang mana kasut berkenaan tidak akan dipakai, tetapi disimpan semula di dalam kotak.
5. Seterusnya, pilih muncung kasut yang bersesuaian dengan bentuk kaki sama ada A, B atau C.