Tidak dinafikan ramai di kalangan pengusaha produk pelancongan menghadapi masalah tatkala pendemik Covid 19 melanda bukan sahaja di tanahair, malah seluruh dunia. Ramai di kalangan pengusaha hotel, homestay dan produk berkaitan pelancongan terpaksa menanggung kerugian apatah lagi apabila Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dilaksanakan bermula 18 Mac 2020 yang lalu.

Bagi pemilik Villa Tiga Datai Valley, Datai, Langkawi, Datin Aida Zulkarnain, setiap musibah yang berlaku tatkala seluruh dunia berhadapan dengan pendemik Covid19 mempunyai hikmah yang tersendiri.

Industri Pelancongan Terjejas Akibat Covid 19, Datin Aida Zulkarnain Yakin Ada Hikmah Di Sebaliknya!

“Pada minggu pertama dan seterusnya, Villa Tiga Datai Valley masih menerima tempahan dari pelancong luar yang ‘terperangkap’ di Pulau Langkawi semasa PKP dilaksanakan. Ia merangkumi pelancong-pelancong yang sudah pun berada di Langkawi sebelum PKP dilaksanakan. Memandangkan mereka tidak dapat pulang ke negara masing-masing, ada yang mencuba nasib untuk menginap di Villa Tiga Datai Valley. Namun begitu, pihak kami mematuhi arahan dari pihak berkuasa agar tidak menerima sebarang Check In dan kami terpaksa menolak tempahan demi memikirkan keselamatan semua pihak. Bagi saya, faktor keselamatan lebih penting berbanding wang ringgit,” ujar Datin Aida yang mengakui perniagaannya agak terjejas tetap sebagai majikan, sudah menjadi tanggungjawab untuk membayar gaji pekerja seperti yang telah ditetapkan.

Industri Pelancongan Terjejas Akibat Covid 19, Datin Aida Zulkarnain Yakin Ada Hikmah Di Sebaliknya!

“Walaupun perniagaan agak terjejas pada awalnya, namun kami tetap membayar gaji pekerja setiap bulan tanpa sebarang potongan dengan niat membantu keluarga pekerja.Alhamdulillah, hasil berkongsi rezeki bersama para pekerja, kini perniagaan semakin baik dan tempahan di Villa Tiga Datai Valley juga amat memberangsangkan,” ujar Datin Aida yang positif dan menganggap musibah serta ujian yang diturunkan untuk memberi peluang untuk dirinya menghabiskan banyak masa untuk bersama Yang Maha Pencipta dan keluarga tersayang.

Industri Pelancongan Terjejas Akibat Covid 19, Datin Aida Zulkarnain Yakin Ada Hikmah Di Sebaliknya!Tidak menganggap musim Covid 19 sebagai sesuatu yang negatif, Datin Aida menyemai sifat positif dan menganggap apa yang berlaku sebagai hikmah yang banyak memberi pengajaran buat dirinya,

“Saya lebih gemar melihatnya sebagai satu hikmah yang mengajar seseorang bahawa kehidupan ini tidaklama dan apa yang berlaku mempunyai pengajaran yang tersirat dan tersurat. Saya sendiri mengambil peluang ketika itu untuk khatam Al -Quran, mempelajari tajwid dan memulakan hobi baru. Ia merupakan peluang untuk saya memulakan aktiviti baharu bersama suami dan anak-anak. Kami banyak habiskan masa memasak bersama dan bercucuk tanam.Suami dan anak-anak agak cerewet soal makanan dan lebih selesa menikmati hidangan di rumah. Jadi, kami gunakan masa tersebut untuk berkebun terutamanya sayur-sayuran. Hasilnya boleh dinikmati sendiri. Terjamin dari segi kebersihan dan keselamatan apatah lagi apabila kita sendiri yang menanamnya,” ujar Datin Aida lagi.

Industri Pelancongan Terjejas Akibat Covid 19, Datin Aida Zulkarnain Yakin Ada Hikmah Di Sebaliknya!Bercerita mengenai kesibukan menguruskan Villa Tiga Datai Valley yang kini sudah memasuki tahun kedua, Datin Aida tidak pernah merungut walaupun terpaksa berasa di tiga tempat yang berbeza setiap minggu bagi memastikan kelancaran perniagaan yang diusahakan di samping tidak mengabaikan keluarga.

Industri Pelancongan Terjejas Akibat Covid 19, Datin Aida Zulkarnain Yakin Ada Hikmah Di Sebaliknya!

“Jika saya berada di Langkawi, saya dan suami akan sibuk menguruskan villa, memasak sarapan untuk tetamu villa, membantu pekerja membersihkan villa serta berkenalan dengan para tetamu yang menginap di villa. Jika saya berada di Ipoh pula, saya akan sibuk menguruskan persekolahan anak-anak dan menyediakan segala keperluan mereka. Saya juga memilih untuk belajar mengaji Al Quran di bawah bimbingan Ustaz melalui aplikasi zoom. Selain Langkawi dan Ipoh, Kuala Lumpur juga merupakan destinasi yang wajib bagi saya memandangkan ibubapa dan keluarga mentua menetap di ibukota. Jika pulang ke Kuala Lumpur, saya akan menyertai kelas latihan sukan lasak seperti Muay Thai dan pilates” ujar Datin Aida yang sememangnya tidak betah untuk duduk diam.

Industri Pelancongan Terjejas Akibat Covid 19, Datin Aida Zulkarnain Yakin Ada Hikmah Di Sebaliknya!Ketika ditanya mengenai bagaimana industri pelancongan mampu bangkit kembali dan kembali meriah seperti dahulu, wanita yang sememangnya positif ini mempunyai perspektif yang wajar dijadikan panduan.

“InsyaAllah rezeki tidak pernah salah alamat. Kini kida dapat melihat lebih ramai pelancong tempatan pergi bercuti ke destinasi pelancongan tempatan kerana masih belum boleh bercuti ke luar negara. Umpama ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik lagi negeri sendiri.”

Industri Pelancongan Terjejas Akibat Covid 19, Datin Aida Zulkarnain Yakin Ada Hikmah Di Sebaliknya!

Apatah lagi Malaysia telah membuktikan dapat mengawal penularan Covid19 dengan baik.Industri pelancongan kini sudah banyak berbeza dengan pengamalan social distancing dan sebagainya. Pada pandangan saya, private villa seperti Villa Tiga Datai Valley sentiasa menjadi pilihan kerana ia lebih private dan tidak ramai berkumpul. Kami juga sentiasa melakukan kerja-kerja pembersihan dan nyah kuman bagi memastikan setiap unit terpelihara dari sebarang kerosakan,” ujar Datin Aida seraya mengakhiri perbualan.

Foto: Credit @_azizulazman dan @villatigadataivalley
Solekan: @Za Zain

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI