Suka dengan cara Jennifer Aniston menghadapi pertanyaan para media apabila berbicara tentang umur. Meskipun menyedari usianya yang sudah mencecah separuh abad, selebriti kesayangan Hollywood ini tidak pernah menganggap ia satu masalah. Bahkan, dia bersikap realistik dan menyerlahkan kecantikan dengan cara tersendiri.
Saat kebanyakan bintang wanita Hollywood lain menjadikan pembedahan sebagai ‘teman setia’ apabila usia mencecah 50 tahun… Jennifer bagaimana pun lebih selesa dengan pendekatan cantik semula jadi. Sejujurnya, dengan bentuk fizikal dan rupa paras yang dimiliki bekas isteri Brad Pitt ini ramai yang tidak menyangka dia sudah berusia 50 tahun.
Bercakap kepada InStyle Magazine baru-baru ini, Jennifer yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-50 pada Februari lalu dengan tenang memberitahu, “Well, that number. Saya tak tahu hendak cakap apa sebab saya tak rasa apa-apa perubahan (meningkat usia). Semuanya baik. Saya rasa sangat hebat.”
Bercakap tentang penampilan dan kecantikan seseorang yang sudah berusia bukanlah satu perkara yang menyenangkan bagi Jennifer. Ujarnya lagi, “Agak pelik bila tiba-tiba ada yang menghantar pesanan kepada saya dengan kata-kata seperti ‘Anda kelihatan mengagumkan dengan usia sekarang’.”
Ads
Bekas pelakon drama bersiri popular ‘Friends’ ini mendedahkan biarpun dia bersikap terbuka dengan pertambahan usia saban tahun, namun kewujudan rambut putih atau uban ada kalanya membuatkan dia rasa kurang yakin. “Saya tak mampu berbohong. Saya memang tak suka rambut yang sudah beruban.”
Wajah Jennifer Aniston ketika mudaJennifer di samping selebriti JLo yang juga berusia 50 tahun
Iyalah, selama ini rambut kuning keemasan Jennifer berjaya menawan jutaan peminat di Hollywood dan serata dunia. Jadi bila warna rambut sudah berubah tentunya ia memberi kesan kepada jelitawan ini.
Ads
Bagaimana pun, Jennifer sangat bertuah kerana memiliki gen cantik semula jadi. Memetik kenyataannya kepada Yahoo! Beauty pada tahun 2014, “Ayah saya ialah 100% keturunan Greek. Walau sudah berusia 81 tahun tapi kedutan di wajahnya hampir tak kelihatan. Sama juga seperti mendiang nenek yang meninggal dunia pada umur 95 tahun.”
Ads
Pernah tersenarai di antara World’s Most Beautiful Woman dari People Magazine pada tahun 2016, Jennifer tanpa berselindung menjelaskan tiga tip awet muda yang diamalkan ialah minum banyak air kosong, mendapatkan tidur yang cukup dan pakai krim pelindung sinar UV matahari.
Berpegang kepada filsuf kecantikan tersendiri… Jennifer berkata, “Sayangi diri sendiri dan perlu ada rasa sayang dengan apa yang dianugerahkan kepada anda iaitu dengan cara menghargai dan menjaga kurniaan tersebut. Sebab ini sajalah tubuh yang diberi dan memastikan ia dalam keadaan baik dengan mengambil pemakanan sihat serta rehat mencukupi.”
Sumber: Evoke & Insider
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampaknya, beberapa selebriti tanahair kini sedang menghitung hari melahirkan zuriat masing-masing. Antara selebriti yang kini sedang menunggu saat kelahiran termasuklah Datin Elvina Mohamad.
Melihat perkongsian di laman Instagram miliknya, isteri kepada Datuk Haniff Borhan ini berkongsi beberapa foto “maternity shoot” dirinya dan suami tersayang. Elvina kini sedang sarat hamil anak kedua dan usia kandungannya kini mencecah usia 36 minggu.
Meskipun sedang sarat hamil, seri ibu hamil ini jelas terserlah melalui beberapa foto yang dikongsikan di laman Instagram miliknya. Rasa teruja untuk menatap wajah cahaya mata keduanya menjadi caption untuk hantaran berkenaan di mana Elvina melahirkan rasa tidak sabar menatap wajah anak keduanya itu.
Elvina, 28, mengumumkan berita gembira tersebut menerusi perkongsian dalam Instagram ketika bercuti di Tokyo Disneyland, Tokyo, Jepun bersama suami, Datuk Haniff Borhan dan anak lelaki mereka, Karl Mateen.
Terdahulu sekitar 2021, pelakon itu pernah meluahkan rasa bimbang untuk hamil pada waktu pandemik memandangkan virus Covid-19 ketika itu sangat meruncing sehingga melibatkan banyak kes kematian wanita mengandung.
Tahun lalu, Elvina reda apabila hasrat untuk menimang anak kedua tidak kesampaian selepas mengalami keguguran ketika kandungan memasuki usia tiga bulan.
Untuk rekod, Elvina mendirikan rumah tangga bersama Haniff pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Karl Mateen berusia empat tahun.
Semoga dipermudahkan proses kelahiran dan mendapat zuriat yang sihat dan sempurna!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Peranan pemerah pipi mungkin minor dalam solekan. Tetapi kalau salah pilih warna atau tempat disapu, muka boleh berubah wajah. Bayangkan kalau orang berkulit putih menggunakan pemerah pipi yang terlalu merah, nampak janggal bukan?
Pemerah pipi bukan boleh dipilih secara rawak dan tidak semua rona pemerah pipi sesuai dengan kulit wajah. Wanita perlu tahu fungsi pemerah pipi adalah untuk memberi ilusi pada pipi dan dalam masa yang sama membentuk kontur wajah.
Warna yang banyak diminati adalah pink dan peach. Memang kedua-dua rona ini akan membuat kulit kelihatan natural dan segar.
Bagi mengoles pemerah pipi, buat wanita bertulang pipi tinggi adalah tepat di atas tulang pipi. Manakala buat pemilik tulang pipi yang normal adalah di bawah tulang pipi. Hamizatul Maizan Mohamed
Make Up For Ever
Efek Shimmer Untuk Solekan Malam
Langkah 1: Sapu bedak tabur selepas selesai menyapu bedak asas pada wajah dan sapu pemerah pipi di atas tulang pipi.
Langkah 2: Bagi solekan siang hari, cukup hanya sapukan shimmer pada tulang pipi dan adun dengan pemerah pipi.
Langkah 3: Shimmer boleh juga diaplikasikan pada tengah hidung untuk ilusi hidung mancung.
Langkah 4: Sembur face mist agar solekan segar sepanjang hari
Pemerah Pipi Pilihan Nona
Les Merveilleuses Laduree Pressed Cheek Color
Tarte Amazonian Clay 12 Hour Blush
Cle de Peau Luminizing Face EnhancerZoeva Opulence Brush Palette
Elizabeth Arden Cheek TintLancome Macaron Blush & Blender
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
MasyaAllah, cantiknya dua anak gadis Fiza Halim! Walau masih remaja tapi sudah terserlah kejelitaan mereka. Seperti ibunya, mereka juga mempunyai aura tersendiri yang mampu membuatkan orang ramai terpikat dan toleh dua kali. Beruntung anak gadis ini kerana mewarisi kecantikan ibu tersayang yang pernah menganggotai kumpulan penyanyi wanita terkenal era 90an, Elite.
Fiza Halim atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim yang pergi bercuti bersama keluarganya ke Adelaide, Australia baru-baru ini sempat berkongsi momen percutian di Instagram miliknya. Sebagai seorang public figure, pastinya perkongsian Fiza mencuri perhatian peminat dan warganet. Rata-rata mereka yang melihat perkembangan terbaru Fiza memuji penampilan selebriti berkenaan dan antara yang paling mencuri tumpuan adalah kelibat dua anak gadisnya yang kian meningkat dewasa.
Feera Aryana Ahmed Farriq kini meniti usia 11 tahun sementara adiknya, Feeya Adyrra Ahmed Farriq berusia 9 tahun. Percutian Fiza dan dua anak gadis ini turut ditemani Baby Aleena berusia setahun lebih dan suami tercinta, Aizat al-Jefri Abdul Kudus. Mengintai wajah terbaru Feera dan Feeya, masing-masing memiliki tarikan tersendiri. Feera misalnya dikurniakan kulit putih kemerahan manakala Feeya pula mempunyai rupa paras manis menawan.
Tidak hanya berwajah comel dan mewarisi kecantikan Fiza, kedua-dua beradik ini juga merupakan anak yang bijak. Menerusi perkongsian Fiza di laman Instagramnya tahun lalu, dia pernah berkongsi kejayaan mereka berdua yang gemar mendalami ilmu Al-Quran. Walaupun usia masih muda tapi mereka tekun mengejar saham akhirat. Mana-mana ibu pun mesti tersentuh bila dapat anak seperti Ferra dan Feeya, bukan?
“Syukur alhamdulillah. Dari kecil sampai sekarang dua beradik ni tak henti-henti dan tak jemu mengaji Al-Quran. Masih ingat lagi saya masa mula-mula hantar, kena tunggu. ‘Mommy jangan balik tau’… ‘okay mommy tunggu’. Begitulah silih berganti Kak Yuli dan Kak Yati hantar dan tunggu sampai sekarang.
Nah, sekarang hasilnya. Kedua-dua anak dara saya ni dah pun hafal Surah Yasin dan hampir 80 peratus surah yang lain. Dalam usia 9 dan 10 tahun, diaorang dah pun baca Al-Quran berkat usaha mereka sendiri. Terima kasih Ya Allah. Kau hadiahkan aku harta dan anak-anak yang solehah.”
Ferra dan Feeya merupakan anak gadis Fiza hasil perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin. Kini, Fiza ialah isteri kepada juruterbang iaitu Aizat Al-Jefri Abdul Kudus.
Sumber: Instagram Fiza Halim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah transformasi luar biasa Aysha Alam daripada hampir 200kg kepada ikon wanita moden yang berjaya mengubah hidup dan kerjayanya. Inspirasi untuk semua wanita.