
Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Pemilihan warna yang sesuai di dalam pemakaian seharian mampu mengubah mood dan juga personaliti. Penulis pasti anda semua ada warna kegemaran masing-masing kan? Nah, ini warna tahunan untuk 2018, ULTRA VIOLET atau dari pandangan mata kasar, ungu lembut. Menurut Leatrice Eiseman yang merupakan pengarah eksekutif Institut Warna Pantone kepada New York Times, “Kami mahu memilih sesuatu warna yang membawa harapan dan juga membawa mesej yang membina. Selain itu warna ini juga melambangkan simbol kepada trend dan suasana budaya.”
Jom kita lihat mood board trend fesyen musim bunga/panas 2018 yang menggarap warna ini dengan baik di dalam rekaan mereka.
Kalau tadi kita lihat dari segi trend fesyen, jom kita intai mainan warna ini menerusi penerapan kepada seni hiasan dalam pula.
Menurut Leatrice lagi, “Tiada unsur-unsur politik menjadi inspirasi kepada pemilihan warna ini sebagai warna tahunan. Ia lebih menjurus kepada cita-cita dan juga pemikiran yang bergerak jauh ke hadapan.”
Bijak Memilih Gaun Yang Tepat Untuk Ke Majlis, Jangan Salah Dalam Bergaya

Melangkah ke majlis glamor, menggusarkan banyak wanita. Apa yang boleh dipakai dan apa yang harus dihindari. Jangan pernah menilai sesatu yang dipakai orang lain akan tampak cantik di badan anda. Sebaliknya ambil langkah proaktif dengan mengenali diri dan personaliti warna sesuai buat diri anda.
Dalam memilih gaun labuh sempurna buat diri anda, banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan dari segi rekaan dan juga siluet. Kita lihat bagaimana untuk memilih gaun labuh berdasarkan warna dan corak.
1.Pastikan anda tahu warna apa yang sesuai untuk tona rambut dan juga kulit anda. Untuk mengetahui warna apa yang sesuai, cara paling sesuai adalah dengan mencuba setiap warna yang selama ini anda fikir tidak sesuai dengan anda. Ambil gambar dan bandingkannya, ini lebih sesuai berbanding dengan hanya melihat di cermin.
2.Rona hitam klasik tidak akan pernah membuat anda kecewa. Ini adalah salah satu rona wajib ada di dalam gerobok anda. Namun jika anda takut kelihatan terlalu biasa, anda boleh memilih busana rona hitam yang disulam perincian seperti batuan, manik dan juga jemeki berkilau.
3.Selain warna-warna senada, anda boleh mencuba fabrik bercetak sebagai fabrik untuk gaun anda. Ini menjadikan personaliti anda lebih menyerlah dan tampak berbeza dariada yang lain. Pemilihan corak cetakan pula haruslah sesuai dengan bentuk tubuh anda dan rona yang dipilih tidak terlalu sarat. Mungkin cukup dengan maksimun tiga warna pada cetakan.
4.Khusus untuk mereka yang berkulit gelap, jangan pernah takut untuk mengenakan warna-warna garang seperti jingga, biru diraja dan juga kuning. Sebenarnya rona-rona ini kelihatan cukup eksklusif apabila bertentang dengan tona kulitmu yang gelap. Ia bangaikan memberi satu cahaya aura sempurna
Pasti kita pernah lihat, para wanita yang membawa beg tangan yang besar bagaikan beg baju ke majlis. Walaupun beg tersebut beg berjenama seperti Gucci, Chanel mahupun Louis Vuitton sekalipun ia bukan lesen untuk anda mengheretnya ke majlis glamor yang memerlukan anda memakai gaun labuh. Ini adalah tip pemilihan beg untuk anda bawa.
1.Saiz clutch yang anda pilih adalah berdasarkan ‘kemeriahan’ rekaan gaun anda. Jika gaun anda sudah banyak perincian dan juga kelihatan ekstravaganza, pilihlah clutch yang minimal dan dalam saiz paling kecil.
2.Clutch boleh menjadi aksesori yang sesuai jika anda mengenakan gaun polos tanpa perincian. Apabila gaun sudah polos, maka pilihlah clutch berperincian batuan mewah untuk complement gaya ringkas gaun tersebut.
Berikut adalah 9 tip pemakaian gaun untuk anda yang menghadiri majlis formal dan juga majlis bertema black tie.
1.Seeloknya pilih kasut bertumit tinggi yang tidak berplatform tinggi. Rekaan ini menampakkan gaya anda lebih chic, berbanding dengan kasut berplatform yang membuatkan anda kelihatan tidak seimbang. Tidak perlu terlalu mencuba untuk kelihatan tinggi, embrace your petite body.
2.Jika anda memilih gaun pendek ini adalah satu peraturan yang harus anda ikuti. Semakin singkat labuh gaun anda maka semakin tinggilah garisan leher yang harus dikenakan.
3.Jika gaun yang anda kenakan adalah panjang meleret. Kenakan sepatu tumit tinggi bertali dan juga terbuka dihadapan (open toe). Ini memberikan keselesaan kepada anda memandangkan sepatu anda tidak akan kelihatan dibawah labuh gaun itu.
4.Gaun slip adalah antara yang paling senang untuk digayakan kerana rekaanya yang cukup ringkas. Jika anda rasakan gaun slip ini ringkas, anda boleh menyuai padan item ini bersama dengan jaket berstruktur mahupun jaket bulu mewah. Jangan sesekali memadankannya bersama pashmina mahupun selendang kerana gaya ini tidak memberikan apa-apa kelebihan bahkan anda akan kelihatan selekeh.
5.Jika anda mahu tampil seksi namun takut untuk mengenakan gaya potongan kemban, pilihah gaun yang punya potongan lengan capsleeve yang menutup bahu. Ia memberikan rasa yang lebih tertutup pada bahagian atas dan membuat anda berasa lebih selesa.
6.Pemilihan pakaian dalam yang tepat harus anda pertimbangkan. Jika anda mengenakan gaun dari fabrik satin dan jersi, kenakan seluar dalam yang tidak punya garisan jahitan. Untuk bahagian payudara pula kenakan bra yang tidak punya penyokong besi dan bukan dari fabrik renda.
7.Satu perkara yang anda perlu tahu, apabila anda diundang ke majlis jika temanya adalah black tie. Ini bermakna gaun labuh adalah gaya fesyen yang anda perlu kenakan.
8.Untuk majlis makan malam dan juga black tie jangan pula anda mengenakan kafftan labuh. Bagi penulis, kaftan lebih sesuai digayakan kala liburan dan juga majlis-majlis keraian seperti majlis perkahwinan.
9.Pemilihan aksesori yang sesuai perlu dberi perhatian, kebiasaannya apabila sudah menyarungkan gaun. Pastikan aksesori seperti subang, rantai, cincin dan gelang adalah minimal. Sekiranya garisan leher gaun anda tinggi lebih elok jika hanya anting-anting dempak dikenakan. Namun jika anda bergaya dengan gaun kembang, padankannya dengan rantai dempak. Gaya anda pasti glamor!
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Jika Anda Peminat BEG TANGAN, Ini 5 Panduan Penting Yang Perlu Anda Tahu!

Kadangkala menjadi satu kerungsingan buat wanita diluar sana untuk memadankan beg tangan dengan pakaian yang dipakai agar tampak sesuai dan sempurna. Harus diingatkan, padanan beg yang salah dengan cara berpakaian anda mampu membuatkan penampilan anda kelihatan janggal dan pelik. Ikuti tip yang Nona kongsikan ini agar anda kelihatan sempurna saat menggayakan beg dan pakaian anda.
1. BEG MEMPUNYAI CORAK DAN MOTIF
Pilih beg yang mempunyai corak atau motif sekiranya pakaian anda hanya satu rona. Anda juga boleh memadankan motif di baju anda untuk kelihatan sedondon dengan beg namun ia agak sukar. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, pastikan warna motif dan corak adalah sesuai.
2. PEMILIHAN RONA
Seharusnya anda memilih rona terlebih dahulu. Jika pakaian anda berona pastel atau neutral, beg tangan berwarna terang mampu menambahkan lagi keserian fesyen anda. Namun, jika pilihan pakaian anda berwarna terang, beg berona kedam seperti coklat dan hitam boleh menyeimbangkan keseluruhan gaya anda. Harus diingatkan, tidak perlu memadankan warna beg dan warna pakaian. Hanya pastikan kedua-duanya tampak sesuai antara satu sama lain.
3. KESESUAIAN
Fikirkan mengenai pakaian anda sebelum membuat pemilihan beg. Fikirkan samada fesyen anda moden, klasik atau pun glamor. Pertimbangkan juga rona dan motif pada pakaian anda. Perkara yang paling penting ialah kesesuaian untuk digayakan, bila dan dimana anda menggayakan pakaian
tersebut.
4. SAIZ BEG
Pilih beg yang saiznya sekadar dan sesuai dengan pemakaian anda. Beg tangan yang besar walaupun
bergaya, tidak sesuai dengan gaya baju longgar yang sering dipakai ketika musim panas. Begitu
juga dengan beg tangan kecil yang ada kalanya tidak sesuai dengan pemakaian anda. Pastikan anda
menggayakan ia terlebih dahulu di hadapan cermin sebelum membuat keputusan.
5. TIP MENJAGA BEG TANGAN
Seringkali wanita asyik dalam membeli beg tangan sehinggakan terleka ataupun tidak tahu cara untuk menjaganya agar kekal cantik dan kelihatan seperti baharu. Seperti barangan lain, beg tangan juga memerlukan penjagaan yang khusus agar ia tahan dengan lebih lama. Beberapa tip yang boleh dikongsikan buat anda bagi memastikan beg tangan anda berada dalam keadaan yang baik.
1. Lap beg seminggu sekali. Campurkan dengan sedikit sabun cecair dengan air suam dan gunakan kain lembap untuk membersihkan kotoran dibahagian luar beg tangan anda.
2. Elak daripada menggunakan baby wipes, cuka atau sebarang ‘home remedy’ untuk membersihkan kotoran. Rata-rata produk ini mempunyai bahan kimia yang boleh merosakkan warna dan mengeringkan kulit beg.
3. Ketika anda membeli beg tangan, pastikan anda tidak membuang kertas atau kabus didalamnya.Masukkan semula ke dalam beg apabila anda tidak menggunakannya bagi mengekalkan bentuk asalnya.
4. Elak daripada menyimpan beg di tempat yang mudah terkena cahaya matahari. Ia boleh menyebabkan kulit beg tangan anda cepat rosak dan melunturkan warnanya.
5. Elak daripada memegang beg selepas anda memakai krim tangan.
6. Sekiranya beg berbau, elak daripada menggunakan pewangi berasaskan aerosol kerana ia boleh melunturkan warna serta merosakkan kulit beg.
7. Jika kamu tidak ada dustbag untuk menyimpannya, gantikan sahaja dengan sarung bantal.
MINGGU FESYEN PARIS Beri Penghormatan Kepada ISSEY MIYAKE

Label Jepun, Issey Miyake memberi penghormatan kepada mendiang pengasasnya di Minggu Fesyen Paris pada Jumaat dengan persembahan tarian koreografi yang dipeloporinya.

Potret hitam putih Miyake, yang meninggal dunia bulan lalu pada usia 84 tahun, dipamerkan di dinding dan pertunjukan itu dimulakan dengan penuh penghayatan dengan penari mengenakan pakaian monokrom.

Kemudiannya para penari bertukar kepada pakaian yang lebih ringan dan suasana yang lebih seperti mimpi semasa persembahan berlangsung, mencerminkan ‘trademark’ label itu.
Pada tahun 90-an Miyake bekerjasama dengan koreografer terkenal William Forsythe dengan meletakkan penari di kalangan model untuk pertunjukan ‘catwalk’.
Ia tidak pernah berlaku sebelum ini, tetapi kini menjadi perkara biasa, seperti yang dilihat pada pertunjukan Dior awal minggu ini.
Miyake, yang memberi tumpuan kepada pakaian yang membolehkan kebebasan bergerak, juga bekerja sama dengan koreografer dalam pakaian untuk baletnya “The Loss of Small Detail” pada tahun 1991.
Koleksi yang dipersembahkan pada Jumaat diilhamkan daripada sebuah arca, dengan siluet tiga dimensi yang dibuat dengan sekeping fabrik dan cetakan yang dihasilkan daripada bentuk tanah liat yang digunakan dengan tangan pada fabrik untuk memberikan kelegaan dan tekstur.
Label itu juga memperkenalkan bahan baru, dipanggil “poliester sayuran”, yang tidak menggunakan produk petroleum.
Miyake turut mempelopori pakaian berteknologi tinggi dan selesa adalah sebahagian daripada gelombang pereka muda Jepun yang mencipta kejayaan di Paris dari pertengahan 1970-an. Rumah fesyennya memupuk ramai pereka muda yang berbakat, dan terkenal dengan pertunjukan pentas yang inovatif dan mempesonakan.

Antara ciptaannya ialah barisan “Pleats Please”, item berlipat kekal yang tidak berkedut, beg segi tiga futuristik “Bao Bao”, dan konsep “A-POC (A Piece Of Cloth)” — menggunakan komputer untuk memotong keseluruhan pakaian tanpa jahitan.
Miyake juga merupakan pereka fesyen pilihan pengasas bersama Apple, Steve Jobs di mana beliau membuat lebih 100 ‘turtleneck’ hitam untuk pengasas bersama Apple Steve Jobs itu. -AFP