Alia Bastamam sememangnya satu nama yang dikenali ramai dalam arena fesyen Malaysia. Dinobat sebagai pereka fesyen terbaik pada malam finale Kuala Lumpur Fashion Week 2017 menunjukkan bahawa jenama ini bakal menjadi satu jenama yang ikonik suatu hari nanti. Selain memiliki koleksi jenama utama, Alia Bastamam turut menghamparkan koleksi mampu milik yang lebih murah harganya menerusi jenama yang di kenali sebagai Alia B.

IKLAN

Inovasi ALIA B. x YOKE & THEAM. Hamparan Pilihan Sepatu Menarik Pelengkap Gaya Wanita Moden

Terbaru dari koleksi resort 2018 Alia B., pereka fesyen ini telah berkolaborasi dengan Yoke & Theam dalam menghasilkan koleksi kapsul sepatu yang moden sesuai digayakan sebagai pelengkap gaya wanita hari ini. Pilihan sepatu ‘kitten heels’ dalam tapak blok dan runcing ini dihiasi dengan tali dari fabrik yang digunakan oleh pereka fesyen ini untuk koleksi utama Alia B. Selain itu terdapat juga selipar sarung yang direka dalam nada feminin berhias riben besar dan juga dalam nada maskulin tanpa perincian berona hitam dan biru gelap

IKLAN

Inovasi ALIA B. x YOKE & THEAM. Hamparan Pilihan Sepatu Menarik Pelengkap Gaya Wanita Moden

IKLAN

Koleksi ini boleh didapati secara atas talian menerusi di laman sesawang fashion valet dan juga laman sesawang yoke & theam.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI