Pelopor pakaian ibadah, Siti Khadijah melakar sejarah baharu apabila melancarkan telekung reka bentuk muka terbaharu yang diberi nama Maharani. Selepas sedekad sejak pengenalan terakhir reka bentuk muka bagi koleksi telekung, Maharani hadir sebagai symbol evolusi dan penghormatan buat wanita yang menyokong keanggunan, keteguhan dan warisan, nilai yang menjadi tunjang jenama Siti Khadijah.
Istimewanya, Maharani bukan sekadar reka bentuk muka terbaharu. Bahkan kesinambungan dua reka bentuk muka ikonik yang terdahulu iaitu Original pada tahun 2009 yang menonjolkan ‘awning’ keras yang popular dengan pemakaian hijab wanita ketika itu.
Sementara Harmoni pada tahun 2016 iaitu reka bentuk muka yang menyerupai tudung atau inner terutamanya pada bahagian dahi, menjadikannya lembut dan ringan untuk keselesaan sepanjang hari.
Maharani Inovasi Siti Khadijah
Ads
Sebagai reka bentuk muka telekung yang keenam, Maharani menjadi bukti inovasi berterusan Siti Khadijah dalam menitipkan ketenangan pada setiap ciptaan produk. Nama Maharani terinspirasi daripada penggunaan “awning” yang membawa simbolik seolah-olah memakai tiara pada kepala.
Selain itu, “awning” merupakan elemen yang paling penting dalam kemenjadian penampilan berhijab. Elemen itu menjadikan Maharani sebagai reka muka yang praktikal pada fungsi dan anggun pada rupa.
“Maharani bukan sekadar wajah baharu, ia adalah cerminan perjalanan panjang kami dalam meneliti dan memahami keperluan sebenar wanita. Prosesnya memakan masa, namun setiap langkah diiringi dengan ketelitian dan penuh makna,” ujar Pengasas dan Pengarah Siti Khadijah, Padzilah Enda.
Ads
Majlis pelancaran ini turut menyaksikan kehadiran #FamiliSK, rakan industri dan wakil media dalam suasana penuh elegan dengan tema warna Kuning Mustard & Putih. Sebagai pelengkap kepada pelancaran reka bentuk muka baharu ini, Siti Khadijah turut memperkenalkan tiga koleksi telekung terbaharu yang menampilkan reka bentuk muka Maharani sebagai identiti utama.
Tiga koleksi ini ialah Broderie Zahara, dengan perincian sulaman klasik penuh keanggunan; Flair Sabira, yang mengetengahkan potongan flowy moden bertekstur ringan; serta Modish Maira Midi dengan ukuran kelabuhan yang sangat sesuai untuk kegunaan di tanah suci.
Koleksi telekung reka bentuk muka Maharani ini mula tersedia di platform dalam talian dan di butik-butik Siti Khadijah terpilih bermula 26 Jun 2025.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Belum pun sejuk kisah pernikahan selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor diperkatakan peminat, isteri kepada pendakwah bebas ini telah dianugerahkan sebagai Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith bagi kategori Tokoh Berpengaruh Mega atau influencer oleh Kerajaan Kelantan sempena Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021. Tahniah Neelofa!
Seramai 14 orang wanita termasuk Neelofa turut menerima anugerah pada majlis tersebut yang telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff. Memetik laporan dari Sinar Harian, program ini telah anjurkan oleh Urus Setia Kebajikan, pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan.
Pada Sabtu lalu bertarikh, 27 Mac 2021, Neelofa telah selamat dinikahkan oleh adik kandungnya, Mohd Aqief Mohd Noor tepat jam 11.43 pagi di Hotel Grand Hyatt dengan sekali lafaz.
Kredit Foto: WEDLOCX.Co
Majlis pernikahan ini dihadiri oleh 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakam terdekat kedua-dua belah pihak. Tetamu yang hadir pula begitu sporting mengikut tema yang ditetapkan iaitu berbaju kurung, baju Melayu atau jubah berwarna putih.
Usahawan terkenal ini menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin namun tidak menyatakan jumlah hantaran yang diterimanya daripada pihak pengantin lelaki.
Bekas pengacara Meletop ini kelihatan anggun dan berseri-seri dalam persalinan dres labuh rona putih rekaan Alia Bastamam dan dihias indah oleh jurusolek terkenal Sharman Yee. Ikatan tudungnya telah disempurnakan oleh Didiyana Ehsan. Manakala dekorasi dewan pula telah dihias indah oleh Reka Teemor.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah,” ujar Neelofa dan Haris. Semoga ikatan yang baharu dibina ini kekal bahagia hingga ke jannah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hidup tak selalu indah, lagi-lagi bila terungkap sisi gelap melibatkan satu keluarga seperti 5 fakta mengejutkan siri terbaharu X-CHANGE ni, gerenti buat penonton layan bila strim dengan redONE Mobile!
Di sebalik impian setiap manusia yang inginkan kehidupan sempurna, masih wujud keluarga yang terpaksa struggle untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Bayangkan darah daging sendiri bergabung untuk lakukan rompakan, macamana tu?
Namun ujian miskin kadangkala mengubah manusia hilang sifat pertimbangan. Inilah jalan cerita menarik siri ‘X-CHANGE: Bond of Bloods’ yang pasti membuat penonton melekat sampai habis. Kisah anak remaja padat babak aksi, heist dan konflik ini seriously cukup dekat di hati.
Khas untuk pembaca Nona, kami ringkaskan 5 fakta ‘X-CHANGE: Bond of Bloods’ yang paling menarik, confirm rasa nak layan dengan jiwa membuak geram. Semak 5 fakta mengejutkan siri terbaharu X-CHANGE ni, gerenti buat penonton layan bila strim dengan redONE Mobile!
5 FAKTA BEST SIRI X-CHANGE YANG BUAT ANDA TERUJA!
Sisi gelap keluarga pengaruh masa depan anak-anak. Yes! Siri ini mengisahkan konflik hidup anak remaja iaitu Khalif yang baru tamat persekolahan dan dilamun cinta. Namun apabila bapanya kemalangan, Khalif terpaksa ambil alih ‘bisnes’ keluarga iaitu merompak kedai emas dengan abang-abangnya.
Dalam siri ini, ujian hidup menjadi plot utama yang menentukan masa depan seseorang. Kerana tanggungjawab Khalif terhadap keluarga, dia terheret ke kancah jenayah. Abang-abang pula pakar dalam rompakan!
Dibintangi pelakon lama dan baharu. Siri ini juga menyaksikan kemunculan semula Datuk Rosyam Nor dalam naskhah drama aksi. Pelakon Joey Leong juga tampil kali pertama dalam naskhah siri Melayu.
Memaparkan cabaran kisah cinta berlainan kaum antara Khalif dan Lillian. Selepas habis persekolahan, mereka berdua merancang untuk bina kehidupan bersama di luar negara. Tapi seperti biasa, kedua belah keluarga menghalang.
Siri ‘X-CHANGE: Bond of Bloods’ ini dikuasakan oleh redONE Mobile Tanpa Drama! Ya, selain boleh ditonton menerusi saluran Astro Premier (110), anda juga boleh layan drama ini di platform penstriman Astro Go dan Sooka. Untuk kepuasan maksimum, tonton tanpa buffering dan video HD menerusi pelan redONE Postpaid 5G SMART. Hebatkan, klik link ini!
Siri ‘X-CHANGE’ merupakan sebuah karya terbitan Astro Shaw terbaharu sebanyak 10 episod yang sudah mula ke udara mulai 12 Julai 2024 lepas, setiap Jumaat di Astro Premier atau strim di Astro GO dan sooka.
Menerusi tagline The Bonds of Blood, ‘X-CHANGE’ merupakan sebuah siri yang menampilkan aksi, jenayah dan romantik serta mengetengahkan subjek ‘gaya authoritarian’ dalam sesebuah keluarga, iaitu melibatkan peraturan ketat, jangkaan yang tinggi dan kurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak sebagai konflik utama dalam naratif.
Kunci paling menarik dalam siri ini pastilah kerana ia digarap oleh Lemuel Ong, juga selaku showrunner yang sebelum ini mengetuai Unit Kandungan Malaysia untuk Astro Gempak dalam memenangi filem pendek Malaysia, Kampung Malar.
Ia diarahkan oleh sutradara Norhanisham Muhamad atau lebih dikenali sebagai Labu, siri ini menyaksikan kali pertama Labu mengarahkan siri premium.
Drama yang penuh debaran ini dibintangi oleh barisan pelakon berpengalaman serta yang meningkat naik termasuk Datuk Rosyam Nor (Yakob), Arfie Shah (Khalif), Joey Leong (Lilian), Hariz Hamdan (Qabil), Sadiq M. Jamil (Capik), Steve Yap (Jay), Marisa Yasmin (Mariam), Angeline Tan (Yi Ling), Alvin Wong (Foong), Shweta Sekhon (Divia) dan ramai lagi.
Betul tu, menerusi pelan redONE Postpaid 5G SMART, anda boleh nikmati akses data terpantas tanpa had ke platform sosial seperti YouTube, Facebook, dan Instagram dalam kualiti HD, penggunaan Internet tanpa had untuk hiburan dalam HD dan produktiviti berterusan untuk semua. Pelan ini juga menyediakan panggilan tanpa had ke semua rangkaian.
Bukan pelan Internet biasa. Apabila anda menukar pelan atau port-in ke redONE Postpaid 5G SMART, nikmati akses Internet yang lebih baik dengan hotspot sehingga 60GB dengan komitmen bulanan serendah RM68 sahaja. Semua pelanggan yang berpindah ke pelan ini juga akan menikmati rebat RM10 selama 6 bulan. Hebatnya!
Tak cukup lagi? Apabila anda bertukar kepada pelan redONE Postpaid 5G SMART, anda bakal menerima sebuah smartphone 5G dengan data 5G yang banyak!
Dapatkan telefon pintar PERCUMA termasuk peluang memenangi iPhone dalam cabutan bertuah setiap minggu apabila anda melanggan pelan baharu redONE Postpaid 5G SMART di cawangan redONE Mobile terdekat!
Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan segera pelan redONE Postpaid 5G SMART di kedai redONE Mobile berhampiran atau layari website https://bit.ly/Telefon5GPercuma untuk info lanjut.
Malam jumaat lepas, berlangsungnya majlis resepsi pelawak dan juruhebah radio Shuib bersama pilihan hati Watiey Hanafiah yang berlangsung dengan cukup ‘happening’ sekali.
Selain kemeriahan majlis persandingan kedua-dua mempelai, ia turut digamatkan dengan kehadiran ramai para rakan selebriti yang dijemput khas berkongsi kegembiraan hari bahagia pasangan pengantin.
Turut mencuri tumpuan ialah kehadian bintang ternama seperti Fasha Sandha dan juga Nora Danish di mana rata-rata warga maya kagum dengan jalinan kemesraan kedua-dua bintang hebat tanahair itu yang dilihat cukup mesra sekali.
Berkongsi video kemesraan oleh Fasha di akaun Instagramnya, netizan mengagumi sikap dua selebriti itu apatah lagi mengetahui sejarah perhubungan kedua-dua mereka yang mengahwini lelaki yang sama iaitu Rizal Ashram Ramli atau Jejai.
Tambah mengujakan, Jejai juga sempat meninggalkan komen tanda sokongan kepada kedua-dua wanita tersebut yang juga bekas isterinya.
Selain itu, kejelitaan Fasha dan Nora juga turut diperkatakan apabila ramai warga maya mengagumi bagaimana kedua-dua figura ini kekal anggun seakan anak dara.
Untuk rekod, Fasha dan Jejai berkahwin pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016 dan memiliki 2 orang cahaya mata, manakala Nora dan Jejai pula mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006 dan berpisah pada 10 Julai 2008 dan memiliki seorang anak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!