Memiliki karakter yang ceria, easy going dan happy go lucky membuatkan pemilik nama Nur Ezzanie Sherazade cukup terkenal di laman Instagram. Malah,wajah cantik anak bongsu daripada empat beradik ini sering dijadikan kanvas jurusolek terkenal tempatan dalam menterjemahkan hasil karya mereka. Lebih mesra disapa Ezzanie, gadis yang juga merupakan pelajar di KDU University College aktif dalam bidang perniagaan. Walaupun usia masih hijau, Ezzanie bijak dalam mengatur rentak untuk mencanai bisnes produk jenamanya.
KONGSIKAN SEDIKIT TENTANG PERNIAGAAN ANDA?
Saya mempunyai produk jenama sendiri dimana saya mengeluarkan produk penjagaan kulit wajah iaitu serum. Saya mula menceburkan diri dalam bisnes ini secara sambilan selepas saya tamat sekolah. Ia dilakukan secara online dan sudah beroperasi selama 2 tahun. Alhamdulillah sambutan yang saya terima hingga ke hari ini cukup memberangsangkan.
ANDA JUGA MERUPAKAN SEORANG MODEL. BAGAIMANA ANDA MEMBAWA IMEJ INI KE PENTAS GLAMOR?
Saya seorang model sambilan yang sentiasa menggayakan imej ringkas dan bersahaja. Ia mampu membuatkan saya yakin dengan diri saya. Selain itu, saya merasakan dunia peragaan dapat memberi pengalaman yang luar biasa. Saya dapat pengalaman bekerja dengan ramai pihak yang cukup berilmu dan bertemu dengan ramai model-model yang sudah mempunyai nama.
APAKAH PENDAPAT ANDA MENGENAI LAMBAKAN INSTAFAMOUS /INFLUENCER MASA KINI DAN PENGALAMAN PAHIT MANIS ANDA?
Pada pendapat saya, selagi instafamous/influencer itu pandai membawa diri, menjaga imej, serta kelakuan, kewujudan mereka ini adalah sesuatu perkara yang baik. Saya sendiri tidak pernah berdepan dengan masalah kecaman atau kutukan dari mana-mana pihak. Malah, mendapat komen-komen yang positif. Namun sekiranya ada kritikan-kritikan negatif, saya tidak mempedulikannya sama sekali dan menganggap ia sebagai perkara yang tidak penting.
MAKNA FESYEN BAGI ANDA DAN FESYEN YANG ANDA GEMARI?
Fesyen terdiri daripada pelbagai jenis kategori dan tidak semestinya hanya dilihat pada pakaian semata-mata, malah termasuk dari segi dandanan rambut, kasut, beg dan lain-lain. kita harus mengenakan fesyen mengikut tema yang sesuai dengan keadaan dan tempat. Fesyen juga boleh boleh mengambarkan siapakah diri kita sebenarnya. Bagi saya, saya tidak memilih untuk berfesyen asalkan bersesuaian dengan diri, selesa dan saya menitikberatkan pada kesesuaian tempat. Fesyen yang saya sering gayakan setiap hari adalah ‘smart casual’ dan ‘simple’ untuk ke universiti manakala saya akan memilih pakaian yang lebih trendy pada hujung minggu.
BERIKAN TIP PENJAGAAN WAJAH ANDA
Saya mengamalkan penjagaan kulit muka secara traditional yang saya pelajari daripada ibu saya. Contohnya, menggunakan bahan yang ada di dapur untuk dijadikan pencuci muka dan masker. saya menggunakan oats sebagai pencuci muka. Selain itu, saya menggunakan, kunyit, madu, limau dan yogurt sebagai masker dan biarkan selama 15minit. Paling penting, minum air dan tidur secukupnya.