Memakai tudung dan hijab sememangnya menjadi kewajipan buat semua wanita Islam kerana rambut adalah sebahagian daripada aurat. Melihat arus fesyen terkini berkaitan hijab, semakin ramai wanita Muslimah memilih pakaian yang sopan dan longgar meskipun berhijab.

NONA senaraikan tiga influencer berhijab terkenal ini yang mungkin boleh menjadi inspirasi anda dalam berfesyen.

IKLAN

1. Soha Mohamed Taha

Dikenali sebagai Toha, wanita ini merupakan influencer fesyen yang berpangkalan di Dubai ini merupakan seorang ibu kepada dua orang cahayamata.  Soha juga merupakan seorang blogger. Selain itu, dia kini mempunyai jenama fesyennya sendiri selain bertindak sebagai image consultant.

Intip Gaya 3 Influencer Fesyen Antarabangsa Ini Berhijab. Sopan Tapi Tetap Bergaya!

Memiliki lebih 800,000 pengikut di Instagram yang menjadi platform untuk dia berkongsi pelbagai gaya menarik dan sopan, Soha juga aktif di TikTok.

Intip Gaya 3 Influencer Fesyen Antarabangsa Ini Berhijab. Sopan Tapi Tetap Bergaya!

Meskipun mengenakan hijab, citarasa fesyen Soha sememangnya tidak boleh disangkalkan lagi kerana  Soha berani mengambil risiko berfesyen, tetapi masih mengekalkan kesopanan sebagai wanita bertudung.

Intip Gaya 3 Influencer Fesyen Antarabangsa Ini Berhijab. Sopan Tapi Tetap Bergaya!

2. Omaya Zein

Omaya Zein mempunyai pengikut mencecah 1.5 juta di laman Instagram.  Wanita yang menetap di Amerika Syarikat ini merupakan founder @byomayazein. Melihat posting Omaya di Instagram miliknya, Omaya menggemari gaya polos dan minimalis yang amat bersesuaian dengan status dirinya sebagai ibu kepada seorang cahayamata.

IKLAN

Intip Gaya 3 Influencer Fesyen Antarabangsa Ini Berhijab. Sopan Tapi Tetap Bergaya!

Omaya sering menggayakan persalinan yang  ringkas, namun ia tetap membawa imej classy dan chic! Tidak melupakan elemen kesopanan wanita Muslimah, Omaya menjadikan laman sosial sebagai medium untuk berkongsi mengenai kecantikan dan percutian.

Intip Gaya 3 Influencer Fesyen Antarabangsa Ini Berhijab. Sopan Tapi Tetap Bergaya!

3. Heba Jalloul

IKLAN

Influencer fesyen dari New York ini mempunyai lebih 139,000 pengikut di Instagram miliknya.  Merupakan seorang blogger fesyen dan gaya hidup ini menjadi pilihan hijabi untuk bergaya apatah lagi melihat foto-foto yang dikongsikan di Instagram yang cantik dan mempunyai penceritaan yang menarik.

Intip Gaya 3 Influencer Fesyen Antarabangsa Ini Berhijab. Sopan Tapi Tetap Bergaya!

Meskipun sudah berkahwin, Heba Jalloul bijak bergaya meskipun mengenakan hijab dan berpakaian longgar dalam setiap pakaian yang digayakannya. Heba merupakan graduan dari Wayne State University dalam bidang psikologi. Mula mengenakan hijab seawal usia 9 tahun, wanita yang membesar di Dearborn, MI ini membesar dalam persekitaran populasi Arab dan Muslim di Michigan.

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI