Ramadan bertandang lagi. Dan pastinya ia adalah bulan yang paling dinanti-nantikan seluruh umat Islam kerana pada bulan inilah setiap amal jariah dan kelakuan yang baik dibalas berlipat kali ganda. MasyaAllah, besarnya keberkatan Ramadan. Tak hairanlah ramai yang berlumba-lumba mengerjakan kebaikan dan bersedekah kepada golongan memerlukan.
IKLAN
Berbaki 25 hari saja lagi, masih belum terlambat untuk kita sama-sama memanfaatkan Ramadan. Tak sekadar mempersiapkan diri dengan solat dan tadarus semata-mata, ada cara mudah sebenarnya untuk memperoleh pahala dan disukai Allah SWT tanpa kita sedar. Salah satunya menerusi pengucapan 7 kalimat suci seperti yang dikongsikan selebriti Irma Hasmie baru-baru ini.
Walau apa pun, jangan hadkan pengucapan kalimat ini hanya ketika ketibaan Ramadan. Sebaliknya, jadikan ia amalan kebiasaan buat kita semua untuk sepanjang tahun.
7 KALIMAT YANG DISUKAI ALLAH SWT
Bismillah
Kalimat ‘Bismillah’ yang diucapkan pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
Alhamdulillah
‘Alhamdulillah’ yang diucapkan pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
Astaghfirullah
Diucapkan jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut atau ada tindakan kita yang tidak pantas (tidak baik)
IKLAN
InsyaAllah
‘InsyaAllah’ diucapkan jika merencanakan untuk berbuat sesuatu.
La Hawla Wala Quwwata Illa Billah
Sering diucapkan jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai mahupun tidak diingini.
Innalillahi Wainna Ilahi Rajiun
Diucapkan jika menghadapi dan menerima musibah baik kecil mahupun besar.
IKLAN
La Ilaha Illa Allah
Diucapkan sepanjang siang dan malam hingga tak terpisah dari lidah kita.
Semoga dengan perkongsian ini, kita sebagai hambaNya dapat bersama-sama memperoleh manfaat. Jadikan Ramadan sebagai bulan terindah yang sarat dengan pelbagai ganjaran.
Happy birthday, Saidah! 20 April 2022 genap 24 tahun usia Nursaidah Salim atau mesra disapa Saidah ini. Memiliki personaliti ceria dan menarik, kemampuan Saidah menguasai sehingga tujuh bahasa dan berbakat dalam dunia nyanyian menjadikan gadis ini menjadi rujukan dan sumber inspirasi kepada generasi muda.
Lebih empat tahun bergelar penyanyi, Saidah yang membesar di bumi Switzerland selama 15 tahun disifatkan seorang yang berani mencuba perkara baharu, kreatif dan meminati bidang seni.
Tidak cukup dengan itu, dia juga merupakan pengasas produk kosmetik Zucker & Co. Hebat!
Jelas anak kacukan Melayu-Cina ini, “Saya lahir di Zermatt, Switzerland dan dibesarkan di Zurich. Menetap di Switzerland selama 15 tahun dan sekarang tinggal di Malaysia. Sesekali ada juga ulang alik ke sana sebab nak jumpa kawan-kawan.
Masa zaman sekolah dulu, saya pernah berpindah ke 13 sekolah. Saya juga boleh bertutur dalam tujuh bahasa tapi tak semua fluent dan masih lagi belajar. Setakat ini, saya fasih berbahasa Jerman, Swiss German, English dan Melayu.
Sebenarnya saya dapat kuasai bahasa ini kerana pengaruh persekitaran masa tinggal di Switzerland. Di rumah, saya memang cakap Melayu sebab ayah strict suruh cakap Melayu. Ibu pula orang Cina mualaf. Jadi ibu ada ajar saya bahasa Mandarin sedikit,” ujarnya yang mula berdikari dan pindah keluar dari rumah ibu bapanya seawal usia 18 tahun.
Tambah Saidah lagi, “Saya fasih cakap Jerman sebab banyak guna bahasa tu di sekolah dan dengan kawan-kawan. Kami berbual dalam bahasa Swiss German. Bahasa Perancis pula saya belajar dari umur 11 tahun sebab ia subjek wajib di sekolah.
Ada belajar grammar, writing semua tapi jarang cakap Bahasa Perancis dengan kawan-kawan. Sebaliknya, belajar bahasa Itali dengan mereka.”
Tak tertanggung menahan rindu ‘kampung halaman’ di Switzerland, Saidah kembali semula ke sana pada Disember tahun lalu selepas seluruh negara dilanda wabak Covid-19. Daripada foto-foto percutian yang dikongsikan, memang indah pemandangan di sana.
Menyentuh pembabitannya dalam bidang muzik, Saidah menjelaskan sebelum bergelar penyanyi dia pernah aktif sebagai penari. “Sekarang saya ialah penyanyi syarikat rakaman Suria Records atau dikenali SRC dan alhamdulillah dah ada dua single sepanjang lebih tiga tahun dalam industri muzik. Selain menyanyi, saya juga boleh main beberapa alat muzik seperti piano, gitar dan flute.
Sebab minat nyanyi dan main alat muzik, masa umur 14 tahun saya pernah masuk pertandingan Germany’s Idol 2011. Mungkin juga kerana warisi bakat seni ayah yang boleh menyanyi dan main gitar. Kalau saya menyanyi, ayah akan main gitar. Ada masa, kami akan cipta lagu sama-sama.
Mungkin orang tak tahu saya juga seorang gimnastik dari kecil dan alhamdulillah sampai hari ni masih ingat dan boleh buat. Disebabkan di Switzerland ramai pemenang pingat emas dalam sukan gimnastik, saya tak terkecuali ikut belajar sukan tersebut sejak berusia 5 tahun lagi.”
Sementara itu, Saidah turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan rezeki dan tubuh badan yang sihat ketika ulang tahun kelahirannya ke-24 baru-baru ini.
“I’m so grateful, blessed and proud of myself that I’m so much for a 24 years old. Yes. I’m a singer, a songwriter, an influencer, a founder and CEO of my own company, a teacher who teaches Deutsch, a motivator and of course a bubbly little one still. I have worked so hard to be who I am today.”
Semoga Saidah terus sukses dalam kerjaya yang diceburi dan dan kejayaannya dapat dijadikan sumber inspirasi ramai!
Sekali pandang umpama lautan Padang Jerami Gulung yang terkenal di Eropah. Pemandangan cantik dan memukau pandangan. Rupa-rupanya tempat ini bukan Di Eropah mahupun di Amerika Syarikat seperti yang dibayangkan tetapi terletak di utara tanah air, Yan, Kedah.
Gambar indah ini telah dikongsi oleh Mazuin Noordin melalui laman Facebooknya. Menurut wanita ini tempat ini adalah kampung ibu mentuanya iaitu di Kampung Sungai Limau, Yan, Kedah. Gambar ini pula hanya menggunakan telefon bimbit Iphone X. Pasti lepas ini ramai peminat fotografi yang akan singgah di kampung ini terutama apabila dalam perjalanan ke utara tanah air.
Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Berita Harian, pemandangan itu sebenarnya dapat dilihat pada pertengahan bulan lalu selepas pihak Bahagian Industri Asas Tani dan Bukan Padi, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), mula menuai jerami bagi mengelak pembakaran terbuka.
Setiap gulung jerami dianggarkan seberat 400 hingga 500 kilogram dan pihak MADA mensasarkan untuk menuai sehingga 4,500 tan metrik pada musim ini dengan anggaran 12,000 gulung di seluruh Kedah dan Perlis.
Jerami terbabit akan disimpan dalam 10 gudang kawasan (Pertubuhan Peladang Kawasan) PPK sebelum dijual kepada penternak haiwan dan pembuat kraftangan.
Menurut Ruslan Abdul Ghani Ahmad, Pengarah Bahagian Industri Asas Tani dan Bukan Padi, (MADA), tahun ini musim panas lebih lama dan menjadi tarikan apabila jerami menjadi lebih kuning dan berwarna keemasan. Proses menuai dan menggulung jerami itu pula menggunakan mesin khas yang diimport dari Itali.
5 Januari lalu genap 15 tahun usia perkahwinan Hannah Yeoh dan suami, Ramachandran Muniandy. Memilih jejaka berbangsa India sebagai pasangan sehidup semati, Menteri Belia dan Sukan ini terus bahagia melayari bahtera perkahwinan di samping dua cahaya mata comel. Difahamkan anak sulung mereka, Shay Adora sudah pun berusia 11 tahun.
Sejak dilantik sebagai Menteri dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan, segala gerak-geri dan kehidupan YB Hannah Yeoh menjadi perhatian masyarakat. Dilahirkan pada 9 Januari 1979, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Yeoh Tseow Suan merupakan graduan Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Tasmania.
Memuat naik gambar suami tercinta di media sosial baru-baru ini, YB Hannah menitipkan ucapan dan sempat berseloroh sempena ulang tahun perkahwinan ke-15.
Kredit Instagram @hannahyeohKredit Instagram @hannahyeohKredit Instagram @hannahyeohKredit Instagram @hannahyeoh
Kongsinya, “Married for 15 years today. We need to treat ourselves to some good bittersweet musang king today. Marriage is like durian – can be thorny but worth the peel and definitely the best fruit you can ever experience, and all Malaysians say amen!”
Sebelum menyertai arena politik, YB Hannah pernah bertugas sebagai peguam. Pembabitannya dalam pentas politik bertitiktolak daripada dorongan rakan sekolah yang seterusnya menyertai DAP pada akhir tahun 2006.
Terdahulu, pada ulang tahun perkahwinan ke-13, YB Hannah pernah meluah rasa syukur atas kebahagiaan rumah tangga yang dikecapi di samping suami tercinta.
Kredit Instagram @hannahyeohKredit Instagram @hannahyeohKredit Instagram @hannahyeoh
“Saya berkahwin dengan lelaki yang selalu ada untuk kami. Beliau tidak pernah terlepas walau satu pun pencapaian anak-anaknya. Tahun kami berkahwin adalah tahun di mana kami menyertai pertempuran politik.
Beliau bersama-sama dalam dunia baru saya. Sahabat saya menjadi sahabatnya juga. Beliau adalah pencabar dan pengkritik terkuat saya yang membentuk versi terbaik saya. Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan buat Ram dan terima kasih kerana menghormati perjanjian yang kita lakukan di hadapan Tuhan, keluarga dan rakan-rakan kita.”
Kredit Instagram @hannahyeohKredit Instagram @hannahyeohKredit Instagram @hannahyeoh
Untung pemimpin berusia 44 tahun ini kerana dikurniakan suami yang memahami, menyokong kerjaya isteri dan bapa penyayang.
Sebelum dilantik Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah pernah menggalas tugas sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun 2018 hingga 2020. Malah dia juga ialah Ahli Parlimen Segambut sejak tahun 2018.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...