Rupa paras yang menawan mungkin bonus buat wanita yang dilahirkan sebagai Isabella Leong ini. Tuah ayam nampah di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah rezeki yang hadir pada wanita yang berusia 33 tahun ini sehingga bergelar jutawan.

IKLAN

Nilai harta yang dimiliki oleh Isabella Leong dianggarkan berjumlah US$50 Million dan jumlah pendapatan yang diperolehi oleh wanita yang berketinggian 172 sentimeter ini datangnya daripada pendapatan yang diperolehi daripada dunia lakonan, modelling dan sponsorships.

ISABELLA LEONG Aktres China Antara Dibayar Paling Mahal Dunia, Pendapatan Mencecah $50 Million 
Foto: Instagram @isabella.leong

Wajah cantik Isabella juga terpamer sebagai duta jenama tersohor Clé de Peau Beauté dan Ports. Bertuah sungguh Isabella yang boleh meraih pendapatan tertinggi daripada bidang seni semata-mata. Sudah tentu penat lelahnya berbaloi apabila melihat jumlah wang dalam akaun bank.

Khabarnya wanita cantik yang dilahirkan Zhongshan, Guangdong, China ini sudah melibatkan diri dalam dunia lakonan sejak usia muda lagi. Khabarnya, Isabella mula menjadi model sejak usia 12 tahun.

Isabella pernah muncul dalam filem The Eye: Infinity, Bug Me Not!, Dragon Squad, A Chinese Tall Story, McDull, The Alumni, Isabella, Diary, Spider Lilies, Missing, dan The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor.

Selain itu pelakon wanita ini juga pernah muncul di program realiti televisyen termasuk Murmur of the Hearts (2015), Missbehaviour (2019), Love After Love (2020) dan U Can U BiBi.

IKLAN
ISABELLA LEONG Aktres China Antara Dibayar Paling Mahal Dunia, Pendapatan Mencecah $50 Million 
Foto: Instagram @isabella.leong
ISABELLA LEONG Aktres China Antara Dibayar Paling Mahal Dunia, Pendapatan Mencecah $50 Million 
Foto: Instagram @isabella.leong

Bakat lakonan bukan bersandar kepada rupa paras semata-mata apabila Isabella telah dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik di Fantasporto Awards 2006 dan Penghibur Baharu Terbaik di The Golden Bauhinia Awards.

IKLAN

Menjadi ibu tunggal dan membesarkan tiga orang anak lelaki termasuk sepasang kembar mungkin bukan suatu masalah bagi wanita ini. Melihat gaya hidup mewahnya seperti yang dikongsi di laman media sosialnya, sudah tentu wanita ini mempunyai nilai aset di seluruh dunia.

ISABELLA LEONG Aktres China Antara Dibayar Paling Mahal Dunia, Pendapatan Mencecah $50 Million 
Foto: Instagram @isabella.leong

Sebelum ini, Isabella pernah bercinta dengan seorang billionaire dari Hong Kong, Richard Li dan telah berpisah pada tahun 2011. Rasanya kehidupan wanita ini tidak berubah walaupun berpisah dengan lelaki kaya kerana dirinya sendiri mempunyai pendapatan tinggi dan boleh digelar sebagai jutawan.

Baca: Bintang A List Hong Kong.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI