Fazema Mohd Fuad, isteri kepada pelakon aksi Adam Corrie sebelum ini kelihatan agak berisi namun kini berat badannya susut sehingga membuatkan ramai tertanya-tanya adakah dia sedang berdiet.
Sudah menjadi lumrah, selalunya apabila seseorang itu yang sebelumnya berisi dan kemudian kelihatan sedikit susut dianggap sakit.
Fazema baru-baru telah berkongsi satu hantaran berupa video ringkas di akaun TikTok bagi menjawab persoalan tersebut.
Akui Fazema, beliau tidak sakit. Dia sebenarnya menghidap penyakit PCOS atau Sindrom Ovari Polisistik dan kini sedang dalam proses menjaga kesihatan termasuk menurunkan berat badan. Fazema turut berkongsi tip bagaimana dia berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 16 kg dalam masa tiga bulan.
Tulis Fazema: –
“Saya mengamalkan berjalan laju atau brisk walk setiap hari, kalori defisit dan tidur awal. Paling lewat tidur pun pukul 9.00 malam. Alhamdulillah hanya dalam masa tiga bulan berjaya menurunkan 16 kg berat berat badan. Terima kasih kerana mengambil berat tentang diri saya.”
Ads
Menurut Fazema, bukan mudah untuk wanita yang menghidap PCOS serta berusia pertengahan 40an sepertinya menurunkan berat badan. Namun dia tetap ingin mencuba dengan nengamalkan diet suku suku separuh. Ternyata usaha Fazema membuahkan hasil.
untuk info, fazema dan adam corrie mendirikan rumah tangga pada 21 november 2008. mereka dikurniakan seorang anak lelaki, adam fateh lee yang kini berusia empat tahun selepas 10 tahun menanti kelahiran cahaya mata.
INFO PENYAKIT SINDROM OVARI POLISISTIK (PCOS) Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang mengidapinya. Pesakit PCOS akan menghadapi masalah kitaran haid yang tidak menentu disebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan.
Ads
1. Pengidap PCOS mempunyai level hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi, hirsutism, rambut kepala nipis di bahagian ubun-ubun (botak) dan jerawat.
2. PCOS melibatkan 5-10 peratus wanita dalam usia reproduktif mereka.
3. Kebanyakan wanita yang menghidap PCOS juga akan mempunyai berat badan yang berlebihan (obes) dan boleh mengidapi diabetes, obstructive sleep apnea dan banyak lagi masalah jangka masa panjang.
Ads
4. Boleh menyebabkan ketidaksuburan (infertility) disebabkan telur (ovum) yang tidak menetas keluar. Namun, terdapat ubat-ubat kesuburan yang boleh membantu masalah ini.
5. Gejala PCOS mungkin berbeza-beza (ringan atau lebih teruk).
6. Simptom PCOS termasuklah: –
-Kitaran haid yang tidak teratur atau tidak datang sama sekali. -Hirsutism (mempunyai banyak bulu di muka atau badan).
-Kehilangan rambut.
-Obesiti.
-Jerawat atau kulit muka berminyak.
-Kemurungan atau berubah suasana hati.
Sumber: SinarPlus
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran di Surau Utama Istana Negara pada 4 April 2023.
Majlis Khatam Al-Quran tersebut dipimpin oleh Penolong Pegawai Agama Istana Negara Ustaz Mohd Zuhairee bin Mohd Yatim.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan cenderakenangan kepada semua peserta khatam Al-Quran yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Istana Negara.
Turut hadir Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Dato’ Zahari Mohd Ariffin, Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini dan Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh.
Sumber: Instagram Istana Negara
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cantik manis dan kecil molek saja orangnya. Memiliki susuk tubuh yang langsing persis anak dara tidak langsung menunjukkan dirinya seorang ibu kepada tiga cahaya mata berusia antara 6, 3 dan 8 bulan.
Tania Zara bukan sekadar cantik bahkan seorang isteri dan ibu yang aktif sebagai pengusaha studio membuat kek iaitu Coffee Jeans & Co.
Tania Zara atau nama sebenarnya, Norzalina Mohd Sudin seorang yang merendah diri. Anak jati Kuala Lumpur yang berusia 37 tahun ini cukup mahir dalam membuat kek dan pastri.
Berjauhan dari suami yang bertugas sebagai Senior Drilling Fluid Engineering di Baker Hughes Saudi Arabia menjadikan Tania Zara seorang yang berdikari. Maka, tercetuslah idea untuk menubuhkan Coffee Jeans & Co sejak setahun lalu.
“Segalanya bermula dengan hobi saja sebab saya memang penggemar kek. Perancangan asal hendak membuka kafe tetapi memandangkan permintaan untuk membuka kelas lebih tinggi maka saya dan suami memutuskan untuk membuka studio Coffee Jeans & Co ini.
Secara asasnya Coffee Jeans & Co disewakan kepada mereka yang berminat untuk mengadakan kelas atau bengkel membuat kek, biskut, kuih dan sebagainya.
Coffee Jeans & Co juga menawarkan kelas yang bukan sahaja terdiri daripada tenaga pengajar tempatan bahkan dari luar negara. Saya antara salah seorang tenaga pengajarnya.
Setakat ini sekurang-kurangnya 100 kelas yang telah kami tawarkan buat orang ramai seperti membuat dan mendekorasi kek, pastri, pavlova serta macaroon.
Momen terindah apabila berpeluang menghasilkan pastri berupa chicken pie, sardine puff dan cream horn istimewa buat Raja Permaisuri Perak iaitu Tuanku Zara Salim bersempena ulang tahun kelahirannya. Antara klien besar Coffee Jeans & Co ialah Shell, Petronas dan Schlumberger.
Saya amat bersyukur dan anggap ini adalah rezeki seterusnya menambahkan lagi semangat untuk saya berusaha lebih gigih demi menaikkan nama Coffee Jeans & Co.
Satu-satunya sumber inspirasi saya dalam perniagaan ialah Datin Vivy Yusof,” kongsi Tania Zara yang juga aktif sebagai model iklan komersil dan pelakon. Amy Mohd
Sumber Foto: @taniazara dan @coffeejeansandco
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kagum lihat keprihatinan Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam usahanya membanteras gejala buli. Enggan membezakan jurang perbezaan dengan rakyat, Puteri Diraja Selangor ini sanggup turun padang ke beberapa sekolah terpilih di sekitar Selangor untuk bertemu sendiri para pelajar sekolah. Satu usaha murni yang pastinya menjadi inspirasi kepada rakyat jelata!
Kerap memberi penekanan tentang isu buli di Instagram, Tengku Zatashah yang berangkat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang semalam turut menyeru masyarakat dan pelajar sekolah amnya, agar berganding bahu menangani gejala tidak bermoral ini.
Tegasnya yang menyokong Kempen Kebaikan Nasional menerusi program #StandTogether yang menyemai sikap kebaikan di kalangan pelajar sekolah, “Baik Hati adalah mengenai semua orang bersikap ambil peduli dan baik. Jika anda melihat seseorang berdiri sendirian mengapa tidak anda bercakap dengan dia? Jika anda melihat seseorang duduk bersendirian di sudut kelas dan tidak bermain di padang permainan, mengapa tidak menjemput rakan anda untuk bermain bersama?
Tahukah anda 80% pelajar sekolah rendah di Malaysia pernah menjadi mangsa buli? Saya di sini pada hari ini mengatakan bahawa perkara ini merupakan topik yang sukar untuk anda akui. Tetapi saya juga di sini, menyeru anda untuk melakukan perkara yang positif.
Berdiam diri apabila melihat kejadian buli sama seperti anda menjadi pembuli kerana tidak berani melakukan apa-apa untuk membantu mangsa buli. Apa yang diperlukan oleh mangsa buli ialah kita sama-sama menjadi #baik hati.
Sila laporkan jenayah buli kepada guru dan ibu bapa anda. Apabila anda membenarkan jenayah buli terus berleluasa, kejadian ini akan hanya menjadi lebih teruk.”
Tambahnya lagi, menurut institut penyelidikan global (IPSOS) 71 peratus aktiviti buli siber di Malaysia berlaku dalam media sosial dengan 53 peratus pembuli siber adalah rakan sekelas mangsa.
Sumber: Instagram Tengku Zatashah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!