Bergelar isteri kepada anggota tentera memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Banyak cabaran yang perlu dihadapi dengan sabar.
Begitulah yang dihadapi oleh pengacara cantik, Dayah Bakar. Tahun ini genaplah lima tahun Dayah bergelar isteri kepada pegawai tentera, Major Muhammad Hanif Hamidi.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang sangat comel dan bijak iaitu Achbar Muhammad Fahri yang kini berusia tiga tahun.
Sebelum ini bekas pengacara Borak Kopitiam ini pernah tinggal berjauhan dengan suami selama lebih setahun atas faktor kerja.
Ketika itu suaminya yang masih bergelar Kapten berkhidmat sebagai pegawai tentera di Australia.
Ads
Baru-baru ini, Dayah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya di mana dia menitipkan ucapan penuh makna buat suami bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-5 tahun. Dayah dan suami mendirikan rumahtangga pada 28 Jun 2018.
Tulis Dayah di ruangan kapsyen: –
Ads
“In conjunction with our 5th wedding anniversary , here’s a note that I wrote while you are enjoying nice bubble bath with Fahri.
“This….is a life that I never ever thought I will be in, a life that requires more than beautiful romance, but the kinda love that requires unspoken sacrifices, unconditional patience and love. To be in your life which means automatically tied up in an army life and the whole entire system.”
Dayah turut meluahkan rasa bangganya terhadap suami yang sentiasa berdedikasi dalam tugas sekaligus memberi inspirasi buat dirinya untuk menjadi isteri serta ibu yang terbaik.
Ads
“Watching you grow , and how dedicated you are in carrying your “amanah” inspire me and always leave me in awe. Its been months but I would like to take this second right here, to express how proud I am of you. Very well deserve, congratulations for another milestone.”
“Salute, Major Hanif”
Tidak dilupakan, Dayah terus mendoakan kesejahteraan dan kejayaan suaminya.
“Di setiap liku dan perjalanan yang kau lalui, di setiap itu aku titipkan kasih dan penuh cinta dan pengharapan, supaya Allah sentiasa melindungiMu dengan kasihNya.
“Teruslah menjadi sosok yang merendah diri dan berbakti kepada agama dan negara. Amin.”
Semoga Dayah dan suami kekal bahagia sampai syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ternyata tidak sukar untuk mengatur pertemuan dengan YM Tengku Puan Bendahara Perlis Datin Seri Diraja Sharifah Azura Al-Juffry kerana sifat ramah-tamah yang dimiliki oleh wanita tinggi lampai ini. Hanya melalui protokol yang ringkas pertemuan kami berlangsung di kediamannya yang terletak di pinggir ibu kota.
Naluri keibuan terbit secara semula jadi saat berbicara tentang permata hatinya. Memiliki anak kembar tiga melalui kaedah IVF merupakan cabaran luar biasa buat ibu muda ini. “Biasanya jika ada masa yang terluang saya untuk bermain dan berborak dengan anak-anak saya. Saya selalu ambil tahu apa sahaja aktiviti yang mereka jalankan sepanjang hari di sekolah. Anak-anak zaman sekarang begitu berbeza dengan anak-anak zaman dahulu.
Apabila mereka melihat kita ambil tahu tentang aktiviti yang lakukan secara tidak langsung mereka menghargai dan tahu bahawa kita sayangkan mereka. Ini lebih baik daripada membenarkan mereka bermain gajet setiap hari selepas pulang dari sekolah, makan dan tidur. Anak-anak saya tidak boleh menonton televisyen dan hanya boleh menontonnya pada hujung minggu sahaja. Komunikasi dua hala sangat penting dalam membesarkan anak-anak zaman era teknologi ini,” ungkap Tengku Puan yang melalui proses IVF.
Mencungkil cara pendidikan yang diterapkan oleh pemilik bersama Najwa Aesthetic Sdn. Bhd ini, ternyata menyuntik inspirasi kepada wanita lain. “Saya juga seperti ibu lain yang ada masanya akan marah jika mereka melakukan kesilapan. Jika tidak menegur, mereka tidak akan tahu apa kesilapan yang telah dilakukan. Namun, setiap hari saya masih belajar dengan ilmu keibubapaan dan menjadi ibu yang terbaik kepada anak-anak.
Tidak lengkap rasanya perbualan bersama Tengku Puan andai tidak bertanya tentang rejim penjagaan kecantikannya. “Amalan penjagaan kecantikan saya sama seperti wanita lain juga. Saya banyak mengamalkan minum air putih dan tidak mengambil minuman yang bergula. Saya suka makan nasi dan fanatik dengan masakan Melayu. Masakan Melayu kaya dengan khasiat ulam-ulaman dan saya suka segala jenis ulam-ulaman yang terdapat di negara kita.
Kunci kepada kecantikan saya adalah dengan mendapatkan tidur dan rehat yang cukup. Kalau saya tidak mendapat tidur yang cukup pasti esok paginya akan sakit kepala dan tak ada mood. Paling lewat saya akan tidur pada pukul 11.00 malam. Rutin penjagaan wajah saya seperti biasa seperti menggunakan cecair pembersih wajah, menyapu penyegar dan memakai pelembap. Tetapi sejak mempunyai spa, saya memanjakan diri di spa sambil merawat kulit.
Bagi saya kecantikan sebenar seorang wanita adalah bermula daripada dalam. Apabila kita sentiasa ikhlas dalam pergaulan, hati bersih dan tingkah laku baik secara tidak langsung kecantikan luaran akan jelas terpancar. Kalau peribadi kita dibuat-buat orang nak datang dekat pun jadi takut-takut. Keperibadian yang baik adalah cermin sebenar setiap insan,” tutur wanita yang berusia 34 tahun ini yang gemar dengan penampilan smart casual.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahun 2017 pastinya menjadi detik terindah bagi atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli. Masakan tidak, pada tahun inilah pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio tersebut dikurniakan rezeki melimpah ruah selain mencipta pelbagai kejayaan dalam kerjaya sukannya. Salah satu momen terindah bagi Ziyad, bergelar bapa kepada cahaya mata perempuan, Zuhayra Zafra 2 Ogos lepas hasil perkongsian hidup bersama isteri tersayang, Zafirah Mohd Nasir.
Lebih sebulan menimang anak sulung, pada September tahun sama juga Ziyad yang pernah diiktiraf sebagai Atlet Paralimpik Negara Terbaik 2013 oleh Anugerah Sukan Negara komited meneruskan aksi cemerlang sepanjang menyertai Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017. Dia yang berjaya memecahkan rekod temasya dengan catatan 16.81 meter sekali lagi merangkul pingat emas menerusi acara lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajaran). Ternyata, 2017 menjadi tahun terbaik buat atlet berusia 27 tahun ini.
Dalam usia yang masih muda, pencapaian membanggakan Ziyad wajar dijadikan inspirasi buat semua. Terbaru, atlet ini turut menzahirkan kesyukuran atas nikmat yang diberikan. Kongsi Ziyad dalam Instagram miliknya, “Target 2017 alhamdulillah tercapai. Kerja lebih keras untuk 2018. Seorang yang tidak nampak masa hadapan macam mana dan juga sbeagai anak luar biasa, betul lah orang dulu berkata ‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’. Tapi tiada istilah NASIB, setiap apa yang kita buat, nak berjaya perlu kerja keras. Apa yang kita nak tu kita perlu ada pengorbanan dan rintangan.
Apa pun juga kekurangan kalau ada kemahuan anda akan berjaya suatu hari nanti. Mungkin lambat lagi atau mingkin korang buat terus menjadi. So jangan pernah mengalah dalam setiap apa yang hendak dilakukan. Terima kasih pada semua yang selalu mendoakan kejayaan saya sekarang ini. Saya akan ingat mana asal usul saya.
Tiada sedikit pun di hati nak menunjukkan kemewahan apa yang ada. Saya cuma ingin memberikan motivasi untuk rakan-rakan semua. Apa yang kita inginkan tak mustahil terjadi jika kita benar-benar mahukannya dan buat dengan ikhlas. Prinsip saya, biar sampai jadi. Kalau tak jadi betulkan balik apa yang silap.”
Syabas Ziyad sebab berani keluar dari zon selesa dan gigih mencari platform terbaik saban tahun. Moga bakat yang dimiliki terus bersinar dan kembali mengharumkan nama negara di persada dunia!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi Indonesia yang terkenal dengan lagu ‘Tiada Lagi’ Mayangsari mendedahkan antara rahsia awet mudanya ialah kebahagiaan yang dikecapinya dalam rumahtangga.
Hakikatnya ia memang benar kerana apabila seseorang itu sentiasa merasa gembira dan bahagia, ketenangan jiwanya akan terserlah pada luaran.
Wajah pun akan berseri-seri dan awet muda.
Menurut Mayangsari, selama 23 tahun bergelar isteri kepada usahawan terkenal, Bambang Trihatmodjo, dia tidak pernah memeriksa telefon bimbit suaminya itu.
Untuk info, mereka mendirikan rumahtangga pada tahun 2000.
Memetik perkongsian di saluran YouTube Melaney Ricardo bertarikh 19 April 2023, Mayangsari juga tidak pernah mengongkong suaminya.
“Mungkin cara kita menghilangkan kebosanan adalah dengan tidak menahan satu sama lain.
“Salah satunya tidak memeriksa telefon bimbit pasangan. Saya sendiri tidak pernah melakukan sedemikian.
Selain itu, Mayangsari dan suami juga tidak pernah meletak password (kata laluan) pada telefon bimbit masing-masing.
“Saya tidak tahu dan dia tidak pernah menggunakan kata laluan. Saya juga tidak pernah menggunakan kata laluan, kami tidak kisah,” jelas Mayangsari.
Mayangsari juga tidak pernah berprasangka buruk terhadap suaminya seperti mana wanita-wanita lain.
“Itu nampak sangat menyeksakan, saya tidak mahu,” jelasnya. Dia juga sedar sikap sebegini tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi jika sudah berkahwin.
Apa pun kata Mayangsari, kunci utama kebahagiaan ialah saling menghormati antara satu sama lain. Semoga Mayangsari dan suami bahagia selamanya.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Kredit Foto: Instagram Mayangsari
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki aktres Hollywood ini pada usia 62 tahun, Demi Moore muncul sebagai wanita tertua dinobatkan gelaran 'Orang Tercantik Di Dunia' oleh Majalah People.