Krisis rumah tangga biasanya bermula dari kamar tidur. Hubungan hambar, jarang bersama atau gangguan kesihatan boleh menjadi asbab suami isteri berbalah. Nona mendapatkan pandangan Pakar Obstetrik & Ginekologi, Dr Norintan Zainal Shah tentang isu ini.

Soalan: Saya adalah seorang ibu kepada sepasang cahaya mata yang berumur 12 dan 10 tahun. Kini saya berumur 40 tahun, manakala suami saya berumur 55 tahun. Masalah saya ialah kami tidak pernah ‘bersama’ langsung sepanjang tahun ini.

IKLAN

Saya begitu menyayangi suami dan begitu juga perasaan beliau terhadap saya. Kami berdua juga tidak mempunyai apa-apa penyakit. Pada pendapat doktor, kenapa agaknya masalah kami ini timbul?

Isteri Kesepian, Gombak

Isteri ‘Dingin’, Pakar Sakit Puan Ini Dedah Puncanya Yang Mengejutkan!

Jawapan: Setiap pasangan akan melalui fasa-fasa yang berbeza. Salah satu masalah yang timbul ialah hilangnya keinginan untuk bersama. Jika masalah ini dibiarkan tanpa perbincangan di antara suami dan isteri, maka agak sukar untuk pasangan kembali aktif seperti baru berumah tangga.

Perasaan kasih, sayang dan ‘keinginan’ BOLEH dipengaruhi oleh pelbagai perkara. Tapi selain dari perasaan bosan, beberapa faktor lain boleh memadamkan perasaan tersebut iaitu:

1. Tekanan di tempat kerja dan di dalam rumah
2. Rasa penat yang melebihi dari biasa
3. Anak-anak yang mengganggu waktu ibu bapa untuk ‘bersama’

Isteri ‘Dingin’, Pakar Sakit Puan Ini Dedah Puncanya Yang Mengejutkan!

Kebanyakan doktor mendapati masalah suami isteri yang dianggap sebagai ‘remeh temeh’ boleh menjadi masalah besar dan menyebabkan pasangan berhenti dari melakukannya. Punca-punca biasa:

1. Tidak lagi rapat dan mesra
2. Timbul rasa tidak lagi diperlukan oleh pasangan
3. Isteri atau suami kuat berleter atau banyak komen
4. Masalah wang
5. Masalah keluarga atau mertua
6. Masalah imej diri (tidak merasakan dirinya cantik atau segak)
7. Cemburu dan menyimpan rasa tidak puas hati dalam hati

IKLAN

Jika Puan mengalami masalah seperti ini, eloklah dibincangkan dalam keadaan yang rasional dan berterus-teranglah sesama sendiri. Ketika berbincang, dengarkan penjelasan suami dengan teliti. Diri Puan juga perlu menjelaskan perasaan Puan kepadanya.

Jika benar seperti yang dikatakan bahawa Puan masih sayangkan dia dan dia juga mempunyai perasaan yang sama, saya percaya, perbincangan seperti ini pasti berjaya.

Walaupun Puan dan suami merupakan pasangan yang sihat, namun ramai pesakit-pesakit berhenti ‘bersama’ kerana masalah perubatan seperti:

IKLAN

1. Penyakit kencing manis, masalah darah tinggi dan kanser misalnya.
2. Wanita sukar mencapai kepuasan.
3. Lelaki sukar mengalami er3ksi atau 3jakulasi walaupun mahu berbuat demikian.
4. Pasangan mengalami kesakitan ketika ‘bersama’.

Bagi mereka yang mengalami masalah sebegini, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang sesuai dengan penyakit yang ada.

Saya percaya, perkahwinan adalah satu kurniaan dari Tuhan, maka adalah menjadi tanggungjawab kepada pasangan untuk menjayakannya. Perasaan kasih sayang dan hubungan yang memuaskan dalam perkahwinan amat penting bagi mengekalkan perkahwinan ini.

Puan juga janganlah berasa malu untuk mencuba teknik-teknik baru jika itu yang disarankan oleh suami. Inilah peluang bagi Puan meluahkan apa sahaja keinginan dan saya pasti jika si suami sayangkan isteri, beliau pasti ingin dan sentiasa bersedia untuk menggembirakan Puan.

Saya doakan agar Puan dan suami akan berjaya dalam menangani masalah ini. Nasihat ikhlas dari saya adalah suami dan isteri jangan cepat putus asa jika hubungan kurang menarik. Bersama-samalah meningkatkan kesihatan dan jaga tubuh badan.

Ikuti diet yang sihat dan sertailah kelas aerobik, lakukan senaman dan/atau yoga bagi mendapatkan tubuh yang lebih menarik serta menambahkan keyakinan dalam diri. Saya percaya ia BUKANLAH perkara yang mustahil untuk mendapatkan hubungan yang lebih baik di pertengahan umur ini.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI