Pelakon utama filem Wawa Semput, Yana Samsudin menerusi satu hantaran video Instagram miliknya, pernah meluahkan rasa tidak puas hati dan bengang terhadap segelintir pihak yang cuba mengaut untung ‘atas angin’ menggunakan gambar serta namanya bagi mempromosikan produk kurus di laman sosial.
Justeru, enggan perkara ini berlarutan hingga memperdaya lebih ramai mangsa, Yana tampil memberi amaran keras kepada peniaga produk, agar memadam posting berkenaan serta merta bersama satu permohonan maaf.
Penjual Produk Sila Padam Posting Tersebut! Buat Permohonan Maaf
“Ini semua tidak benar dan saya tidak pernah pegang produk ini, saya tidak pernah makan produk ini. Gambar ini telah diedit.”
“Boleh saman orang ini sebenarnya, jadi sebelum saya buat tindakan seterusnya, padam dan buat permohonan maaf! Jangan sampai Kak Yong datang.”
Video amaran berkenaan telah dikongsikan yana di kedua-dua laman sosial rasmi miliknya iaitu di Instagram dan juga Facebook. Jelas Yana lagi, pihak berkenaan membuat satu ‘fake account’ menggunakan nama dan gambarnya untuk tujuan penjualan produk pelangsing berat badan itu sehingga menimbulkan kekeliruan kepada umum.
Guna Gambar Artis, Sasar Peminat Untuk Beli produk
Ads
Yana berkata, modus operandi yang digunakan oleh produk berkenaan adalah mensasarkan pembeli dikalangan para peminat selebriti tanah air seperti dirinya, maka para peminat yang terkeliru akan membeli produk berkenaan seolah-olah dia yang menjualnya.
Meninjau ke laman Facebook, Hijabista mendapati bahawa bukan gambar Yana seorang sahaja yang telah dimanipulasi, terdapat juga beberapa artis popular tanah air lain yang menjadi mangsa produk sama, antaranya Dato’ Siti Nurhaliza, Neelofa dan Mira Filzah.
Lebih membimbangkan apabila produk berkenaan tidak dapat dipastikan keselamatannya, samada ia mengandungi bahan terlarang seperti racun berjadual yang boleh memudaratkan pengguna.
“Sudahlah tipu orang menggunakan gambar selebriti, produk itu pun kita tidak tahu halal ke tidak. Tidak ada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Entah-entah ada produk racun berjadual atau tidak. Entah ada babi,” ujar Yana.
Ads
Tak baik cari rezeki dengan cara menganiaya orang macam ni kan? NONA doakan agar peniaga tersebut sedar bahawa banyak lagi cara yang lebih baik untuk melariskan produk jualannya daripada menggunakan ‘taktik kotor’.
Jadi Duta Produk Ibarat Pegang ‘Saham Akhirat’ – Yana Samsudin
Tambah Yana lagi, dia tidak akan menerima untuk menjadi duta kepada sesebuah produk secara ‘tangkap muat’ atau sambil lewa sahaja, kerana ia turut bersangkut paut dengan ‘saham akhirat’ sebagai seorang muslimah.
“Bila bercakap mengenai jadi duta, ia bukan kerja yang mudah sebab kita memegang kepercayaan klien, kita adalah ‘muka depan’ kepada sesebuah produk itu. Jadi saya cuba untuk membawa kepercayaan orang dengan sempurna dan sebaik mungkin.
Ads
“Untuk saya, kita sebagai duta perlu faham pahit jerih berniaga ni bukan senang. Pastinya bila klien lakukan pelaburan pada kita, kita pun salah seorang pekerja mereka. Jadi kita kena percaya bahawa kita juga sebahagian daripada kaedah pemasaran dan perlu bersama-sama dengan mereka.
“Jujurnya saya pula saya kalau nak bawa sesebuah produk, saya fikir dan pegang saham akhirat itu. Saya akan pilih produk, kalau ia membawa manfaat pada agama, saya akan ambil.
“Malah biarlah sesebuah produk itu tidak memudaratkan orang lain. Misalnya ini Baju Kurung yang menutup aurat, persalinan Muslimah. Malah orang Islam yang jalankan perniagaan ini, kenapa kita tak sama-sama menyokong. Jadi itulah, atas rasa ikhlas dan mereka pun jujur dalam berniaga,” katanya.
Terdahulu, Yana berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media di Glass House, Seputeh, Kuala Lumpur.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA & Media Hiburan
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Manushi Chhillar berusia 20 tahun seorang pelajar perubatan di Bhagat Pool Singh Government Medical College For Women telah merangkul takhta Miss World 2017 setelah mengalahkan 117 peserta dari negara lain. Tempat kedua dimenangi oleh Andrea Meza dari Mexico dan tempat ketiga jatuh kepada Stephanie Hill dari England. Manakala Aurore Kichenin dan Magline Jeruto masing-masing berasal dari Perancis dan Kenya berada dalam kelompok lima terbaik.
Menarik tentang gadis ini. Kedua ibu dan bapanya merupakan seorang doktor.
Soalan yang menjadi kunci kemenangan gadis ini berbunyi, “Bagi anda pekerjaan apakah yang patut dianugerahkan dengan gaji paling tinggi?” Tanpa gementar dia menjawab, “Bagi saya mereka yang bergelar ibu adalah pekerjaan yang patut mendapat pujian dan hormat tertinggi. Ia bukan tentang wang tetapi kasih dan sayang yang mereka curahkan tidak ternilai. Ibu saya merupakan inspirasi terbesar dalam hidup ini dan saya yakin mereka harus mendapat penghormatan tertinggi.”
Menarik tentang kemenangan Manushi, dia akhirnya menamatkan kemarau 17 tahun dunia ratu cantik India yang mana kali terakhir wanita dari negaranya memenangi gelaran Miss World adalah pada tahun 2000 menerusi Priyakan Chopra yang kini merupakan salah seorang pelakon terkenal di Hollywood.
Jom kita intai lima lagi wanita cantik India yang pernah memenangi takhta Miss World.
Rita Faria. Miss World 1966
Aishwarya Rai, Miss World 1994
Diana Hayden, Miss World 1997
Yukta Mookhey. Miss World 1999
Priyanka Chopra, Miss World 2000
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kasih sayang seorang isteri terhadap suami memang tiada sempadan. Tugas seorang isteri melayan suami tetap menjadi keutamaan walau setinggi mana sekalipun pangkat seorang isteri. Kan syurga isteri di bawah tapak kaki suami!
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar telah ‘mencuri’ hati setiap wanita yang bergelar isteri baru-baru ini apabila menyediakan sarapan untuk suaminya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam keadaan sedang kuarantin.
Titah Raja Permaisuri Agong, “Siapa pun kita, jika sudah berkahwin tetap seorang isteri,” Tunku Azizah pakai topeng muka dan sarung tangan buat sarapan untuk YDP Agong.
“Setiap pagi, saya siapkan sarapan untuk Tuanku Agong. Nasib baik lah Tuanku memang santap hanya telur setengah masak untuk breakfast,”.
“Setiap hari juga caterer akan hantar nasi lemak atau mee goreng atau beehoon atau kuay teow. Beginilah setiap hari kami self quarantined dan distancing, saya akan pakai mask dan gloves untuk masak sendiri untuk Tuanku Agong.
No matter who you are, who you are married to, regardless of race, wealth, religion or creed, you are still a wife. It is our duty to serve our husband and family, and I rather quite enjoy it! Serve with love,” titah Raja Permaisuri Agong.
Orangnya cantik dan terpelajar. Baru menginjak usia 25 tahun, Mariam Nabila Redzuan atau lebih mesra disapa Mary sudah pun memiliki hala tuju yang jelas untuk masa depan. Walau sibuk dengan pelajaran namun dia tetap aktif berniaga meskipun secara carboot sale. Tidak segan bermula dari bawah, Mary berhasrat mempunyai rangkaian makanan pandu lalu suatu hari nanti. Luar biasa impian anak muda ini!
Selain bergelar penuntut di Brickfiels Asia College (BAC), Mary juga berkhidmat di sebuah firma guaman iaitu Farhan Maaruf & Co. “Kini saya bekerja sambil belajar melakukan attachment dengan firma Farhan Maaruf & Co yang memerlukan saya untuk bergerak lebih pantas dalam mencari pengalaman dan pengetahuan. Apatah lagi syllabus yang dipelajari di BAC ketika ini berasaskan dari UK dan saya hanya akan mempelajari undang-undang tempatan jika saya melakukan CLP (certificate in legal practice) kelak.”
Minat membaca sejak kecil telah membawa Mary untuk mendalami bidang undang-undang dan bisnes. Bukan berasal dari keluarga berada, anak sulung daripada enam beradik ini mahu mengubah nasib keluarga dan menjadi contoh terbaik buat adik-adiknya.
“Saya perlu berdikari untuk capai yang saya inginkan memandangkan saya berjauhan daripada keluarga yang berada di Ipoh, Perak. Jadi berbekalkan usaha untuk habiskan belajar, saya harap dapat jadi inspirasi dan contoh kepada adik-adik saya untuk mengutamakan pelajaran.
Walau dapat bantuan PTPTN untuk biayai yuran pelajaran tapi saya turut membuat pinjaman peribadi kerana kos belajar external programme adalah tinggi. Tak dinafikan, situasi belajar dan bekerja serta jauh dari keluarga agak mencabar. Apa-apa pun saya perlu hadapinya dan buat saya jadi lebih kuat dalam menempuh cabaran akan datang.”
Meskipun ‘berkejaran’ menimba ilmu dan mencari pengalaman bekerja, minat terhadap perniagaan tetap tidak dilupakan. Demi membiayai pengajian dan keperluan berada di bandar seorang diri, Mary turut menjadi agent insurans. Walau belum mampu menghasilkan produk niaga sendiri namun sejak Ramadan lalu dia sudah mula menjadi dropship.
“Sejak Ramadan lepas saya menjadi dropship agent bagi product dari kayaraya.co dan kini saya turut menjual produk minuman ini secara carboot sale di Taman Tasik Titiwangsa. Selain itu, saya juga membantu rakan dalam menjalankan perniagaan online dan merancang menyediakan masakan untuk dihantar ke kedai makan atau pejabat berdekatan.
Setakat ini tiada produk yang dihasilkan saya lagi tapi saya banyak membantu perniagaan kecil-kecilan rakan-rakan dan orang sekeliling seperti Bunga Surprise, jadi agent produk kecantikan dan produk minuman pelbagai perisa dari kayaraya.co.
Walau terpaksa buat lebih daripada satu pekerjaan, dalam masa sama saya perlu bijak membahagikan masa untuk menyiapkan tugasan serta menghadiri online class di samping mendapat rehat secukupnya untuk berniaga keesokkan hari. Apa-apa pun saya gembira dengan rutin ini kerana dapat cuba perkara baharu dan memberi manfaat kepada diri saya sendiri.”
Menjadikan kedua-dua ibu bapa sebagai semangat untuk terus berjaya, wanita yang dilahirkan pada 23 Februari 1996 ini amat menghargai pengorbanan mereka dalam membesarkan enam orang anak. “Menyaksikan ibu bapa saya yang masih lagi kuat bekerja sampai sekarang demi menjaga kami enam beradik sememangnya tak mampu dibalas. Bapa saya merupakan seorang ahli bomba dan gaji yang diterima itulah digunakan untuk menanggung adik-beradik lain.
Tak mahu menyusahkan ibu bapa, saya juga mula bekerja sejak berusia 16 tahun lagi dan saya percaya kita akan dapat apa yang kita mahukan jika terus berusaha. Tak kira berapa kali kita gagal, asalkan ada tekad dan keazaman pasti akan berjaya.”
Tambahnya, dalam 10 tahun akan datang dia mahu mempunyai perniagaan sendiri. “10 tahun akan datang, saya pastinya jadi graduan dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian. Saya juga mengimpikan untuk menjadi ahli perniagaan. Jika saya berpeluang diberi ilmu dan bantuan secukupnya, saya ingin memperkenalkan food chain drive thru untuk sajian popular rakyat Malaysia.
Misalnya Nasi Lemak atau Nasi Ayam agar mudah untuk mereka mendapatkan makanan berbanding fast food chain yang ada. Juga, jika diberi kesempatan saya mahu memiliki carwash yang bercirikan grafik dan imej menarik serta kedai makan gaya moden yang seiring keperluan remaja milenial dengan teknologi moden media sosial.”
Moga segala hasrat dan cita-cita Mary dipermudahkan dan menjadi inspirasi kepada ramai wanita untuk terus mencipta kejayaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!