Terlalu banyak kejadian yang telah berlaku dalam kehidupan peribadi dan jendela dunia kita hari ini. Satu persatu menjadi sebuah pengalaman dan pengajaran untuk kita memahami erti kehidupan. Bertafakur seketika menginsafi setiap kejadian itu dan mengambil ikhtibar atas apa yang telah berlaku. Kita pasti tertanya apa yang akan berlaku pada hari esok? Mungkin esok belum menjanjikan keindahan, mahupun yang duka. Dan siapalah kita untuk meramalkan sesuatu yang bakal berlaku, hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui.
Kisah Ustazah Hamidah ini menjadi tauladan yang baik buat kita yang masih hidup. Ustazah berkhidmat sebagai pengurus jenazah, beliau sentiasa berdoa agar setiap kali menguruskan jenazah segala-galanya berjalan dengan lancar Pelbagai tragedi yang pernah dilaluinya setiap kali dipanggil untuk mengurus jenazah, pelbagai rasa akan timbul dalam hati. Biasanya, jika ada rasa tak sedap hati dan badan, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada mayat tersebut.
InsyaAllah, jika jenazah itu masa hidupnya baik, banyak amal ibadat, tidak buat perkara-perkara mungkar, Ustazah akan menguruskan jenazah itu dengan senyuman dan rasa gembira. Sebaik-baiknya Ustazah cuba untuk meletakkan jenazah itu sebagai mati dalam beriman dan sebaliknya.
Suatu hari selepas selesai menunaikan solat Dhuha, Ustazah menerima panggilan daripada AJK Masjid untuk menguruskan jenazah yang meninggal dunia pada waktu subuh tadi. Dikatakan jenazah itu meninggal secara tiba-tiba tetapi bukan disebabkan wabak COVID-19.
Ads
Keluarlah Ustazah bersama anak perempuannya yang memang telah diajar untuk membantunya menguruskan jenazah. Dengan membawa segala kelengkapan, 15 minit perjalanannya sampailah di hadapan rumah tersebut. Sebuah rumah banglo yang agak lama usianya. Dari luar rumah lagi sudah berkumandang bacaan surah Yasin menemani langkah Ustazah ke dalam. Sejuk hati Ustazah Hamidah mendengarnya walaupun yang ada hanyalah anak-beranak keluarga arwah sahaja.
Melangkah masuk, Ustazah dapat mencium bau yang sangat wangi. Mungkin bau minyak wangi, itulah yang terfikir dalam otak kepalanya. Jenazah telah diletakkan dalam bilik. Dengan bantuan lima orang anak lelaki dan seorang anak perempuan, jenazah pun dibawa ke bilik air. Nasib baik bilik air itu luas saiznya, mudah bagi Ustazah untuk menguruskan pemandian jenazah.
Sewaktu jenazah mahu dimandikan, timbul rasa seronok melihat wajah tenang arwah begitu indah dan bahagia. Tubuhnya mengeluarkan haruman yang wangi seperti bunga yang baru dipetik di taman. Alhamdulillah, selesai urusan memandikan jenazah, urusan mengkafankan jenazah juga dilakukan dengan mudah. Dalam hati Ustazah, pastinya arwah seorang yang sentiasa melakukan kebaikan dalam hidupnya.
Ads
Tidak ada langsung kesukaran dalam menguruskan jenazah, waris pula banyak membantu. Bahagia Ustazah melihat waris jenazah, satu persatu anaknya mencium jenazah buat kali terakhir dengan tenang. Selesai semuanya, sempatlah ustazah bertanya kepada waris tentang jenazah.
Semasa hidup, dia seorang ibu yang sangat baik pada keluarga. Bekas seorang guru yang tegas tetapi baik membantu mengajar anak-anak murid di sekolah. Selepas suaminya menerima pingat Dato’, arwah disuruh berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa membesarkan enam orang anak. Dalam membesarkan anak-anaknya dengan mengikut ajaran Islam sepatutnya, anak-anak membesar dengan sempurna.
Ads
Arwah tidak pernah sombong atau berlagak dengan status atau kemewahan perniagaan yang dimiliki oleh suaminya. Rezeki yang ada sentiasa dikongsikan bersama mereka yang memerlukan. Amalan sedekah menjadi aktiviti wajib setiap bulan, selain mengaji, menjaga solat dan belajar agama. Sayangnya, arwah dikatakan selalu dipukul dan dimaki hamun oleh suami. Ada sahaja yang tidak kena di mata Dato’. Anak-anak yang kecil ketika itu juga tidak mampu berbuat apa-apa. Kalau dilawan atau cuba mempertahankan ibu mereka, sekali naik akan dipukul oleh si bapa. Masuk hospital sudah beberapa kali, namun arwah tidak pernah membuat aduan dan sebagainya.
Arwah juga tidak pernah mengangkat suara tinggi pada suami, jauh sekali melawan cakap Dato’. Tetapi sayangnya setelah 20 tahun berkahwin, Dato’ menceraikan arwah untuk berbini muda. Alhamdulillah, arwah sangat sabar dalam menghadapi pelbagai dugaan dalam sisa hidupnya. Kesabaran itu banyak memberi ketenangan dalam menempuhi hidup membesarkan anak-anaknya dengan baik. Seperti kata anak sulungnya kepada Ustazah, “Allah lebih sayangkan mama. Mungkin Allah ingin mama berehat setelah melalui pelbagai dugaan dalam hidupnya.”
Bertuah sungguh Ustazah Hamidah kerana berpeluang menguruskan jenazah ibu mithali ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada sahabat mengeluh, teman lelakinya asyik cemburu buta. Pantang sekejap hilang khabar berita, habis satu Malaya dicarinya. Rimas. Pun selepas sahabat ini puas meratap menangisi takdir malangnya, tiba-tiba dia mengumumkan berita perpisahan. Kami semua tumpang gembira kala mendengar episod lukanya berakhir, kenang-kenang kembali bekas teman lelakinya yang kuat cemburu itu pun suami orang.
Dia tenang sekejap. Lama dia menyepikan diri dari kami. Rupanya dalam diam sahabat ini masih menyembunyikan derita yang ditanggungnya. “Jantan tu masih ganggu aku, habis telefon bimbit dan pejabatku dikacaunya. SMS berbaur ugutan dan ancaman jangan kiralah, sampai susah nak bekerja!” Dia merintih lagi, bekas teman lelakinya kini menyalahkan hubungan cinta tiga tahun mereka sebagai alasan rumahtangganya berantakan. Lebih parah, lelaki itu tanpa segan silu datang ke rumah dan bercerita kisah mereka kepada orang tuanya. Malu! Terbaru, wang RM 10,000.00 dituntutnya, konon pampasan pada kerugian selama mereka bersama.
Geleng kepala kami mendengarnya. Pada lelaki, musim bercinta semuanya indah. Duit ditabur pada wanita yang disayangi, semua ingin dibeli, ingin dihadiahi kepadanya. Tidak salah sesekali berbelanja, tapi wajarkah ia dituntut bila kasih tak menjadi? Jangan ingat begitu mudah hati wanita ditakluki. Sudahnya sahabat kami ini jadi tidak menentu. Fikirannya kerap menerawang jauh. Wajahnya berubah suram pucat tanpa seri.
KENALI PENDERAAN DOMESTIK
Kisah benar ini tergolong dalam klasifikasi penderaan domestik, atau kekejaman pasangan intim yang dilakukan oleh pasangan terdekat, suami, isteri, bekas kekasih, teman lelaki atau teman wanita anda. Ia juga pernah terjadi dikalangan heteroseksual dan pasangan sejenis dengan melibatkan penderaan berbentuk fizikal, seksual atau psikologi termasuk kata-kata ancaman untuk memukul, mencederakan atau mengikut jejak pasangan tanpa pengetahuan.
Apabila ada di antara pasangan merasa takut, cedera dan terus-menerus dalam kekecewaan dengan layanan yang diterimanya, segeralah bertindak. Anda mungkin dalam bahaya!
AWAS! HUBUNGANMU BERMASALAH JIKA…
Pasangan anda,
Ada memalukan atau mentertawakan anda di depan teman dan keluarga?
Melunturkan semangat dan memperkecilkan impian dan pencapaian anda
Membuatkan anda sukar membuat keputusan yang betul
Menggunakan ugutan untuk menarik perhatian
Sering memberitahu bahawa diri anda tidak bermakna tanpanya
Melayan anda dengan kasar – menarik, menolak, mencubit, menampar atau menumbuk
Telefon berkali-kali untuk memastikan anda berada di tempat yang dinyatakan
Menggunakan alasan di bawah pengaruh dadah dan alkohol untuk menyakiti anda
Menyalahkan anda atas sebarang kegagalan dan tindakan buruknya
Memaksa perlakuan seks tanpa kerelaan
Sering membuatkan anda terasa tiada jalan keluar untuk perhubungan dengannya
Menghalang anda melakukan sesuatu yang anda mahu lakukan, seperti meluangkan masa dengan keluarga dan kawan-kawan
Selalu meninggalkanmu pada bila-bila masa dan dimana-mana dengan niat untuk ‘memberi pengajaran’ apabila bergaduh
Anda,
Selalu merasa takut dengan kelakuan pasangan anda
Berterusan memberi alasan untuk menyelamatkan ‘perangai buruknya’ di depan teman-teman
Percaya bahawa pasangan anda akan berubah jika anda mengubah perangai anda
Selalu mengelakkan konflik agar tidak mencetuskan pertengkaran dengannya
Selalu merasa pasangan anda tidak pernah gembira dengan tindakan anda
Sentiasa melakukan perkara yang disukai oleh pasangan tanpa mempedulikan kebahagiaan sendiri
Memendam perasaan dan takut untuk bersuara serta memutuskan hubungan kerana bimbang pasangan anda mengamuk
ANDA TIDAK BERSEORANGAN
Jika pasangan anda ada menunjukkan tanda-tanda di atas, bertindaklah sekarang sebelum terlewat.
Bercerita kepada seseorang tentang kelakuan pasangan anda. Kongsi perasaan trauma agar anda mendapat sokongan emosi
Rancang keselamatan anda
Anda tidak bersendirian
Bukan anda yang perlu dipersalahkan
Jika boleh, bercakaplah dengan keluarga dan teman rapat untuk mendapatkan perlindungan daripada mereka.
Simpan kunci pendua semua akses ke dalam rumah dan pastikan anda tahu semua jalan keluar agar senang melarikan diri
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum ini pasangan selebriti Jennifer Lopez dan Ben Affleck menggemparkan dunia selepas melangungkan perkahwinan secara mengejut di Las Vegas. Dan baru-baru ini dikhabarkan mereka berdua melangsungkan perkahwinan sekali lagi, kali ini dalam majlis tertutup dan dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat sahaja. Ia berlangsung di kediaman Affleck di Savannah, Georgia pada Ahad. Menurut People Magazine, kesemua anak-anak pasangan itu turut hadir.
Kredit foto: Vanity Fair
Kemuncak acara perkahwinannya menyaksikan Jennifer Lopez tampil dengan gaun pengantin penuh dramatis dengan veil yang lebih panjang dari gaunnya. Menurut Bazaar, gaun pengantin Jennifer Lopez tersebut merupakan hasil sentuhan magis dari Ralph Lauren couture.
Kredit foto: OntheJLo.com
Jika sebelum ini, gambar gaun perkahwinannya tidak begitu jelas dan peminat sering tertanya-tanya bagaimanakah rupa persalinan Jennifer untuk resepsi keduanya. Mujurlah hari ini, Jennifer Lopez memuat naik gambar-gambar persalinannya di dalam website onthejlo.com.
Jika sebelum ini gaun lebih sederhana dengan gaun kasual, namun kali ini ia lebih dramatik, ‘couture’ dengan perincian yang lebih anggun.
Gaun pengantin pertama yang dipakainya adalah yang pertama daripada tiga gaun Ralph Lauren untuk malam itu. Lebih daripada 1,000 sapu tangan dan 500 meter kain telah dipotong menjadi ruffles untuk dijadikan versi ethereal turtleneck klasik Ralph Lauren. Ruffles itu kemudiannya dilekatkan menghasilkan skirt yang lebar dan romantis.
Kredit foto: OntheJLo.comKredit foto: Ralph Lauren
Jennifer kemudiannya menyarung dua persalinan tambahan oleh Ralph Lauren, satu menampilkan rentetan mutiara dan satu lagi dengan siluet ikan duyung dengan garis leher yang dihiasi kristal Swarovski.
Kredit foto: OntheJLo.comKredit foto: Ralph LaurenKredit foto: OntheJLo.comKredit foto: Ralph Lauren
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Belum habis masyarakat seluruh dunia memperkatakan mengenai ‘Wedding of The Year’ Priyanka Chopra dan Nick Jonas. Pasangan romantis ini sekali lagi membuatkan ramai berbicara apabila mereka mengadakan resepsi yang gilang-gemilang. Selepas lawatan singkat ke New York City, Chopra dan Jonas telah membuat penerbangan 15 jam ke Mumbai untuk majlis perkahwinan kedua dan ketiga.
Mereka mengadakan majlis resepsi yang kedua pada Rabu lalu. Priyanka tampil memukau dengan memakai persalinan gabungan rona biru dan keemasan dipadankan bersama kalung berlian yang cukup menonjol. It’s almost blinding! Manakala Jonas tampil kacak dalam tuxedo rona kelabu bersama padanan top hitam. Sememangnya pasangan merpati dua sejoli ini tampil menyerlah.
Priyanka juga menggayakan gaun two-piece ilham pereka terkenal Ralph & Russo di majlis resepsi tersebut. Penampilan tersebut pertama kali ditunjukkan semalam oleh penata gaya Priyanka iaitu Mimi Cuttrell melalui akaun Instagram miliknya. Rekaan tersebut menonjolkan sisi feminin seolah seperti Puteri Jasmine ke dalam diri Priyanka.
Majlis resepsi ketiga atau yang terakhir akan diadakan pada hari ini dimana ia khusus buat komuniti Bollywood. Priyanka akan tampil dengan menyarungkan pakaian yang tampak mewah untuk menutup tirai majlis resepsi terakhirnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.