Ads

Jangan Ambil Remeh, STOKING Juga Perlu Dicuci Dengan Betul, Barulah Tahan Lebih Lama!

Tidak kira samada lelaki atau perempuan, sarung kaki atau stoking antara item fesyen yang sering digunakan. Stokin juga memberi perlindungan kepada kaki agar menyerap peluh mahupun mengelak kecederaan. Justeru, mencuci stokin dengan betul dan bersih boleh memanjangkan tempoh penggunaan sekali gus menjimatkan duit poket anda. Nona kongsikan tip membasuh stokin dengan betul!

GUNA AIR SEJUK

Sebaiknya semua bahan yang elastik tidak dicuci dengan air panas. Ini bagi mengelakkan getahnya hilang regangan.

Ads

JANGAN GUNA BERUS BAJU

Jika anda mencuci baju dengan tangan, jangan memberus stokin dengan berus baju. Ia akan menyebabkan stokin hilang elastik dan rosak.

Ads

JANGAN GUNA PELEMBUT DAN PELUNTUR

Kedua-dua bahan ini akan menyebabkan tenunan stokin menjadi longgar dan berkemungkinan bahan-bahan yang ditanam ke dalam stokin tertanggal.

Ads

ELAK JEMURDI BAWAH PANCARAN TERUS MATAHARI

Setelah mencucinya, sebaiknya jemur di tempat yang teduh dan berangin. Proses pengeringan mungkin mengambil masa namun sekiranya dijemur di tempat yang panas, ia boleh merosakkan fabrik stokin anda.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Fathia Latiff Titip Doa Terbaik Buat Ibu Tersayang Sempena Hari Lahir

Anggunnya Ibu Fathia Latiff, Aktres Cantik Ini Hargai Jasa Ratu Hati...

MasyaAllah terpikat dengan keanggunan ibu kepada Fathia Latiff. Tidak hairanlah aktres ini memiliki raut wajah cantik menawan. Mewarisi kejelitaan ratu hati kesayangan rupanya. Meskipun sudah berusia namun rupa paras ibu Fathia iaitu Badriyah Hassan tetap memikat pandangan.