Jika dunia ini tak ada keimanan di dalamnya, maka dunia tidak berharga dan tak bermakna. Berkongsi kata-kata seorang penyair ahli falsafah yang berasal dari Pakistan menyatakan,
Jika iman telah lenyap, maka tidak ada lagi rasa aman. Dunia ini tidak bererti, jika agama tidak lagi dijunjung. Siapa yang hidup tanpa agama, maka kehancuran akan menjadi teman setianya… – Iqbal.
Dalam keadaan seluruh dunia menghadapi ancaman serangan COVID-19, Sis Kiah terus memujuk diri untuk sentiasa menjadi insan yang positif, bertawakal dan berdoa memohon pada-Nya. Tidak ada yang akan mendatangkan ketenangan dalam diri, kecuali diri anda sendiri.
Sabar untuk bertahan, tidak menceritakan segala kesedihan dan kesusahannya kepada sesiapa pun kecuali kepada Allah.
Dalam waktu-waktu begini, Sis Kiah terus mengubat penyakit dalam diri dan pemikiran, membetulkan aqidah selain daripada menjaga kesihatan jasmani.
Jangan mudah terpengaruh dengan apa yang terjadi sehingga kita merasakan peristiwa yang berlaku ini menarik jiwa kita dalam kesedihan dan negatif.
Ads
Jangan terlalu bersedih, pesan Sis Kiah. Sesungguhnya jika kita terus-terusan berasa sedih ia akan mengganggu emosi, jiwa dan membawa kepada kesakitan. Kita akan mula khuatir dan cemas dengan segala kemungkinan yang hadir di masa akan datang. Bertenang dan bertafakur seketika!
Kesedihan akan membuat hati jadi kecut, wajah muram, semangat akan padam dan harapan akan hilang. Jika hidup kita diselimuti kesedihan, kita hanya mengundang lebih banyak penyakit dan pastinya COVID-19 gembira untuk menular ke dalam diri kita.
Keadaan ini membuat kita jadi semakin lemah, menentang qadha yang Allah telah berikan, menyesali sesuatu yang telah berlau, menjauhkan diri kita dari sikap lembut dan benci pada nikmat.
Ads
Sis Kiah terus berpesan, sesunguhnya kesedihan itu pastinya tidak akan mengembalikan sesuatu yang telah hilang dan berlaku. Tidak akan membangkitkan orang yang telah mati, tidak mampu menolak takdir Allah dan tidak mendatangkan kebaikan pada diri kita. Sedih itu datangnya dari syaitan dan jika kita terus melayan rasa pedih itu, maka akan berlakulah depresi dan kegagalan hidup.
Bagi Sis Kiah, bersedih sekadar berpada-pada. Selagi kita beriman kepada Allah, insyaAllah akan ada kerelaan, ketenangan dan rasa aman. Dengan keimanan yang kuat kita mampu menggapai kebahagiaan dan segala kebingungan serta kesakitan akan menjadi sengsara. Kita sebagai manusia mampu bangkit, menang dan meraih tujuan hidup dengan fikirannya.
Sis Kiah sentiasa berpesan pada diri sendiri. Jangan bersedih kerana segala yang ada di dunia tidaklah milik kita selamanya. Setiap dugaan itu pasti ada jalan penghujung yang baik atau sebaliknya.
Ads
Kita harus redha dan tawakal kepada-Nya kerana semua itu datang dari Maha Pencipta. Boleh jadi dugaan dan cubaan Allah itu adalah anugerah yang kita tidak tahu hikmahnya nanti.
Belajar untuk sentiasa bersyukur apa yang dimiliki saat ini. Jika kita masih sihat, boleh melakukan amal ibadat, memiliki air yang bersih dan makanan yang cukup, tidak perlu bersedih.
Orang bijak pandai ada menyatakan, ‘Kehidupan hanyalah sesuap nasi dan seteguk air. Adapun selebihnya adalah suatu kelebihan. Ingatlah kegembiraan dan keriangan adalah makanan jiwa yang amat bermafaat.’
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang baharu berkuatkuasa 21 April lalu.
Dr Muhammad Radzi yang sebelum ini Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Dr Muhammad Radzi berdasarkan pengalaman yang luas dalam bidang perkhidmatan kesihatan negara.
“Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah; Ketua Penyelaras Perubatan Negeri Kedah dan Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal Kedah.
“Dr Muhammad Radzi juga pernah dilantik sebagai Ketua Perkhidmatan Gastroentrologi dan Hepatologi serta menjadi Pengerusi Pentauliahan bidang kepakaran ini dari tahun 2013 hingga 2021.
“Saya yakin dengan pengalaman, pengetahuan dan kepakaran serta kredibiliti Dr Radzi mampu memberikan yang terbaik dan menjadi rakan pasukan bersama saya dalam memastikan matlamat dan agenda reformasi kesihatan negara dklaksanakan secara menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, ini selaras dengan Kertas Putih Kesihatan yang sedang dibangunkan agar masyarakat Malaysia Madani dapat terus menikmati perkhidmatan Kesihatan yang komprehensif, berkualiti serta mampan.
Sumber: Astro AWANI
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat Nora Ariffin atau nama sebenarnya Wan Noraafiza Ariffiin, beliau mempunyai cara yang tersendiri untuk mengubati kerinduan terhadap kehilangan suami tercinta, Allahyarham Johan Nawawi pada 24 Mac tahun lalu akibat serangan jantung. Tidak semua wanita akan kuat dan tabah untuk menyembunyikan rahsia hati tentang betapa tersiksanya merindu. Namun, buat penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema ini, beliau selesa untuk meluahkan isi hatinya di laman instagram bukan untuk meraih simpati, tapi untuk melepaskan kerinduan.
Bagi meredakan kerinduan, Nora kerap menceritakan memori kehidupan bersama arwah semasa hayat mereka bersama. Dalam perkongsian terbaharu, melihatkan Nora menerima pemergiaan Allahyarham Johan dengan menjadikan ia sebagai satu pengalaman berharga yang mengajar beliau untuk lebih memahami apa itu erti kehidupan sebenar.
“Sesungguhnya pemergian Johan telah banyak mengajar saya erti kehidupan, hakikat dan takdir hidup yang sebenarnya. Saya tak pernah terfikir dia akan pergi begitu cepat. Saya belum bersedia…”, tulis penyanyi yang bersuara lunak ini di laman instagram yang menyentuh hati ramai orang.
Bahkan, Nora turut berkongsi pemergian dua orang lelaki terpenting dalam hidupnya berlaku pada saat dia sedang dahagakan kasih sayang seorang ayah dan ketika sedang mengecapi kebahagiaan perkahwinan bersama suami.
“Ayah saya meninggal sewaktu saya berumur 15 tahun dikala waktu remaja yang perlukan perhatian dan kasih sayang seorang ayah. Johan pula pergi sewaktu kami sedang bahagia dan merancang untuk anniversary perkahwinan yang ke 25 tahun. Rindu memang tidak terkata. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukannya”.
“Hingga kini, pelbagai cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi. Saya tiada pilihan kerana semuanya harus diredah dengan penuh ketabahan dan senyuman untuk menutup segala keperitan. Demi anak-anak saya harus kuat dan saya tidak pernah mengharapkan bantuan sesiapa pun apa lagi untuk meraih simpati.
Cukup Allah bersama saya. Apa orang nak kata, katalah. Saya tak kisah kerana mereka berhak berkata dan menulis apa sahaja. Lagipun, mereka tidak ada di tempat saya dan tak tahu bagaimana rasanya. Saya sudah maafkan semua.
Terima kasih buat semua sahabat dan peminat yang sentiasa positif, sentiasa memahami dan sering membantu saya dalam apa keadaan sekalipun. Doa yang baik-baik untuk saya dan keluarga”, jelasnya lagi.
Kehilangan seseroang yang kita sayangi merupakan satu perkara yang amat sukar untuk kita lalui. Terlalu banyak kenangan indah yang dilalui bersama dan pasti sukar juga untuk dilupakan. NONA mengharapkan agar Nora sentiasa tabah menghadapi ujian ini. Teruskan lah menulis jika dengan cara ini dapat mengubat rasa rindu Nora kepada arwah suami. Al-Fatihah.
sumber foto: Instagram @itsnoraariffin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi jelita ini baharu sahaja melancarkan single baharu berjudul A Second To Midnight. Video muziknya sudah mencecah 3 juta tontonan di saluran YouTube dalam masa dua minggu. Nampaknya nyanyian penyanyi yang berusia 53 tahun ini masih berbisa dan diterima oleh golongan muda.
Kylie Minogue yang dilahirkan di Melbourne, Australia ini memulakan karier seni sejak usia 11 tahun dan mula dikenali apabila membintangi soap opera bertajuk ‘Neighbors‘ pada tahun 1986. Kylie begitu ‘serasi’ dengan bintang bersama dalam soap opera tersebut, Jason Donovan. Pasangan ini juga pernah berduet dalam sebuah album yang bertajuk Enjoy Yourself.
Kini wanita yang masih mengekalkan irama pop ini mampu tersenyum bangga dengan kejayaan yang dicapainya. Sehingga 2021, pendapatan bersih penyanyi lagu Can’t Get You Out Of My Head ini dianggarkan $100 million. Sesungguhnya usahanya dalam industri seni nyata berbaloi dan mengangkatkan bergelar billionaire.
Wanita yang mempunyai dua kerakyatan iaitu Australia dan British ini juga bijak ‘menggunakan’ namanya. Membina empayar perniagaan menggunakan namanya sebagai jenama merupakan langkah yang bijak. Hasil kekayaan dalam bisnes juga menjadi salah satu faktor wanita ini bergelar billionaire.
Kylie pernah berusaha untuk menghalang bintang realiti televisyen Kylie Jenner daripada memiliki tanda dagangan ke atas nama ‘Kylie’. Sebelum itu, Kylie telah memiliki tanda dagangan ke atas nama ‘Kylie Minogue’, ‘Kylie Minogue Darling’ dan ‘Lucky – the Kylie Minogue Musical’.
Kylie juga merupakan seorang pejuang dan aktivis kanser payudara. Wanita berambut perang ini disahkan mengidap kanser payudara di usia 36 tahun. Walaupun terpaksa membatalkan konsert yang telah dirancangnya namun Kylie begitu optimis berjuang memerangi penyakitnya dengan melakukan kemoterapi dan rawatan susulan sehingga disahkan bebas dari kanser pada bulan Februari 2006.
Ramai wanita mula melakukan ujian mamogram selepas membaca tentang kisah kanser Kylie sehingga disebut sebagai “The Kylie Effect,”. Kylie tampil buat pertama kali di tempat awam selepas didiagnos kanser payudara pada 8 Julai 2005 apabila beliau melawat kanak-kanak yang menghidap barah di Hospital Melbourne’s Royal Children. Semangat juangnya telah menyuntik inspirasi ramai wanita sepertinya.
Setelah hampir 30 tahun bermastautin di England khabarnya Kylie mahu pulang ke tanah airnya Australia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.