
Wanita berhijab seringkali mementingkan penampilan saat keluar dari rumah. Tudung yang kemas dan terletak adalah perkara paling utama yang dilihat wanita berhijab.
Namun adakah anda tahu mengenai penjagaan tudung yang betul agar ia tahan lebih lama? Tudung mahal atau pun murah memerlukan penjagaan yang betul dan tepat. Ia boleh memberi kepuasan saat memakainya sekaligus menjimatkan wang anda daripada membeli yang baharu. Nona kongsikan 5 langkah mudah untuk menjaga tudung agat tahan lebih lama!
LANGKAH 1
Tudung hendaklah dicuci dengan menggunakan tangan. Gunakan cecair pelembut sebagai bahan pencuci dan celupkan beberapa kali kemudian gosokkan tudung tersebut dengan perlahan-lahan.
LANGKAH 2
Elakkan merendam tudung terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan kerosakan tekstur tudung tersebut.
LANGKAH 3
Hindari dari menjemur tuudng anda di bawah sinaran terus matahari. Hanya dianginkan sahaja sehingga kering.
LANGKAH 4
Gunakan penyepit pada bahagian hujung dan biarkan di bergantung ke bawah sewaktu menyidai.
LANGKAH 5
Jika tudung anda mempunyai sulaman, gosoklah bahagian sulam tersebut dari bahagian dalam tudung tersebut dari bahagian dalam tudung.
Arunsayfull Raya Luxe 2022 Tampilkan Rekaan Kurung Mewah, FYZA KADIR Sebagai Muse

Tak berkedip mata melihat setiap helaian Arunsayfull Raya Luxe 2022 ini. Selain elegan, rekaannya terlihat mewah dan eksklusif dengan signature yang tersendiri.

Dari segi fabrik, Arunsayfull bijak mengolahnya sehingga menjadikan rekaan tersebut terlihat sempurna dan terletak. Bagi setiap helaian busana, Arunsayfull menonjolkan detailing (perincian) yang berbeza agar ianya lebih eksklusif apabila disarungkan si pemakai.



Antaranya signature sleeve sillhoute, hand embroidery sulam kerrawang, floral embroidered brocade, full embroidered details, kerawang biku, hand embroidered 3D Swarovski flower, embellishment detailing, hand beaded lace embellishment, hand embroidered 3d flower, dan hand embroidered floral.
Warna-warna seperti lilac silver, hitam, pink pastel, royal blue, soft metallic pink, dan champagne dipilih untuk koleksi ini.



Manakala jenis-jenis rekaan elegan yang terdapat dalam koleksi Arunsayfull Raya Luxe 2022 ialah kurung moden, kebaya bersulam kerrawang biku, 3D floral drapes kurung, structured suit kurung, structured corseted modern dress, draped Victoriana cuts kurung, 3D drapes floral dress, dan pleated kurung.




Lebih istimewa, Arunsayfull melantik ikon gaya hidup dan fesyen Malaysia, Fyza Kadir sebagai Muse untuk Arunsayfull Raya Luxe 2022. Memiliki bentuk badan dan ketinggian yang sempurna, setiap helaian dari Arunsayfull Raya Luxe 2022 ditampilkan dengan penuh gaya. Elegance yet stylish! Makin terserlah kejelitaan Fyza Kadir yang terkenal dengan penampilannya yang mewah.

Koleksi Arunsayfull Raya Luxe 2022 hanya boleh ditempah dengan cara custom made sahaja.
Kredit Foto: Instagram Arunsayfull
Jangan Abaikan 7 TIP PENTING Ini Bagi Pastikan Baju Ditempah Seperti Yang Diimpikan!

Setiap wanita pasti ingin pakaian yang diapakai nampak elok dan terletak di badan. Lagi-lagi baju yang ditempah khas untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Namun bukan semua baju yang ditempah kha situ menjanjikan hasil yang cantik dan sempurna. Sebab itulah anda perlu menitikberatkan beberapa aspek penting agar baju yang ditempah siap pada waktu yang telah ditetapkan dan tidak mempunyai sebarang masalah. Jom lihat 7 tip penting ini!
1. KENALI BENTUK TUBUH ANDA
Tidak semua fesyen sesuai dengan semua bentuk tubuh. Begitu juga dengan corak pakaian yang adakalanya tidak sesuai dengan anda. Usah terikut-ikut fesyen terkini selagi anda belum benar-benar yakin fesyen itu menonjolkan diri anda, jangan jadi mangsa fesyen.
2. BAWA BAJU CONTOH
Kalau anda kurang yakin dengan cara tukang jahit ambil ukuran, boleh berikan baju contoh yang paling cantik dan kena dengan anda. Dengan cara ni, risiko untuk tersalah potong atau ukur rendah.
3. JANGAN TAHAN NAFAS DAN TONJET KAKI SEMASA SEDANG DIUKUR
Tidak dapat terima kenyataan perut semakin ke depan atau ketinggian tak mencukupi? Rilekslah. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Jika anda tahan nafas atau tonjetkan kaki, ukuran yang diambil akan ralat. Mulalah timbul baju labuh atau pinggang ketat.
4. JANGAN TUKAR TUKANG JAHIT DI SAAT AKHIR
Sudah biasa dengan tukang jahit A tetapi bila rakan anda kata tukang jahit B lebih elok, mulalah anda teringin nak cuba hasil tangan tukang jahit B. Tak salah nak cuba tetapi janganlah korbankan baju raya pada tukang jahit yang anda tidak tahu hasil dan kualiti kerjanya. Nak cuba boleh, tapi bukan untuk baju raya.
5. KAIN TIDAK MENCUKUPI
Beli kain cukup-cukup sahaja 4m tanpa mengambil kira bidang kain. Rancangnya pula hendak dibuat baju berkepok-kepok. Ada kain yang diterima tidak sesuai dengan ukuran si pemakai, jika hendak dipotong sebarangan bimbang jejas corak kain. Sebaiknya jika badan besar, belilah kain ela bidang 45, 4m setengah dan kalau bidang 60, beli kain ukuran 4m. Kanak-kanak 5 tahun kebawah beli kain 2m dan jika kanak-kanak usia 6 ke 12 tahun beli kain lebih kurang 3m ke 3.5m.
6. HANTAR LEBIH AWAL
Ha, yang ini paling penting! Jangan tempeh last minute! 3 bulan sebelum adalah waktu paling sesuai dan terbaik terutamanya jika anda ingin menempah baju fesyen terkini. Barulah tukang jahit ada masa untuk alter jika ada yang tidak kena.
7. BUKAN YOYO
Kalau anda sedang dalam proses menurunkan berat badan untuk langsing di hari raya, sebaiknya anda tidak menempah pakaian terlalu awal. Iyalah, masa tempah ukuran lain, bila dah siap ukuran sudah bertukar. Sudahnya tukang jahit yang menjadi mangsa hamun.
Mahu TAMPIL RELEVAN Sepanjang Masa Dalam Berfesyen, Ikuti 8 Tip Mudah Ini! Pasti Menjadi!

Wanita dan fesyen memang sukar dipisahkan. Pelbagai fesyen boleh didapati dan boleh dijadikan inspirasi untuk bergaya. Namun Fesyen tidak hanya menghadkan fokus terhadap trend dan jenama semata-mata. Sense of style juga perlu selari agar dapat memberikan impak yang terbaik. Mahu kelihatan relevan sepanjang masa? Jom Nona kongsikan 8 tip mudah untuk elak daripada menjadi mangsa fesyen.
1. KUASAI BUSANA BASICS
Busana basic seperti celana denim dan kemeja putih kosong adalah must-haves untuk setiap wanita. Mereka mungkin ringkas tetapi mereka tetap boleh glammed up. Pilih satu statement piece seperti rantai leher, tas tangan besar atau sepatu tumit spiky. Pastinya anda akan tampak lebih elegan.
2. BIJAK MEMILIH FABRIK
Jangan sesekali menjadikan stail atau rupa sebuah busana sebagai satu faktor utama anda memilih busana tersebut. Pilihan fabrik yang tepat dan sesuai dengan bentuk tubuh adalah perkara yang wajib anda tahu. Pemilihan fabrik yang salah akan menjadikan tubuh anda kelihatan pelik dan janggal. Untuk tampak lebih baik, pilihlah busana dari fabrik cotton, wool gabardine, wool microfiber blends, wool crepe atau silk dan cotton blends.
3. JANGAN OVER
Aksesori seperti rantai dempak dan blings tampak sangat tepat untuk dipakai. Tetapi jika anda mahu tampak lebih sofistikated, anda harus sentiasa beringat ketika memilih. Ingat, hiasan terlalu banyak akan mengurangkan versatiliti busana yang anda pakai. Apabila fokus kepada blings yang menyakitkan pandangan akan memperlihatkan akan tampak terlalu sarat.
4. ALL ABOUT PROPORTION
Busana anda mungkin kelihatan muat dan terletak pada badan anda tetapi mainan proportion adalah tip fesyen yang harus anda tahu! Rule yang perlu dipatuhi: Sebagai contoh, jika anda memakai kardigan labuh, sebaiknya top anda di dalamnya haruslah lebih pendek. Jika memakai jaket jenis cropped, sebaiknya labuhkan sedikit top anda.
5. PILIH CORAK YANG GELAP
Pakaian yang mempunyai motif semestinya seronok untuk digayakan namun, pilihan stail dan corak yang salah hanya akan menyemakkan keseluruhan penampilan anda. Sebaiknya, pilih pakaian yang memiliki latar belakang yang gelap atau corak yang bertona. Ini membolehkan anda yang memiliki bentuk tubuh petite atau plus size tetap boleh menggayakan busana bercorak.
6. KETEPIKAN KESESUAIAN
Tidak semua fesyen terbaru yang sedang menjadi trend sesuai dengan anda. Pastikan potongan, rekaan dan warna barangan yang mahu dibeli sesuai untuk anda. Selain itu, saiz juga penting. jangan ikutkan hati untuk membeli walaupun saiznya terlalu besar atau kecil buat anda. Ia hanya membuatkan anda nampak seperti badut. Bergaya juga perlu seiring dengan personaliti dan gaya hidup. Berpakaian ikut kesesuaian umur juga penting.
7. TUDUNG BERMOTIF
Bagi mereka yang memakai tudung dan lebih gemar memakai jenis bermotif, elakkan daripada menambah corak cetakan yang sama pada blaus, celana mahupun sepatu. Tidak perlu menggunakan satu corak yang sama dari hujung rambut hingga ke kaki. Selain itu, cuba pilih warna yang lebih neutral seperti nude, hitam dan putih pada pakaian anda apabila menggayakan hijab yang bercetak dan bercorak sarat.
8. SUAI PADAN
Tidak salah jika anda ingin suai padan pakaian anda tetapi biarlah hasilnya sedap mata memandang. Jangan pula anda memakai skirt bersama legging, Turtle neck dengan seluar pendek atau apa sahaja yang menampakkan anda mangsa fesyen. Jangan kerana hendak berfesyen anda diketawakan. Sebelum menyuai padan sesuatu pakaian, sebaiknya lihat dahulu kesesuaiannya dari segi potongan, warna dan majlis yang ingin anda hadiri.