Siapa kata wanita berkulit gelap tidak boleh tampil cantik dan menawan. Dengan teknik dan penggunaan alat solekan yang betul, mereka yang mempunyai kulit gelap juga pastinya akan kelihatan lebih menonjol. Lihat sahaja selebriti seperti Rihanna, Kim Kardashian dan Beyonce.
Mereka memiliki kulit gelap, namun kelihatan cantik dengan teknik solekan yang betul. Paling penting, anda kene yakin dan sentiasa menjadi diri sendiri. Jom kita kita lihat teknik solekan yang betul dan sempurna buat mereka yang mempunyai kulit yang agak gelap!
1. BEDAK ASAS/FOUNDATION
Agar sukar untuk memilih bedak asas yang tepat dan ramai wanita mengalami kesukaran untuk membuat pilihan. Bagi anda yang memiliki kulit berwarna gelap, anda disarankan memilih dua jenis bedak asas yang berbeza. Bedak asas tersebut perlu dicampur agar menjadi satu (blend) dan ia akan memberikan hasil warna yang kelihatan lebih natural serta melekat pada kulit anda. Hasilnya, kulit wajah anda akan nampak lebih bersih dan lembut seperti warna kulit asal.
2. PEMILIHAN BEDAK
Ads
Terdapat dua jenis pilihan bedak. Jika anda mempunyai kulit jenis kombinasi atau berminyak, anda disarankan memilih bedak tabur. Manakala untuk kulit normal, anda boleh memilih bedak jenis padat. Bagi pemilihan warna bedak pula, sebaiknya gunakan yang agak gelap. Biasanya setelah diaplikasikan ia akan kelihatan lebih terang di kulit.
3. PEMBAYANG MATA/EYESHADOW
Penggunaan pembayang mata atau eyeshadow akan mempercantikkan lagi gaya solekan mata anda. Pilih eyeshadow yang mampu membuatkan penampilan anda nampak lebih istimewa. Warna yang sesuai untuk anda yang berkulit gelap ialah ungu, chopper, biru dan hijau. Jika mahu, untuk kelopak mata bahagian atas, pilihlah warna coklat terang. Manakala di lipatan kelopak mata, gunakan warna coklat gelap dan baurkan keluar. Ia akan membuatkan mata anda nampak ‘dalam’ dan tajam.
Ads
4. PENGGUNAAN BRONZER
Supaya tampak lebih menyerlah, sapukan blusher dengan menggunakan bronzer serta hindari pemilihan warna yang terlalu merah dan pink kerana ia boleh membuatkan wajah anda kelihatan seperti badut. Warna bronzer akan menjadi shading yang cantik serta akan mengangkat tulang pipi anda. Untuk menyerlahkan lagi tekstur kulit anda, sapukannya di sepanjang tulang pipi. Sapukan hingga ia kelihatan merata dan tidak nampak bertompok-tompok di kulit.
5. UKIRAN KENING
Ads
Agar kening anda kelihatan lebih kemas dan semulajadi, hindari penggunaan pensel dengan warna hitam kerana ia boleh menciptakan kesan garang. Sebaiknya, gabungkan sahaja warna coklat dengan hitam sehingga menggoreskan kening yang natural dan eksotik.
6. RONA GINCU
Sebaiknya hindari warna-warna yang terlalu terang dan pucat. Warna seperti burgundy, merah, coklat dan plum adalah pilihan yang tepat. Ia mampu membuatkan wajah anda kelihatan lebih manis dan tampak dinamik sebaik sahaja disapu pada bibir anda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejuk mata memandang personaliti popular Aida Khalida. Nama aktres wanita veteran ini bukan lagi asing dalam industri seni tanah air. Berpuluh-puluh tahun menjadi anak seni, bakat lakonan Aida Khalida masih diiktiraf dan menerima banyak tawaran sampai ke hari ini.
Siapa sangka, dalam usia lewat 60an namanya tetap utuh di persada seni.
Sinonim menjayakan watak ibu, pemilik nama Khalidah Adibah Ahmad ini meniti usia 66 tahun. Cukup berdisiplin dalam karier, jelitawan ini bukan hanya ibu kepada dua anak malah sudah pun bergelar nenek.
Tidak menjadikan hidup solo tanpa suami sebagai kekurangan, jadual harian Aida tidak hanya diisi dengan tugas di set penggambaran.
Bahkan jika tiada shooting, aktres ini mengisi masa dengan membaca Al-Quran atau menghadiri majlis ilmu.
Apa yang pasti, penghijrahan Aida ke arah kebaikan sekitar tahun 2008 banyak mengubah gaya hidupnya hari ini.
Dalam usia 66 tahun, keanggunan Aida tetap terserlah dan cantik dalam kelas tersendiri. Paling penting tanpa botox atau pembedahan muka.
Meski jelas kelihatan kedutan halus di raut wajah, pesona dan aura Aida tidak pernah luntur. Berkongsi amalan kecantikan, Aida menerusi sebuah portal mendedahkan dia menitikberatkan soal pemakanan.
“Saya kurangkan makan. Kadang-kadang berselera cuma saya pastikan makan dalam portion yang kecil lebih kurang satu senduk nasi saja dan akan makan ulang-ulang (bila lapar).
Saya juga banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah setiap kali lepas makan, saya amalkan minuman detoks. Dua sudu besar apple cider dicampur dengan segelas air.”
Seiring pertambahan usia, Aida turut melakukan rutin senaman seperti sit up dan push up dalam tiga kali seminggu. Selain brisk walk demi menjaga kecergasan tubuh badan.
Moga semangat dan kerja keras Aida menjadi sumber inspirasi kepada golongan wanita agar terus aktif mengejar impian hidup.
Terpesona dengan kecantikan milik Nadia Tamar Ferreira! Ratu cantik Paraguay yang juga Naib Juara Miss Universe 2021 ini sememangnya mempunyai aura tersendiri. Bukan hanya cantik dan tinggi lampai, dia juga seorang wanita yang berpelajaran tinggi.
Nadia Ferreira ialah seorang aktivis, model dan ratu cantik. Aktif bersukan, jelitawan berusia 23 tahun ini menguasai empat bahasa iaitu Paraguay, Sepanyol, Portugis dan Inggeris.
Berketinggian 175 sentimeter, Nadia mula menceburi bidang peragaan di Paraguay pada tahun 2012. Dia kemudian menyertai pertandingan ratu cantik mewakili negaranya untuk meraih gelaran Miss Teen Universe 2014 namun sekadar menduduki tempat keempat.
Tiga tahun kemudian, dia muncul dalam program televisyen dan menjadi popular selepas membuat parodi penyanyi popular antarabangsa, Taylor Swift.
Dari tahun 2019 hingga 2021, Nadia mengembara ke seluruh pelusuk dunia demi mengembangkan bakatnya sebagai model hingga ke Jerman, Mexico, Qatar, Turki, Emiriah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat.
Dalam kesibukannya sebagai model dan ketika pandemik Covid-19 melanda dunia, Nadia memanfaatkan masa yang ada dengan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Komersial di Universidad Americana.
Pada hujung Ogos 2021, Nadia dipilih mewakili Paraguay untuk bertanding dalam Miss Universe 2021 bersama 79 ratu cantik dari seluruh dunia. Dia kemudian dinobatkan Naib Juara Miss Universe 2021.
Nama Nadia Ferreira terus melonjak naik apabila dia mengumumkan hubungan cintanya bersama penyanyi antarabangsa, Marc Anthony. Pada 12 Mei lepas, pasangan ini mengesahkan mereka sudah bertunang.
Marc Anthony yang kini berusia 53 tahun merupakan bekas suami Jennifer Lopez yang sebelum itu mendirikan rumah tangga dengan Miss Universe 1993, Dayanara Torres dari tahun 2000 hingga 2004 dan bekas suami kepada Shannon de Lima. Ia bakal menjadi perkahwinan keempat Marc Anthony.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Natural beauty! Gebu dan mulusnya kulit. Manis sungguh anak dara kepada aktres dan penyanyi terkenal dari seberang, Mulan Jameela yang dikenali sebagai Tiarani Savitri.
Mulan Jameela.
Berusia 21 tahun, Tiarani merupakan anak hasil perkahwinan Mulan Jameela yang terdahulu (sebelum bersama Ahmad Dhani).
Patutlah Tiarani jarang terlihat di media sosial kerana dia lebih bersifat privasi. Namun apabila sesekali berkongsi wajahnya yang cantik manis itu di Instagram peribadi, dia sering menerima pujian daripada para pengikutnya.
CANTIK NATURAL
Sering tampil dengan wajah yang polos tanpa solekan di akaun peribadinya, Tiarani dilihat sebagai seorang gadis yang pandai menjaga kecantikan kulit. Malah, raut wajah juga mewarisi kecantikan ibunya yang kini kekal jelita di usia 40an.
Penampilan Mulan Jameela di usia 40an, kekal menawan!
Meilhat kepada personalitinya pula, Tiarani seorang yang sederhana dalam soal penampilan, mungkin faktor usianya yang baru menginjak ke fasa remaja. Kesimpulannya, Tiarani punya daya tarikannya yang tersendiri.
Kredit Foto: Instagram @tiaransvtr
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alhamdulillah, tahniah buat Afifah Nasir dan Syed Hariz atas kelahiran cahaya mata sulung mereka baru-baru ini. Sejak hari pertama disahkan hamil, pasangan ini cukup teruja menjadi ibu bapa dan amat menanti-nantikan kelahiran permata hati kesayangan ...