Berjalan kaki banyak faedahnya! Selain itu, berjalan kami juga merupakan terapi kesihatan asas yang penting bagi manusia. Namun, satu kajian baru-baru ini mendedahkan rakyat Malaysia berada di tangga ketiga di dunia yang malas untuk berjalan kaki. Seriuslah!
Kajian dari Universiti Stanford dibuat berdasarkan maklum balas 717,527 responden yang memberikan gambaran tentang gaya hidup penduduk di 111 negara di seluruh dunia. Menariknya, kajian ini juga mendedahkan negara pertama di dunia yang paling malas berjalan kaki ialah Indonesia.
Berdasarkan laman web tempo.co, kajian itu turut menyatakan bahawa purata orang Indonesia berjalan hanya 3,513 langkah sehari. Manakala Malaysia pula berada di tempat ketiga dengan purata 3,963 langkah sehari.
Ads
Dalam penelitian tersebut juga turut mendedahkan negara yang rakatnya paling rajin berjalan kaki adalah Hong Kong dengan 6.880 langkah sehari. Selepas Hong Kong, negara yang rakyatnya rajin berjalan kaki adalah China dengan rata-rata 6.189 langkah per hari. Di tempat ketiga ialah Ukraine (6,107), keempat Jepun (6,010) dan kelima ialah Rusia (5,969).
Ads
Ads
Menurut KOSMO Online, berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), purata jumlah berjalan kaki bagi setiap individu seperti mana yang disarankan oleh global adalah sekurang-kurangnya 5,000 langkah sehari. Dalam pada itu, kajian yang sama berkata, negara dengan masalah obesiti rendah adalah merujuk kepada sikap rakyatnya gemar melakukan aktiviti berjalan kaki setiap hari.
Untuk rekod, jalan kaki ternyata banyak manfaatnya. Antara kelebihanya adalah ia mampu mencegah penyakit jantung, mengurangkan risiko alzheimer, mencegah diabetes, menurunkan risiko terkena strok dan mencegah osteoporosis.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semasa proses penuaan, ia akan berlaku secara menyeluruh bukan hanya pada kulit bahkan kuku turut mengalaminya.
Antara tanda penuaan pada kulit ialah kedutan-kedutan halus sementara kuku akan terlihat kusam serta menipis.
Selain itu, pertumbuhannya juga perlahan manakala permukaannya tidak sekata. Sebagai contoh, kuku pada ibu jari akan lebih cenderung untuk menebal.
Oleh itu, diperlukan beberapa langkah khusus untuk memperlahankan proses penuaan pada kuku.
SUPLEMEN
Tambahkan suplemen untuk memaksimumkan kesihatan kuku. Minta nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya. Suplemen yang disarankan untuk kuku ialah:
Vitamin ini banyak ditemui dalam beberapa makanan seperti bunga kobis, kerang, cokelat, kacang, ayam, gandum dan berbagai olahan susu.
Kandungan yang sangat penting untuk pertumbuhan kuku. Kekurangan kandungan ini boleh mengakibatkan kuku tampak kering dan rapuh.
Kandungan ini diperlukan untuk memaksimumkan penyerapan kalsium ke dalam tubuh.
Merupakan lemak baik yang diperlukan oleh tubuh. Kekurangan kandungan ini boleh menyebabkan kuku menjadi mudah patah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan pesona dan aura dramatis ini masih memikat hingga sekarang. Meskipun anak-anak sudah meningkat dewasa dan ada yang sudah mendirikan rumah tangga, kejelitaan milik Tengku Sariza Tengku Muzani atau lebih mesra dengan panggilan Kuza masih kekal menyerlah. Disifatkan seorang wanita berjiwa sederhana, Kuza ketika dihubungi Nona terbuka berkongsi perkembangan terbaharunya buat tatapan peminat.
Biarpun penularan wabak Covid-19 sedikit sebanyak menjejaskan industri seni tanah air namun rezeki Kuza dalam bidang ini tidak putus-putus. Satu demi satu tawaran berlakon diterimanya. Alhamdulillah! Kuza turut menjalani penggambaran drama Ustazah Robotik untuk siaran di Al-Hijrah.
Tidak bergantung kepada kerjaya seni semata-mata, Kuza kini berusaha mendalami selok-belok dunia perniagaan. Ditanya aktiviti ketika berdepan situasi Covid-19, figura ini mendedahkan dia lebih selesa duduk di rumah jika tiada keperluan untuk berada di luar.
“Saya pun sama macam semua. Kalau tak ada kerja, saya lebih memilih tinggal di rumah. Kurangkan bercampur di tempat ramai orang dan aktiviti di luar. Kita tak boleh pentingkan diri sebab kena fikir di rumah ada anak-anak. Kalau kita dijangkiti balik rumah nanti, anak-anak juga yang kena. Jadi sebelum pergi mana-mana fikir dahulu mereka yang ada di rumah.”
November lepas, Kuza selamat menerima menantu apabila anak perempuannya iaitu Puteri Nazihah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan. Bahkan, Mac lalu pula anak lelaki Kuza selesai mengikat tali pertunangan. Maknanya dapat menantu lagilah lepas ni.
Bagi peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan Kuza, pasti mengagumi personaliti dan wajah cantiknya. Walau meniti usia 48 tahun Kuza masih anggun dan cantik dalam kelas tersendiri. Ditanya bagaimana dia memelihara kurniaan Allah itu, tiada apa yang mampu diucapkan selain mensyukuri nikmat yang diberi kepadanya.
“Sebenarnya tak ada apa-apa rahsia tampil awet muda pun. Saya bersyukur, alhamdulillah Allah bagi saya tubuh badan yang sihat. Jadi amanah bagi saya untuk menjaga. Saya selalunya berhenti makan sebelum kenyang.
Malam pula kalau boleh elakkan dari makan yang berat. Sekadar alas perut. Kalau ada masa, senaman jangan lupa. Ini bukan untuk kurus je tapi untuk stamina supaya kita tak cepat letih. Jadikan senaman ini macam rutin hidup. Selain itu, waktu tidur juga harus dijaga. Ibadah pun jangan lupa.”
Baru-baru ini keadaan kesihatan Kuza menarik perhatian ramai apabila dia dilihat terpaksa menjalani sesi fisioterapi. Difahamkan Kuza mengalami masalah di bahagian lutut sejak sekian lama namun tidak sangka ia beri kesan kepada kesihatan diri. Selepas berjumpa doktor dan hasil diagnosis mendapati Kuza mengalami chondral injury of right knee, osteoarthritis left knee dan osteoarthritis fingers.”
Bagaimanapun, kesihatan Kuza kini dilaporkan beransur baik. Jarang berkongsi kisah peribadi di media sosial selama ini, pendedahan Kuza mengenai kisah hidup yang pernah dilalui sekitar Februari lalu mendapat reaksi pelbagai daripada peminat.
“Sudah lama saya simpan. Hampir 20 tahun saya simpan kehidupan saya. Setelah anak-anak sudah besar dan masing-masing sudah ada kerjaya, jadi sampailah masa untuk saya kongsikan kehidupan saya bersama peminat saya. Sebenarnya saya ingin memberi semangat pada yang senasib dengan saya. Saya ajar diri saya jangan banyak cakap tapi usaha biar lebih kerana hasil yang kita dapat tanpa kita bercakap banyak.
Alhamdulillah setakat ni belum ada kecaman lagi dari netizen. Tapi kalau ada pada masa akan datang, kena pandai kawal diri dan kalau boleh jangan cepat melenting. Kalau nak jawab pun kena jawab pakai fakta, jangan ikut hati dan pastikan masa nak jawab hati dalam keadaan tenang bukan dalam keadaan panas sebab apa yang kita jawab dalam hati yang panas, fikiran kita luar dari kawalan.”
Tambahnya lagi, keperitan hidup masa lalu tersimpan hikmah tersendiri buat dirinya dan anak-anak. Enggan terus meratapi kenangan lalu, Kuza bangkit menjalani hidup yang lebih bahagia di samping keluarga.
“Kekuatan saya adalah anak-anak. Bila tengok anak-anak, saya selalu tanam azam kena kuat dan mampu teruskan hidup walau macam mana susah sekalipun. Kita tak boleh tunjuk pada anak-anak yang kita lemah sebab kita ni ibu, pemberi semangat pada anak-anak di kala mereka dalam kesedihan, kekecewaan dan kesusahan.
Jadi kalau kita ibu sentiasa tunjuk pada anak-anak yang kita ni lemah, macam mana anak-anak nak dapat semangat. Saya kalau boleh, sedih pun saya tak nak anak-anak saya tahu sebab saya tak nak anak-anak merasa kesedihan saya.”
Tatkala diaju cara Kuza mendidik anak-anak hingga berjaya dan menjadi insan berpekerti baik, ini jawapan jujur selebriti cantik berkenaan. “Iyalah, ibu mana yang tak nak tengok anak-anak berjaya. Saya sedar saya ni bukannya senang dan taklah pandai jadi bila kita tahu kita ni bukanlah orang yang senang dan tak pandai, kita kenalah ubah nasib anak-anak.
Jangan jadikan anak-anak kita ni macam kita. Utamakan pelajaran kerana bagi saya ilmu tu penting. Begitu juga adab. Dengan adanya ilmu, kita ‘campak’ anak-anak dekat mana-mana pun inshaAllah mereka boleh survive.
Sebagai ibu kita kena ada plan masa depan anak-anak. Kita kena peka apa yang anak-anak kita minat. Dari situ kita dah boleh plan. Saya selalu berbincang, berkongsi pandangan dan rasa bersama-sama anak. Kena bagi semangat kepada mereka ini.
Jangan sekali-kali kita patahkan semangat anak-anak. Saya bersyukur kerana anak-anak saya sekarang dah ada kerjaya masing-masing. Alhamdulillah sangat. Semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat. Doa yang baik-baik untuk anak-anak,” telus ibu penyayang ini.
Kredit foto: Instagram Kuza
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memasuki suku terakhir 2022, kini sudah masanya untuk kita aturkan temu janji pemeriksaan kesihatan. Periksa luar dan dalam, rehat dan rawat diri sendiri setelah setahun memberi fokus pada orang tersayang. Oktober ini, jangan lupa buat saringan kanser payudara, manjakan tubuh di spa dan belikan diri anda produk-produk kecantikan baru di bawah!
Kulit Kembali Muda Remaja, Twenty Skincare
Bayangkan walau sudah mencecah 4 atau 5 series, kulit wajah tetap halus bak gadis perawan. Twenty Skincare yang diasaskan oleh Mummy Mas Idayu adalah set penjagaan kulit yang mengandungi nano gold 24k tulen. Ia mampu mengaktifkan kulit dan melambatkan proses penuaan berasaskan teknologi Jerman SPR (Surface Plasmon Resonance) pertama di Malaysia. Gunakan pencuci muka, semburan wajah Pure-Bio dan serum yang terbukti berkesan meningkatkan pengeluaran kolagen dan elastin kulit.
Renungan Berseri, Dr Dennis Gross Vitamin C Lactic Firm & Bright Eye Treatment
Setiap kali menatap cermin, lesu pandangan melihatkan sepasang mata yang keletihan, dilingkari bayang gelap bawah mata dan sembap. Kembalikan keserian matamu dengan perawatan tiga jenis vitamin C dan asid laktik terbaik daripada Dr Dennis Gross Skincare. Krim yang pantas meresap ini terbukti secara klinikal mengurangkan penampilan kedut-kedut dalam tempoh seminggu. Hasilnya kulit mata ketara lebih anjal dan segar!
Kening Terbentuk Rapi, Anastasia Beverly Hills Brow Genius
Semakin usia bertambah, semakin bulu kening tumbuh jarang dan tidak terurus. Suburkan semula bulu keningmu dengan Brow Genius, ia mengandungi enam bahan berkuasa dalam satu formula hebat untuk menjadikan kening bertambah lebat, tebal dan teratur. Rumusan peptida, panthenol, ginseng Korea, biotin dan minyak kastor antara bahan penyubur bulu kening terbaik. Kajian selama 12 minggu mendapati bulu kening idaman tumbuh sihat!
Pipi ranum kemerah-merahan, oh apakah rahsianya? Bukan blusher sebarangan, tapi stick balms pelbagai guna untuk pipi, mata dan bibirmu. Dengan tekstur licin bak mentega, oleskan pemerah pipi ini untuk kemasan matte lembut. Diperbuat di Korea, ia mengucup lembut kulitmu dengan kebaikan antioksidan serta vitamin E. Sesuai untuk peminat #nomakeupmakeup look!
Kontur Wajah Untuk Lebih Sharp, Fenty Beauty Match Stix Contour Skinstick
Tonjolkan kekuatan feature wajahmu dengan layangan kontur dan highlight di tempat-tempat sepatutnya. Layangkan Match Stix ini ke bahagian dahi, sisi hidung, bawah tulang pipi, rahang dan sebagainya. Tersedia dalam 9 pilihan rona berkrim, Fenty Beauty Match Stix juga terdapat dalam varian shimmer dan correcting.
Kulit Dikucup Mentari, Fenty Sun Stalk’r Face + Eye Bronzer & Highlighter Palette
Wajah polos bagai dikucup mentari, pipi berkilau bagai dititip embun pagi… ah, look #nomakeupmakeup sememangnya digilai ramai. Rahsianya bukan tidak bermekap tapi sentuhan bronzer dan highlighter yang tepat sebagai penaik seri. Dengan palet edisi terhad Fenty Beauty ini, semuanya menjadi dengan satu sentuhan. Sesuai untuk semua tona kulit.
The Devil Wears Prada mengupas realiti salah guna kuasa di tempat kerja, memperlihatkan peralihan dunia fesyen ke era digital dan konflik kepimpinan moden.