Kehadiran Ramadan tidak sah jika tidak memperkatakan tentang tradisi Bufet Ramadan di hotel di seluruh negara. Walaupun pandemik Covid 19 masih belum menemui noktahnya, kemeriahan bufet Ramadan di hotel-hotel terkemuka tetap diteruskan dalam suasana norma baharu yang perlu mematuhi perauran atau SOP yang ketat.
Sunway Resort mengetengahkan konsep Jemput Makan di Kampung Resort Café yang menampilkan pelbagai menu kampung yang istimewa dan sekaligus bakal mengembalikan nostalgia khususnya jika anda amat merindui suasana berbuka puasa di kampung halaman.
Mana tidaknya, Resort Cafe di Sunway Hotel turut mengembalikan nostalgia suasana menikmati juadah bersama keluarga dalam set up suasana kampung yang pastinya menggamit kenangan kemeriahan suasana berbuka puasa bersama keluarga tersayang! Bagi anda yang rindukan suasana berbuka puasa bertemakan kampung halaman, pasti Sunway Resort mengembalikan nostalgia selain ia merupakan lokasi insta-worthy untuk media sosial anda!
Ads
Makan Ala Kampung di Resort Cafe
Kali ini, pelbagai sajian enak disediakan dari dapur Resort Cafe di bawah kelolaan Chef Mohamad Yatim Supaat dan pasukannya. Lebih 30 menu istimewa bakal disediakan setiap hari di samping lapan gerai yang menyediakan hidangan yang dimasak secara live yang menyelerakan.
Antara warung yang menyaksikan sajian hebat termasuklah Warung Daging Panggang, Warung Bakar, Warung Sate dan Otak-Otak, Warung Tempoyak Patin, Warung Lemang dan Bubur Lambuk serta Warung Mangkuk Besar Nasi Briyani. Selain itu, jika anda menggemari hidangan berasaskan mee, ia turut menyediakan Mee Station yang menyajiikan hidangan istimewa nataranya termasulah Laksa Nyonya, Laksi Kari, Bakso dan Mee Makanan laut yang merangkumi udang harimau dan kerang-kerangan.
Ads
Nasi Station pula menawarkan hidangan enak seperti nasi hujan panas, nasi tomato, nasi minyak, nasi bukhari dan istimewa nasi kabsa yang berasasl dari Timur Tengah.
Beralih pula ke Warung Fusion, ia menyajikan hidangan pelengkap yang menjadi salah satu kemestian dalam hidangan makanan melayu. Beraneka pembuka selera seperi sambal belacan petai, tempe dan kuah kacang, aneka sambal dan sebagainya menjadikan ianya hidangan yang sentiasa diingati! Jangan lupa, nikmati aneka ulam-ulaman tempatan yang menyajikan pelbagai ulam tradisi kebanggaan masyarakat Melayu antaranya termasuklah daun selom, jantung pisang, petai dan sebagainya yang menjadi enak sekiranya dinikmati bersama sambal belacan, budu, cincalok dan sebagainya.
Ads
Warung Fusion menyajikan pelbagai hidangan pembuka selera
Tidak lengkap menikmati bufet tanpa menutup selera dengan aneka pencuci mulut. Warung pencuci mulut Resort Cafe menyajikan pelbagai pemanis mulut tradisional dan moden antaranya termasuklah aneka kuih-muih, agar-agar, puding, tapai ubi, apam kelapa, bubur, aneka kuih raya dan ais kacang serta cendol yang menjadi kegemaran masyarakat Malaysia.
Jika anda hendak mencuba sendiri keenakan hidangan di Resort Cafe, buffet ramadan ditawarkan pada harga RM168 nett untuk dewasa dan RM78 nett untuk kanak-kanak. Sunway Resort turut menyediakan kemudahan bawa pulang hidangan berbuka puasa untuk memudahkan anda menikmati hidangan enak bersama keluarga dari keselesaan kediaman sendiri. Maklumat lanjut, sila hubungi The Resort Café.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak lama lagi dah nak raya, dalam hati terfikir-fikir nak masak lemang sendiri sebab bila beli ada saja yang tak kena. Lemang keras sebab terlebih bakar atau menggunakan api yang kuat atau lemak lemang tak cukup kaw untuk dinikmati di pagi raya.
Tapi tak sanggup pula nak ke hutan mencari buluh, mengadap asap yang memedihkan mata apatah lagi panas bahang api ketika membakar lemang. Jangan risau sebab ada solusi yang boleh kita cuba untuk mendapatkan lemang yang memenuhi standard cita rasa sendiri tanpa perlu menempuh itu semua.
Caranya seperti yang telah di kongsi oleh Sue M Arukin di laman Facebooknya, “Hari itu nampak kat FB ada orang buat lemang dalam paper cups. Tadi saya cuba buat 5 cawan, elok pulak jadinya.
Ini yang dinamakan inovasi. Kalau tak ramai yang suka makan lemang di rumah, bolehlah cuba cara ni, senang dan jimat. Cuma bezanya ia adalah lemang kukus bukan lemang bakar yang selalu orang buat dalam buluh tu.
Bahan-bahannya:
1/2 kg beras pulut – cuci & toskan
600ml santan pekat
1 sudu teh garam halus
5-6 biji cawan kertas (yang saiz tinggi)
Daun pisang secukupnya
Cara membuatnya:
1. Gulung daun pisang yang dah dicuci dan letakkan dalam cawan kertas (saya buat 2 lapis daun pisang).
2. Letakkan beras pulut yang dah dicuci hingga 3/4 penuh atau hampir penuh.
3. Santan dicampur dengan garam lalu kacau sebati. Tuang ke atas pulut hingga lebih sedikit dari paras pulut (lebih kurang setengah inci). Kalau suka lemang tu agak lembik/lembut boleh lebihkan santan.
4. Letakkan cawan kertas berisi pulut dan santan ke dalam periuk pengukus yang dah dipanaskan airnya.
5. Kukus selama 50-60 minit atau hingga lemang masak. Selepas 30 minit mengukus, buka tudung periuk dan kacau sedikit pulut dengan garfu supaya santan menyerap sepenuhnya ke bahagian bawah.
6. Sejukkan. Gunting cawan kertas dan buang. Potong lemang mengikut cita rasa. Boleh makan dengan rendang, kari ayam/daging, serunding, sambal tumis dan dengan durian pun sedap.
Selamat mencuba.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melihat aksi chef selebriti ini memasak di dapur sememangnya boleh buat kecur liur. Nampak mudah sahaja gadis genit ini memasak ditambah pula dengan celotehnya bercerita tentang masakan. Pemilik nama sebenar Anis Nabilah Umaruddin ini rupanya mempunyai minat mendalam dalam bidang penyediaan makanan sejak daripada kecil lagi.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Ibu kepada wanita yang lebih mesra disapa sebagai Chef Anis ini banyak mempengaruhi kerjayanya dalam bidang masakan ini. “Ibu saya ada berpesan, whatever you do in your life, you have to make a difference. Jadi, saya percaya sebagai seorang chef selebriti, kerja saya bukan hanya memasak tetapi untuk melakukan sesuatu yang lebih besar dan bermakna bukan hanya kepada diri sendiri tetapi orang lain juga,” ujar Chef Anis yang mengakui banyak dugaan yang terpaksa dihadapi sepanjang bergelar chef selebriti.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Tambahnya lagi, “Diharapkan, dengan perkongsian resipi dan cara memasak oleh saya dapat menarik orang-orang muda di luar sana untuk mula belajar memasak walaupun sesetengah orang mungkin menganggap memasak ini sesuatu yang remeh dan tidak penting.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Sebenarnya, bila pandai memasak kita akan tahu apakah bahan-bahan yang digunakan untuk menyiapkan hidangan makanan tersebut. Ini kerana untuk menjadi sihat ia bermula daripada apa yang kita makan.
Selain itu, mempunyai kebolehan memasak juga akan membuatkan anda menyediakan makanan yang sihat untuk keluarga dan orang yang tersayang”, ulas Anis lagi yang menganggap semua orang boleh memasak dan berkongsi resipi Oreo Bombolini sebagai menu berbuka puasa kali ini.
Foto: Instagram @anis_nabilah
Oreo Bomboloni
Bahan-bahan:
Bahan Doh:
500gm tepung protein tinggi
1 pack (11gm) yis
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar mentega (unsalted)
1 telur
3 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
250ml susu segar (chilled)
125ml air
Secubit garam
Gula kastor (coating)
1. Campurkan semua bahan untuk doh dan pukul sehingga kenyal. (Kalau guna tangan 15-20 minit atau 10 minit jika guna mesin pengadun).
2. Biarkan doh seketika selama 30 minit. Kemudian bentuk doh menjadi bulat-bulat kecil dan letakkan di atas baking paper (untuk mudahkan bila mahu menggoreng). Rehatkan doh sehingga saiznya menjadi dua kali ganda. Boleh juga menggunakan acuan donut untuk membentuknya.
3. Pukul cream cheese dengan gula aising dan cream menggunakan mesin pengadun sehingga ringan dan berkrim. Kemudian masukkan oreo yang telah dihancurkan sehingga sebati. Masukkan filling ini ke dalam piping bag dan masukkan sebentar ke dalam peti sejuk.
4. Goreng donut ke dalam kuali sehingga keperangan. Toskan menggunakan strainer sebelum menyalut donut dengan gula. Biarkan sejuk.
5. Buatkan lubang kecil menggunakan gunting dan masukkan filling ke dalamnya. Hiaskan dengan mini Oreo dan sedia untuk dimakan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jenama coklat Patchi bukan lagi asing di kalangan penggemar coklat premium. Kemewahan rasa coklat yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada tahun 2003 ini mencetuskan rasa savouri berkrim yang pasti membuatkan anda ingin menikmatinya berulang kali. Ditambah pula dengan aroma koko yang semerbak dan memikat selera.
Coklat Patchi berasal dari negara jolokan ‘ibu kota perbankan dunia Arab’ iaitu Lebanon. Butik pertama Patchi mula dibuka di Hamra Street di Beirut pada tahun 1974. Apakah istimewanya manisan ini?
(1) Konsep Cenderahati
Tidak seperti coklat biasa, Patchi sejak daripada mula diperkenalkan dengan konsep cenderahati yang menggabungkan pengetahuan pembuatan coklat dan perhiasan pembungkusannya.
Bukan hanya untuk dinikmati pada bila-bila masa, manisan ini juga sering dijadikan cenderahati kerana dibalut dan dihias sempurna di bengkel seni Patchi sebelum dipersembahkan kepada pelanggan untuk pelbagai majlis seperti perkahwinan, kelahiran bayi dan sebagainya
(2) Rangkaian Kilang Coklat di Negara Islam
Berpengalaman selama 43 tahun dalam penghasilan coklat, jenama Patchi kini mempunyai rangkaian kilang coklat di sebahagian besar negara Islam antaranya Lebanon, Arab Saudi, Syria, Mesir dan UAE.
(3) Bahan-Bahan Premium
Demi mengekalkan status mewah Patchi, hanya bahan-bahan premium digunakan untuk pembuatannya yang berasal dari segenap pelosok negara.
Selain ditapis halus, ia turut menggunakan mass cocoa berkualiti tinggi yang diimport dari Sepanyol dan Mentega Koko dari Belanda, kemudian diadun dengan susu dari Amerika Syarikat dan Republik Czech serta campuran gula halus dari Jerman.
(4) Mempunyai Pensijilan Kualiti
Seperti produk-produk berkualiti lain, coklat Patchi juga mendapat pensijilan ISO 220000: 2005 yang merujuk piawaian atas kualiti dan taraf pengeluaran yang sangat tinggi.
(5) Pelbagai Perisa Istimewa
Selain menawarkan servis pembungkusan, dekorasi, persembahan coklat di dalam kotak istimewa seperti di dalam mangkuk kaca, porselin, piring perak dan bekas kristal mengikut kehendak pelanggan, coklat ini juga menawarkan pembuatan coklat tanpa gula.
Coklat PATCHI juga didatangkan dalam puluhan perisa coklat eksklusif yang diperkaya dengan aneka perisa buah-buahan dan kekacang. Suziana Abu Daud
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!