Siapa sangka selebrti terkenal Hollywood turut melalui masa yang sukar. Namun, akhirnya Jennifer Aniston pilih bahagia dengan maafkan semua orang terutama ibunya.

IKLAN

Gemerlapan bintang kesayangan ramai ini terserlah apabila sitcom, Friends berjaya membuat jutaan peminat melekat di kaca televisyen setiap kali jadual tontonannya. Ditambah pula apabila wanita ini mengahwini aktor pujaan wanita, Brad Pitt.

Jennifer Aniston Pilih Bahagia Dengan Maafkan Ibunya, Lalui Masa Sukar Ketika Remaja  
Foto: Instagram @jenniferaniston
Jennifer Aniston Pilih Bahagia Dengan Maafkan Ibunya, Lalui Masa Sukar Ketika Remaja  
Foto: Instagram @jenniferaniston

Jennifer Aniston sebuah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Memiliki rupa paras menawan, bentuk tubuh cantik dan yang paling menjadi tarikan buat figura Hollywood ini sudah tentu potongan rambutnya. Setiap gaya rambut Jennifer pasti menjadi ikutan seluruh dunia.

Namun, Jennifer tidak membesar seperti yang dibayangkan oleh peminatnya. Jennifer bergelut dengan perasaannya sendiri apabila ‘terpaksa’ membesar mengikut standard ibunya, Nancy Dow. Situasi ini telah menyebabkan Jennifer mempunyai konflik dengan diri sendiri.

Jennifer Aniston Pilih Bahagia Dengan Maafkan Ibunya, Lalui Masa Sukar Ketika Remaja  
Foto: Instagram @jenniferaniston

Ibunya sering mengatakan bahawa Jennifer mempunyai sepasang mata yang berkedudukan jauh di antara satu dengan lain. Jennifer membesar sebagai kanak-kanak yang mencemburui kecantikan yang dimiliki oleh ibunya sendiri.

Entah mengapa ibu Jennifer sanggup mengkritik anak sendiri dan tidak membelainya dengan penuh kasih sayang. Mungkin kerana suaminya telah lari meninggalkan dirinya membesarkan anak-anak seorang diri.

Jennifer Aniston Pilih Bahagia Dengan Maafkan Ibunya, Lalui Masa Sukar Ketika Remaja  
Foto bersama ayahnya. Foto: Instagram @jenniferaniston
Jennifer Aniston Pilih Bahagia Dengan Maafkan Ibunya, Lalui Masa Sukar Ketika Remaja  
Foto bersama ayahnya. Foto: Instagram @jenniferaniston

Oleh itu, zaman remaja Jennifer sering menganggap dirinya seorang yang bodoh dan mahu lari dari ibunya yang sering mengkritik dirinya dengan kejam. Pernah suatu hari Jennifer menjerit kepada ibunya namun apa yang dilakukan oleh Nancy adalah mentertawakan ‘pemberontakan’ Jennifer. Akhirnya Jennifer mengambil keputusan untuk memendam perasaannya sahaja.

IKLAN

Dunia lakonan benar-benar telah mengubah kehidupan Jennifer apabila dapat meningkatkan keyakinan dirinya. Jennifer Aniston pilih bahagia dan berjaya meninggalkan segala kisah sedihnya dan terus berjaya bersama rakan-rakan baiknya dalam sitcom Friends tersebut.

Jennifer Aniston Pilih Bahagia Dengan Maafkan Ibunya, Lalui Masa Sukar Ketika Remaja  
Foto: Instagram @jenniferaniston
Jennifer Aniston Pilih Bahagia Dengan Maafkan Ibunya, Lalui Masa Sukar Ketika Remaja  
Foto: Instagram @jenniferaniston

Walaupun siri ini sudah berjaya tetapi ibunya tetap mengkritik lakonan Jennifer. Jennifer sedih dan marah dengan ibunya dan mengambil keputusan untuk tidak bercakap lagi dengan ibunya. Malah ketika majlis perkahwinannya dengan Brad Pitt dahulu Jennifer tidak menjemput ibunya hadir menyaksikan majlisnya.

IKLAN

Namun, Jennifer begitu kecewa dan rasa keseorangan apabila melalui fasa penceraian dengan kedua-dua orang suaminya. Ketika itu Jennifer begitu fokus untuk bahagia hingga ke hari tua sehingga lupa untuk mengecap bahagia sendiri. “Why do we want a happy ending? How about just a happy existence?” kata Jennifer.

Jennifer Aniston Pilih Bahagia Dengan Maafkan Ibunya, Lalui Masa Sukar Ketika Remaja  
Foto: Instagram @jenniferaniston

Baharu Jennifer tersentak dan tersedar tentang segala kiritikan ibunya. Syukur kerana Jennifer akhirnya sempat memaafkan ibunya sebelum menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2016.

Kini Jennifer memilih untuk membahagiakan diri sendiri dan tidak mengharapkan kepada sebuah perkahwinan untuk merasakan dirinya lengkap. Baginya kehidupan untuk adalah suatu perjalanan dan bukannya sebuah destinasi. “There are no regrets in life, only lessons,” kata Jennifer.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI